15.1.12

AHLI POLITIK SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BERKUASA...

ISU 1:

Pas, PR rugi singkir Dr Hassan

Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bagai retak menanti belah, penyingkiran Datuk Dr Hassan Ali oleh Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dianggap satu kerugian bagi kedua-dua pihak, selain membuktikan wujudnya kecelaruan perjuangan serta budaya pentingkan diri selain amalan cantas-mencantas yang sebelum ini dilemparkan terhadap Umno.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Hassan adalah aset Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor kerana petah bercakap, selain bijak berpidato yang berjaya menarik perhatian orang ramai serta mempengaruhi mereka.


Menurutnya, mungkin itu yang menjadi punca beliau (Hassan) dipecat, kerana ada puak tertentu dalam PR atau Pas yang bimbang dengan kemampuan dimilikinya, jadi sebelum apa-apa berlaku lebih baik dia dibuang, apatah lagi ketika namanya mula memuncak dengan isu perjuangan Islam.

“Saya pernah mengikuti ceramahnya dan bagi saya, beliau memiliki kemampuan mempengaruhi orang ramai, pernah satu ketika beliau memburukkan Barisan Nasional (BN) bermaksud ‘Barang Naik’ dan apa diperkatakannya ketika itu dapat meyakinkan orang ramai, malah ia dijaja hingga kini.


“Saya percaya beliau sememangnya aset penting bagi PR Selangor dan pemecatannya memang satu kerugian,” katanya.


‘DAP, PKR berjaya singkir Hasan’
Oleh Hassan Omar

2012/01/15

KUALA LUMPUR: Penyingkiran Datuk Dr Hasan Ali daripada EXCO Kerajaan Selangor kelmarin memberikan kemenangan kepada DAP dan PKR untuk melenyapkannya dan membuktikan pembangkang sanggup melakukan apa saja untuk menyingkirkan pemimpin tidak menguntungkan mereka.

Secara tidak langsung ia turut memberi kemenangan kepada pemimpin tertentu PAS yang tidak gemar melihat wujud ‘penghalang’ kepada usaha pembangkang untuk memancing rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dengan mempamerkan kononnya parti pembangkang bersifat liberal.
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Hasan bukan setakat mempamerkan sifat terburu-buru pembangkang untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang cenderung memelihara kepentingan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu, malah membuktikan pembangkang tidak pernah menghargai sumbangan pemimpin mereka kepada parti dan kerajaan.
Bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata penyingkiran Hasan dibuat tanpa beradab kerana Abdul Khalid seharusnya menunggu hingga Hasan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura PAS sebelum mengambil tindakan drastik.

“Ada cara lain untuk menggugurkan beliau. Kerajaan negeri boleh merombak kabinet negeri dan kalau hendak gugurkan beliau, bolehlah. Bukan dengan cara menamatkan perkhidmatannya begitu saja seolah-olah Hasan tidak pernah berjasa kepada kerajaan negeri,” katanya kepada Berita Minggu, di sini semalam.


Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan Hasan digugurkan daripada jawatan itu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan watikah memaklumkan pembatalan pelantikannya akan dihantar oleh pihak istana kepadanya tidak lama lagi dan pelantikan EXCO baru disempurnakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Rabu depan.


Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor itu dipecat daripada PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang pada 8 Januari lalu berikutan kritikan Hasan yang disifatkan merugikan parti.

Sementara itu, penganalisis politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsuddin Abdul Rahman, berkata penyingkiran Hasan adalah pelengkap usaha DAP untuk menguasai kerajaan negeri tanpa seorang pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan dasar pembangkang, selain mahu membuktikan kononnya pembangkang bersifat liberal.

Katanya, bukan rahsia lagi DAP tidak setuju dengan beberapa tindakan Hasan sebelum ini yang merugikan pakatan pembangkang seperti Hasan atas prinsipnya melaksanakan tugas EXCO, memperjuang hak Melayu, mempertahan institusi Raja dan menyokong gerakan antimurtad, antiarak dan antijudi.


Hasan pernah menegur Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu daripada DAP sebagai tidak memahami Islam berhubung kes rampasan arak di sebuah pusat hiburan dan pekerja Muslim di premis menjual arak di Selangor.


Penganalisis politik, Prof Dr Attory Hussain berkata, walaupun Abdul Khalid ada hak untuk menggugurkan Hasan, seharusnya beliau menunggu Hasan membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS.


“Menteri Besar Selangor menyebabkan Hasan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Memanglah hak eksekutif itu ada pada MB tetapi apa salahnya jika beliau menunggu hingga Hasan membuat rayuan?” katanya.



ISU 2

Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam
Oleh Norfatimah Ahmad dan Hassan Omar

2012/01/15

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak semalam mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.

Anwar berkata demikian dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.
“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.


Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu.


Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut mempersoalkan pandangan Anwar, yang mahu mengkaji semula undang-undang itu, seolah-olah beliau tidak akan mematuhinya.

“Pemansuhan undang-undang perlu sesuai dengan negara kita, jadi lebih baik Anwar memasukkannya dalam manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 dan biar rakyat menilai pendiriannya,” katanya.


Choo Keong berkata, keperibadian Anwar kini menyerlah berikutan pandangannya terbuka sekali gus cuba mengheret masyarakat Malaysia untuk lebih bersikap liberal seperti di Amerika Syarikat.


“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan pula menganggap Anwar hanya mahu meraih sokongan asing dengan membuat kenyataan berkaitan golongan homoseksual.


“Bagaimanapun, jika Anwar benar-benar mahu meminda undang-undang yang dikatakannya lapuk itu, beliau perlu membuat gerakan besar-besaran supaya apa yang dikatakannya mampu dikotakan,” katanya.


ISU 3

Ambiga syor ampun perasuah
Oleh Nahar Tajri

2012/01/15

Anggap laluan mudah pembangkang tawan Putrajaya

ALOR SETAR: Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga mencadangkan pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, semalam, beliau mengemukakan cadangan itu sebagai satu langkah memudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.
Katanya, pembangkang mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya mereka boleh melangkah ke depan tanpa halangan.
“Kita mesti hukum perasuah besar tetapi maafkan perasuah kecil supaya kita boleh ke Putrajaya tanpa halangan," katanya.

Ambiga mengemukakan cadangan itu dengan mengambil contoh pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC).


Selain itu, beliau menyarankan pembangkang menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian membabitkan agensi awam.


Katanya, ia berdasarkan contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.

"Saya mahu tahu apakah pendirian pembangkang dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini.

“ Ia bertujuan membolehkan anggota keluarga terbabit mendapat keadilan

sewajarnya," katanya.

Sebelum ini, kenyataan Ambiga kerap mencetus kontroversi.


No comments: