25.3.09

Bagaimana Menjadi Juara?


Manusia Juara adalah manusia luar biasa, berbeza daripada kebanyakan manusia. Hidupnya dalam alam kejuaraannya. Juara bermakna Hebat. Tapi adakah manusia juara ini hanya sekadar lontaran idea atau apakah pula erti juara sebenarnya?


Antara elemen yang perlu ditekankan untuk menjadi juara atau sang singa di siang hari dan hamba pada yang Esa di malam hari adalah

1. Perkasakan 4 Dimensi Insani
2. Lengkapkan diri dgn NLP
3. Perkasakan 4 dimensi kuandran otak yang hebat lagi bestari
4. Tingkatkan 5 tahap tingkatan ilmu
5. Lengkapkan dengan kefahaman yang mendalam dalam 5 tahap kualiti kerja
6. Hadami 6 gaya pemikiran terkini
7. Dalam mengawal 3 tahap stress atau tekanan hidup
8. Sedari dan mampu atasi 4 sifat manusia sekeliling dalam membina pertahanan diri dan menjembut kejayaan hinggap dan bersemadi pada diri sendiri

9. Kuasai lokasi - aura-masa-bekalan kemahiran-pasukan-kualiti tinjauan awal
10. Kuasa memahami manusia lain menerusi latarbelakang keluarga-suasana pembesaran-dunia pembelajaran-pengalaman-kurniaan ilahi-kesediaan diri


Wassalam

19.3.09

Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI

Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI


BANGI, 19 Mac - Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).






Menurut beliau, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 ketika dasar PPSMI baru dilaksanakan itu dengan melibatkan 900 orang responden yang terdiri dari guru-guru dan pelajar serta dana sebanyak RM1,500 di seluruh Malaysia.
"Saya tidak hanya bercakap kososng mengenai perkara ini, saya minta soalan kajian ini diseludup ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan.
"Kalau pihak Kementerian tahu, pasti kajian ini akan disekat dengan serta merta.
"Walaupun ada suara sumbang mengatakan dasar ini baru dilaksanakan, tidak ada apa faedahnya membuat kajian kerana baru lagi. Ia mesti diteruskan," tegas beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar PPSMI dalam dasar Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) pada 14 Mac lalu.
Hadir sama dalam seminar ini, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Hasni Abbas; Timbalan GMP, Dr Shahril Zain dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.
Program ini telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).
Manakala tambah beliau, sebanyak 96 peratus orang guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.
"94 peratus tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris," tambah beliau.
Selain itu menurut beliau, 84 peratus orang pelajar mengatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti mengunakan bahasa inggeris.
"Serta 75 peratus pula tidak setuju bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasa itu tidak mendatangkan masalah pemahaman," katanya.
Oleh itu beliau berkata, mereka yang suka bercakap dalam bahasa inggeris, mencapai tahap yang baik, boleh berbincang dalam bahasa itu adalah mereka dari bandar dan Sekolah Menengah (SM) bukan Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK).
"SMKlah lubuk anak Melayu, SM merupakan sekolah campur dengan semua kaum ada di sekolah itu. Oleh itu, yang dapat untungnya ialah SM bukan SMK, itu lubuk anak Melayu.
"Dan yang malang dan yang tertinggal dalam dasar ini ialah pelajar luar bandar yang merupakan 70 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang kebanyakkan anak Melayu," katanya. - mns_

KAJIAN KEBERKESANAN MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

“Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya,” laporan bertajuk ‘Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid’ dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga “menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
“PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.”
Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).
Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
“Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
“Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan,” laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.
Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.
Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.
Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.
Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.
Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.
Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.
Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Raof berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.
Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.
Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.
Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.
“Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah,” katanya.

16.3.09

Kenapa Spesis Lelaki Mula Berkurangan di Menara Gading? Di Mana Silapnya?

Selepas Solat Isyak di Surau, saya disapa oleh seorang yang dikenali. Beliau adalah salah seorang daripada pensyarah kanan statistik UPM.

Antara yang dibincangkan ialah

" Kenapa Ramai Pelajar Perempuan di Universiti? Mana Perginya LELAKI?"

Beliau sedikit terasa hati bila ada sebahagian penceramah terutama penceramah motivasi menyatakan tak ramai lelaki kat universiti sebab ramai kat pusat serenti, ramai yang jadi mat rempit dan ramai yang terlibat dalam aktiviti tak bermoral.

Sebagai seorang yang terlibat dgn statistik dan tahu data-data semasa, faktor yang sebenarnya ialah

1. Sistem pendidikan kita sekarang melahirkan ramai pelajar perempuan ke ke menara gading? bagaimana tu..... sistem kita sekarang ialah sistem yang lebih menjurus kepada menghafal dan mengingat.... sapa yang cekap dan mampu menghafal dan mengingat serta tahu memuntahkan kembali idea-idea di atas kertas peperiksaan maka ia adalah dikira cemerlang dalam pelajaran....

Sapakah yang ada kelebihan ini..... pelajar wanitalah....

2. Adakah guru didedahkan dgn Teknik Mengajar Untuk Pelajar Lelaki dan Teknik Mengajar Pelajar Perempuan.......?

3. Mampukan guru perempuan yang majoriti malah menguasai setiap sekolah mampu mengajar dan menyelami pelajar lelaki?


4. Pelajar Perempuan cepat memahami fakta dan teori sebab begitulah kejadian otaknya.... manakala pelajar lelaki lebih kepada sesuatu yang praktikal, futuristik dan dunia khayalan kerana begitulah juga otaknya.....

5. Adakah pelajar yang pintar matapelajaran akan pintar membawa kehidupannya bersama masyarakat......?
Siapa yang lebih pintar dalam kehidupan...lelakikah atau perempuan? Siapa yang lebih kreatif?


Banyak persoalan yang ditimbulkan.... malah beliau menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia perlu dinilai semula.... jika kita mahu melihat perubahan....

14.3.09

Formula Kejayaan 2


Antara Tips Kejayaan yang seterusnya ialah


1. Tak perlu pergi tuisyen
2. Tak perlu jadual yang berstruktur
3. Tak perlu kerusi dan meja
4. Tak perlu tempoh belajar lama sehingga 2 tahun... 1 tahun pun dah cukup
5. Ada kalanya tak perlu berguru
6. Puasa Sunat - Isnin Khamis
7. Solat 5 Waktu dijaga sepenuhnya
8. Al Quran - tidak dilupakan, membaca dan menghafal
9. Tahajjud dan munajat kepada Allah - sentiasa


Adik kita di bawah telah buktikan yang teramat penting ialah

1. Matlamat terlalu jelas
2. Azam yang terlalu membara
3. Kesusahan adalah pemangkin kejayaan
4. Biar orang kata, yang penting kita terlalu mengenali diri dan potensi diri
5. Tindakan yang konsisten dan dipantau oleh kuasa dalaman diri sendiri
6. Belajar sendiri dgn banyak bertanya kepada guru serta banyak latihan kendiri adalah terpenting... tiada tuisyen boleh berjaya... ramai yang pi tuisyen tapi pergi sekadar berhibur dan bukan belajar....
7. Terima situasi keluarga yang ada tanpa pemberontakan dan jadikan situasi yang ada sebagai resepi kejayaan....

Tahniah Adik Madihah....

banyakkan makan keropok ikan kerana itu makanan "orang genius".


Resipi kejayaan Madihah dapat 20A

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.


Formula Kejayaan 1

Antara Formula Kejayaan Yang Praktikal:

1. Tak perlu dari kalangan orang kaya, tak perlu terlalu banyak kemudahan, tak perlu rumah /ruang yang besar dan selesa

sebagai contoh:

INILAH RUMAH SAYA


Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari


Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.



Cabaran untuk kita sebagai pembaca


11.3.09

Ilmu Perunding Latihan (consultant)

Minggu ini, perunding utama memanggil perunding-perundingnya menghadiri T.O.T

Tujuan utama ialah memperkasakan diri... membuat persiapan diri untuk menghadapi kemungkinan demi kemungkinan, untuk bersedia menghadapi peserta 650 orang yang rata-ratanya mempunyai/lepasan diploma dan degree

Di samping itu, bertukar pemikiran, strategi dan pengalaman....

Rupanya untuk jadi perunding hebat perlukan kemantapan persediaan, kerakusan mencari mutiara ilmu dan intan pengalaman, kegilaan pada kesempurnaan, keasyikan dalam membuat kebajikan dan menyediakan kolam mahabbah dan kasih sayang buat peserta yang inginkan perubahan.

