30.7.09

Cara Terkini Islam Menakluk Dunia

Pada Tahun 2008, satu pendedahan kajian di dunia barat, bagaimana Islam boleh menakluk dunia iaitu melalui proses pembiakan yang perlu disekat...

Ikuti Video Pendedahan ini.





Itulah kehebatan sistem perkahwinan dalam Islam...begitu juga konsep perkembangan zuriat /sistem pembiakan manusia dalam Islam..... Islam tidak hadkan limit anak.... semua penganut Islam percaya...setiap anak ada rezekinya kerana pemberi rezeki bukannya manusia tapi Allah sebagai pencipta.... Ayat dalam Al Quran menyatakan hal sedemikian apabila membicarakan tetang kemiskinan dan konsep beranak - pinak.....

Perkara ini cukup berbeza dgn dunia barat yang lebih mengejar kerjaya, kemewahan, glammour lebih dari segalanya.....

Akhirnya.... kebangkitann Islam tidak boleh disekat... cahaya nur Islam akan terus berkembang..... apakah kita berada dalam arus itu?


29.7.09

Nikah Mut'ah - Haram Disisi Kita Umat Islam

Baru-baru ini akhbar tanahair menceritakan ramai gadis tempatan
terpedaya dengan cinta lelaki asing. Ada juga lelaki asing yang
menawarkan nikah mutaah. Di tempat saya, terdapat pelajar
Iran meminta dicarikan pasangan untuk nikah muta'ah.

Secara ringkas, nikah muta'ah adalah haram di sisi 4 mazhab
ahli sunnah (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali). Adapun mazhab
Syiah seperti Syiah Imamiah menganggapnya halal.

Berikut saya akan ceritakan serba sedikit tentang 'Nikah Muta'ah'
di sisi Syiah agar tidak ada yang terpedaya lantas melakukannya
atas nama agama.

Saya akan cedok tulisan ustaz Asri Yusuf dari kitabnya
"Maqalaat Asr", "Syiah Imamiyyah: Mazhab ke 5 dan sedikit
bacaan saya mengenai fatwa Syeikh Syaltut (Syeikh Azhar).

Kedudukan Muta'ah dalam ajaran Syiah

1) AL-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad AL-Baqir

bahawa beliau berkata: "Bukan dari kalangan kami orang yang

tidak mempercayai raj'ah (kebangkitan semula para Imam

sebelum qiamat utk menghukum orang-orang yg menentang

dan memusuhi ahlul Bait) dan tidak menganggap halal muta'ah kita".

(Rujukan: Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.458, syeikh Abbas

AL-Qummi-Muntaha AL-Amal j.2 hal.34).


2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar

As Shadiq katanya; "Sesungguhnya Allah Tabarakawataala

telah mengharamkan segala bentuk minuman yg memabukkan

ke atas syiah kita dan menggantikannya dengan muta'ah."

(Rujukan: Ibnu Babwaih Al-Qummi- Man Laa Yahdhurul Faqih

J.3 hal.467, Al-Murru Al Amili-Wasaailu As Syiah j.14 hal.438).


Keutamaan dan Fadhilat Nikah Muta'ah menurut Syiah.

Utk menggalakkan amalan muta'ah ini mereka mengadakan

sekian banyak hadis-hadis palsu atas nama para Imam 12

mereka dan atas nama Nabi saw. Antaranya:

i) Mereka meriwayatkan dari Nabi saw bahawa baginda saw

bersabda: "Sesiapa yg keluar dari dunia (mati) dlm keadaan

tidak pernah melakukan muta'ah, ia akan datang pada hari

qiamat dalam keadaan rompong." (Mullah Fathullah Kasyaani-

Tafsir Manhaj As-Shadiqin jz 2 hal 489).


ii) Ketika Nabi saw mikraj ke langit, baginda saw telah

ditemui Jibril seraya berkata: Wahai Muhammad, Allah

Tabarakawataala berkata: Sesungguhnya Aku telah

mengampunkan orang yg telah melakukan muta'ah dgn

perempuan dari kalangan umatmu. (Man Laa Yahdhurul Faqih

j.3 hal.463, Wasaailu As-Syiah j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar

j.100 hal 306).

iii) Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari Ayahnya dari

Muhammad al-Baqir, katanya, "Aku berkata kepada

Muhammad al-Baqir; Adakah orang yg melakukan muta'ah itu

mendapat pahala? Muhammad al-Baqir berkata: "Ya kalau

ia melakukan muta'ah dgn niat kerana Allah dan sebagai

bantahan terhadap orang yg tidak menerimanya, maka tiada

sepatah perkataan pun yg diucapkannya kpd perempuan

yg dilakukan muta'ah dgnnya melainkan Allah Tabarakawataala

menuliskan utknya satu kebajikan dan tiada dihulurkannya

tangannya kpd perempuan itu melainkan ditulis Allah satu

kebajikan utknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu

nescaya Allah ampunkan satu dosanya. Apabila ia mandi,

Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu

yg dilalui air di atas tubuhnya. "Maka aku pun berkata (ayah Soleh),

"Sebanyak bulu ditubuh?" Muhammad al-Baqir berkata:

"Ya, sebanyak bilangan bulu ditubuh orang itu."

(Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.463, Wasaailu As Syiah

j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar j.100 hal 306)



BAGAIMANA MUTA'AH BOLEH TERJADI
.

Setelah melihat kedudukan dan fadhilat nikah muta'ah di sisi syiah,
maka tidak hairanlah bagi penganutnya utk mengamalkan nikah tersebut
atas nama agama. Sekarang mari kita lihat bagaimana nikah muta'ah
boleh berlaku dikalangan penganut syiah. Nikah muta'ah ini boleh
berlaku seperti berikut:

1) Tanpa wali, tanpa saksi dan tanpa perisytiharan. (At-Thusi,
Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal. 248,249,254, An-Nihayah hal.489).

2)Di mana-mana sahaja antara seorang lelaki dgn seorang perempuan.
(Khomeni-Tahrir AL-Wasilah,j. 2 hal.292).

3) Dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi.(Khomeni- Tahrir AL-
Wasilah,j.2 hal.292) .

4) Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau
tidak. (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.253, An-Nihayah hal.489).
At-Tusi meriwayatkan daripada Fadhal Maula Ahmad ibn Rasyad bahawa
dia menceritakan kepada Jaafar As-Sadiq a.s, "Bahawa aku telah
berkahwin dgn seorang perempuan secara muta'ah. Setelah itu timbul
dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Maka aku
menyelidiki keadaan yg sebenarnya. Tiba-tiba aku dapati memang benar
dia mempunyai suami". Dia (Jaafar) berkata:"Kenapa kamu selidiki?" (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.253).

5) Dengan perempuan dlm lingkungan umur yg tidak tertipu iaitu 10
tahun. Abu jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur
perempuan yg boleh dilakukan muta'ah. Beliau menjawab, "iaitu kanak-
kanak yg tidak tertipu. Berkata perawi, "aku pun berkata; semoga
Allah mendamaikan anakmu, berapakah minima umur perempuan yg tidak tertipu?" "Beliau menjawab, "Sepuluh tahun". (AL-Istibshar jilid 3
hal.461, Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.463).
AL-Hulli dlm kitab Fiqhnya (Syarai' al-Islam, jilid.2 hal.186)
mengatakan: "Seorang gadis cerdik yg sudah baligh mengaqadkan
muta'ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, samada ia
masih dara atau janda."

6) Dengan bayaran mas kahwin yg tidak terlalu besar, hanya mamadai
dgn segenggam gandum, atau segenggam makanan atau buah tamar, atau
satu dirham bahkan kurang dari satu dirham. (Al-Furu' min Al-Kafi
jilid 5 hal.457,Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.260 ).



7) Dengan perempuan tanpa had iaitu tidak terbatas sampai
empat orang sahaja. Mengikut apa yg mereka riwayatkan
daripada Jaafar al-Sadiq, beliau ada berkata: "Berkahwinlah
dgn mereka secara muta'ah walaupun sampai 1000 orang kerana
mereka itu termasuk di antara perempuan yg disewakan."
(AL-Istibshar j.3 hal.147, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.259)

8) Untuk jangka masa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan,
sebulan, seminggu, sehari….Sekurang- kurang tempoh bagi
muta'ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yg tersebut
dalam riwayat dari Ali bin Muhammad al-Jawad (Imam ke 10 di
sisi Syiah) bahawa beliau pernah ditanya: "Berapa lamakah
sekurang-kurangnya tempoh muta'ah itu boleh dilakukan?
Adakah harus seseorang melakukannya dgn syarat sekali
persetubuhan? Beliau menjawab; "Ya, tidak mengapa tetapi
bila selesai (dari persetubuhan itu) hendaklah memalingkan
mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu.
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.267).

9) Dengan seorang perempuan berapa kali? Perempuan itu tidak
haram kepada lelaki yg telah melakukan muta'ah dgnnya walau
berapa kali sekalipun. Ini tersebut dlm riwayat syiah dari Aban
bahawa ada orang bertanya Jaafar as-Shadiq tentang bolehkah
seseorang melalukan muta'ah dengan seorang perempuan beberapa
kali? Jaafar as-Shadiq menjawab: "Tidak mengapa, ia boleh
melakukan muta'ah dengannya seberapa kerap yg dikehendakinya" .
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460, Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.480)

Satu lagi riwayat dari Jaafar as-Shadiq bahawa beliau ditanya
tentang seorang yg berkahwin dgn seorang perempuan secara muta'ah;
berapa kalikah ia boleh melakukan muta'ah dengannya?
Jaafar as-Shadiq menjawab: "Sebanyak yang disukainya."
(Qurbul AL-Isnad hal.109, Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.480,
Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.460).

10) Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi
sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa
keengganan perempuan tersebut bergaul dgn lelaki yg mengadakan
aqad muta''ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan aqad muta'ah
utk 10 hari dan menentukan maskahwinnya RM100.00, tetapi si lelaki
bimbang perempuan yg ia lakukan muta'ah utk 10 hari itu tidak akan
memenuhi tempoh yg dipersetujui, maka bolehlah ia mengaqad muta'ah
dgn bayaran maskahwin secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan
itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja,
maka lelaki itu perlu membayar RM50.00 sahaja. Ini berdasarkan
riwayat mereka(syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya; "Aku
bertanya Jaafar as-Shadiq, "Bolehkah aku mengadakan aqad muta'ah
dgn seorang perempuan selama sebulan dgn tidak memberikan kpd
perempuan itu sebahagian daripada maskahwinnya? Jaafar as-Shadiq
menjawab: "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa
keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan
ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga."
(Al-Furu' min Al-Kafi j.5 hal.461, Wasaailu As-Syiah, jilid 14
hal.481, Biharu AL-Anwar J.100 hal.310).

SIAPAKAH YG DIBENARKAN MENGAMAL MUTA'AH?

.
Syiah meriwayatkan bahawa Imam AR-Ridha (Imam yg ke 8 di sisi syiah) berkata: "Muta'ah itu tidak halal kecuali kpd orang yg mengertinya. Ia haram kepada orang yg jahil tentangnya.( Man laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.459). Maksudnya,ia halal untuk penganut-penganut ajaran syiah.

SYARAT-SYARAT YG DIMESTIKAN DALAM AQAD MUTA'AH
.
Terdapat hanya dua syarat sahaja yg mesti disebutkan di dalam aqad utk menjadikan aqad itu sebagai aqad muta'ah iaitu:

i) tempoh atau jangkamasa muta'ah dan
ii) maskahwinnya.
Ini berdasarkan jawapan Jaafar as-Shadiq kpd orang yg bertanya tentang apa yg mesti disebutkan di dalam aqad muta'ah. Kata beliau: "Maskahwin yg maklum utk jangkamasa yg maklum.
(Wasaailu As-Syiah, j.14 hal.465, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.262).

HAK MENERIMA PUSAKA HASIL PERKAHWINAN SECARA MUTA'AH.
.
Tidak ada hak menerima pusaka daripada pihak lelaki dan perempuan yg mengamalkan muta'ah. Hukum ini adalah berdasarkan riwayat dari Said bin Yasar bahawa ia bertanya Jaafar as-Shadiq tentang lelaki yg mengahwini seseorang perempuan secara muta'ah dan ia tidak mensyaratkan hak menerima pusaka di antara satu sama lain. Jaafar as-Shadiq menjawab: "Tiada hak menerima pusaka bagi mereka berdua samada lelaki itu mensyaratkan atau tidak mensyaratkan (di dalam aqad). (Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.265, AL-Furu' min AL-Kafi, j.5 hal.465).

SEBAIK-BAIK PEREMPUAN UTK DIMUTA'AHKAN

Syiah mengajar apabila seseorang mahu melakukan muta'ah dengan seorang perempuan, hendaklah dia mencari seorang perempuan mukminat, terpelihara kesucian dirinya, terhormat, pintar, dan beraqidah dgn aqidah yg benar. Akan tetapi jika perempuan yang mempunyai sifat-sifat ini tidak ditemui, boleh juga dilakukan aqad muta'ah dengan perempuan-perempuan yang lain. (Syeikh At-Thusi, An Nihayah hal.490, Tahzibu AL-Ahkam,j.7, hal.252)

Perbezaan antara perkahwinan menurut ahli sunnah dgn perkahwinan
cara muta'ah.
.
Berikut disenaraikan beberapa perbezaan penting di antara perkahwinan yg sah menurut ahli sunnah dgn perkahwinan cara muta'ah yg diharamkan
di sisi ahli sunnah tetapi digalakkan oleh syiah.
.

PERTAMA:
Ahli Sunnah: Perkahwinan ini terjadi dgn sighah atau lafaz aqad nikah
dihadapan wali dan 2 orang saksi.
Syiah: Perkahwinan terjadi dengan aqad muta'ah walaupun tanpa wali
dan saksi.

KEDUA:
Ahli Sunnah: Suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk
tempat tinggal dan sebagainya.
Syiah: Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri.

KETIGA:
Ahli Sunnah: Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih drpd 4
orang isteri dlm satu masa dgn syarat yg rumit dan sukar pula.
Syiah: Seseorang lelaki harus menghimpunkan seramai mana perempuan
yang diingininya tanpa syarat.

KEEMPAT:
Ahli sunnah: Perempuan akan mewarisi harta suami bila dia meninggal.
Syiah: Isteri tidak berhak mendapat harta pusaka drpd suami.

KELIMA:
Ahli sunnah: Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya
perkahwinan anak dara.
Syiah: Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan.

KEENAM:
Ahli Sunnah: Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu
hidup dan tidak berlaku penceraian.
Syiah: Tempoh perkahwinan mut'ah mungkin setengah jam, sehari,
seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki.

Berikut disertakan perbezaan penceraian (talak) antara perkahwinan
Ahli Sunnah dan perkahwinan secara muta'ah.

PERTAMA:
A.Sunnah: Penceraian berlaku apabila lelaki melafazkan talak dengan
sedar, pilihan sendiri dan bukan dengan dipaksa.
Syiah: Penceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan
dalam aqad.

KEDUA:
A.Sunnah: Edah talak bagi perempuan yg ditalak ialah tiga kali suci
atau tiga kali haid (khilaf ulama').
Syiah: Edah penceraian ialah seperti edah hamba iaitu separuh drpd
edah orang merdeka.

KETIGA:
A.Sunnah: Wajib bagi suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya.
Syiah: Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa
edahnya.


PANDANGAN ULAMA SUNNI TENTANG NIKAH MUTA'AH.

Setelah kita melihat nikah muta'ah dari kaca mata syiah,

maka sekarang marilah kita melihat apa kata ulama sunni

mengenai nikah muta'ah itu.

i) Syeikh Azhar, Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut pernah

berkata, "Bahawa syariat yg mengharuskan perempuan berkahwin

dalam satu tahun dgn 11 orang lelaki, dan mengharuskan pula lelaki

berkahwin setiap hari dengan beberapa ramai perempuan tanpa

membebankannya dgn bebanan dan tanggungjawab perkahwinan,

tidak mungkin datangnya dari Allah swt Tuhan Sekelian Alam dan

tidak juga ia syariat yg memelihara kesucian dan kehormatan

manusia. (Syeikh Mahmud Syaltut, AL-Fatawa, hal.274-275) .

Kenyataan Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut ini lanjutan dari

jawaban beliau terhadap hukum nikah muta'ah.

ii) Bekas Mufti Besar Pakistan, Mufti Wali Hasan dalam satu

tulisannya pernah menyatakan:" Syiahlah satu-satunya ajaran

di atas muka bumi ini yg menganggap jenayah berbohong dan

berzina sebagai suatu yang mendatangkan pahala dan menaikkan

darjat seseorang. Sesuatu aliran fahaman biar bagaimana hina

sekalipun seperti Atheism tetap menganggap bohong dan zina

sebagai tingkah laku yg salah dan tidak berakhlak, tetapi syiah

menganggapnya sebagai sebahagian daripada tuntutan Iman

dengan menukar nama bohong kepada "taqiyyah" dan zina

kepada "muta'ah".

Penutup:

Sebagai penutup, elok kita melihat pandangan cendikiawan

syiah sendiri yg berusaha sedaya upaya utk memperbetul dan

memurnikan ajaran syiah termasuklah nikah muta'ah. Beliau

ialah Dr.Musa Al-Musavi. Dalam bukunya "As-Syiah

wa at-Tashih" beliau menulis:

"Bahawa Islam datang untuk memuliakan manusia sebagai

yang tertera di dlm firman Allah yg bermaksud;"Sesunggu hnya

kami telah memuliakan manusia"(al- isra':70) dan Rasulullah saw

pernah bersabda;"Sesungguh nya aku telah diutuskan utk

menyempurnakan akhlak yg mulia."

Adakah Islam menentukan peraturan-peraturan yg mengharuskan

kebebasan seks yg menjatuhkan maruah perempuan dgn

meletakkannya disatu tempat yg tidak dapat kita temui walaupun

di dlm masyarakat yg mengamalkan "libertinism" disepanjang

sejarah? Tidak dapat kita temui juga di dlm istana Louis ke 14

di Versailes, Peranchis ataupun di dalam mahligai-mahligai

sultan-sultan Turki dan maharaja-maharaja Parsi.

