21.1.12

PERLU KAJIAN MENDALAM OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN......

Tubuh pasukan pakar kaji punca kematian dua bayi

HULU SELANGOR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan telah menubuhkan pasukan pakar bagi mengkaji punca kematian dua bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang semalam.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, siasatan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kematian dan memastikan ia tidak berlaku disebabkan wabak.

"Kita akan lihat sama ada terdapat jangkitan bakteria atau disebabkan punca lain. Buat masa ini bedah siasat dan kajian sedang dijalankan yang mana akan didedahkan segera selepas mendapat laporannya.

"Saya minta orang ramai tidak panik dan membuat spekulasi mengenai kematian dua bayi dari tempat asuhan yang sama. Ibu bapa juga diminta membawa anak-anak berjumpa doktor sekiranya sakit," katanya ketika mengulas mengenai kejadian tersebut

No comments: