27.7.15

Konsep Rahmat Seluruh Alam....

Sedutan daripada siri slot di 10 akhir bulan Ramadhan...

Rahmat adalah jalan kebaikan sehinggakan Imam Nawawi menyediakan satu bab khusus untuk menceritakan konsep kebaikan dalam riyatus Solihin.

Rahmat adalah tugas para Rasul dan Salafussoleh. Perkataan Rahmat disebutkan sebanyak 79 kali di dalam Quran. Disebut 35 kali secara gabungan perkataan dgn perkataan lain.

Perkataan Arrahman disebut sebanyak 77 kali... perkataan arrahiim disebut 131 kali dalam quran manakala perkataan irham disebut 5 kali.

Ada 100 ayat atau lebih yang menyebut tema rahmat. Manakala melebihi 500 kali ayat alQuran menyebutnya secara tidak langsung yang memberi maksud rahmat.

Rahmat ini seolah olah merupakan tema ke 2 di dalam Quran.

Banyak kisah yang membicarakan bagaimana Rasulullah menggunakan konsep rahmat dalam kehidupannya.

Kisah 1 berkaitan Zaid bin Haarithah... 
seorang hamba yang masuk Islam dan dimuliakan oleh Rasulullah.

Zaid bin Haarithah pada usia 5 tahun telah diculik di kampungnya lalu dijual kepada seorang lelaki yang bernama hakim.  Hakim pula menjualnya kepada Syaidatina Khadijah tatkala umur Zaid dalam lingkungan 8 tahun. Khadijah membeli Zaid kerana tertarik dengan akhlaknya yang mulia. Zaid berkhidmat di rumah Khadijah sehinggalah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah dan Zaid memeluk Islam dan bersama sama dengan Rasulullah.


Ayah Zaid bernama Haarithah mencari cari anaknya sejak kehilangan Zaid sampai beliau menuis satu sajak indah khas untuk Zaid yang menceritakan penderitaannya mencari Zaid.

Bila bertemu Zaid bersama Rasulullah, Maka berlakulah perbicangan panjang antara beliau, Rasulullah dan Zaid. Di antara pilihan untuk bersama Rasulullah atau Zaid pulang ke kampung halaman bersama Ayahnya... akhirnya Zaid membuat keputusan untuk bersama RAsulullah kerana sayang dan cintanya kepada akhlak mulia lagi terpuji yang ada pada RAsulullah.

Ayah Zaid terasa sangat kecewa lalu Rasulullah mengembirakan hati Ayah Zaid dengan konsep Rahmat iaitu mengisytiharkan Zaid sebagai anaknya (pada waktu itu syariat Islam belum dilaksanakan lagi). Haarithah sangat gembira kerana anaknya bukan lagi berstatus hamba tetapi anak kepada Rasulullah.

Kisah ke 2..
Batu Hajar Aswad diletakkan semula ditempatnya oleh Rasulullah sehingga pergaduhan kaum ditamatkan.

Kebijaksaan Rasulullahmenggunakan konsep rahmat iaitu mengambil kain dan hajar asad diletakkan di ata skain. Rasulullah memanggil wakil daripada 4 kaum yang bergaduh itu memegang setiap bucu kain lalu membawanya ke tempat asal hajar aswad. Akhirnya Rasulullah yeng meletakkan sendiri batu itu dgn persetujuan bersama yang lain.

Kisah ke 3,

Kisah umat Islam berhijrah ke Habsah dari Mekah.

Jaafar Abi Talib menceritakan konsep rahmat dalam Islam apabila ditanya oleh Raja Najashi tentang keadaan mereka sebelum dan selepas memeluk Islam.

Kata Jaafar Abi Talib,

Sebelum memeluk Islam, kami adalah jahil, makan bangkai, mudah bergaduh, tiada sifat kejiranan dan penggemar arak dan penzinaan.

Tetapi selepas masuk Islam, kami bercakap benar, memuliakan jiran, menjauhi pergaduhan, meninggalkan amalan minum arak dan perzinaan, menjadi manusia yang mengabdikan diri kepada pencipta dan membebaskan diri drpd menghambakan diri kepada manusia.

Rahmat Dalam Keluarga
1. Lelaki atau suami adalah tonggak nafkah keluarga.
2. Lelaki atau suami tetap wajib membayar nafkah walaupun bergaji kecil. Pada waktu begini isteri yang suka rela membantu suami meringankan beban keluarga adalah yang terbaik tetapi bukan wajib atau boleh dipaksa.
3. Suami wajib memastikan anak-anak dan isteri memakai pakaian yang mematuhi syariat Islam.
4. Pendidikan ilmu kepada ahli keluarga termasuk akhlak dan adab menjadi tanggungjawab. Bantuan isteri adalah satu kelebihan.

CARA mendapatkan Rahmat.

1. Tawaddu
Merendahkan diri dari sudut imej diri, bahasa yang digunakan, body language yang terpancar dari diri.

2. Lemah lembut

Hadis nabi ada menyebutka bahawa Allah menjadikan diri Rasulullah sebagai seorangberjiwa hamba dan pemudah dan Allah tidak menjadikan Rasulullah Jabbar Anida.. keras dan kasar.

Hadis kedua menceritakan tentang tiada perkara yang ada kelembutan melainkan ianya meningkatkan kualiti seseorang.

3. Bertolak ansur

Hadis menyebut bahawa seseorang itu tidak dirahmati jika sekiranya dia tidak merahmati orang lain.

HAdis juga ada menyebut bahawa adalah rugi atau celaka seseorang yanag tiada sifat rahmat dalam hatinya.

Sifat Rahmat, kelembutan dan bertolak ansur adalah merupakan satu magnet kuat yang mampu menatik hati hati manusia ke arahnya tak kira hati orang muslim atau tidak.

4. Sentiasa berinteraksi dengan alQuran itu
a) tilawah atau membaca al Quran setiap hari.
b) Memahami kandungan alQuran melalui terjemahan dan tafsiran.
c) Tadabbur iaitu merenung dan memikirkan makna makna ayat alQuran.
d) Amalan, mengamalkan kandungan alQuran mengikut kemampuan yang ada bermula dengan diri sendiri dan kemudian mengajak orang terdekat serta orang yang jauh.

Oleh itu sebarkan rahmat dan kerahmatan  dalam'

1. Kepimpinan dan kepemimpinan
2. Ekonomi dan muamalat islam
3. Sistem kehakiman dan keadilan
4. Infrastruktur organisasi dan negara
5. Sistem pencukaian

Dan pebagai polisi individu, organisasi dan negara...

Jadikan agen penyebar Rahmat untuk seluruh Alam...

Amiin!




24.7.15

How to Change the Registered PC Owner in Any Version of Windows

If you’ve ever wondered how to change the name of the person that Windows is registered to, this is the quick tip for you. It’s not all that useful, but it might come in handy if you got a computer from somebody else.
Open up regedit.exe through the start menu search box or by pressing WIN + R to open the Run box and typing it there, and then locate the following registry key:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion
image
RELATED ARTICLE
Change Your Computer Name in Windows 7, 8, or 10
If you’ve ever bought a new computer with the operating system already installed, you might be annoyed by the default... [Read Article]
Now you can find the RegisteredOwner and RegisteredOrganization keys in the right-hand pane. Change them to whatever values you want.
To show off the new changes, just type winver.exe into the start menu search box or WIN + R run box to see the About Windows box:

Kinda useless, but one of those things I have to write about if I want to cover everything :)
This should work in all versions of Windows, including Windows 7 and Windows 8.