Manusia yg disebut dlm ayat al-quran yg mulia itu merangkumi

lelaki dan perempuan. Akhlak yg dibawa oleh Rasulullah saw itu

pula adalah utk menyempurnakan kedua-dua jenis manusia

lelaki dan perempuan. Bagaimana mungkin seseorang itu

dapat menjaga kehormatannya dan terpelihara akhlaknya dgn

adanya undang-undang muta'ah ini? Apa yg dinikmati oleh

perempuan dari peraturan dan undang-undang muta'ah ini

hanyalah kehinaan dan kehilangan maruahnya apabila ia

dianggap sebagai matabenda yg boleh ditimbunkan oleh lelaki

tanpa had. Perempuan yg telah dimuliakan oleh Allah

sebagai ibu yg melahirkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita

agung dengan memberikan darjat yg tidak diberikan kepada

orang lain. Justru ia meletakkan syurga dibawah tapak kakinya

sebagaimana sabda Nabi saw.

"Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu".

Layakkah ia menghabiskan waktunya di dalam pangkuan lelaki,

seorang demi seorang, atas nama syariat Muhammad??

(As-Syiah wa at-Tashih hal.109 dan 111).

Demikianlah pandangan seorang cendikiawan syiah tentang

muta'ah yg fitrah kemanusiannya masih suci dan belum

ternoda lagi. Tetapi apakan daya, usaha-usahanya itu akan

hilang dgn sia-sia dan akan menjadi debu yg berterbangan

kerana konsep muta'ah itu sudah sebati dan menjadi darah

daging ajaran syiah yg tidak mungkin dipisahkan lagi.

Di hadapan kita sekarang hanya ada satu jalan sahaja yg

dapat menyelamatkan kehormatan wanita khususnya dan

kemanusiaan amnya iaitulah jalan ahli sunnah wal jamaah.

... TAMAT ...

Thank to Ustaz ahmad KIKIAN

24.7.09

Anak-anak pintar = psychic child

Saturday, 9 May 2009


ANAK ANDA MEMANG PSIKIK


KETAHUILAH BAHAWA ANAK ANDA PSIKIK

“Uncle ada kolesterol tinggi…..” dan seterusnya Nur Fitrah menerangkan maksud warna-warna medan tenaga yang telah dilukis untuk salah seorang peserta lelaki saya. Sebelum itu Nur Fitrah juga telah melukis gambar Ibu Dani dengan tiga lapis warna-warna medan tenaga dan butir-butir maksudnya sekali. Waktu itu umur Nur Fitrah baru lapan tahun. Nur Fitrah adalah anak saya yang kecil sekali, berumur 11 tahun. Walaupun saya sudah lama berkecimpung dalam mempelajari dan berkongsi ilmu tentang minda, tidak terfikir bahwa anak saya sendiri akan memberi saya fahaman yang lebih dalam tentang maksud psikik. Kerana itu kadang kala saya menjadi murid dan Nur Fitrah menjadi guru. Sejak Nur Fitrah menunjukkan bakatnya boleh melukis aura dan menganalisa maksud warna aura tersebut, kawan-kawan saya, yang juga peserta kursus saya, suka berkawan dengan Fitrah (panggilan yang biasa untuk Nur Fitrah) dan memintanya supaya melihat bukan sahaja medan tenaga , tetapi juga tentang perkara-perkara peribadi.


BAYI LAHIR PSIKIK

Lahirnya seorang bayi kedunia, bukanlah ia tanpa sebarang bekalan. Bayi dilahirkan sempurna. Lahirnya bayi adalah penuh dengan ilmu, kemahiran, keupayaan, kekuatan, daya usaha, daya fikir yang tidak kelihatan pada mata kasar kerana dihadkan oleh tubuh fizikal yang masih kecil dan belum berupaya.

Ahli sains Barat telah mengeluarkan satu pernyataan bahawa seorang bayi yang dilahirkan dengan pengetahuan yang sempurna. Namun mereka akan kehilangan pengetahuan tersebut sedikit demi sedikit apabila semakin membesar. Didalam Islam anak adalah amanah yang Allah berikan kepada sepasang suami isteri untuk dibesarkan mengikut lunaas-lunas Islam. Sesuatu yang diamanahkan mestilah sesuatu yang dikira cukup sifat dan harus dijaga supaya ia tidak menjadi sedikit atau mengurang.



ADAKAH ANAK-ANAK TAHU MEREKA PSIKIK?
Anak-anak kecil tidak mengetahui bahawa mereka adalah psikik. Tanpa menyedari mereka memberi petanda yang menunjukkan mereka adalah psikik. Petanda yang dikeluarkan mungkin dilihat seperti perkara biasa atau tiada mempunyai maksud oleh orang dewasa. Bagi anak-anak itu pula walau pun memberi petanda yang menunjukkan sifat psikiknya, mereka mungkin tidak tahu bahawa orang dewasa tidak serupa mereka. Walau bagaimana pun, bagi seorang kanak-kanak psikik yang telah mengetahui bahawa ianya adalah psikik, dia akan dapat melihat potensi psikik kanak-kanak lain juga.

PSIKIK SIFAT MINDA LUAR SEDAR
Cuba bayangkan semula perilaku anak kita semasa kecil. Ada anak yang suka bercakap sendiri ketika bermain. Jangan kita fikirkan bahawa anak itu cacat pemikiran. Sebenarnya anak itu sedang menggunakan sumber ilmu yang datangnya dari dalam, iaitu dari minda luar sedar. Anak –anak pada peringkat sebelum akil baligh adalah yang paling kerap menggunakan minda luar sedar. seorang bayi ketika lahirnya dikuasai oleh minda luar sedarnya. Minda sedarnya belum aktif lagi selain dari mendapat pancaran cahaya melalui mata, mendengar bunyi suara ibu bapa melalui telinga dan merasakan sentuhan lembut ibu serta merasa sedapnya susu ibu di lidah beserta dengan baunya.
Manusia dilahirkan siap dengan bekalan dan bekalan tersebut tersimpan di dalam minda luar sedar dalam bentuk yang belum boleh dipegang atau dilihat. Bekalan tersebut menjadi nyata apabila minda sedar berjaya menyatukan fakta fizikal yang datangnya dari luar dengan bekalan yang berada di dalam minda luar sedar, ia kemudian menjadi ilmu pengetahuan. Bekalan yang telah Allah persiapkan untuk seseorang manusia itu tidak terkata nilai dan ketinggiannya.
Sungguh bayi itu tidak boleh berkata-kata seperti ibunya, namun minda luar sedarnya sedang berada pada potensi yang paling tinggi. Contohnya, bayi boleh melihat makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Bayi dan kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh melihat lapisan-lapisan medan tenaga di keliling tubuh seseorang. Lapisan medan tenaga ini mempunyai warna-warna yang berbeza dan mempunya maksud yang berbeza. Bayi dan anak-anak juga mempunyai kebolehan psikik yang lebih tinggi berbanding dengan seseorang yang telah dewasa. Sifat-sifat psikik termasuklah membaca fikiran orang lain, boleh meneka benda tersembunyi, mengetahui terlebih dahulu perkara yang akan berlaku, dan sebagainya.


Terima kasih di atas komen-komen baru yang diberi. Tahun ini Fitrah di Tahun 6 dan sedang membuat persiapan untuk UPSR disamping setiap bulan menghadiri kelas The Child Psychic Channel. Oleh kerana banyak permintaan untuk Fitrah teruskan blog ini, buat sementara waktu saya paparkan dahulu tulisan saya untuk kolum ANAK & PSIKIK dalam Majalah Pa & Ma berdasarkan ilmu yang ada pada Nur Fitrah juga.

Salam.

Mama Fitrah
09/05/09

23.7.09

Neuro Linguistic Program - NLP

Zaman sekarang ini, kita terpesona dengan nama NLP terutama Trainers/Jurulatih atau konsultan.

Kita melihat NLP adalah senjata ampuh untuk memperkasakan diri. Berdasarkan pengalaman mendapatkan ilmu ini dari 2 sifoo maka apa yang boleh saya rumuskan ialah

1. NLP adalah satu ilmu berstruktur yang mana ianya memodelkan sesuatu kejayaan supaya ianya boleh dijejaki dan diamalkan dengan mudah oleh orang yang datang kemudiannya dgn skrip yang tersusun.

2. Ilmu ini walaupun ianya dimunculkan daripada barat tetapi setiap daripada kita pernah mengamalkannya tanpa kita sedar kerana ianya bersifat fitrah manusia.... malah Rasulullah adalah individu yang banyak mempraktiskan ilmu ini dalam dakwahnya, begitu juga para sahabat...tabiiin, ulamak ....hanya mereka tak namakan ia dengan nama NLP.

3. NLP ini dibahagikan kepada 2 perguruan iaitu yang menjadikan ianya sebagai satu kepercayaan dan taasub dgnnya. Manakala golongan kedua hanya menjadikan NLP adalah alat untuk berjaya sahaja dan bukannya sebagai kepercayaan pasti....