Secara ringkasnya ada senjata yang perlu ditajami ialah
a) Ilmu dan pengalaman
b) Gaya penyampaian
c) Teknik penyampaian
d) Penguasaan Bahasa
e) Kemungkinan-kemungkinan
f) PR yang mantap dgn peserta
g) Sikap
h) Passion, Urgency dan Keikhlasan Hati
i) Biar Hati Berbicara
j) Debriefing yang mantap
k) Keberanian dalam berhujjah P3K, mengeluarkan idea, menyusun idea,
modul dan ilmu maklumat
L) Bersedia mengamalkan 6M dalam kehidupan harian iaitu

musyaratah,
;muroqobah,
 mua'qobah,
mujahadah,
mu'atabah

DAN Pelbagai pemikiran dan pengalamn yang dibincang.... yang mana.... perlukan super energy untuk memilikinya

NAMUN, ianya bukanlah sesuatu yang MUSTAHIL!





6.3.09

Silat Gerakkan Ringkas

Silat Melayu adalah terkenal dengan pergerakan yang lembut tapi keras akibatnya...

Sesiapa yang pernah belajar silat melayu akan terasa kehebatan seni mempertahankan diri ini.... kalau kita perhatikan di peringkat sekolah rendah, seni mempertahankan diri lebih didominasikan oleh Tae Kwan Do dan Karate-Do... saya tidak pasti kenapa silat tidak dibenarkan di bawa masuk di peringkat sekolah....

Kalau diperhatikan pergerakan Tae Kwan Do... Saya dapati ianya agak sedikit kasar dan jauh daripada nilai kelembutan melayu.

Dalam mencari ruangan atau gerak video, persilatan simple dan mudah...

Saya dapati "setakat ini", ada beberapa silat kalau dilihatkan kepada sejarahnya seakan-akan berasal daripada satu perguruan ...dan selepas itu... ianya dikembangkan

Antaranya ialah sejarah yang saya jumpai dalam internet ini, saya paparkan di sini (walaupun saya dapati ianya datang dalam pelbagai versi yang berbeza)

"Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat ini daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat ini.

Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor.

Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.

Pada tahun 1963, seorang pemuda yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

Pada suatu masa, Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh bangsa lain.

Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat ini daripada Tok Guru Yahya Said.

Kemudian pada tahun 1966, Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat ini kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak Guru Azmi Long dengan harapan Silat ini akan terus berkembang subur."

Daripada penulisan ini, kita fahami bahawa

Pak Yahya Said telah mengajar kepada 3 orang yang hebat lagi perkasa

1. Azmi Long yang mengembangkan silat ringkas ini melalui Silat Kalimah
2. Ustaz Hanafi melalui Silat Cekak (Malaysia - Hanafi - Hanafi Malaysia)
3. Cikgu Zohdi melalui Silat Kalimah Yahya Said
4. Ada yang saya temui bernama Silat Kalam Utama


NAmun begitu berdasarkan video yang diambil daripada you tube... pergerakan antara mereka ada persamaan dan ada perbezaan....

Harap kita boleh melihatnya dgn hati terbuka

1. Silat Kalimah


2. Silat Cekak Malaysia


3. Silat Cekak Ustaz Hanafi



4. Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
<

6. Silat Kalimah Panglima Tangkas


ITU adalah antara video yang sempat saya jumpa.....

apa yang saya dapati ialah kalaulah ke semua perguruan ini ada akademi yang boleh bertukar idea... saya nampak ianya boleh dikembangkan untuk memartabatkan persilatan melayu yang riingkas ini di samping kita ada pelbagai pertubuhan dan gerak silat yang indah dan pelbagai....

Sekadar lontaran idea...

Wassalam



5.3.09

Kerusi Panas

Petang semalam, saya mendengar radio24... sambil memandu MPV pulang ke rumah....

Satu Segmen kerusi panas ialah menceritakan tentang filem yang baru "Anu Dalam Botol".... filem itu baru diberi nama dan belum lagi diolah dalam bentuk skrip ataupun lakonan malah pemilihan pelakon baru dibuat.....

Namun begitu, penerbit filem dijemput oleh radio 24 untuk mendengar pandangan peserta di samping meluahkan apa yang apa di minda dan hati.....

