30.8.12

Mujahidin Pembebasan Suria/Syria Di Ambang Kemenangan...Takbir!

Dipetik daripada FanPage Rakmat Malaysia Bersama Revolusi Rakyat Syria

Story 1:

Menurut sumber daripada sahabat -sahabat mujahidin Syria, Basyar kini turut dijaga dan dikawal oleh para pengawal khas dari Iran.

Nampaknya, Basyar sedang mula mengira detik-detik kejatuhannya.


=====================================================================

 Story 2:



 ====================================================================

STORy 3:


====================================================

STORY 4:


===================================================

STORY 5:

entera Pembebasan Syria telah berjaya menawan Lapangan Terbang Tentera Titinaz di utara bandar Halab. Mujahidin juga melaporkan bahawa berjaya menawan gudang senjata berat rejim Basyar di Dimasyq semalam (29/8/2012).

Teruskan berdoa untuk mereka.

============================================================

STORY 6:


=========================================================

STORY 7:

Letakkan keyakinan itu di dalam hati kita selaku umat Islam kerana itulah sumber kekuatan kita. Lambat atau cepat pertolongan itu bukan tugas kita selaku hamba-Nya.

Cuma apa yang perlu kita persoalkan adalah apa tindakan dan bantuan yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Syria.

Jangan pernah lupa bahawa ia akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Hulurkanlah bantuan kepada mereka mengikut kemampuan yang kita ada.

Semoga Allah merahmati kita semua.


 
 

SAMSUNG BAYAR APPLE $1 BILLION DUIT SYILING 5SEN!!

LAWAK PAGI!! SAMSUNG BAYAR APPLE $1 BILLION DUIT SYILING 5SEN!!



CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
(Lee Kun Hee, pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media mereka tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan "nerds bergaya" dan jika mereka (Apple) ingin bermain secara kotor, pihak Samsung juga tahu bagaimana untuk melakukannya.)

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut

Samsung lancar Galaxy Note generasi kedua

Samsung lancar Galaxy Note generasi kedua

Seoul: Samsung Electronics Co memperkenalkan generasi kedua telefon pintar tablet popularnya, Galaxy Note pada pameran elektronik terbesar di Berlin semalam.

Pengenalan itu dibuat dalam pada syarikat Korea itu perlu melakukan inovasi selepas kalah dalam pertikaian paten di Amerika Syarikat (AS) dengan Apple Inc.

Minggu lalu, juri persekutuan AS mendapati Samsung meniru ciri penting iPhone dan menganugerahkan Apple AS$1.05 bilion sebagai ganti rugi.

Telefon tablet Galaxy Note, telefon pintar paling popular Samsung selepas Galaxy S, tidak termasuk dalam senarai sekatan jualan AS dan Samsung berharap penambahbaikan model itu akan mengatasi masalah selepas pertikaian dengan Apple.


Terus momentum jualan


“Tidak akan ada banyak perubahan inovatif dalam reka bentuk, tetapi Note 2 akan menampilkan beberapa perubahan dan membolehkan Samsung meneruskan momentum jualannya.


“Dengan pelancaran ini, Samsung akan cuba mengembalikan penurunan sentimen selepas kekalahan pertikaian undang-undang di AS,” kata, Penganalisis NH Investment & Securities, Lee Sun-tea. - 
 REUTERS 
 

 =====================

Samsung unveils Galaxy Note 2 with Jelly Bean, 2GB of RAM, 8MP rear camera  
==============

Samsung Galaxy Note II

Complete specs for the Samsung Galaxy Note 2:​

Looking to get all the latest specs on the Samsung Galaxy Note 2? We've got 'em.
  • Network: 3G: HSPA+ 21Mbps (HSDPA 21Mbps / HSUPA 5.76Mbps); 4G LTE: 100Mbps/ 50Mbps
  • Processor: 1.6 GHz quad-core processor
  • Display: 5.5” HD Super AMOLED (1,280 x 720)
  • OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
  • Camera: Main(Rear): 8 Megapixel Auto Focus Camera with LED Flash, BSI; Sub(Front): 1.9 Megapixel VT Camera, BSI; Best Photo, Best Faces, Low light shot
  • Video: Codec: MPEG4, H.263, H.264, VC-1, DivX, WMV7, WMV8, WMV9, VP8, Format: 3GP(MP4), WMV(ASF), AVI, FLV, MKV, WebM; Full HD(1080p) Playback & Recording
  • Audio: Codec: MP3, OGG, WMA, AAC, ACC+, eAAC+, AMR(NB,WB), MIDI, WAV, AC-3, Flac; Music Player with SoundAlive; 3.5mm Ear Jack
  • S Pen Optimized Features: S Pen Experience; S Note, S Planner, Email with hand-writing integration; S Pen Keeper; Quick Command, Easy Clip, Photo Note, Paper Artist; Air View; Popup Note, Popup Play; Shape Match, Formula Match, Idea Visualizer
  • Sharing Features: Samsung AllShare Play & Control; Samsung AllShare Cast(WiFi Display) – Mirroring & Extension; Samsung AllShare Framework; S Beam
  • Content Features & Services: Samsung Apps; Samsung Kies /Samsung Kies Air; Samsung TouchWiz / Samsung L!ve Panel; Samsung Hub; Game Hub; Learning Hub* / Music Hub* / Video Hub* / Media Hub*(US only); Samsung ChatOn mobile communication service; Samsung S Suggest; Smart Stay, Direct Call, Screen Recorder, Quick Glance; Page Buddy/ Tag Buddy/ Word Buddy
  • Google apps: Google Search, Google Maps, Gmail, Google Latitude
Google Play Store, Google Play Books, Google Play Movies
Google Plus, YouTube, Google Talk,
Google Places, Google Navigation, Google Downloads
  • Available Enterprise Solutions (upon request): On Device Encryption (H/W); Microsoft Exchange ActiveSync; VPN(F5, Cisco, Juniper); MDM(Sybase Afaria, MobileIron, SOTI, Good); CCX; VMware MVP
  • GPS: A-GPS; Glonass
  • Connectivity: Bluetooth® v 4.0 (Apt-X Codec support) LE; USB 2.0 Host; WiFi 802.11 a/b/g/n (2.4 & 5 GHz), Wi-Fi HT40; Wi-Fi Direct; mHL; NFC
  • Sensors: Accelerometer, RGB Light, Digital Compass, Proximity, Gyro, Barometer
  • Memory: 16/32/64GB User memory + 2GB (RAM); microSD (up to 64GB)
  • Dimensions: 80.5 x 151.1 x 9.4 mm, 180 g
  • Battery: Standard battery, Li-ion 3,100mAh
==============================


 

Kisah Benar Kematian Osama Bin Laden...Siapakah pembuniuhnya?

Osama sudah mati apabila bilik tidurnya diserbu

RUMAH yang menjadi tempat persembunyian Osama di bandar Abbottabad, Pakistan.


WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan.

Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama.
Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando SEAL yang terlibat dalam operasi rahsia membunuh ketua Al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011.

Menurut akhbar MailOnline semalam, Osama juga tidak bersenjata apabila dia diserang pasukan elit SEAL.
Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden.

Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal.

Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu.
Menurut salinan buku itu yang diperoleh akhbar Huffington Post, misi membunuh Obama jauh bercanggah dengan kenyataan White House.

Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya.

Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya.

Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama.
"Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran," kata Owen.
Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya.
Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu.

Dalam bukunya, Osama dilaporkan memakai baju-T berwarna putih, seluar panjang bersama sehelai tunik.
Semasa mereka merakamkan gambar jenazah Osama, dua pucuk senjata turut di temui di bilik tidur berkenaan tetapi kedua-duanya tidak berpeluru.

"Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati," kata Owen.

"Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini," tambahnya.

Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan.
Dalam pada itu, seb
uah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette.

Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. - Agensi

29.8.12

Soal-Jawab Pada Telefon Samsung Ekoran Saman Apple?

Bisnes Dunia: Kemenangan Apple dipersoal

Juri putuskan Apple berhak dapat RM3.27 bilion sebagai ganti rugi

NEW YORK: Kemenangan Apple dalam kes mahkamah berhubung tuntutan pelanggaran hak paten bernilai AS$1 bilion (RM3.12 bilion) terhadap Samsung menimbulkan banyak soalan daripada pengguna.
Persoalan timbul sama ada telefon Samsung masih boleh dijual atau adakah ia akan menjadi lebih mahal serta adakah pemilik telefon sedia ada perlu berasa bimbang.

Juri persekutuan di San Jose, California, Jumaat lalu memutuskan Samsung, pembuat telefon mudah alih terbesar dunia, meniru aplikasi iPhone dan iPad termasuk ciri ‘melantun kembali’ apabila pengguna menggerakkan paparan ke hujung halaman serta keupayaan membesar dan mengecilkan imej menggunakan gerakan dua jari.

Juri memutuskan Apple berhak mendapat AS$1.05 bilion (RM3.27 bilion) sebagai ganti rugi. Jumlah itu lebih rendah daripada tuntutan asal, AS$2.5 bilion (RM7.79 bilion) tetapi tetap menzahirkan kemenangan untuk Apple.


Buat masa sekarang, berikut adalah makna keputusan penghakiman itu kepada pengguna:


S. Bolehkah saya terus membeli telefon Samsung atau komputer tablet hari ini?

J. Ya. Juri tidak melarang jualan peranti. Bagaimanapun, Apple akan meminta hakim untuk mengharamkan jualan beberapa peranti Samsung di Amerika Syarikat (AS). Satu perbicaraan mengenainya dijadualkan pada 20 September. Jika hakim bersetuju, ia bakal menjejaskan banyak peranti Samsung, tetapi bukan membabitkan model terkini seperti Galaxy SIII dan telefon pintar Galaxy Note.

S. Adakah keputusan juri itu muktamad?


J. Tidak. Samsung sedang mencabar keputusan itu. Samsung akan meminta hakim perbicaraan untuk menilai semula keputusan itu dan kemudian akan merayu kepada mahkamah di Washington yang pakar dalam rayuan paten. Samsung bertekad untuk berjuang habis-habisan hingga ke Mahkamah Agung AS, jika perlu.


S. Jika Apple terus menang, adakah keputusan itu akan membawa Samsung keluar daripada perniagaan telefon?


J. Itu tidak mungkin. Keputusan itu tidak terpakai di luar AS dan tidak membabitkan peranti terbaru Samsung. Nilai ganti rugi ‘kemusnahan’ AS$1 bilion (RM3.12 bilion) itu hanya mewakili 1.5 peratus daripada pendapatan tahunan Samsung Electronics Co.


S. Adakah ini akan membuat telefon Samsung lebih mahal?


J. Mungkin. Samsung mungkin perlu membayar kepada Apple royalti yang besar bagi setiap telefon. Bagaimanapun, pengguna yang mungkin membayarnya. Bagaimanapun, syarikat mungkin memberi subsidi seperti dilaksanakan AT&T dan Verizon Wireless yang memberi subsidi beratus dolar bagi setiap telefon pintar yang dijual secara runcit.


S. Apakah makna keputusan penghakiman itu terhadap telefon Samsung yang sudah saya miliki?


J. Ini tidak langsung menjejaskan telefon yang sudah dijual, walaupun ia adalah model yang hakim putuskan sebagai diharamkan. Dalam jangka masa panjang, ia boleh mengurangkan minat terhadap Android, sistem operasi daripada Google yang digunakan Samsung dalam perantinya. Itu juga mungkin bermakna akan berlaku pengurangan permintaan untuk Android daripada pihak luar. Ia akan mengambil masa bertahun untuk berlaku, tetapi mungkin boleh menjejaskan nilai jualan semula telefon anda.


S. Adakah ini bermakna telefon Samsung akan kelihatan berbeza pada masa hadapan?


J. Mungkin. Juri menyifatkan rangkaian produk Galaxy yang menjadi produk kebanggaan Samsung meniru rupa keseluruhan dan rasa penggunaan iPhone berdasarkan sudut melengkung peranti itu yang didatangkan bersama Android. Turut menjadi isu adalah cara Android membezakan antara sentuhan jari tunggal dan beberapa jari. Samsung mungkin menangguhkan pelancaran beberapa model untuk mereka bentuk semula rupa dan rasa terhadap model telefon keluarannya. - AP

Mujahidin Tentera Pembebasan Syria (FSA) terus kukuh di Syria

Tentera Bashar bedil timur Damsyik

REUTERS
SEORANG anggota pemberontak mengibarkan bendera Islam semasa
pertempuran dengan tentera Syria di pinggir bandar Damsyik kelmarin.


DAMSYIK - Tentera Syria membedil timur bandar raya ini semalam selepas sebuah pertubuhan hak asasi manusia menyatakan seramai 60 orang terbunuh di wilayah Damsyik pada hari sebelumnya.Pertubuhan berkenaan, Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia memberitahu, angka kematian itu menyusul selepas 190 orang iaitu 116 penduduk awam, 40 pemberontak dan 34 askar terbunuh di seluruh negara tersebut.
Pertubuhan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu turut melaporkan beberapa daerah di timur bandar raya ini termasuk Zamalka, Qaboon, Jubar dan Ein Tarma dibedil bertubi-tubi oleh tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Serangan tersebut dilakukan bagi menghapuskan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Kelmarin pemberontak FSA mendakwa mereka menembak jatuh sebuah helikopter tentera semasa pertempuran sengit berlaku di Qaboon dan Jubar serta beberapa bandar lain di pinggir ibu kota Syria, dekat sini.

Tentera Bashar kemudian melakukan serangan balas di timur bandar raya ini dan beberapa kubu kuat pemberontak di kawasan sekitarnya.

Beberapa helikopter tentera Syria turut menjatuhkan beribu-ribu risalah di sini dan kawasan sekitarnya semalam untuk mengugut anggota-anggota (FSA) supaya menyerah diri atau berdepan dengan kematian.
Tindakan tersebut adalah sebahagian strategi tentera Bashar untuk menawan kawasan-kawasan di pinggir bandar raya ini yang jatuh ke tangan pemberontak.

Risalah itu juga merupakan perang saraf terhadap pemberontak. Namun beberapa penganalisis sangsi tindakan itu akan membuahkan hasil. 

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kumpulan hak asasi manusia menyatakan, lebih 20,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac 2011.

Penentangan itu berlaku ekoran rakyat negara itu mahukan perubahan dalam sistem pemerintahan negara termasuk kebebasan demokrasi.

28.8.12

Masihkah Ada Ramadhan Dalam Loghat Tganu

Drama Dalam Loghat Terengganu

Drama Episod 1:


Drama Episod 2:


Drama Episod 3:


Drama Episod 4:


PERANG MAHKAMAH ANTARA SAMSUNG DAN APPLE MASIH HANGAT.....PRODUK APAKAH YANG DIHARAMKAN?

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'

SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'meniru' model iPhone dan iPad keluaran Apple.
Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu 
Galaxy S 4G, 
Galaxy S2 AT&T, 
Galaxy S2, 
Galaxy S2 T-Mobile, 
Galaxy S2 Epic 4G, 
Galaxy S Showcase, 
Droid Charge dan 
Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'. - AP

================

Saham Samsung susut RM36.5b

Cetak
Komputer tablet Samsung Galaxy Tab (kiri) mempunyai ciri persamaan dengan iPad Apple. -  Foto REUTERS Komputer tablet Samsung Galaxy Tab (kiri) mempunyai ciri persamaan dengan iPad Apple. - Foto REUTERS
Seoul: Harga saham Samsung Electronics susut lebih tujuh peratus semalam sekali gus menyaksikan penurunan nilai pasarannya sehingga AS$12 bilion (RM36.5 bilion).

