30.4.11

AkHIRNYA, HongLeongBank menelan EONCap dan menjadi bank ke 4 terbesar di Malaysia.....

EONCap terima tawaran Hong Leong Bank RM5.1b


2011/04/30

EON Capital Bhd (EONCap) menerima tawaran pengambilalihan bernilai RM5.1 bilion dari Hong Leong Bank Bhd (HLB), justeru membuka ruang bagi HLB melonjakkan kedudukannya sebagai kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset.

EONCap dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan Primus (M) Sdn Bhd berhubung urus niaga itu.
Sebelum ini, Primus, pemegang saham tunggal terbesar dalam EONCap tidak bersetuju dengan penjualan itu kerana tawaran itu dibuat pada harga RM7.30 sesaham, lebih rendah daripada RM9.55 sesaham ketika ia membeli pegangan ekuiti dalam bank berkenaan pada 2007.
“Selepas membuat penelitian, Lembaga Pengarah EONCap, menerusi surat bertarikh 28 April 2011, mengesahkan kepada HLB untuk menerima tawaran untuk menjual keseluruhan aset dan liabiliti EONCap pada harga tawaran berdasarkan terma dan syarat terkandung dalam surat tawaran HLB bertarikh 1 April 2010,” katanya kenyataan itu.

Bagaimanapun, penerimaan tawaran itu, katanya, bergantung kepada pertamanya, HLB mengesahkan ia tidak menolak pengumuman dan pembayaran dividen bersih awal berjumlah RM311.9 juta selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.


Keduanya, cadangan dividen awal diterima EONCap bukan sebahagian daripada aset EONCAP untuk dilupuskan kepada HLB susulan tawaran itu dan ketiganya, HLB perlu mengambilalih keseluruhan aset dan liabiliti EONCap pada harga tawaran dengan tiada pengurangan pembayaran susulan pembayaran dividen awal itu.


Penganalisis berkata, penggabungan HLB yang kini adalah bank keenam terbesar di Malaysia itu dengan EONCap bakal mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-duanya.

Langkah berkenaan bakal melonjakkan kedudukan HLB sebagai bank keempat terbesar negara mengatasi kumpulan RHB Capital Bhd dan AMMB Holdings Bhd, tetapi di belakang Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Group Holdings Bhd dan Public Bank Bhd.

Apabila pengambilalihan itu menjadi kenyataan, gabungan aset Hong Leong Bank dan EON Capital adalah berjumlah RM152.36 bilion, mengatasi RHB Capital yang memiliki aset sebanyak RM129.33 bilion.


OSK Research Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata, berkata jika penggabungan itu menjadi kenyataan, HLB akan mendapat manfaat daripada kelebihan EONCap iaitu memiliki segmen perniagaan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mantap, sementara itu HLB pula memiliki kekuatan dalam perbankan pengguna.


Sementara itu HwangDBS Vickers Research, berkata jika kedua bank itu bergabung, ia akan memperluaskan penguasaan pasaran HLB khususnya dalam pembiayaan perumahan, sewa beli, kad kredit dan pinjaman peribadi.


“Kami berpendapat urus niaga itu mewujudkan situasi ‘menang-menang’ dalam usaha meningkatkan keupayaan kewangan bagi menjadi kumpulan perbankan kukuh di peringkat serantau,” katanya.


Penganalisis pasaran tempatan secara umumnya berpendapat, bank-bank di negara ini wajar untuk meneliti langkah penggabungan bagi meningkatkan keupayaan dan bersedia untuk bersaing dengan bank asing susulan langkah liberalisasi sektor kewangan negara.


Baru-baru ini juga terdapat spekulasi bahawa RHB Capital, bank keempat terbesar dan AMMB, bank kelima terbesar, akan bergabung, justeru berpotensi menjadi bank ketiga terbesar Malaysia mengatasi Public Bank

24.4.11

Bahaya SMS....utk gadis remaja?

Telefon adalah satu kemudahan perhubungan yang mesti di zaman ini.

Dari sekadar berbual antara 2 pihak, teknologi ini diinovasikan kepada mesej menerusi sms dan mms.

Namun begitu, pada banyak kebaikan yang ada pada panggilan telefon, SMS, MMS dan pelbagai kemudahan lain....ianya juga mengundang kemudaratan terutama apabila alat perhubungan ini jatuh ke tangan orang yang sakit jiwa, berniat jahat dan tidak bermoral.

Daripada SMS inilah, lahir pelbagai teknik promosi sama ada promosi barang atau perkhidmatan yang menepati kehendak undang-undang.

Namun begitu, golongan jalan pintas yang sakit jiwa ini akan menggunakan kehebatan pemasaran sms ini mempromosikan bahan-bahan porno, video lucah, laman-laman sesawang yang mengundang keruntuhan moral atas dasar nak cepat kaya dengan insentif pelbagai.

Lahir pula golongan yang mempunyai masalah hati, sakit jiwa akan cuba membina cinta nafsu dengan mencari nombor-nombor telefon gadis yang masih mentah dan cuba menggunakan teknik berkenalan akibat tersilap telefon atau tersilap sms. Malah sesetengahnya menggunakan teknik menghantar sms porno atau mengajak membeli video atau laman web porno dalam harga mudah...hanya just on sahaja dan hantar ke nombor XXXX.

Ada gadis yang baik akan membalas sms itu dgn kata-kata nasihat atau kata-kata tolakan...namun begitu golongan pemasar yang sakit jiwa ini akan menggunakan tolakan itu sebagai senjata untuk lebih berkenalan dgn gadis seperti ini dengan bahasa kasanova......akhirnya jika gadis ini tiada mentor yang boleh menegur dan membimbing mereka maka gadis ini akan hanyut di tangan individu yang sakit jiwa ini.

Justeru ini....buat gadis di luar sana yang ingin mengenal kehidupan, apa yang boleh saya katakan ialah..

JANGAN BALAS ANY SMS YANG KITA TIDAK KENAL, ATAU SMS YANG MENGAJAK MEMBELI LAMAN-LAMAN PANAS.....

malah seeloknya syarikat penyedia latihan boleh membatalkan perkhidmatan mereka buat individu yang menghantar sms merapu ini apabila menerima aduan yang disahkan benar oleh pengadu dgn bukti-bukti...malah dicadangkan pihak kerajaan membina satu undang-undang cyber ini dan mewawarkan kepada rakyat utk mereka mengetahui akan hak-haknya.


wallahu a'lam.

wassalam.

15.4.11

AMBO CINO KELATE!

Siri 1

CINA yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu. Itulah gambaran pertama dilontarkan penduduk Kelantan ketika diminta berkongsi mengenai masyarakat Cina Peranakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Terbukti, kata-kata mereka bukan sekadar tanggapan biasa kerana ia menepati perwatakan masyarakat itu

Manakan tidak, Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Jika berlegar di sekitar perkampungan kecil sekitar Kelantan, terutama di sepanjang pesisir Sungai Kelantan, pasti sukar untuk mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam. Semuanya sama saja.
Bukan setakat bahasa pertuturan, malah pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit orang Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar.

Lebih menambah kekeliruan, hampir semua orang Cina Peranakan yang ditemui penulis memulakan perbualan dengan ‘Assalamualaikum’ selain turut diselitkan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya-Allah’ ketika berbual. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang dari tubuh, proses mengenal pasti bangsa mereka menjadi semakin rumit.

Sudahnya, penulis terpaksa bertanya adakah mereka Melayu atau Cina dan semuanya akan tertawa dulu sebelum menjawab dalam loghat pekat Melayu Kelantan - “Kawe Cino. Bakpo demo tok ce kawe ni Cino?” (Saya Cina. Kenapa pula awak tak cam yang saya ni Cina).

Pasti setiap kali jawapan begitu keluar dari mulut mereka, lantas rasa malu mula terasa di hati penulis dan sesi perbualan menjadi tersekat-sekat. Namun, apabila proses temubual diteruskan, secara perlahan-lahan datang rasa lupa bahawa di depan itu seorang Cina kerana mereka lebih Melayu daripada Melayu sebenar.
Tidak ada sepatah pun bahasa Cina digunakan meskipun berbual dalam kalangan mereka sendiri. Pendek kata, bahasa Melayu Kelantan boleh diangkat sebagai bahasa rasmi mereka. Ketika ditanya, mereka sebenarnya bukan tidak tahu bahasa Cina atau bahasa Hokkien iaitu asal keturunan mereka. Jika mereka berbahasa Hokkien, pasti nahu dan tata bahasanya akan tunggang langgang sekali gus memeningkan kepala.

Lupakan seketika keunikan itu kerana ada persoalan yang mahu dikupas mengenai siapa sebenarnya mereka. Adakah Cina Peranakan di Kelantan wujud akibat campuran budaya yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu atau sememangnya mereka mempunyai darah perkahwinan campur antara orang Cina Hokkien dengan orang Melayu dan mungkin juga Siam?