Namun ada beberapa perkara yang tak enak didengar daripada mulut penerbit sehingga pendengar terpaksa menelifon membantah apa yang diucapkan kerana
beliau berucap berdasarkan mainan minda bukan berdasarkan kepada kefahaman ilmu

Antara isu yang kontroversi ialah
1. Beliau memberikan contoh cabaran dan dugaan perjuangan Rasulullah.... bila ditanya bahawa filemnya akan ditentang oleh orang yang tak setuju dgnnya.....
Bagi saya, ini adalah pandangan penerbit yang tidak memahami perjuangan rasulullah yang sebenarnya... beliau hanya pandai bermain kata-kata....

Perjuangan beliau mempertahankan idea filemnya dengan tajuk merapu itu dan isu gay hanya seumpama debu di kaki-kaki kuda para-para pejuang jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah dan Para Sahabat yang ingin menegakkan Islam dan ingin membawa manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Tuhan yang Esa....

Beliau berhujjah sebagai seorang muslim, beliau berhak memperkatakan perjuangan Rasulullah..... ya... pada logiknya beliau berhak tetapi hakikatnya beliau berada di medan yang tidak kena dengan apa yang ingin diucapkan.
Saya mengucapkan syabas kepada pemanggil (DR) yang menyanggah hujah nya....

Ramai Dewasa ini, orang yang dilahirkan sebagai Islam ingin bercakap tentang Islam tapi sayangnya , mereka bercakap bagaikan tin yang kosong kerana tidak belajar tentang Islam secara berstruktur dan daripada sumber yang sah.... maknanya kita perlu mempelajari Islam dari sumber yang sah.... bukan main ikut aqal sahaja....

2. Satu lagi apabila pemanggil menggunakan istilah "orang yang berfikiran agama" yang akan menentang filem tersebut
Bagi saya....istilah yang digunakan itu tak kena.....
Yang ada ialah
a) "orang yang memahami ajaran Islam" dan "orang yang tak
memahami ajaran Islam"
b) "orang yang ingin beramal dengan ajaran Islam" dan "yang
kurang ingin beramal dgn ajaran Islam"
c) "orang yang cuba sedaya upaya menjadikan ajaran Islam
sebagai 'a way of life' dan orang yang jadikan ajaran Islam
seumpama ajaran kristian iaitu ianya hanyalah ritual
keagamaan sahaja."


Kerusi Panas ini bagus disiarkan secara terus...online...live... tapi para pembicara perlu peka dengan setiap hujah kerana ianya sensitif di telinga para pendengar...






3.3.09

Kakak Dah Mula Suka Matematik, Abah!


Pada minggu lepas, saya menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah anak, almaklumlah sekolah baru bagi hidupnya tahun ini... walaupun beliau di tahun 3,

Daripada perbincangan PIBG, saya dapati kali ini ianya lebih mesra, dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.... jauh berbeza dgn sekolah sebelumnya di mana ahli majlis PIBG dan guru besar cuba mempertahankan setiap asakan dan persoalan daripada ibubapa

Saya masih ingat lagi semasa mesyuarat PIBG sekolah yang sebelumnya, di mana seorang bapa membangkitkan kenapa anaknya dibuli oleh ketua pelajar.... kenapa ketua pelajar yang didapati bersalah tidak dilucutkan jawatannya.... saya melihat guru besarnya cuba mempertahankan tindakan sekolah dengan hanya memberi amaran kepada ketua pelajar dan pengawas terlibat sahaja.. seolah-olah mcm ada sesuatu yang tersembunyi... tercetus di hati kecil saya ialah "ketua pelajar ni anak sapa ye......, mungkin anak orang kuat sekolah ini kot?"

Selepas tamatnya mesyuarat PIBG, saya meminta izin guru besar untuk berjumpa dengan guru matematik anak, maklumlah untuk mengetahui perkembangan matematiknya....

Daripada perbincangan itu, saya maklumkan sikap dan personaliti anak untuk difahami oleh guru.... alhamdulillah nampaknya respon yang positif.. dengan guru memahami anak.. akan lebih mesra pergaulan mereka nanti, di samping itu, kit ajuga boleh kenali personaliti guru apabila bersembang dgnnya....

Semalam, ketika bersama anak melihat hasil kerja matematiknya, saya dapati beliau ceria dan berkata, cikgu matematiknya dah baik dgnnya... senyum saya mendengarnya.....


Hasil kerjanya pun dah bertambah baik.....

Lagi saya terkejut bila terkeluar dari mulutnya.....

"kakak rasa kakak dah sukaaaa kat metematik ni abah..... kakak dah boleh buat sendiri........."








Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...