4. NLP ada 2 segmen utama iaitu
  • Segmen pertama, proses mendapat ilmu dan membina perhubungan menerusi 5 pancainderanya - V.A.K.O.G... yang akhirnya dikecilkan kpd V.A.K; Ketajaman Deria Modaliti dan sub-modaliti; Pengurusan "State"; Kue Akses Mata
  • Segmen keduanya ialah proses impak yang timbul akibat penggunaan bahasa kepada neuro otak atau minda. Segmen kedua ini dinamakan pattern nlp atau corak NLP. Antara corak yang glamour ialah Circle of Excell, Chocolate Godiva, Ownership of your power zone, Switch, Pattern, Menjana Perlakuan Baru (NGB), Time Line, Mind To Muscle dan pelbagai lagi.... katanya ada sehingga 140 corak yang dikumpulkan. Segmen kedua ini juga dilihat hampir sama dengan aktiviti rawatan reiki, inner power, mindpower atau meta fizik.

Selebihnya kenalah baca buku NLP atau be master in NLP

Wassalam

22.7.09

Bila Iman Sedang DIUJI!

"Masyallah, budak-budak perempuan Melayu ni selamba jer minum arak. Dah lah minum arak dan perpakaian sexy siap rakam lagi. Last-last diupload ke youtube.

Dari suasana video tersebut kelihatan mereka tinggal di rumah sewa dan sedang menyambut hari jadi. Dari loghat diaorang sah dari Trengganu."

=====================================================================




===================================================================
VIDEO ini diambil daripada youtube dan blalang.com

Begitulah jadinya kepada anak gadis melayu... yang belajar agama Islam sejak kecil tetapi... entahlah kenapa ajaran Islam yang murni itu tertutup untuk hati-hati mereka mencerapinya...

Kenapa mereka diuji sedemikian rupa..... sampai lupa hukum hakam tuhan... bahawa arak itu haram diminum malah Allah mencelanya dengan mengatakan bahawa semua yang terlibat dengan arak akan dicela tak kira pembawa, pembuat, pembayar, penjual, pembeli semuanya dicela dan terus dicela....

Tidak malukah mereka mendedahkan kemaksiatan yang dibuat di youtube.com.... mendedahkan wajah-wajah mereka.

Cuba kita renungi... jika ibubapa mereka melihat video ini.... secara jelas nampak muka-muka anak-anak kesayangan mereka, anak yang mereka lahirkan, anak yang mereka kandungi selama 9 bulan......

BETAPA...hancurnya jiwa si Ibu..... remuknya jiwa si ayah melihat perbuatan anak-anak yang tak sedar bahawa hidup mereka semua akan berakhir dengan kematian....

Yang Akhirnya, mereka tetap akan ke kubur.... berjumpa dua malaikat yang akan menyoal mereka tentang aarak yang diminum mereka...... tentang solat yang entah ke mana.....

Kenapalah cetek pemikiran remaja melayu muslim kini.... anak nganu.....

=================================================================

Kalau kita layari youtube... bukan gadis di nganu ini sahaja yang terlibat dgn arak... malah banyak video-video yang menunjukkan gadis di lembah klang, artis dan banyak lagi nama-nama glamor yang menunjukkan mereka memegang botol/tin arak....

Ayoyoooo...... apa sudah jadi dgn umat Islam kini......


==================================================================

Kita sebenarnya terlalu mengejar kecerdikan intelek dan fizikal sehingga terlupa kecerdikan emosi malah tersasul dalam kecerdikan rohani...



Apabil Manusia Tidak Mahu Untuk BerTuhankan Ilahi!

Artikel yang ditulisnya ini menceritakan tentang manusia yang inginkan kerohanian tetapi tidak mahu bertuhankan penciptanya ALLAH.... mereka berselindung disebalik "kerohanian" tanpa mengikat diri dengan Agama.....


Akhirnya apa yang dicari tidak kemana.... pencipta ajaran kerohanian tanpa bertuhan ini akan kaya raya.....

Mudahnya mencari dunia dengan kerohanian


====================================================

Kapitalis agama manusia Barat

Chopra secara terang-terangan ingin menjadi kaya melalui ajaran-ajaran kerohanian yang dibawanya.


SEBAHAGIAN daripada buku-buku Chopra yang membicarakan tentang isu-isu spiritual.



DEEPAK CHOPRA


DIA bersahabat akrab dengan Micheal Jackson, bahkan pernah menjadi doktor spiritual kepada Raja Pop itu.

Menunjukkan keakrabannya dengan Micheal Jackson atau mesra dengan panggilan Jacko, dalam satu wawancara bersama Larry King Live CNN, Deepak Chopra menyalahkan para doktor moden yang terlalu banyak memberi ubat-ubatan kepada Jacko.

Perkara tersebut dikatakan salah satu punca kematian Jacko. Beliau yang bersahabat dengan Jacko lebih dua dekad bukan saja akrab dengan Jacko, malah Madonna, Demi Moore, Shirlay Mcline dan selebriti Hollywood yang lain juga berguru dengannya.

Majalah TIME pernah melabelkannya sebagai The Emperor of Soul.

Penulis spiritual

Itulah sosok Chopra, seorang doktor psikologi kelahiran India. Pendekatan spiritual Chopra menggabungkan khazanah spiritual yang terdapat dalam Buddhisme, Judaisme, Hinduisme dan Kristian.

Malah Chopra terkenal dengan khutbah-khutbah yang berjaya memikat hati selebriti Hollywood yang mewah dengan kekayaan tetapi kosong dari segi spiritual kehidupan.

Inilah yang menjadikan Chopra terkenal bahkan kaya dengan pendekatan spritualnya. Buku-bukunya yang berunsur mistik menjadi best seller. Antara karyanya yang masyhur ialah The Seven Spiritual Law of Success, Journey into Healing: Awakening The Wisdow within You, Overcoming Addictions: The Spritual Solution, The Path to Love: Spiritual Strategies for Healing dan Quantum Healing : Exploring the Forntiers of Mind, Body, Medicine.

Hal ini menjadikan Chopra sebagai penulis buku-buku spiritual paling laris dan popular di dunia masa kini.


MICHEAL JACKSON


Turut menjadi best seller ialah kumpulan ceramahnya dalam bentuk audio kaset. Dengan kejayaan perdagangan segera, Chopra dinobatkan TIME sebagai seorang tokoh The 20th Century's Most Prominent Figure.

Apa yang menarik, setiap yang ditulis dan diajar oleh Chopra benar-benar memberi kesan kepada orang yang mengikuti programnya.

Tambah menarik lagi tentang Chopra ialah kegagalannya dalam perniagaan klinik terapi di India. Beliau dalam keadaan terdesak mencari peluang perniagaan, akhirnya menghidu peluang di Amerika Syarikat (AS).

Chopra cepat membaca tentang kehausan masyarakat Amerika terhadap ajaran-ajaran kerohanian.

Pada ketika itu, gerakan agama New Age sedang berkembang dan mendapat sambutan luar biasa.

Klinik terapi

New Age begitu popular kerana meyakinkan orang ramai bahawa cara yang paling segera dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan sosial dan peribadi yang sememangnya telah menjadi sebahagian daripada krisis kebudayaan Barat, hanyalah dapat diselesaikan dengan hubungan yang disebut sebagai kesedaran tinggi.

Gerakan New Age pada umumnya cenderung kepada ajaran-ajaran kerohanian Timur. Namun, pada hakikatnya gerakan ini menolak ajaran agama yang bersifat formal seperti Islam dan Kristian. Apa yang menarik bagi mereka hanyalah aspek kerohanian dan bukan soal hukum-hakam.

Oleh itu lahirlah slogan terkenal mereka Spirituality Yes!, Organized Religion No!

Menyedari fenomena ini, Chopra membuka klinik terapinya dan mula menawarkan ajaran kerohanian segera yang menggabungkan pelbagai ajaran agama untuk menyelesaikan masalah dalaman manusia Barat dalam mencari erti kehidupan.

Buku The Spiritual Law of Success telah menjulang namanya dan dicetak lebih enam kali. Paling menarik, Chopra telah menyunting sebuah buku bertajuk, The Love Poems to Rumi yang berisi kumpulan puisi kerohanian Jalaludin Rumi. Chopra dalam kata pengantar buku tersebut menulis: 'Kumpulan puisi ini mencerminkan kerinduan mendalam jiwa manusia tatkala menjalani pencarian ketuhanan.'

Guru spiritual

Sebagai guru spiritual terkenal, Chopra juga digelar poet-prophet of alternative medicine daripada klien dan anak muridnya menyatakan bahawa dirinya tidak terikat dengan sebarang agama.

Bahkan secara tegas, Chopra membuat garis pemisah antara agama dan spiritual.

"Personally, I'm not one for religion at all. I make a bid distinction between religion and spirituality", kata Chopra dalam sebuah bukunya. Bersama dengan dakwaan tersebut, Chopra berkhutbah tentang asal-usul alam semester, kewujudan Tuhan, meditasi, keharmonian hubungan akal dan jiwa.

Tanpa identiti agama, Chopra boleh bergerak ke mana sahaja sesuai dengan aliran kebanyakan masyarakat.

