27.7.11

Contohi sikap cakna Sultan Kelantan


Banyak pihak tersentuh dengan kepekaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sanggup mencemar duli turut menyertai rakyat jelata bergotong-royong membersihkan persekitaran Pantai Sri Tujoh, Tumpat pada Sabtu lalu.

Pantai Sri Tujoh merupakan antara pantai yang dianugerah oleh Allah SWT kepada penduduk Kelantan yang sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya, bukan sahaja sebagai tempat beriadah bersama seisi keluarga, malah boleh dijadikan sumber ekonomi sekiranya dimajukan sebaik-baiknya.

Namun, sama seperti kebanyakan pantai lain termasuk Pantai Cahaya Bulan, Sri Tujoh turut dicemari oleh 'tangan-tangan kotor' pengunjungnya yang sesuka hati membuang sampah-sarap sehingga menyakitkan mata memandang.

Lantaran itu, sikap cakna Sultan Muhammad seharusnya dijadikan teladan oleh semua pihak, terutama pemimpin kerajaan negeri supaya turut sama-sama menggerakkan usaha secara bersepadu untuk membersihkan negeri ini daripada kekotoran sampah-sarap.

Janganlah pemimpin kerajaan negeri hanya 'kemaruk' berceramah politik siang malam bagi memastikan kelangsungan kuasa masing-masing. Janganlah hanya berdemonstrasi secara haram di jalanan kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, tetapi kekotoran di depan mata dan di sekeliling mereka tidak pula terfikir untuk membersihkannya.

Lebih daripada itu, teguran baginda supaya rakyat jelata menjaga kebersihan termasuk tandas masjid, wajar dipandang serius, sesuai dengan imej Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah dan ditadbir oleh sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sebagaimana dititahkan oleh baginda al-Sultan, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Ini bermakna, tidak lengkap iman seseorang muslim itu sekiranya ia mengabaikan aspek kebersihan dalam kehidupan sehariannya.

22.7.11

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

on Friday, July 16, 2010
Android adalah sistem operasi untuk telefon yang kian popular hari demi hari. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi ini tanpa perlu membeli telefon android, hari ini saya ada tutorial istimewa buat anda. Sila ikuti tutorial dibawah dengan sabar.

Langkah-langkah

1.Muatturun Android SDK di http://developer.android.com/sdk/index.html

2.Extract fail yang dimuatturun tadi di lokasi yang anda kenalpasti. Kemudian masuk ke folder berkenaan (android-sdk-linux_86) dan masuk ke folder tools. Double klik pada fail android dan klik run pada tetingkap dialog yang muncul.



3.Satu tetingkap akan muncul. Klik pada Available Packages dan tandakan pada package yang dikeluar. Kemudian, klik butang Install Selected.



4.Disini satu lagi tetingkap muncul yang membenarkan anda memilih package mana yang ingin dimuatturun dan diinstall. Sila pilih package yang perlu sahaja dan klik butang Install.

5.Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.


6.Selepas selesai pemasangan (akan memakan masa untuk memuatturun package -sila tunggu dengan sabar), klik pada Virtual Devices kemudian klik pada butang New... untuk membina device android maya.


7.Paparan tetingkap seperti dibawah akan muncul. Masukkan apa sahaja nama yang anda ingini kemudian isikan ruang-ruang yang diperlukan seperti dalam screenshot dibawah. Kemudian klik pada butang Create AVD. Ini akan mengambil sedikit masa dan tetingkap mungkin akan tidak respon beberapa ketika. Sila tunggu dengan sabar.


8.Tahniah anda berjaya membina AVD. Klik pada Ok.


9.Kembali kepada tetingkap utama kemudian klik pada Virtual Device yang anda baru bina tadi kemudian klik pada butang Start...


Kemudian klik pada butang Launch.

10.Tetingkap Android anda akan muncul dan ia akan mengambil masa untuk load terutamanya ketika dilancarkan buat pertama kali. Sekali lagi, sila menunggu dengan sabar.



11.Whoops! Selamat datang ke dunia Android! Rasanya saya tak perlu dah untuk menjelaskan apa yang perlu anda lakukan selepas ini. Sila bermain-main dengan android sepuas hati.


Jadi kesimpulannya, siapa yang nak sponsor

18.7.11

TABLETS DRPD SONY....

Sony Tablet


/p>

>


Sony Corporation (“Sony”), announces Sony Tablet that delivers the perfect combination of hardware, content and network with seamless usability for a high-quality, engaging entertainment experience. Based on decades of engineering heritage, Sony is developing two tablets with unprecedented design, including S1 (codename) which is optimized for rich media entertainment and S2 (codename) which is ideal for mobile communication and entertainment. Sony Tablet will become available in the global market starting in fall 2011.

Sony Tablet with state of the art technology

State of the art technology

Sony Tablet is equipped with the latest Android 3.0 which is designed for devices with larger screen sizes, particularly tablets. Both tablets are WiFi and WAN (3G/4G) compatible and users can not only browse the internet or check e-mail but they can also smoothly access digital content including videos, games and books through Sony's premium network services and more, on-the-go at any time.

Sony Tablet
delivers an entertainment experience where users can enjoy cloud-based services on-the-go at any time. We’re aiming to create a new lifestyle by integrating consumer hardware, including Sony Tablet with content and network,” said Kunimasa Suzuki, Corporate Executive, SVP, and Deputy President of Consumer Products & Services Group.

Android 3.0 is a new version of the Android platform with a new holographic user interface that is designed from the ground up for devices with larger screen sizes, particularly tablets. I'm excited about Sony Tablet as it will further spur the development of applications and network offerings which users are looking for.” said Andy Rubin, Senior Vice President, Mobile, Google Inc.

e">
Tablet S2 (codename)
Tablet S1 (codename)

Tablet S1 (codename)

S1 has a 9.4-inch display for enjoying the web and rich content on a large screen. Its off-center of gravity design realizes stability and ease of grip as well as a sense of stability and lightness, offering comfortable use for hours.

Tablet S2 (codename)

S2 has two 5.5-inch displays that can be folded for easy portability. In contrast to existing tablets, its unprecedented dual screen presentation and usability allows its displays to be combined and used as a large screen or for different functions such as playing video on one screen while showing control buttons on the other.

Sony Tablet features

Sony Tablet Designed for portability and intuitive gripping

Designed for portability and intuitive gripping

With its off-center of gravity form factor, the 9.4-inch S1 offers stability and a sense of lightness, offering comfortable use for hours.
The dual screen S2 comes with two 5.5-inch displays which can be used together as one large screen to browse websites and more. They can also be used for different functions as users can watch a video on one screen and input commands on the other, or check email on one screen and use the other as a soft keyboard.

Seamless Usability and Performance from Sony Tablet

Seamless Usability and Performance

Through Sony's knowhow for combining hardware and software, Sony Tablet realizes optimal usability and performance. Because of Sony's rapid response technologies, users can perform smooth, quick touch-screen operations and enjoy fast and efficient website loading. The keyboard arrangement is also optimised for the large screen, making email and SNS communication a breeze.

Easy access from Sony Tablets to various network services

Rich entertainment experiences through various network services

Through Qriocity¹ music and video services, users can enjoy rich video and music content. Also, through PlayStation®Suite, users can immerse themselves in high quality first generation PlayStation® titles. Additionally, users can easily download ebook content from Reader™Store² and use both tablets as digital reading devices. The integration with various services allows users to take their entertainment experiences on-the-go. Furthermore, Sony Tablet is equipped with functionality that organizes content for easy access.

Remote access functionality with AV devices

Through Sony Tablet, users can control home entertainment devices as well as enjoy content in new ways. S1 uses infrared technology and works as universal remote controls for a variety of AV devices starting with BRAVIA®. Users can perform functions like turning on their TVs, changing the channel and adjusting the volume. Also, through DLNA functionality on Sony Tablet, users can "throw" personal content to large screen televisions or music to wireless speakers.

Remote access functionality with AV devices


____________

1. In markets where service is available
2. In markets where service is available

“Sony Tablet”, “Qriocity” and “Reader” are trademarks of Sony Corporation
VAIO and BRAVIA® are registered trademarks of Sony Corporation
PlayStation is a trademark of Sony Computer Entertainment Inc.
Android is a trademark of Google Inc.

17.7.11

OTAK Merana dan Mengecut Akibat Ketagih Internet Kalau Tak Kena Gayanya....

Salam,

Internet adalah satu platform baru membuat pelbagai tugasan dan carian.....

Otak akan mengecut kalau ketagih internet....satu pendedahan yang baru dan bagus.....

Kenapa hal itu terjadi ?

Kerana Remaja melayari internet sekadar...

a) Main games/permainan
b) Chatting dalam facebook, twitter dan sebagainya...
c) Tonton filem chi chi pan...filem mudah....filem cinta,sedih, emosi...
d) Tonton filem yang tak sepatutnya...
e) Cari maklumat mengikut subject yang diingini TETAPI sekadar copy sahaja maklumat dan berlakulah proses" cut n paste!"
f) Kurang BERFIKIR,
g) Kurang Memprose Maklumat.....menafsir, mengolah, mengklafikasikan, mengkategori, membina pemikiran kreatif, kontruktif dan kritikal...


ikuti LAPORAN ini....

Ketagih Internet punca otak remaja mengecut

BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi


16.7.11

Tindakan DAP dikesali dan diragui political Mileagenya!

UALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

14.7.11

Anda Kreatif...Anda Boleh Bina iPad Sendiri.....

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad.

SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad.

BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.

Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.

Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.

Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.

Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.

"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.

Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP

13.7.11

Wacana Tarbawi oleh Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin

right" width="100%"> PDF eading" align="right" width="100%"> Cetak
E-mail  Share on MySpace
SHAH ALAM – Wacana Tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang disampaikan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin dihadiri lebih 2,000 orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam, Isnin 11 Julai 2011.

Wacana yang bertajuk “Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya dalam Membangunkan Masyarakat” disampaikan oleh Syeikh Jum’ah dalam bentuk yang ringkas, mudah difahami dan meliputi seluruh aspek perubahan yang dilakukan oleh Ikhwan Muslimin dalam rangka membangunkan masyarakat.

Sebelum wacana, semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu rasmi IKRAM dan Allah Ghayatuna dengan jemputan khas penyanyi rasmi, kumpulan Saff-One. Terjemahan wacana disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar dari JK Tarbiah IKRAM Pusat dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dari JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM Pusat.

Pada permulaannya, Syeikh Jum’ah menekankan bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka.

Katanya, apa yang diperjuangkan oleh Ikhwan Muslimin mempunyai manhaj perubahannya yang tersendiri berasaskan akidah, syariat dan akhlak, antaranya memperjuangkan hubungan kasih sayang dan ukhuwah sesama ahli supaya kasih sayang itu tersebar kepada masyarakat dan ke seluruh alam.

Seterusnya, Ikhwan Muslimin berjuang melahirkan umat yang berkorban dalam menegakkan Islam. Menurutnya dalam perjuangan Islam, sudah pasti ada halangan dan cabarannya daripada musuh Islam, yang memerlukan insan yang ditarbiah dan mampu menghadapi dan mengatasi halangan daripada golongan tersebut.

Beliau menegaskan di hadapan ribuan hadirin bahawa tarbiah yang dibawa oleh Ikhwan Muslimin kepada masyarakat adalah tarbiah ke arah tercapainya pengisian dua kalimah syahadah iaitu jalan yang lurus, bertitik tolak dengan cahaya berupa petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, dan penghujungnya berakhir dengan syurga. Perubahan masyarakat yang ingin dilakukan mestilah dengan menggunakan pendekatan lemah lembut dan berakhlak mulia. Beliau menyebut kata hikmah Saiidina Ali radiallahuanhu iaitu “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.

Beliau menyorot kembali bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Katanya, keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, kata beliau, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Menurutnya, antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, (Solat Sebelum Islah_melakukan perubahan) iaitu mengubah diri sebelum mengubah masyarakat. Mereka yang mampu mengubah dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu mengubah masyarakat di sekelilingnya.

Untuk mengubah ummah katanya, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesannya.

Beliau mengambil contoh program perubahan diri yang dilakukan oleh Ikhwan iaitu Katibah, iaitu malam kerohanian melalui mendengar tazkirah (peringatan) pada malamnya, pada paginya qiamulail dengan solat tahajud, berzikir dan membaca al-Quran dengan penekanan tarbiah individu sebagai elemen perubahan.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Syeikh Jum’ah mengambil kata hikmah Saiyidina Abu Bakr radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.

Beliau menyeru hadirin supaya rapatkan diri kepada Allah dengan solat apabila ada masalah. Beliau juga menasihatkan supaya sebelum merancang dan berbincang apa-apa program dakwah, hendaklah berwuduk dan melakukan solat hajat supaya pendakwah itu ingat bahawa Allah sentiasa bersama mereka. Setiap masalah dan ujian dalam dakwah akan mudah dihadapi dengan mendirikan solat.

Beliau turut menggariskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Syeikh Jum’ah turut berpesan supaya jangan kedekut masa dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan Islam, jika kedekut, nescaya Allah akan mengganti dengan kaum lain yang akan memperjuangkannya. Antara tanda Allah subhanahu wataala mencintai kita ialah Allah sentiasa memberi taufik kepada kita untuk taat kepada-Nya.

Beliau juga mengingatkan usaha para orientalis yang cuba memesongkan makna sebenar ayat-ayat al-Quran daripada hati umat Islam supaya lahir individu Muslim yang cacat kefahamannya terhadap Islam yang sebenar. Menurutnya, orientalis cuba memomokkan bahawa isi kandungan al-Quran adalah isi lama, tiada yang baru.

Beliau menambah, dalam membangunkan masyarakat, pentingnya pendakwah menunjukkan akhlak yang mulia yang merupakan kurniaan daripada Allah swt. Allah kurniakan akhlak seperti rezeki, berbeza antara satu sama lain. Dengan akhlak yang mulia, pendakwah itu akan dicintai oleh Allah subhanahu wataala.

“Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya,” akhir pesanan beliau.

Gambar ehsan Abu Ikram (Wan Abdullah Mujahid)

12.7.11

MINUM KOPI MELEMAHKAN ANGGOTA BADAN DAN TULANG!

Tidak pernah minum kopi


Saad (tengah) diraikan sanak saudara di rumahnya di Kampung Paya Guring, Pauh, Arau, Perlis semalam.


ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.

Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.

Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.

Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.

"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.

"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.

"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.

"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

10.7.11

Gabungan Laporan Akhbar Mengenai Bersih 2.0

Perhimpunan haram gagal


POLIS melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas dua bulan mencanang propaganda untuk menarik penyertaan 300,000 orang, perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berlangsung di ibu negara semalam menemui kegagalan apabila sekadar menarik 6,000 orang menyertainya.

Lebih mengecewakan, perhimpunan haram itu menyaksikan para pemimpin kanan pembangkang yang selama ini berselindung di sebalik nama Bersih turut gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebagaimana dijanjikan.

Kegagalan Bersih yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu jelas berpunca daripada tindakan proaktif polis mengadakan kawalan keselamatan sejak kelmarin.

Tindakan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di kesemua laluan masuk ke Kuala Lumpur serta penutupan 58 batang jalan dan kawasan tumpuan di pusat bandar sejak pukul 12.01 tengah malam semalam.

Kecekapan anggota polis membuat sekatan tersebut lebih awal telah berjaya menjejaskan komplot Bersih menyeludup masuk lebih ramai penyokong sekali gus mencetuskan huru-hara.

Lebih 1,000 anggota polis lengkap dengan trak meriam air serta helikopter dikerah mengawal kawasan-kawasan tumpuan para pengacau berhimpun sejak pagi.

Sengaja masuk KL untuk ditahan


KHAIRY (tengah) ditahan ketika berhimpun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis menyifatkan pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang sengaja membiarkan diri mereka ditahan apabila tetap memasuki ibu negara walaupun mahkamah mengeluarkan perintah melarang mereka berbuat demikian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah menahan seramai 1,667 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut termasuk 151 wanita dan 16 kanak-kanak.

Katanya, turut ditahan dalam perhimpunan tanpa permit itu ialah 12 pemimpin parti pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Antara pemimpin yang ditahan termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga; Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

"Turut ditahan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Beliau berkata, pemimpin yang ditahan itu dilihat sengaja membiarkan diri mereka ditahan polis dengan berhimpun di kawasan yang telah dilarang kepada mereka.

Menurut Ismail, polis menganggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang berkumpul di dua lokasi dekat Jalan Pudu dan pekarangan Stadium Merdeka dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.

==========

1,401 orang ditahan polis


ISMAIL Omar menunjukkan suspek penangkapan yang berada di pusat tahanan Pulapol dilayani sebaik-baiknya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 9 Julai – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara hari ini.

Turut ditahan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; dua Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob, Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua serta Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Ambiga dan Abdul Hadi yang masing-masing dibawa untuk siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan mereka dirakamkan pada pukul 6.30 petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sejak pukul 9 pagi hingga 5 petang, polis telah membuat 1,401 tangkapan membabitkan 1,273 lelaki, 115 wanita, 12 orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan dan sebahagian besarnya dibawa ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Jalan Semarak.

“Selesai sahaja siasatan, Insya-Allah semua mereka akan dijamin atau mungkin ditahan lanjut bergantung kepada hasil siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Ismail, perhimpunan haram diadakan di dua lokasi iaitu Jalan Pudu berhampiran Hentian Puduraya dan luar Stadium Merdeka itu berlaku setelah polis menolak permohonan permit kepada kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium-stadium di ibu negara.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dianggarkan berjumlah antara 5,000 hingga 6,000 orang itu mulai keluar kira-kira pukul 2 petang dan berkumpul di dua lokasi berkenaan.

“Bagi kumpulan yang berhimpun di Jalan Pudu, mereka bergerak dan berkumpul menuju ke Dataran Merdeka.

“Apabila mereka disekat oleh anggota polis yang bertugas, diberikan nasihat dan amaran bersurai, mereka enggan bersurai sebaliknya bertindak merempuh pasukan keselamatan sedang bertugas,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tersebut menyebabkan anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiada pilihan dan terpaksa menyembur gas pemedih mata serta pancutan air ke arah mereka.




Beliau berkata, polis juga berjaya menghalang kumpulan yang berhimpun di luar Stadium Merdeka daripada memasuki stadium berkenaan.

Ismail berkata, kumpulan yang berkumpul di Jalan Pudu bagaimanapun didapati kembali berkumpul di hadapan pusat beli-belah KLCC dan Menara Maybank tidak lama selepas itu.

“Mereka sengaja kembali berkumpul untuk menunjukkan seolah-olah perhimpunan haram ini berlaku di serata Kuala Lumpur walaupun sebenarnya hanya melibatkan dua lokasi,” katanya.

Sementara itu, mengenai semua penunjuk perasaan yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara hari ini, katanya, mereka menerima layanan baik daripada polis.

Ismail berkata, mereka yang ditahan di Pulapol, disediakan makanan, rawatan perubatan dan juga tempat untuk bersolat.

“Pergilah melawat sendiri ke Pulapol (kalau tidak percaya mereka dilayan baik). Lihatlah tempat makan (mereka,) macam kenduri kahwin sedangkan mereka orang tahanan.

“Saya beri pengesahan semua yang ditahan ini diberi layanan baik. Selesai sahaja siasatan, Insya-Allah... semua mereka akan dijamin atau ditahan lanjut bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Ismail yang turut menunjukkan beberapa keping gambar keadaan tahanan terbabit sebagai bukti berkata, selain memberi makanan, pihaknya turut menyediakan doktor dan pembantu perubatan bagi merawat mereka yang mengadu tidak sihat.

======

Polis berjaya kekang Bersih


BEBERAPA perusuh bertindak liar dengan membaling objek ke arah trak polis yang mengawal rusuhan perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Julai – Langkah pencegahan awal yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan usaha penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak dan berhimpun secara haram di ibu negara hari ini.

Langkah polis membuat sekatan jalan raya selain menutup laluan utama menuju ke Kuala Lumpur membolehkan keadaan di ibu negara terkawal meskipun peserta perhimpunan haram terus berdegil dengan cuba merempuh sekatan polis untuk meneruskan perarakan.

Sejak malam tadi sehingga pukul 5 petang ini, polis menahan seramai 1,401 orang yang menyertai perhimpunan haram itu termasuk pemimpin kanan parti pembangkang, penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Selain kedua-dua pemimpin itu, antara yang ditahan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; dua Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob serta Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebelum ini juga, terdapat maklumat yang mendakwa penunjuk perasaan dari Kedah diberi imbuhan sebanyak RM200 untuk menghadiri perhimpunan haram berkenaan.

Berdasarkan maklumat pasukan keselamatan, dianggarkan 6,000 penunjuk perasaan menyertai perhimpunan haram itu hari ini yang kebanyakannya berkumpul di lima lokasi antaranya Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Dayabumi, Masjid Jamek, Jalan Pudu dan pusat beli-belah Sogo.