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang, 60, menafikan tanggapan kedua. Beliau mempunyai keyakinan bukan semua orang Cina Peranakan atau juga dikenali Cina Kampung mempunyai darah perkahwinan campur dengan orang tempatan sama ada Melayu atau Siam.

“Tidak semua. Memang ada sebahagian nenek moyang kami yang memasuki Kelantan sejak ratusan tahun dulu pernah berkahwin dengan orang Siam tempatan tetapi tidak semua. Ada yang berkahwin dengan wanita di China dan berhijrah ke sini, seterusnya tinggal di pesisir sungai seperti orang lain.

“Saya melihat kewujudan masyarakat ini lebih kepada campuran budaya dengan orang Melayu dan Siam. Selepas beratus-ratus tahun mewujudkan generasi kedua dalam kelompok masyarakat asal itu, ia sekali gus mengubah budaya dan cara hidup orang Cina Kampung kepada budaya tempatan.

“Sebenarnya, istilah Cina Peranakan pun baru saja diberikan pengkaji, Prof Dr Tan Chee Bee. Sebelum ini, kami dikenali pelbagai gelaran seperti Poa Teng Huan (separuh Cina, separuh Melayu) dan Poa Teng Siam (separuh Siam) oleh orang Cina Bandar.

“Orang Melayu pula mengenali kami sebagai Cina Kampung, Cina Kelantan atau Cina Kita. Masyarakat ini wujud bukan disebabkan darah keturunan perkahwinan campur tetapi siapa saja yang ibu bapanya lahir di Kelantan, anak mereka pun lahir di Kelantan serta mengamalkan cara hidup Melayu layak digelar Cina Peranakan,” katanya.

Namun, di sebalik penafiannya mengenai masyarakat itu bukan berdarah keturunan Cina dan Siam, ada satu persoalan yang sukar untuk beliau sendiri huraikan. Jika benar Cina Peranakan hanya mendapat gelaran itu disebabkan campuran budaya dan cara hidup, bagaimana pula wajah mereka mirip Melayu atau Siam?

Jika orang Cina lain mempunyai kulit putih melepak, kebanyakan Cina Peranakan berkulit sawo matang. Bentuk muka juga langsung tidak sama dengan Cina lain. Sekali pandang, sukar untuk mempercayai mereka adalah orang Cina kecuali selepas melihat kad pengenalan mereka.

Nama mereka juga tidak melambangkan Cina sebenar dengan ada yang menggunakan nama Awang, Dollah dan sebagainya. Justeru, jika benar tiada campuran darah Siam atau Melayu, mana mungkin mampu merubah karakter wajah Cina semata-mata kerana percampuran budaya?

“Susah untuk mendefinisikan masyarakat ini. Apa yang pasti Cina Peranakan merujuk masyarakat Cina Kampung yang mengamalkan budaya hidup kampung seperti orang Melayu dan Siam. Dalam perlembagaan persatuan misalnya, selain sekurang-kurangnya dua generasi lahir di Kelantan, menggunakan bahasa Cina Kampung dan Melayu Kelantan, individu itu juga mesti berbudaya Cina Kampung untuk layak digelar Cina Peranakan.

“Namun, kami akui wajah kami ada mirip orang Melayu dan Siam. Saya juga setuju ramai nenek moyang kami dulu berkahwin dengan orang Siam tetapi saya difahamkan tidak semua. Tapi... bagaimana pula wajah kami tidak nampak seperti Cina,” keluh Law Awang sambil mengerutkan dahinya.

Persoalan yang sukar untuk dihuraikan kerana tidak ada bukti sejarah bertulis untuk memperincikan punca kewujudan masyarakat ini. Berbeza dengan Jawi Peranakan (Melayu Peranakan) di Pulau Pinang atau Chetti Melaka (Hindu Peranakan) yang jelas wujud kerana perkahwinan campur orang dari India dengan anak tempatan terutama Melayu.

Apapun, Cina Peranakan tetap unik dan sukar untuk ditemui di mana-mana. Loghat Melayu Kelantan itu sendiri sudah terlalu unik, ditambah pula apabila ia dituturkan oleh orang Cina tanpa sebarang bunyi pelat. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Permainan wayang kulit menjadi kegemaran mereka. Malah, ada beberapa tok dalang dalam kalangan masyarakat itu dengan dua daripadanya sudah dikenali di Kelantan. Jika kita berada di depan pentas mendengar celoteh Tok Dalang yang melontarkan dialog watak wayang kulit, pasti tidak tahu ia dikeluarkan dari mulut seorang Cina!