Ia susulan kejayaan tuntutan undang-undang oleh pesaingnya, Apple Inc mengenai isu paten di Amerika Syarikat (AS), justeru mencetus kebimbangan berhubung keupayaan bahagian perniagaan telefon pintar yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat Korea itu.
Juri AS yang mendapati Samsung meniru beberapa ciri penting dalam iPhone dan iPad, mengarahkan syarikat itu membayar pampasan kepada Apple sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.26 bilion).

Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya seperti kemungkinan larangan jualan”. - John Park, Penganalisis Daishin Securities
Saham susut 7.5 peratus

Saham Samsung, syarikat teknologi terbesar di dunia dari segi pendapatan, susut 7.5 peratus, penurunan peratusan harian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun, kepada 1.183 juta won (AS$1,000).

Jumlah dagangan awal semalam adalah tinggi iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada purata harian minggu lalu.

“Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya iaitu seperti kemungkinan larangan jualan,” kata John Park, Penganalisis Daishin Securities.
Penganalisis menganggarkan pendapatan Samsung akan berkurangan empat peratus tahun ini berikutan peningkatan dalam peruntukan berkaitan dengan paten.

Juri Mahkamah Persekutuan San Jose, California, pada Jumaat lalu mendapati Samsung melanggar enam daripada tujuh paten Apple.

Beri kesan pengharaman jualan produk utama

Keputusan yang diputuskan menerusi perbincangan juri selama kurang daripada tiga hari itu juga boleh membawa kepada pengharaman langsung jualan produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan lagi dominasi Apple dalam pasaran pengkomputeran mudah alih.

Apple juga merancang untuk memfailkan injunksi jualan terhadap Samsung, kata peguam dan hakim dalam kes itu menetapkan tarikh pendengaran pada 20 September ini.

Eksekutif tertinggi di Samsung, diketuai oleh Naib Pengerusi, Choi Gee-sung dan Ketua Bahagian Mudah Alihnya, JK Shin, mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.

Kebimbangan terbesar buat Samsung adalah sama ada produk terbaru Galaxy S III, yang tidak termasuk dalam kes itu, akan turut disasarkan oleh Apple dan dimasukkan dalam senarai produk yang diharamkan di pasaran AS. - REUTERS

14 lagi mayat ditemui di Daraya


Beberapa penduduk memerhatikan kepulan asap dari lori-lori tangki selepas kenderaan itu terkena tembakan jet pejuang di daerah Bab al-Nayrab, bandar Aleppo, Syria, semalam. - REUTERS 
 
BEIRUT 27 Ogos - Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat ditemui di Daraya selepas aktivis, semalam melaporkan tentang insiden 'pembunuhan beramai-ramai' mengerikan setelah lima hari tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas bandar tersebut.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, semalam melaporkan, menemui 320 mayat di Daraya selepas pemberontak menyatakan tentera melancarkan serangan hebat, melaksanakan 'hukuman mati' dan serbuan dari rumah ke rumah di bandar di pinggir Damsyik itu.

Menurut pertubuhan itu, 14 lagi mayat ditemui semalam dan mereka turut telah mengenal pasti 220 mayat yang ditemui kelmarin.

Sebuah rangkaian aktivis di Syria, Jawatankuasa Pengurusan Tempatan, menyifatkan pembunuhan itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' oleh kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia turut menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 149 orang maut di seluruh Syria semalam terdiri daripada 105 orang awam, 26 pemberontak dan 18 askar kerajaan.

Tentera kerajaan turut membedil Basra al-Sham di wilayah Daraa menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh.

Bedilan baru terus berlaku hari ini, mengorbankan tiga lelaki dewasa, tiga kanak-kanak dan dua wanita di Kafr Batna, wilayah Damsyik, menurut pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di London itu. - AFP

Kambing panjat pokok

Kambing panjat pokok di Maghribi


BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.


RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.
Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. - AFP

27.8.12

Kekejaman Bashar dan Kuncu Militia Alawiyyah Di DaRAYA

Kekejaman Bashar berterusan

GAMBAR yang diedarkan Jawatankuasa Koordinasi Syria semalam menunjukkan mayat beberapa kanak-kanak yang dibunuh rejim Presiden Bashar Al-Assad di Daraya, dekat Damsyik.


DAMSYIK - Beberapa ratus mayat ditemui di bandar Daraya dekat sini selepas serangan besar-besaran tentera Syria, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam.

Satu klip video menunjukkan sejumlah mayat diletakkan dalam beberapa barisan di sebuah masjid di Daraya selepas askar-askar rejim Presiden Bashar Al-Assad (gambar kecil) menggempur pemberontak di pinggir bandar raya ini.

Semua yang terbunuh, kata kumpulan tersebut, merupakan mangsa serangan tentera Syria selama lima hari ke atas Daraya bagi menghapuskan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Beberapa pejuang FSA memuat naik klip video tersebut yang bertajuk 'Pembunuhan beramai-ramai di Masjid Abu Sleiman Addarani di Daraya'.

Rakaman itu menunjukkan berpuluh-puluh mayat disusun di dalam beberapa buah bilik di kompleks masjid berkenaan.

"Pembunuhan beramai-ramai yang amat kejam ini dilakukan oleh konco-konco rejim Bashar di dalam Masjid Abu Sleiman Addarani," kata ulasan yang mengiringi klip video berkenaan.