Pada kira-kira pukul 2 petang penunjuk perasaan yang kononnya mahu berhimpun secara aman mulai bertindak agresif di Hentian Pudu Raya dan Menara Maybank.

Mereka yang menguasai sekitar kawasan itu selepas berarak dari beberapa laluan, mula bertindak di luar kawalan selepas gagal melepasi sekatan pihak berkuasa.

Beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan jalan raya dan menimbulkan suasana huru-hara dengan mencemuh dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis yang bertugas mengawal keselamatan.

Akibatnya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata serta menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Penyokong Bersih juga dikesan menyamar sebagai penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, selepas diusir pihak polis dari Masjid Negara.

Keadaan itu mengakibatkan bangunan KTMB sesak dengan orang ramai yang dianggarkan berjumlah 1,000 orang sejurus polis menyuraikan mereka pada pukul 8.30 pagi.

Berikutan itu, pihak pengurusan KTMB mengarahkan kumpulan penyokong tersebut beredar menyebabkan berlaku kekecohan sehingga memaksa 200 individu ditahan.

Apa yang menyedihkan, orang Melayu merupakan majoriti yang menyertai perhimpunan haram itu dengan sebahagian besar daripadanya adalah golongan muda dipercayai penuntut universiti.

Beberapa wanita dan kanak-kanak serta orang kelainan upaya termasuk berkerusi roda turut diheret bersama-sama menyertai perhimpunan haram itu.

Pasukan keselamatan berjaya menyuraikan penyokong Bersih kira-kira pukul 5 petang ini.


============

Pembangkang pesong niat Bersih

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini.

''Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan.

''Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

''Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan pembangkang yang berterusan membohongi rakyat termasuk tergamak mencetuskan huru-hara cukup dikesali dan mereka langsung tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap masa depan negara.

Mereka, jelasnya, ternyata mempunyai tujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan serta bermatlamat agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

''Pembangkang mahu Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik.

''Justeru, kerajaan akan tetap mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan menggunakan segala peruntukan sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penyertaan penyokong Bersih dalam perhimpunan haram jelas menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

''Kita bersyukur kerana polis berjaya mengawal keadaan dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi.

''Segala tindakan ini berjaya menghindari daripada berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

''Saya juga bersyukur kerana pihak berkuasa telah membuat siasatan yang rapi dan menjalankan tugas dengan sebaiknya termasuk berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan-bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya dalam perhimpunan hari ini,'' tambahnya.

======

Tiada lepas tindakan undang-undang


Sebahagian daripada tahanan perhimpunan haram Bersih diberi layanan baik dengan penyediaan makanan oleh polis di Pulapol, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ihsan PDRM


KUALA TERENGGANU 9 Julai – Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara dengan melakukan perhimpunan haram tidak akan terlepas daripada tindakan tegas pihak polis tanpa mengira sama ada mereka menentang atau menyokong kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi peringatan itu berkata, tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman pelbagai anasir yang boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

Katanya, dalam sistem demokrasi berparlimen, kerajaan memberi ruang kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk melahirkan perasaan tidak puas hati dan mereka ada cara untuk melakukannya tanpa melakukan perhimpunan haram.

Beliau berkata, kerajaan telah mencadangkan pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium untuk mereka berhimpun dan membuat ucapan dengan aman serta mengemukakan tuntutan.

“Itu tawaran sangat baik yang disediakan oleh kerajaan. (Sekarang) kalau ada tindakan, dia kena hadapi sama ada dia sokong kerajaan atau menentang kerajaan,” katanya selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas penahanan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyertai perhimpunan kumpulan Patriot di Jalan Bukit Bintang.

Menurutnya, kerajaan tidak akan membiarkan perhimpunan haram diadakan oleh mana-mana pihak termasuk penyokong kerajaan atau pembangkang kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

“Kalau Bersih buat, pihak kerajaan pun buat, jadi di mana kesudahannya. Apa akan jadi pada negara kalau saban hari ada demonstrasi jalanan?

“Cara seperti ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan merosakkan ekonomi negara dan keyakinan orang luar kepada Malaysia. Apakah ini yang kita hendak?” soalnya.

Najib bersyukur kerana majoriti rakyat cintakan keamanan apabila tidak terikut-ikut dengan demonstrasi jalanan Bersih yang cuba membawa huru-hara dan mencemarkan imej negara.