Fenomena Mc Spirituality ala Chopra menjadi corak baru yang diminati. Tanpa memeluk sebarang agama, seseorang itu boleh mengamal ajaran-ajaran kerohanian dan sang guru hanya mengambil aspek kerohanian tertentu sahaja untuk diformulasikan sebagai satu bentuk ajaran baru.

Barangkali Chopra boleh juga kita gelar sebagai kapitalis agama yang mengaut keuntungan atas nama ajaran agama-agama. Lalu, apa bezanya Chopra dengan para ustaz yang sering menawarkan pakej-pakej pengajaran agama?

Apa yang membezakan Chopra secara terang-terangan beliau ingin menjadi kaya melalui ajaran-ajaran kerohanian yang dibawanya. T

Harapan

Fenomena segera Mc Spirituality ala Chopra menunjukkan apa sahaja benda boleh diperniagakan, asalkan bijak membaca peluang termasuk apa sahaja atas nama agama.

Chopra sebenarnya merupakan kapitalis yang memberi harapan hidup kepada manusia Barat. Maka untuk mencari hidup lebih bermakna, mereka harus membayar harga yang mahal kepada Chopra.

"Saya tidak menjual pronografi tetapi saya menjual kebijaksanaan. Saya tidak menjual rokok tetapi saya mengerjakan sesuatu yang manfaat bagi umat manusia", kata Chopra dalam buku Overcoming Addictions: The Spiritual Solutions.

Terhadap kekayaannya yang menggunung, Chopra menjawab, "I have created enormous wealth in my life, but I've spent it off. Wealth is energy that is part of the energy of the universe, and the universe is extravagant, abundant, wasteful. In every seed there's a promise of thousands of forests.. I don't accumulate wealth. I generate it". Alangkah bijaknya Chopra, satu jawapan berbudi bahasa daripada seorang kapitalis agama.

17.7.09

Perihatinkah kita atau terlalu kepenatan?

Awak nampak apa yang saya nampak?

wanitaku Kredit gambar dari sini


Ini antara serpihan contoh sikap kurang sopan di kalangan masyarakat kita. Kalau masuk bab kebiadaban di jalan raya, lagi panjang isunya.

Orang kita sangat bangga apabila dilabelkan sebagai bangsa yang peramah, berbudi bahasa dan bersopan santun. Gambaran ini seolah-olah menjadi ‘lambang rasmi’ masyarakat kita.

Hasil tinjauan rambang majalah Reader’s Digest disiarkan pada Jun 2006 meletakkan Kuala Lumpur di tangga ketiga daripada 35 ibu negara paling kurang berbudi bahasa selepas Bucharest dan Mumbai.

Kepincangan dalam sistem sosial, mengakibatkan wujudnya generasi yang bijak pandai, tapi tercicir dari segi budi bahasa. Budi bahasa dan kesopanan tidak diwarisi, sebaliknya ia perlu dipelajari dan dijadikan amalan sepanjang hayat.

Kata imam al-Ghazali, kita mesti belajar untuk hidup beradab, bukan menjadi biadab.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

Antara gambar-gambar daripada pelbagai blog yang berkaitan





"25 Expression Challenge"



16.7.09

MAPS of Reality

"Brainstorming di PD sepatutnya 3 hari 2 malam, tapi oleh kerana penerbit dan pengetua rancangan realiti tak dapat hadir maka kami balik pada hari kedua...ari nilah... meeting ditangguhkan.... kerja kami sebagai konsultan, semakin menjadi mudah..."


Itulah antara komentar saya dalam facebook saya sendiri setelah sampai di rumah.....

Manusia itu sentiasa berada dalam dunianya sendiri, maps of reality yang diwujudkan olehnya dan bukan pada realiti keadaan yang sebenarnya yang sentiasa tersurat dan tersirat.

Sebelum ke PD, dua hari saya dan rakan di amanahkan untuk menyiapkan pendetailan segmen yang berjumlah 8 segmen.... dan pada setiap segmen ada pergerakan aktiviti peserta dari bangun tidur sehingga tidur semula ...secara umum... sehingga hari persembahan... hari ke 6 ....

Secara penceritaan kpd kami...seolah - olah.. program itu di bawah KPKK dan kami diminta untuk membantu......itulah maps of reality yg dipasakkan kpd kami.

Bila sampai di sana... malam meeting ...brainstorming... taklimat wal tuan pengerusi cantik dan mcm menyokong maps of reality kami yang itulah dimaklumkan sebelumnya....

TAPI...... maps of reality...pun mula berubah..... BILA.... prof dr bercermin mata yang sedikt ganjil ala pelakon antagonis filem Batman.... dr dari fakulti komunikasi + politik masuk dan menyatakan apa yang beliau...penerbit....pengetua inginkan.... ....

sebagai seorang pengkritik dan pemerhati politik.... gaya percakapannya ala begitulah... yang seolah-olah beliau tahu dan kenal semua orang...... yang kerjanya sudah siap....(walaupun rasanya belum siap lagi.....)

Beliau memaklumkan tugas kami menjadi semakin kecil..... satu slot sahaja....dairi.... bersama pesertapun may be 2 hari sahaja.... tugasan peserta ...kami dah tak masuk campur sebab dah ada pun teamnya....

emmmmmmm!...semakin mudah kerjaku........... kurang mncabar pulaklah rasanya....

Begitulah hakikat realiti.... sungguhnya berbeza...dengan maps of reality.....

Ada orang melihatkan untuk melahirkan ikon perlu hanya menyediakan kemahiran soft dan hard skills...... kemahiran luaran... kemahiran berinteraksi dengan alat..... kemahiran berinteraksi dgn penonton.... kamera.... kemahiran menghias diri......dengan make up tebal dan debal...berpakaian.... kesempurnaan kejadian manusia yang cantik gigi, jelita pada wajah...mata...hidung...mulut dankegebuan kulit mulit................yang paling penting kemahiran ......memikat rating penonton agar tinggi dan mendapat pujian KSU atau media massa terutama ruangan hiburan.... itulah maps of reality kebanyakan orang, penerbit dan konsultan hiburan...

TENTULAH berbeza dgn maps of reality kami sebagai konsultan human resourse atau human development... kami lebih melihat kepada fitrah manusia, potensi manusia, empat dimensi anugerah ilahi.... kekuatan ilmu pengetahuan.... gaya dan proses berfikir...kekuatan dalaman, NLP, Body L, Mind MAPPING, pengurusan stres dan krisis...kekuatan kerohanian yang bertunjangkan kepada aqidah, ibadah dan syariat.....


Jauh lagi perjlnan ini...........



14.7.09

GamBar dan Simbol = Seribu Kata-Kata

SeTiap gambar... simbol... akronim... akan mengalirkan seribu makna dan seribu kata-kata....


Jarang-jarang kita lihat buku seperti ini.... bagaimana pejuang agama... mujaddid kurun terkini bermuamalat di rumah dalam mengharungi kesibukan dunia, dakwah dan akhirat.....

Adakah program ceramah di masjid/surau/di kaca TV/ di cerowong radio perlu diberi nafas baru bagi menarik perhatian dgn baru Generasi X, Y dan Z?

Adakah program Usrah atau pun dikenali program dakwah khassah (khas) perlu juga diubah daripada dibicarakan di rumah-rumah atau pun diberi nafas baru.....?

Adakah modul-modul yang digunakan perlu diberi nafas baru?

Saudara Fathi Aris Omar pernah membicarakan ini dalam luahan hatinya..."Di Bawah Mendung Usrah".... suatu pandangan yang kritis......

=============================================================

Ini ADALAH Tulisan... beliau...panjang...tapi penuh persoalan yang boleh difikirkan pada generasi yang pernah mengikuti ...satu nama yang tidak asing bagi kita..................U.S.R.A.H.......

=============================================================


DIBAWAH MENDUNG USRAH
Wednesday April 18, 2007

Saya tidak pernah ingat saat pertama, hari pertama, saya mengucap dua kalimah syahadah; tidak pula pernah ingat bilakah saya pertama kali mendirikan sembahyang. Tetapi saya masih terbayang-bayang kali pertama terlibat dengan usrah – pintu masuk ke dunia aktivisme dakwah.

Hari itu, di surau sekolah pada suatu petang, ketika saya di Tingkatan Tiga, seorang teman mengundang saya menyertai diskusi tentang Islam. Tanpa mengetahui atau mengesyaki apa-apa, saya malu alah pergi juga – dan dengan tergagap-gagap berkata sesuatu tentang teks yang dibincangkan itu. Seingat saya ada lagi beberapa pelajar senior – seorang dua masih berbekas dalam ingatan saya tetapi kini entah di mana mereka saya tidak pasti.

Bukunya tidak lain tidak bukan Maza Ya’ni Intimai al-Islam atau bahasa Melayu, Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan. Buku ini masih disebut-sebut dan dikagumi orang, hairan entah kenapa ia boleh menjadi semacam bible atau Das Capital-nya usrah.

Tentulah teks seberat itu, di hari pertama usrah umum, sesiapa sahaja akan tergagap-gagap. Tetapi saya gugup bukan kerana besar atau kompleksnya teks itu tetapi kerana memang tidak mudah rupa-rupanya untuk bercakap di depan ramai orang – apatah lagi mereka sedang memerhatikan kita, menunggu lontaran buah-buah fikiran kita atau sedang membaca di mana kelemahan jalan fikir kita agar mudahlah proses indoktrinasi dijalankan kemudian.