"Lebih 150 nyawa melayang dalam kempen keganasan oleh kumpulan-kumpulan militia Bashar di bandar ini (Daraya)," tambah komentar tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 320 mayat ditemui kelmarin dan semalam termasuk mangsa pembunuhan beramai-ramai di Daraya.

Beberapa kumpulan aktivis di negara berkenaan menyifatkan klip video tersebut sebagai bukti kekejaman yang dilakukan oleh rejim Bashar.

Menurut mereka, Bashar bertindak kejam kerana membenarkan rejimnya membunuh dan membakar mayat penduduk Daraya.

"Bashar membenarkan militia rejimnya, Shabiha, menjadi mesin pembunuh," kata satu kenyataan kumpulan aktivis berkenaan, Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC).

Tergempar!

Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.


Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut
Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.

Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.


Lihat pautan ini :
http://www.youtube.com/watch?v=mkbkheAZ7sI

26.8.12

Di US, Apple menang saman paten ke atas Samsung....

***.. Dalam dunia kreativiti, kebiasaannya sesuatu kreativiti dan inovasi bermula dgn konsep meniru.... apa yang penting kepentingan pengguna diutamakan.....

========================

Apple menang kes saman paten

SEORANG pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.


SAN JOSE, California - Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.

Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple. 

Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.

Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.

Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.

Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.

Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.

Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.

Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.

Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.

Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.

Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.

Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya. 

McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.

Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia.

Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.

Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.

Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.

Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.

Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion). - Agensi

25.8.12

Dari Syria Ke Lubnan

Tempias konflik Syria, imam Sunah maut di Lubnan

24 Ogos 2012
Presiden Bashar al-Assad
Presiden Syria, Bashar al-Assad
TRIPOLI - Seorang imam puak Sunah ditembak mati di bandar Tripoli, Lebanon sementara pertempuran baru tercetus antara kumpulan yang pro dan menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pertempuran yang bermula sejak subuh tadi dan berlarutan sehingga petang ini.

Laporan BBC menyebut, Sheikh Khaled al-Baradei terbunuh apabila komuniti Sunah di daerah Qobbeh dan Alawit dari daerah Jabal Muhsin bertempur.

Kematian Sheikh Khaled membawa jumlah yang terbunuh di Tripoli kepada 13 orang sejak Isnin lalu.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menggesa kesemua pihak menyokong usaha menamatkan pertempuran di negaranya.

Katanya, pihak tentera sedang memainkan peranan untuk mengatasi masalah di negaranya.

Laporan itu menyebut bahawa Najib, dari masyarakat Sunah di Tripoli, telah memberi amaran sudah ada usaha untuk mengheret Lubnan ke dalam konflik di Syria.

Oleh itu katanya, perlu ada usaha untuk bekerjasama melindungi Lubnan.

Bashar merupakan anggota komuniti Alawit dan wakil puak Syiah memegang jawatan utama dalam kerajaan dan pasukan keselamatan.

Komuniti Sunah Syria mengetuai gerakan menentang kepimpinan Bashar.

Lebih 18,000 orang dilaporkan telah terbunuh dalam konflik yang berlarutan lebih 18 bulan

Pakar kewangan Islam diperlukan

Pakar kewangan Islam diperlukan

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) menyasarkan peranan sistem kewangan Islam di negara ini sama penting dengan sistem kewangan konvensional dalam tempoh 10 tahun lagi.

Perunding Kanan Pembangunan Latihan dan Pembangunan Profesional IBFIM, Zanariah Zahari berkata, sasaran sama rata itu dijangka dapat dicapai melalui penghasilan tenaga pakar kewangan Islam yang lebih ramai pada masa akan datang.

Jelasnya, bagi mencapai sasaran itu, negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 pemegang sijil kelayakan kewangan Islam (CQIF) yang dikeluarkan oleh IBFIM.

"Kami di IBFIM yang merupakan salah satu institusi latihan atau badan yang disokong sepenuhnya Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kewangan Islam," katanya.

Perang Teknologi Di Mahkamah....

Mahkamah putuskan Samsung tidak tiru iPhone

GAMBAR menunjukkan iPhone 4S (kiri) dan telefon

bimbit Galaxy keluaran Samsung.


SEOUL - Mahkamah Daerah Tengah Seoul semalam memutuskan syarikat Samsung tidak meniru telefon bimbit syarikat Apple dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, hakim di mahkamah itu memutuskan Samsung menceroboh teknologi Apple berhubung dengan skrin sentuh pada telefon bimbit.

Mahkamah tersebut mengarahkan sebahagian penjualan produk Apple termasuk komputer teblet iPad dan telefon bimbit daripada kedua-dua syarikat itu dihentikan.

Namun, keputusan itu tidak menjejaskan generasi terbaharu telefon bimbit keluaran Apple.

Keputusan itu hanya melibatkan pasaran di Korea Selatan.
Mahkamah mengarahkan Apple tidak menjual telefon iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 di negara ini.

Menurut mahkamah, produk itu melanggar dua daripada lima paten Samsung.
Mahkamah juga mengarahkan setiap syarikat saling membayar ganti rugi.