Menurutnya, mereka yang selama ini menjadi ‘majoriti senyap’ sewajarnya bangkit bersuara dengan pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa mereka mahu keharmonian dan ketenteraman negara tidak diganggu-gugat.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya.

“Saya bersyukur kerana ia berakhir dengan keadaan yang tidak membawa kesan yang terlalu berat terutama kepada rakyat dari segi kerosakan harta-benda dan sebagainya,” ujar beliau.

=======

Anwar pakar 'jalan belakang'

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memperalatkan Datuk S. Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada kali ini kerana tahu rakyat sudah sedar putar belit dan lakonan beliau.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat juga sudah tidak percaya kepada Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail termasuk anaknya, Nurul Izzah untuk memimpin perarakan.

"Sekali lagi Anwar membuktikan dirinya adalah pakar mendapatkan sesuatu dari 'jalan belakang'. Kita mahu tahu berapa banyak upah yang dibayar kepada Ambiga sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan Anwar.

"Sehingga kini juga Ambiga masih belum memberi respons kepada pertanyaan dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengenai apa hukuman dari segi undang-undang jika seseorang itu membuat laporan palsu kepada polis," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 penyokong Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tetap berdemonstrasi di sekitar ibu kota hari ini meskipun dihalang oleh pihak berkuasa.

Antara yang ditahan pada perhimpunan haram itu ialah Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ambiga telah dikambinghitamkan oleh Anwar supaya kerajaan, musuh politik termasuk rakyat keseluruhannya tidak lagi memberi tumpuan kepada kes yang sedang dihadapi beliau sekarang.

Katanya, perhimpunan Bersih pada hari ini juga bertujuan menarik perhatian rakan sekutu Yahudi dan negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia sebagai mendapat simpati politik dan salah guna kuasa.

"Anwar mempergunakan Ambiga yang merupakan seorang penyokong murtad hanya untuk menilai dan mengkaji keteguhan iman dan pemikiran masyarakat Melayu Islam serta pemimpin ulama adakah mereka masih masih lagi kuat dan semangat kasihkan sesama bangsa dan Islam.

"Justeru, ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) secara tidak langsung mudah untuk diserap masuk dalam pemikiran rakyat," katanya.

=================

Anwar gagal lagi - Ezam

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal apabila matlamatnya untuk mengumpulkan ratusan ribu peserta menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini jauh meleset daripada sasaran.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, matlamat pemimpin pembangkang itu ialah untuk menimbulkan keadaan huru-hara sehingga melumpuhkan negara supaya beliau terlepas daripada dakwaan kes liwat.

Tambahnya, sebagai seorang yang pernah mengetuai perhimpunan seperti itu, beliau cukup masak dengan agenda sebenar di sebalik Bersih kerana skrip dan matlamatnya tetap sama walaupun jenama berbeza.

"Saya terus berdoa mereka yang diperalatkan hari ini diberi pertunjuk seperti mana Allah berikan petunjuk kepada saya, siapa dan apa agenda manusia ini,'' katanya.

===========


Mereka mula membentuk kumpulan-kumpulan kecil dengan berhimpun dan berarak seawal pukul 8 pagi dari beberapa lokasi.

Antara lokasi tersebut ialah Masjid Negara, Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Kampung Baru dan Jalan Pudu-Bukit Bintang, Hentian Puduraya dan Menara Maybank sebelum berarak dalam hujan ke Stadium Merdeka.

====================

Anwar cuba wujud provokasi ke atas polis

KUALA LUMPUR 9 Julai - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang tugas penjawat awam ketika menyertai perhimpunan haram di ibu negara hari ini menyebabkan pasukan itu terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu.

Kejadian ketika hujan lebat itu berlaku di sebuah terowong di KL Sentral apabila Anwar bersama ratusan penyokongnya berarak dari Hotel KL Hilton.

Bagaimanapun, setelah disekat oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) agar tidak meneruskan perarakan, Anwar serta para penyokongnya cuba mengganggu tugas penjawat awam dengan menimbulkan provokasi.

Berikutan kejadian itu, Anwar mendakwa dia mengalami kecederaan di kepala selepas terkena semburan gas pemedih mata.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya terpaksa bertindak sedemikian kerana penunjuk perasaan itu enggan berganjak selepas arahan dikeluarkan untuk bersurai.

"Kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menimbulkan provokasi dengan tidak berganjak selain menyebut perkataan 'serang' pihak polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa polis menembak tepat gas pemedih mata ke arah kumpulan itu, Khalid berkata, polis tiada pilihan lain kerana lokasi kejadian itu berlaku di dalam terowong laluan bas berhampiran KL Sentral.

"Cuba fikir, adakah kita kena tembak atas sedangkan di situ ada terowong?," katanya.

========

Perhimpunan haram: Anwar dakwa perhimpunan capai matlamat


2011/07/10

Yakin sistem pilihan raya negara berubah

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap perhimpunan haram yang dianjurkan semalam, sebagai berjaya dan optimis akan berlaku perubahan dalam sistem pilihan raya seperti berlaku di luar negara.

Beliau bagaimanapun menganggap penahanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi pertubuhan haram BERSIH, Datuk S Ambiga serta beberapa tokoh politik pembangkang sebagai biadab.
“Saya menganggap perhimpunan ini sebagai berjaya walaupun polis bertindak kejam,” katanya pada wartawan di Hospital Pantai di sini, semalam.

“Saya bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan dan sudah melakukan imbasan di kepala. Tiada kecederaan serius dan mungkin hari ini saya akan keluar hospital,” katanya.

Sementara itu, Ambiga berkata, walaupun jumlah yang menyertai perhimpunan haram itu tidak seperti dicanang dan dapat dikawal polis, tetapi ia satu kejayaan.

“Ini bukan sekadar desakan mengubah sistem pilihan raya yang lebih telus. Kami tidak gentar dengan ancaman,” katanya selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang semalam.
Turut dibebaskan petang semalam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis serta Nurul Iman, anak bongsu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menegaskan memorandum BERSIH akan tetap diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas gagal berbuat demikian semalam.

Beliau pada sidang medianya menyifatkan perhimpunan haram semalam sebagai kejayaan cukup besar kerana mendakwa mampu mengumpul kira-kira 50,000 penyokong.

A Samad berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk menyerahkan memorandum bantahan itu dalam waktu terdekat.
=====

BERSIH 2.0


BERSIH 2.0


BERSIH 2.0


Perhimpunan haram: Polis tetap jaga kebajikan tahanan


2011/07/10

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kumpulan perhimpunan haram di sekitar ibu kota semalam, mereka tetap menjaga kebajikan tahanan dengan memberi layanan yang baik walaupun ada tahanan bertindak ganas ketika ditahan.

Malah, menurut Facebook PDRM semua tahanan yang ditempatkan di Pusat Latihan Polis, Jalan Padang Tembak di sini, semalam diberikan makanan termasuk nasi beriani dan minuman di ruang makan selesa.
PDRM turut menyediakan kemudahan tempat menunaikan solat di bawah khemah yang disediakan dan semua keterangan dan proses dokumentasi daripada tahanan dijalankan dalam suasana selesa, mesra dan profesional.

=====

Perhimpunan haram: Pengangkutan awam lumpuh, kedai tutup


2011/07/10

  KEDAI melekatkan notis  penutupan  pada pintu premis berikutan   perhimpunan haram   di sekitar Kuala Lumpur, semalam.
KEDAI melekatkan notis penutupan pada pintu premis berikutan perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur, semalam.
Urusan harian, pusat beli-belah turut terjejas

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mengalami kesukaran menjalankan urusan harian di sekitar ibu negara berikutan keadaan jalan raya sesak teruk gara-gara kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram, di sebalik nasihat polis melarang mereka berbuat demikian.

Pengangkutan awam turut lumpuh dengan teksi enggan membawa penumpang ke ibu negara dan perkhidmatan LRT terjejas.
Malah kompleks beli-belah Sogo yang biasanya menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu diarah polis untuk ditutup mulai jam 2 petang semalam setelah dibuka seketika pada sebelah pagi, bagi kepentingan keselamatan.


=========

1,400 ditahan
KUALA LUMPUR: Warga kota dilihat berwaspada dan enggan terjebak, termasuk peniaga menutup premis perniagaan manakala kawasan tumpuan di pusat bandar raya lengang, namun hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram besar-besaran bagi menzahirkan mesej rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, petang semalam, tidak kesampaian.

=====================

Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah (gambar) mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan


==================

Jenazah mangsa gas akan dikebumi pagi ini
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0


==========

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

===========