Ya, tentunya senang menyebut “proses indoktrinasi” sekarang, selepas 24 tahun peristiwa berusrah saya tinggalkan. Tetapi saat itu, sebagai budak mentah berusia 15 tahun yang bakal menduduki SRP, saya berdepan dengan Islam seperti seorang Melayu yang sudah sebati dengan agamanya sebagai sebahagian budaya dan sistem sosial di sekelilingnya. Islam sebagai agama yang perlu dipelajari dan dihayati. Bukan Islam, atau anutannya, sebagai bahan kritik seperti saya melihatnya saat ini.

Perkenalan pertama itu dengan Fathi Yakan menghanyutkan saya dalam buah-buah fikirannya, termasuk Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah).

Selain Dr Fathi Osman dengan majalah Arabia-nya, yang saya kenali selepas tahu membaca teks Inggeris, barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan – saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Tidak semua pelajar senior yang bergiat bersama usrah waktu itu saya ingat hingga kini tetapi semua teman Tingkatan Tiga yang kekal berusrah sehingga Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri asal saya masih berbekas dalam ingatan. Dan masih akrab walaupun jauh – seperti jauhnya lagu Zainal Abidin dalam album Hijau. Waktu itu darah muda, idealisme dan semangat membuak-buak, keghairahan membaca dan mendalami agama melalui usrah sayangnya tidak dipandukan oleh seorang guru, atau ustaz, yang sistematik. Jadi, usrah kami waktu itu sering menjadi diskusi di kalangan teman-teman ini, selain berbekalkan kuliah agama, kaset ceramah dan perkongsian (juga perdebatan) tentang agama dan politik nasional (juga gerakan pelajar Islam) era 1983-85.

Tidak sama dengan teman-teman seangkatan kami di sekolah-sekolah berasrama penuh lain – waktu itu menjadi sasaran utama gerakan IRC selepas ABIM mulai melemah gara-gara kemasukan Anwar Ibrahim dalam Umno, manakala PAS pula belum membuka sayap pelajarnya tersendiri – yang dibimbing oleh seseorang guru yang mengajar di sekolah mereka sendiri, kami berhubung dengan beberapa teman dalam ABIM Terengganu.

Khabarnya ABIM Terengganu saat itu berjaya disusupi oleh anasir-anasir IRC untuk memanjangkan perjuangan ala Ikhwanul Muslimin mereka. Entahlah, begitulah saya dimaklumlah dan begitulah debat (sebetulnya persaingan dan perebutan pengaruh) yang berlangsung pada tahun-tahun seterusnya sehingga saya meninggalkan dunia pelajar dan kemahasiswaan, penghujung 1991.

Sama ada tersengih, tersipu atau berdendam, hakikatnya dunia dakwah yang kami kenali dalam tempoh itu – dalam semua pergerakan Islam, termasuk PAS – dunia hingusan dan “syok sendiri” yang dipam masuk oleh kenyataan dan analisa teman-teman yang lebih senior. Dua puluh tahun saya melihat ke belakang, ternyata benar juga kenapa orang muda awal-awal menyokong Hitler dan anak-anak mentah satu-satunya kelompok manusia yang masih setia kepadanya pada jam-jam terakhir rebahnya pemimpin Nazi itu.

Barang kali apa yang tercatat dalam Generasi Muda dan Perubahan ada benarnya di sana-sini atau, dengan ungkapan lain, kalau kita ingin menyesatkan sesuatu masyarakat, sesatlah generasi mudanya!

Tidaklah ingin saya membayangkan usrah itu sama dengan Hitlerisme atau kesesatan. Tetapi strategi mengepung fikiran pengikut, mengepam mereka dengan yang muluk-muluk, menanam dogma ke dalam fikiran mereka, mengapung perasaan “syok sendiri” dalam semangat kekitaan jemaah Islam – dalam imbasan saya saat ini, sewaktu usia sudah menjangka 39 tahun – tidak jauh bezanya dengan Hitlerisme atau kediktatoran di mana-mana jua, di zaman apa pun.

Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang.

Hakikatnya, saat ini, saya menyedari semua kepungan fikiran rupa-rupanya sejenis jenayah kemanusiaan yang maha besar – barangkali seumpama genocide di Rwanda atau Balkan, cuma bezanya dua tragedi ini menzahirkan mayat-mayat bergelimpangan; usrah menyembunyikan mayat, sebaliknya melahirkan zombie!

Saya tidak kecewa dengan usrah, jangan salah faham. Saya menikmati setiap saat dan ketika bersama usrah, teman-teman dan aktivisme pelajar dakwah. Ia banyak mengajar dan mematangkan. Kurang lebih 10 tahun, ia ibarat kem latihan yang ketat, padat dan menggetarkan idealisme. Ia menyeret saya ke sebuah dunia aktivisme (dengan khayalnya tersendiri) hingga saat-saat menulis catatan ini.

Kritik di atas tadi sebetulnya dalam konteks sistem berfikir aktivis Islam (dan kini mungkin aktivis politik, orang seni, intelektual dan NGO juga) vis a vis tanggapan mereka tentang dunia, perubahan sosial dan dunia kecil mereka. Pengalaman bersama usrah dengan putih, kelabu dan hitamnya sendiri ibarat sebuah kampus awal untuk meneroka dunia dewasa yang lebih mencabar – tetapi, pastilah, semua pengalaman itu harus diproses kembali untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Entah mengapa dan bagaimana, idealisme pada saya menjadi bahan bakar pemberontakan pula. Memberontak pada idealisme yang kaku, tohor dan tidak memuaskan kedahagaan cendekia. Memberontak pada dinding kaca – kemilau di luar, terpenjara di dalam. Jadi, di celah-celah retak kaca itu tenaga pemberontakan saya mengalir di penghujung 1980-an dan diasah awal 1990-an, khususnya sewaktu mengendalikan majalah Perspektif terbitan JIM. Dan, pastilah bukan saya sendirian, semua teman yang kritikal akan mengalami “krisis ini”.

Dan celakanya separuh kedua dekad 1980-an membuka lebar retak-retak idealisme itu apabila semua gerakan Islam – di kampus khususnya, termasuk luar negara – bercakaran sesama sendiri, termasuklah melupakan segala adab dan idealisme Tuhan yang mereka agung-agungkan itu. Sebagai makhluk kritikal, saya berusaha sekuat mungkin untuk berdiri di pinggir perang besar itu.

Dan, jika dirujuk teman-teman lama, saya kira saya berjaya berdiri sebagai by-stander, bukan pahlawan-pahlawan perang antara jemaah. Rekod saya – sepanjang perang ini, dan sepanjang era usrah – kalau mahu dibanggakan boleh disebut “bersih”, kalaupun enggan disebut “cemerlang.” Saya tidak menyimpan rekod itu, teman-teman yang menyimpannya dan merekalah yang berhak menilainya.

Dan mungkin sikap itu terbawa-bawa hingga kini dalam aktivisme menentang kuasa politik dan sistem karut yang ditimpakan ke atas kita semua; sikap untuk menentang “musuh bersama”, musuh utama dan terbesar, yang tercokol di depan kita semua dengan melupakan, atau meremehkan, titik bengik yang melingkari kiri kanan kedewasaan aktivisme.


[ii]
Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya diperkenalkan pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!

Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.


[iii]
Jika kita selongkar usrah dan tinggalkan rangka diskusinya, di beberapa sisi, usrah tidak ubah sembang warung atau kelas tutorial di kampus. Mungkin elemen kerohaniannya masih relevan dan perlu tetapi, isu yang bergelut dalam benak saya selama ini, kenapa dinamika diskusi – yang seharusnya rancak, beragam, pelbagai hala, dan kritikal – boleh menjadi medan pembekuan, penggelapan dan kesehalaan manusia jemaah Islam?

Salah naqib atau naqibah? Atau salah teks usrah? Atau sesi kerohanian yang bersifat tradisional dan “menyeramkan” jiwa? Atau, memang ahli-ahli usrah itu asalnya "manusia terbuang", berasal dari kampung dan mempunyai low self-esteem, yang tidak berbakat – lalu mereka menjadikan usrah, serta gerakan Islam, tempat melarikan diri daripada ketewasan sosial?

Kenapa usrah melahirkan “sejenis manusia” tertentu – yang berjarak dengan manusia di sekeliling mereka? Dan apakah penyebab yang menjadi mereka “sejenis manusia” tertentu dan apakah faktor yang mendorong penjelmaan paradigma kumpulan seumpama itu – apakah ia diakibatkan oleh tarbiyyah Islamiah yang mereka alami, dengan versi-versi Islam haraki tertentu, atau mereka sendiri yang membentuk usrah dan gerakan Islam sedemikian rupa?