Samsung diarah membayar Apple sebanyak 25 juta won (RM68,324).
Apple pula perlu membayar kepada Samsung sebanyak 40 juta won (RM109,335). - AP

Tentera Kerajaan Syria Pembunuh Orang Awam

21 orang terbunuh di Mayadin akibat serangan tentera Syria

BEIRUT - Seramai 21 maut, kebanyakannya wanita apabila bangunan kediaman dibom tentera Syria di bandar Mayadin, timur negara itu semasa pertempuran dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Untuk Hak Asasi Syria.

Menurut seorang pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, sebuah bangunan runtuh akibat bedilan tentera tersebut.

Beliau berkata, 12 wanita terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Mayadin yang didiami 55,000 penduduk terletak di wilayah Deir Ezzor.

Sementara itu, tentera Syria turut meneruskan serangan di bandar Aleppo semalam bagi mementang kumpulan pemberontak.

Beberapa aktivis melaporkan serangan itu berlaku di beberapa buah daerah.
Sejumlah rumah musnah dalam serangan itu, kata para aktivis pertubuhan tersebut.
Serangan bom turut berlaku di bandar Aazaz di utara Syria.

Sekurang-kurangnya 50 mayat yang tidak dikenal pasti ditemui mati ditembak dalam tempoh 24 jam di Aleppo dan Damsyik.

Dalam perkembangan yang sama, tiga orang terbunuh dalam pertempuran memasuki hari kelima antara penduduk Sunah dengan Syiah Alawi di bandar Tripoli, Beirut kesan daripada pergolakan di Syria. 

Kebangkitan rakyat di Syria kebanyakannya dilakukan oleh penduduk Sunah yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad.

Bashar merupakan penganut Muslim mazhab Syiah.

Kira-kira 24,500 telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di Syria pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan kerana gagal untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang politik dan hak asasi manusia. - Agensi

24.8.12

Kematian Di Syria Melebihi 23,000 orang!

Penduduk Syria berdepan keganasan ‘dahsyat’

BEIRUT 23 Ogos - Amnesty International hari ini berkata, penduduk awam Syria di bandar komersial Aleppo berdepan keganasan ‘dahsyat’ ekoran pertempuran yang tercetus antara tentera kerajaan dan pemberontak.

Pertubuhan antarabangsa itu turut mengecam tentera Syria yang didakwa melancarkan serangan secara semborono sehingga mengorbankan banyak orang awam.

Penasihat Tindak Balas Krisis Amnesty International yang baru kembali dari Aleppo, Donatella Rovera berkata, tentera Syria menggunakan senjata yang tidak bersesuaian seperti bom tanpa arah, bedilan meriam dan mortar, sekali gus membahayakan orang awam.

Beliau yang telah menyiasat kira-kira 30 serangan ketika lawatannya ke Aleppo, baru-baru ini berkata, ramai orang awam yang tidak terlibat dengan pertempuran itu, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera ketika berada di rumah atau sedang beratur mengambil makanan di pusat perlindungan.

Menurutnya, serangan tentera selalunya gagal membezakan antara pemberontak dan penduduk awam serta selalunya dilancarkan secara rawak di kawasan kediaman yang dikuasai pemberontak.

“Orang awam di beberapa daerah di bandar Aleppo berdepan serangan meriam dan udara setiap hari yang dilancarkan oleh tentera kerajaan.
“Kebanyakan mereka, tidak ada lagi tempat selamat dan terpaksa hidup dalam ketakutan menanti serangan seterusnya," kata Rovera.

Beberapa orang awam turut terbunuh di tempat mereka mendapatkan perlindungan, selepas terpaksa meninggalkan kediaman ekoran pertempuran tersebut.

Menurut Amnesty, kebanyakan mangsa terbunuh akibat serangan udara dan bedilan meriam oleh tentera kerajaan.

Lebih 23,000 orang maut sejak tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria pada Mac tahun lalu, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia. - AFP

23.8.12

Syria bergegar lagi di Raya ke 4

Tentera Syria serang Damsyik

IMEJ yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah kereta kebal tentera Syria di kawasan perumahan Nahr Aishe, Damsyik semalam.


AMMAN - Tentera Syria menyerang selatan ibu kota Damsyik dengan menggunakan helikopter dan mesingan semalam dalam pertempuran dengan para pemberontak.

Serangan itu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di bandar raya tersebut selepas 17 bulan kebangkitan rakyat berlaku.

Tentera Syria turut menggunakan kereta-kereta kebal dalam serangan tersebut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan 18,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara tersebut pada Mac lalu.

Menurut para aktivis anti-Bashar, seramai 47 orang terbunuh di Damsyik.

Mereka menganggap ia merupakan serangan terbesar tentera Syria dalam bulan ini.

"Seluruh Damsyik bergegar dengan bunyi dentuman," kata seorang wanita di Kfar Souseh.

Menurut beberapa aktivis, seramai 22 orang terbunuh di Kfar Souseh dan 25 lagi di daerah berdekatan, Nahr Eisha.

Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan beliau melaksanakan pembaharuan politik dan hak-hak asasi manusia. - Reuters

22.8.12

Wartawan Jepun terbunuh di Syria

Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
Wartawan Jepun terbunuh di Syria
Mika Yamamoto
TOKYO – Seorang wartawan Jepun, Mika Yamamoto terbunuh ketika membuat liputan di kawasan Aleppo, Syria yang berhadapan dengan pergolakan.