Begitu juga jika merayau di sekitar kampung. Jangan terkejut melihat semuanya (kecuali orang muda) berkain sarung (batik atau pelikat). Wanita menyapu sampah di halaman berkain batik dan suaminya pula leka membaca akhbar berbahasa Melayu berkain pelikat.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga dalam kalangan mereka mahir menulis dan membaca tulisan Jawi. Terpegun seketika penulis apabila berjumpa dengan beberapa warga emas Cina Peranakan yang petah berpantun sambil seorang lagi mengarang kembali pantun itu dengan tulisan Jawi. Hebat! Orang Melayu pun tidak ramai pandai menulis Jawi.

Mereka masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri. Namun, dengan hidup bertani, mereka sudah dianggap mewah kerana memiliki tanah puluhan ekar dengan kebanyakannya memfokuskan kepada tanam padi dan buah salak. - Bersambung esok.

Seramai 16,000 diami negeri Siti Wan Kembang

GELARAN Cina Kampung atau Cina Kita diberikan kepada masyarakat Cina Peranakan di Kelantan sejak berzaman lamanya oleh masyarakat Melayu dan Siam. Ada juga yang menggelar mereka Cina Kelantan. Gelaran Cina Peranakan dikatakan baru saja diberikan seorang pengkaji, Dr Tan Chee Beng.

Merujuk gelaran yang pernah diberikan orang Melayu dulu dan masih selesa digunakan hingga kini, jelas menunjukkan latar belakang masyarakat Cina berbudaya Melayu itu yang mendiami kawasan kampung di pesisir sungai Kelantan.

Mereka memang orang Cina di kampung. Budaya dan rutin hidup mereka cara orang kampung. Makanan, pakaian, pertuturan dan apa saja yang dilakukan saban hari adalah cara orang kampung. Hanya agama yang membezakan mereka dengan orang Melayu, selebihnya sama saja.

Mereka makan masak lemak, nasi kerabu, sambal belacan, jering dan apa saja masakan orang Melayu. Mereka berkain sarung di rumah. Malah, mereka juga percaya kepada bomoh, antara kepercayaan yang sinonim dengan orang Melayu atau Siam.

Di Kelantan, ada 47 kampung tradisional yang sejak dulu didiami masyarakat berketurunan Cina dan dikatakan penempatan itu bermula sejak 600 tahun dulu dengan kebanyakannya terletak di tebing sungai dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dalam jarak lebih kurang 180 kilometer.

Mengikut rekod Persatuan Peranakan Cina Kelantan, ada hampir 16,000 Cina Peranakan di Kelantan dengan hanya hampir 2,000 daripadanya sudah berhijrah dan menetap di bandar, manakala sebahagian besarnya masih kekal di kampung.

Kampung Mata Ayer di jajahan Machang menjadi kampung dengan penempatan paling ramai iaitu lebih kurang 2,000 orang, diikuti Kampung Kulim, Kampung Dusun Pulai dan Kampung Pasir Parit yang penduduknya dianggarkan lebih kurang 1,000 orang.

Uniknya, penempatan mereka di kebanyakan kampung dibina secara terancang dan tersusun. Jika kita menjengah ke kebanyakan lokasi perkampungan sekitar Kelantan, tidak disangka ada orang Cina di situ kerana kebiasaannya akan melalui deretan rumah orang Melayu.

Selepas meneroka ke kawasan lebih dalam iaitu sehingga ke tebing sungai, baru kelihatan ada rumah dihiasi tanglung atau patung Buddha. Paling tidak pun, tulisan Cina berwarna merah menghiasi pintu rumah kampung yang coraknya seakan-akan rumah Melayu, cuma atapnya lebih runcing.

Kekeliruan pasti timbul kerana meskipun sudah melalui kawasan deretan rumah yang dihiasi objek orang Cina, sukar untuk membezakan mereka kerana ada berwajah Melayu atau Siam. Jika disapa, pertuturan mereka tidak langsung melambangkan orang Cina kerana pelat mereka sudah tiada.

Justeru, itulah keunikan mereka kerana mampu berjiran dengan masyarakat Melayu, apatah lagi dapat menyerap budaya di sekeliling mereka

Foto
  • Foto



  • Foto


Foto


13.4.11

Subliminal Message - Message yang kalau tak terkawal merosakkan minda..