Di saat-saat saya mula bertindak merenung kembali persoalan ini, sewaktu masih lagi terlibat dengan program-program usrah dan aktivisme pelajar dakwah antara 1986-91, saya telah cuba menjawabnya dalam beberapa tulisan dan cuba menawarkan pemecahan masalahnya – khususnya bulan-bulan terakhir saya meninggalkan ITM Arau. Saya sediakan beberapa sukatan usrah, teks rujukan dan beberapa analisa politik kampus yang membolehkan positioning dan re-branding beberapa kelompok usrah gerakan pelajar dakwah, yang dekat dengan saya (tentunya!), dalam konteks ini yang ada hubungannya dengan IRC atau kini boleh disebut JIM.

Kerana kebetulan waktu itu, sejak di sekolah hingga ke kampus, usrah dan gerakan usrah kami yang bersifat “bawah tanah” tidak pernah mempunyai tapak yang kukuh dan mantap – tidak seperti kumpulan siswa IRC di beberapa universiti lain atau gerakan pelajar bawah sayap PAS dan ABIM yang mempunyai payung organisasi, dan sifat politik, yang jelas dan besar. Mungkin, sifat pergerakan IRC atau JIM, yang lebih junior berbanding dua organisasi itu menjadikan usrah kami seumpama itu. Entahlah, saya tidak mempunyai jawapan tentang itu semua.

Jadi, pendewasaan saya dengan Islam dan gerakan Islam, bukanlah semata-mata kesan ketundukan saya pada idealisme kelompok tetapi pertarungan (atau pemberontakan?) yang berterusan untuk memperbaiki keadaan yang, saya fikir, tidak sesuai dengan persekitaran dan cabaran yang melingkungi gerakan Islam dan idealisme mereka.

Artikel-artikel yang muncul kemudian, khususnya awal 1990-an, berkisar pada persoalan tersebut, persoalan yang saya geluti sepanjang dekad kedua 1980-an. Tentunya, ada nada keras dan geram akan tertonjol dalam catatan-catatan tersebut kerana penulis berdepan dengan sekumpulan besar manusia yang tidak mempedulikan kritikan.

Saya masih ingat artikel saya tentang ketaksuban pada "Ikhwanisme", yang terbit di majalah Dunia Islam (sekarang sudah tidak beroperasi), mengundang amarah teman-teman senior di kampung.

Yang mereka, seperti kerajaan atau parti pemerintah, fikirkan hanyalah memanjangkan hegemoni mereka dan melanjutkan paradigma mereka – sehingga selepas sekian lama meninggalkan usrah, saya dapat rasakan betapa meluasnya paradigma itu (yang berbau keislaman) telah tersebar dalam masyarakat kita, seolah-olahnya semua mereka pernah menyertai usrah!

Tradisi, organisasi, konvensi atau birokrasi memanglah sejenis gergasi gendut yang sukar berubah atau diubah. Ia sukar menyesuaikan diri kecuali di ruang-ruang yang menguntungkannya. Ia boleh menukar wajah dan slogannya tetapi mengekalkan intipati ajarannya yang membebalkan – “bebal” pada istilah seseorang yang mengkritiknya!


[iv]
Tidak lama selepas Saari Sungib, atau Abu Urwah, dibebaskan daripada tahanan ISA pada pertengahan 2003, saya diundang berceramah secara tertutup bersamanya di dua tempat – satu di Shah Alam di kalangan ahli JIM yang boleh saya katakan kelas menengah dan profesional; satu lagi di Bangi di kalangan mahasiswa.

Dan sekali lagi, igauan ngeri saya tentang usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam singgah di benak saya ketika itu dan beberapa ketika selepas pertemuan itu.

“Igauan ngeri” saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini – spirit of the age atau zeitgeist.

Oh, tidak! Ia seperti kembali ke penjara gelap apabila mendengar pertanyaan-pertanyaan mereka dan juga analisa-analisa yang dibentangkan kepada kami berdua. Terus-terang, saya tidak sabar berdepan dengan kelompok manusia seumpama ini dan saya bukanlah guru yang baik untuk mendidik orang-orang tua yang telah jauh disesatkan oleh usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Saya kira (ulang: kira) untuk bersembang di warung sekali pun saya sudah tidak sabar lagi – ia begitu menjemukan, berpura-pura, saduran dan plastik (dengan maksud, tidak real).

Barangkali penyakit “manusia usrah” ini bukanlah sepenuhnya gejala yang ditimbulkan daripada indoktrinasi program mingguan itu dan kegiatan-kegiatan susulan dalam gerakan dakwah. Mudah untuk disebut, “manusia usrah” ini gejala yang kompleks – dengan simpang perenangnya di luar lingkungan tersebut.

Sekali imbas, manusia usrah ini “manusia Melayu”, “manusia muslim” dan “manusia Malaysia” dengan segala kemelayuannya, kemuslimannya dan kemalaysiaannya – merojakkan segala kelemahan Melayu, muslim dan Malaysia (3M?) dalam satu pinggan yang dinamakan usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Semua daki-daki kotor 3M itu gagal dicucikan, dipalitkan pula dengan indoktrinasi usrah yang dibaurkan dengan teori perubahan sosial ala gerakan Islam.

Mungkin 3M inilah matriks usrah yang mudah kita bicarakan. Pierre Bourdieu, dalam bukunya Language and Symbolic Power (2001) membawa rumusan ini, [(pembentukan diri)(modal)] + (medan) = amalan atau [(habitus)(capital)] + (field) = practice.

Mungkin memerlukan kajian mendalam, dari pengamal usrah sendiri, untuk membedah siasat gejala tersebut yang telah melahirkan – pada tanggapan saya – “manusia usrah” dengan segala keburukan 3M.


[v]
Ketika bertugas di ibu pejabat JIM awal 1990-an, waktu itu belum berpindah ke pejabat sekarang di Taman Melawati, saya perasan tidak ramai anggota pertubuhan ini aktif atau jika aktif, tidak berbakat untuk kerja-kerja sosial; sebahagian besar – akibat usrah, saya fikir – ingin menjadi “manusia baik” sahaja.

Baik pada diri sendiri, pada orang tua mereka atau pada keluarga kecil mereka. “Baik” dengan erti kata dormant, tidak bernas dan tidak membiak. “Baik” dengan erti kata dapat membetulkan bacaan al-Quran mengikut tajwid, dapat menghafal beberapa kalimah al-Quran dan beberapa hadis, dapat mengutip pesan-pesan daripada para pemimpin dan buku teks dakwah, dapat menuturkan beberapa patah Arab – sekadar cukup membezakan, bukan mengayakan, pengalaman hidup sendiri dengan masyarakat di sekelilingnya.

Mungkin kata “dormant” di sini lebih sopan daripada ungkapan “manusia tidak berguna” dalam buku Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun. Jika usrah boleh disebut “dosa”, mungkin inilah satu daripada dosa-dosanya – melahirkan manusia “tidak berguna”, selain mendangkalkan manusia dalam kelemasan ideologi yang dinamakan “Islam haraki.”

Beberapa teman senior, waktu itu, yang lebih lama berusrah di luar negeri ketika di alam kuliah masing-masing mengemukakan “teori” bahawa gejala dormant yang sama juga merebak dalam ABIM dan PAS. Kata mereka, lebih kurang 10 peratus sahaja ahli JIM dan organisasi-organisasi tersebut aktif – mengesahkan lagi pemerhatian saya sepanjang terlibat dengan gerakan pelajar dan mahasiswa.

Jadi sewaktu diberitahu gerakan Islam sekarang makin sukar mencari pemimpin pelapis mereka, baik dalam PAS, ABIM atau JIM – saya tidaklah hairan. Malah, rungutan saya sejak hampir dua dekad lalu, itulah kebimbangan saya. Tetapi sebagai “gergasi gendut”, gerakan Islam memang sukar bergerak dan tenggelam punca di zaman manakah ia bertapak dan di bawah langit mana pula ia menggapai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dinamakan “usrah” tidak lebih daripada tempat pembuangan manusia yang tidak berbakat, yang tewas waktu usia remaja daripada perkumpulan sosial yang rancak, terbuka dan “social” – tidaklah pula bermakna manusia yang “social” itu berbakat dan berpengetahuan!

Jadi, di sini, timbul sekali lagi paradoks usrah: Apakah yang dilakukan oleh ruang diskusi ini sehingga proses tarbiyyah itu gagal memberi erti baru kepada manusia, ketika remaja dan belia mereka, selain memperkenalkan mereka kepada beberapa akar budaya mereka yang sangat asasi – menarik mereka kembali kepada al-Quran dan ibadat khusus?

Saya tidak mengetahui apa makna usrah kepada mereka yang masih aktif berusrah hari ini atau sedang asyik diperkenalkan dengan pertemuan mingguan itu. Tetapi bagi saya, usrah itu satu mimpi ngeri yang tidak terluahkan dengan kata-kata…


p/s: bold itu kerja saya. saya rasa penting.

13.7.09

Pelajar Kita dikuasai oleh ?

Isu pelajar kita melakukan pelbagai pergerakan atau perlakuan yang menyedihkan sentiasa terpampar di dada-dada akhbar... hari ini isu kungfu pasal kecantikan dan kecerdikan... mula2 dipukul...selepas itu pukul sesama sendiri?.. pelik bunyinya...