Kementerian Jepun hari ini mengesahkan kematian Mika, 45, yang merupakan koresponden perang bagi agensi berita Japan Press.

Mika dilaporkan membuat liputan bersama seorang rakan sekerja ketika terbunuh. Bagaimanapun belum diketahui bagaimana dia terbunuh.

Mayat wartawan itu telah diterbangkan ke Turki sebelum dibawa pulang ke Jepun.

Wartawan itu pernah membuat liputan perang di Afghanistan selepas 2001 dan ketika Amerika Syarikat (AS) menceroboh Iraq pada 2003 sebagai koresponden khas bagi NTV.

Satu klip video yang diposkan di YouTube semalam oleh seorang aktivis di Syria menunjukkan mayat seorang wanita yang ditutup dengan selimut dengan hanya wajahnya kelihatan.

Seorang wartawan Associated Press yang pernah bekerja dengan Mika dan menonton klip video itu mengesahkan identitinya.

Dalam klip video itu, Kap Ahmed Ghazali, seorang pejuang di Azaz, bandar utara Syroa berkata, Mika terbunuh di barat daya Aleppo.

Pertempuran Mujahidin Dengan Tentera Kerajaan Di Raya Ke 2

140 lagi korban pertempuran di Syria

Seorang penduduk Syria dibantu rakannya mengangkat seorang kanak-kanak yang cedera dalam serangan udara tentera kerajaan ke atas bandar Azaz di pinggir Aleppo pada 15 Ogos lalu yang memusnahkan kira-kira 10 buah rumah penduduk. - AP 
 
BEIRUT 21 Ogos - Pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak di seluruh Syria terus berlarutan pada Hari Raya kedua semalam, menyebabkan lebih 140 orang lagi terkorban.
Kebanyakan yang terkorban ialah di selatan wilayah Daraa, pusat kebangkitan rakyat Syria terhadap kepimpinan Presiden Bashar al-Assad, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Pertubuhan yang beribu pejabat di London itu berkata, seorang wartawan wanita Jepun yang membuat liputan di bandar Aleppo turut terkorban semalam, manakala tiga lagi wartawan dari Turki, Lebanon dan negara Arab dilaporkan hilang.

Menurut aktivis, bedilan kuat berlaku di Daraa kerana tentera kerajaan percaya beberapa pembelot yang berjawatan tinggi, termasuk Naib Presiden Farouk al-Sharaa, dipercayai bersembunyi di situ.
Pejabat Naib Presiden, bagaimanapun menafikan laporan yang menyatakan Sharaa telah belot dan agensi berita kerajaan turut menafikan Menteri Luar Walid al-Moallem telah dilantik untuk mengisi kekosongan itu.

Bekas Perdana Menteri Riad Hijab, seorang lagi pemimpin kerajaan berprofil tinggi yang belot, sebelum ini dipercayai berada di Dara sebelum melarikan diri ke Jordan

21.8.12

BERAYA DALAM PEPERANGAN

130 maut dalam pertempuran

SEORANG kanak-kanak lelaki menangis di hadapan sebuah bangunan yang musnah akibat bedilan tentera kerajaan, di bandar Aleppo, Syria, kelmarin. - AFP 
 
BEIRUT 20 Ogos - Hari pertama Aidilfitri di Syria semalam menyaksikan pertumpahan darah terus berlaku apabila sekurang-kurangnya 130 dilaporkan maut di seluruh negara dalam pertempuran antara tentera negara dengan pemberontak.

Menurut pemerhati hari ini, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah tentera, manakala Damsyik pula digegarkan dengan pertempuran antara pemberontak dengan tentera kerajaan.

Keganasan terbaru itu berlaku pada hari pertama Aidilfitri ketika wakil baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi berkata, usaha mereka kini bukan lagi mahu 'menghalang berlakunya perang saudara', tetapi lebih kepada menamatkannya.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sebanyak 16 mayat ditemui di kampung al-Tall, kubu kuat pemberontak di wilayah Damsyik, manakala 34 lagi tentera, 28 orang awam serta 22 pemberontak maut di seluruh Syria, semalam.

Menurut pertubuhan pemantau beribu pejabat di Britain itu yang mengumpulkan maklumatnya daripada rangkaian aktivis dari tempat kejadian, pertempuran antara pemberontak dengan tentera kerajaan berlaku di beberapa kejiranan di selatan Damsyik dengan bunyi letupan kuat kedengaran.

Aktivis pembangkang dari Suruhanjaya Jeneral Revolusi Syria berkata, tentera menggunakan kereta kebal dan mesingan untuk menggempur Maadamiet al-Sham di pinggir bandar Damsyik sepanjang malam tadi.
Berbeza dengan kemeriahan Aidilfitri yang dirasai di negara-negara lain, rakyat Syria pula berdepan dengan kekurangan makanan kerana banyak kedai ditutup ketika sambutan lebaran tahun ini.

16.8.12

Ikan Yang Tak Boleh DiMakan Oleh Penganut Ajaran Iran Parsi

Mengapa Syiah Tidak Makan Ikan Tidak Bersisik: Hikayat Belut

Oleh Abu Redza

26 Mac
gotongroyong besiang sotong kenduri langkawi

Sekarang ramai orang membuat kenduri menghidangkan selain dari menu daging. Minggu sudah di Langkawi sebuah kenduri kahwin dihidangkan masakan sotong. Satu lagi menu ialah ikan keli. Biasanya ikan keli goreng. Pada sebuah kenduri seorang sahabat tidak menjamah ikan keli goreng. Ya, saya kenal dia, ia seorang Melayu Syiah.

Mengapakah Syiah tidak makan ikan keli? Sebenarnya Syiah Imam Duabelas  tidak makan atau haram memakan sotong, belut, sembilang, tenggiri, yu dan semua ikan tidak bersisik. Berikut ini adalahpenjelasan dari  petikan dari kitab Syiah,  Amali As Saduq[1].

Pada bab : Sembahyang di atas rambut dan bulu
Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu binatang yang dimakan# dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain. Adalah lebih baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya. 

Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan taqiyyah dan darurat.

# Pada nota kaki no 37 di catit:

Haram dimakan ikan yang tidak bersisik seperti belut (eel), sotong, ikan keli dan seumpamanya. Para nabi dan para wasi tidak memakannya.
Belut
Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak mewalikan Imam Ali. a.s. 

Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, Mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi.
Keli
Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. 

Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam  (tanpa sisik).
Sembilang
Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana” 

Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s.


Sehubungan dengan hujah Syiah tersebut, sebagai bandingan mari kita tekuni beberapa hujah dari Al Quran berikut:
Maksudnya:
Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) , dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. QS 16.  An Nahl: 14

Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. QS 35 Fathir 12

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut[2] dan makanan (yang berasal) dari laut[3] sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. QS 5. Al Maa’idah 96


[1] Buku Amali Al-Saduq atau sebutan ringkasnya Al-Amali, adalah karya Syeikh al-Jalil al-Aqdam Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuaih al-Qummi yang dikenali dengan Syeikh al-Saduq. Di samping Syeikh al-Saduq, muridnya Syeikh al-Mufid telah menulis nama buku yang sama. Kemudian ia diikuti oleh Syeikh al-Tusi, Ibn Syeikh, al-Murtada dan lain-lain. Buku ini dikenali juga dengan nama Al-Majalis. Ia mengandungi 97 majlis kesemuanya. Dicetak oleh Mua’ssasa al-A‘lami li-al-Mat‘bu‘at di
Beirut (cetakan ke 5), 1980 setebal 544 halaman dengan kata-kata aluan oleh Syeikh Husain al-‘lami. Justeru majlis ke 93 daripada buku ini diterjemahkan daripada halaman 509 hingga 520.
Majlis ini berlaku pada hari Jumaat 12 hb Sya‘ban tahun 368 Hijrah.

[2] Maksudnya: binatang buruan laut yang diperoleh dengan jalan usaha seperti mengail, memukat dan sebagainya. Termasuk juga dalam pengertian laut disini ialah: sungai, danau, kolam dan sebagainya
[3] Maksudnya: ikan atau binatang laut yang diperoleh dengan mudah, karena telah mati terapung atau terdampar dipantai dan sebagainya. Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. mengutus kami dan mengangkat Abu Ubaidah ra. sebagai pemimpin untuk mencegat kafilah dagang Quraisy. Beliau membekali kami dengan sekarung kurma karena tidak menemukan bekal lain lalu Abu Ubaidah ra. pun memberikan kepada masing-masing kami sebuah kurma. Kemudian aku bertanya: Apakah yang kamu sekalian perbuat dengan sebuah kurma itu? Ia menjawab: Kami mengisapnya seperti anak kecil mengisap kemudian kami meminum air yang ada di dalamnya hingga cukuplah bagi kami dari siang sampai malam. Kemudian kami memukulkan tongkat-tongkat kami ke daun-daunan lalu kami basahi dengan air untuk kami minum. Selanjutnya kami menuju tepi laut, di sana tampaklah oleh kami seperti bukit pasir yang besar sekali. Lalu kami pun segera mendatanginya dan ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut ikan paus. Abu Ubaidah ra. berkata: Ikan  ini sudah jadi bangkai (kita tidak dapat memakannya). Kemudian ia berkata lagi: Tidak apa-apa, kita adalah utusan Rasulullah saw. di jalan Allah sedangkan kamu sekalian dalam keadaan terpaksa, maka makanlah! Kami yang berjumlah 300 orang lalu menetap di sana selama sebulan hingga kami pun menjadi gemuk. Ia berkata: Aku telah menyaksikan sendiri, kami menampung dengan tempat air minyak ikan yang keluar dari lubang matanya serta memotong-motong dagingnya sebesar kijang atau banteng. Lalu Abu Ubaidah ra. mengambil 13 orang di antara kami diperintahkan khusus untuk melubangi matanya dan ia juga mengambil salah satu tulang rusuk  ikan  itu. Kemudian ia membebani unta yang paling besar yang ada pada kami untuk mengangkutnya dan ia pun berjalan di bawahnya (sambil menuntun) serta kami dapat berbekal dengan dagingnya yang telah direbus setengah matang. Ketika tiba di Madinah, kami segera menemui Rasulullah saw. untuk menceritakan kejadian itu kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada kamu sekalian. Apakah masih ada sisa dagingnya pada kamu sekalian untuk diberikan kepada kami? Lalu kami pun mengirimkan sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. kemudian beliau memakannya
. (Shahih Muslim No.3576)

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...