Kenapa hal ini terjadi?.. pelajar dah sampai peringkat sekolah menengah... sepatutnya sudah matang pemikiran dan tingkahlaku... ilmu yang diberikan di sekolah tentang alam, moral dan akhlaq sepatutnya telah dihadam dan diamalkan dalam diri sendiri.... dan bukan sekadar dihafal atau faham sementara dan diluahkan di atas kertas sahaja supaya nampak cerdik pada keputusan peperiksaan...

Sebab itu ada peribahasa untuk golongan pelajar... "alim sebelum peperiksaan dan menjadi jahil selepas peperiksaan"

Apakah kesilapan falsafah pendidikan negara?... apakah kesilapan dan kelemahan perlaksanaan program pendidikan di Malaysia.....?

Bagi ustaz dan uztazah yang mengajar subjek pendidikan Islam.... apakah lagi ruang-ruang yang boleh diperbaiki supaya pelajar dapat menghadamkan ilmu menjadi amalan harian dan bukan sekadar di atas kertas peperiksaan.....


Pelajar yang bijak, cerdik dan cantik adalah pelajar yang matang akhlaqnya, ilmunya, aqalnya, emosinya dan kerohaniannya


Pelajar berkung fu di surau


Salah satu aksi pelajar perempuan yang bertumbuk di surau Ketengah Jaya, Dungun baru-baru ini.



Salah seorang pelajar yang
bergaduh.


KUALA TERENGGANU - Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.


Inilah surau Ketengah Jaya di Terengganu yang menjadi lokasi kung fu lima pelajar yang bergaduh baru-baru ini.





Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.

9.7.09

Kehebatan Sistem IMUN Kita?

Sistem Imun kita adalah segala-galanya..... perkasakahlah ia dengan


1. tidak merokok
2. tidak minum minuman karbonat
3. No Junkfood
4. minum air mineral secukupnya
5. ambillah pemakanan tambahan secukupnya

W H Y T H E I M M U N E S Y S T E M ?

BECAUSE....

IT IS OUR FIRST LINE OF DEFENSE AGAINST

ILLNESS AND DISEASE

O U R B O D Y S Y S T E M S

No other body system can function properly
without a functioning immune system.

"Ramai tidak tahu bahawa DADAH sebenarnya hanya bertindak membunuh simptom penyakit (rasa sakit) tetapi bukan akar penyakit. Ia akan menyebabkan penyakit berlarutan dalam tubuh secara rahsia kerana simpton telah dihapuskan, sementara kita pula menjangkakan kita sudah sembuh, padahal kita semakin parah." Dr Chen Jau Fei (Saintis dari imunologist)


Mansuh PPSMI Tahun 2012? Rasional ke?

Antara ringkasan laporan akhbar-akhbar ari nie........

Akhbar Kosmo

Prestasi merosot punca bahasa ibunda diguna semula


SEKUMPULAN murid SK St. Thomas, Kuantan gembira dengan berita pemansuhan PPSMI yang diumumkan semalam.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.




Akhbar UTUSAN

keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.

Banyak persoalan yang timbul?

1. Kenapa perlu tunggu sehingga 2012?

2. Dah tahu impak nak berapa cantik.... kenapa nak terus kan juga?

3. Apa impaknya jika dibatalkan terus tahun depan? adakah dibuat kajian ke atas sasaran kesan pembatalan tahun 2012 dengan pembatalan secepat mungkin?

4. Untuk siapakah benefit pemansuhan yang perlu dibuat dalam masa 3 tahun lagi.... pemimpin politik kah atau anak-anak yang sedang menghadapi kesukaran pembelajaran ini atau juga guru yang mengajar yang sengsara dan beremosi dalam proses memberikan ilmu kpd pelajar.....?

5. Bergembirakah anak-anak di pendalaman dgn keputusan ini yang bermakna belajar tahun 3 sekarang masih kena ambil UPSR dalam PPSMI ? Boleh berubahkah keputusan peperiksaan mereka menjadi lebih baik?

6. Secara logik aqal... dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan menyebabkan pelajar boleh menguasai bahasa inggeris secara total?

7. Kita belajar matematik dan sains ini ....untuk bahasakah atau untuk kefahaman yang boleh dipraktiskan?

8. Jepun maju teknologi yang menggunakan matematik dan sains dengan bahasanya..... german dan perancis maju teknologi dgn bahasanya... tapi kenapa kita nak guna bahasa inggeris untuk maju seperti jepun, german dan perancis...... teruk sangat ke BM kita....?

========================================================

KOMEN DR M dalam berita harian

Mansuh PPSMI jejas masa depan anak-anak: Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya.

Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang sama turut menafikan bahawa beliau bersetuju dan menerima hakikat pemansuhan dasar berkenaan, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan tengah hari tadi. "Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan 'consultation', tapi cuma taklimat," katanya.

Semasa mengumumkan perkara itu, Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.

Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.

"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin. - Bernama


0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa'
Azamin Amin
Thu | Jul 09, 09 | 9:16:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 , dianggap belum memenuhi harapan tuntutan banyak pihak yang memperjuangkan isu ini di samping terus menambahkan lagi jurang pencapaian para pelajar yang tertinggal akibat dasar ini.




Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya pemansuhan itu ditamatkan serta merta ianya tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sudah ada buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan memang ramai guru yang sudah pun mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahas tersebut.

"Pelajar yang kini menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran itu dan sepatutnya dengan segera dapat ditukar kepada Bahasa Melayu.

"Ini supaya mereka tidak terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya membiarkan pelajar sekolah luar bandar tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu akan terus membiarkan jurang pencapaian melebarkan dan pelajar berkenaan terus tertinggal.

Teras katanya kesal kenapa dengan pelbagai pendirian dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang jelas menunjukkan pelajar luar Bandar akan terjejas dan pencapaian keseluruhannya akan merosot , baru kini kerajaan akhirnya mengaku pada hal sebelum ini pihak Kementerian Pelajaran beria-ia benar mempertahankan kejayaan PPSMI.

"Kemerosotan pencapaian adalah akibat dari kedegilan pihak kerajaan untuk akur kepada suara pelbagai pihak termasuk dari kelangan para pendidik , ahli akademik , ibu bapa dan ahli agama," kata Azmi.

Kini barulah semuanya terpaksa diterima termasuk pengakuan betapa kajian universiti-universiti tempatan pun mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI, katanya

"Kini setelah 6 tahun kita dapati ratusan ribu generasi pelajar PPSMI menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi.

"Jika pihak kerajaan tidak berdegil ,ratusan ribuan pelajar yang berkenaan tidak akan rugi menghadapi tekanan kerana dinafikan hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri," katanya yang berharap dasar ini dimansuhknan dengan kadar segera sebelum tiga tahun lagi seperti yang diumumkan.


000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000






8.7.09

Wajarkah PPSMI dimansuhkan?

PPSMI dimansuhkan?

KUALA LUMPUR 7 Julai – Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali.

Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya di Pagoh hari ini memberitahu, keputusan mengenai dasar PPSMI tidak dibuat terburu-buru atau atas desakan serta tekanan daripada mana-mana pihak.

‘‘Ia berdasarkan kepentingan pelajar dan pentingnya mempertingkatkan sistem pendidikan negara,’’ katanya selepas melancarkan program Gerak Bakti UPSR AmanahRaya.

Tegas Muhyiddin, apa juga keputusan yang dibuat akan menjadi satu dasar dan tiada sebarang rayuan kerana pihaknya sudah menerima pandangan bertahun-tahun lamanya.

Pihak kementerian juga, katanya, telah membuat pelbagai kajian dan menemui pelbagai hasil dan pendapat.

‘‘Saya akan bentangkan esok di samping itu kita akan melihat ke hadapan bagaimana kita dapat meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan pada masa sama memperkukuhkan bahasa Inggeris dan itu adalah perkara pokok,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah menemui kumpulan berkepentingan dalam soal pendidikan menerusi perbincangan serta meja bulat dan kini mendapat gambaran yang jelas mengenai PPSMI.

Mengulas pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu, Timbalan Perdana Menteri mengakui menemui bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai satu proses perbincangan atau musyawarah.

Beliau juga memberitahu telah membentang perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO beberapa minggu lalu.

Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik.

Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk kemerosotan keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran.

Bantahan juga menjurus kepada kekhuatiran kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terjejas selain masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ketika dihubungi meletakkan harapan yang tinggi terhadap keputusan Kabinet esok.

‘‘Diharap keputusan itu akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

‘‘Untuk membolehkan hasrat itu menjadi kenyataan, maka PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu,’’ katanya.

Beliau juga yakin pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal.

Zainal juga percaya PPSMI jika dimansuhkan akan memberi keyakinan kepada lulusan universiti untuk mempelajari bahasa asing terutama bahasa Inggeris sebagai nilai tambah bagi menghadapi saingan globalisasi.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan.

Katanya, pelaksanaan PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Beliau juga bimbang PPSMI jika diteruskan akan menjadikan kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti menjadi majoriti dan menguasai segalanya.

“Jika situasi sedemikian berlaku, negara kita akan menjadi negara yang porak peranda akibat bahasa ibunda kita sendiri tidak dimartabatkan tetapi mengagung-agungkan bahasa asing,” jelasnya.

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...