Baik & Buruk ‘Subliminal Message’

Filed under: Ilmiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Topik minggu ini merupakan ulasan lanjutan dari post lepas. Alhamdulillah. Rata-rata kita lihat begitu ramai yang tertarik untuk mempelajari ilmu minda ini. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap ilmu ini maka terdapat banyak tawaran yang diberikan dalam bentuk kursus dan buku-buku. Pelbagai teknik dan teori didedahkan dalam pembelajaran ilmu minda ini. Walaubagaimanapun, masyarakat dinasihatkan jangan terlalu ghairah dengan ilmu ini. Untuk mengelakkan daripada tersalah guna atau salah faham dalam mempraktikkannya adalah lebih baik dinasihatkan anda berguru.

Minda sangat sensitif, oleh yang demikian kita mesti benar-benar kenal terlebih dahulu akan sifat minda itu sebelum boleh menggunakan kuasanya dengan optimum. Namun sekiranya kita tersalah program adalah dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang besar akan berlaku dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari adalah hasil daripada pemikiran yang kita terima melalui minda. Minda merakam semua perkara yang kita lihat, dengar, cakap, baca dan fikir. Perkara ini diprogram dan disimpan sebagai fail kekal di dalam minda. Apabila tiba masa yang sesuai atau keadaan perlu, minda akan menggunakan program yang disimpan untuk kehidupan.

Disebabkan oleh keadaan ini, maka kita perlu berhati-hati dalam menelusuri kehidupan seharian. Minda boleh menangkap apa yang tidak kita nampak dengan mata kasar atau dengar dengan telinga kasar. Inilah antara kekuatan minda yang telah dimanupulasi oleh manusia untuk mempengaruhi masyarakat tanpa sedar. Hal ini telah mengakibatkan banyak terjadinya gejala-gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat. Adakalanya teknik ini juga digunakan untuk memesongkan akidah seseorang. Teknik yang digunapakai ini banyak mengakibatkan kerosakan diatas muka bumi. Walaubagaimanapun teknik ini boleh juga digunakan kearah kebaikan dan membantu untuk mecapai kejayaan. Teknik ini dikenali sebagai ‘Subliminal Message’

Apa itu subliminal message? Ia adalah satu teknik yang mampu mempengaruhi seseorang tanpa mereka sedari. Teknik ini dilakukan dalam bentuk tulisan atau bunyi. Namun begitu ia tidak dapat ditangkap dengan jelas oleh mata kasar atau pendengaran biasa, ia hanya mampu ditangkap oleh saraf halus yang terdapat pada mata atau lebih dikenali sebagai ‘Optical Brain’. Teknik ini banyak digunakan oleh pihak musuh untuk melemahkan minda anak-anak muda khususnya dan masyarakat umumnya.

Contoh ‘Subliminal Message’ yang negatif


Lihat betul-betul bentuk pokok kelapa. >Lagi gambar dan info ’subliminal message’<

Apabila seseorang itu melihat sesuatu benda atau objek atau tulisan secara tidak langsung dengan kerap maka saraf optiknya akan merakam objek tersebut lalu dihantar sebagai message kepada minda separa sedar. Sekiranya perkara ini berlaku setiap hari secara berulang-ulang maka ia akan menjadi program kekal di dalam mindanya. Tatkala tiba waktu yang sesuai, program ini akan dikeluarkan dan digunapakai dalam kehidupan. Saya ada menceritakan tentang ‘Subliminal Message’dalam animasi di post yang lepas. (>KLIK SINI< untuk baca post lepas yang bertajukAnimasi, Anak-anak Kita dan ‘Subliminal Message’)

Rasulullah dan ‘Subliminal Message’

Disebabkan oleh hal demikian maka Rasulullah sendiri mengambil pendekatan dengan membuang semua benda yang ada bentuk salib di dalam rumah baginda. Ini bukan disebabkan kerana baginda membenci atau memusuhi agama lain. Demi kebenaran dan mengelakkan fitnah, baginda juga mengelakkan ‘subliminal message’ ini terjadi dan mempengaruhi orang yang melihatnya. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud:.

“(Rasulullah saw) tidak meninggalkan di rumahnya sesuatupun yang berbentuk salib kecuali dia akan mematahkannya.” (Abu Daud 4139, buku 27. Hadis Sahih).

Subliminal message ini juga dapat dilihat dengan dalam gerakkan solat dan doa. Subhanallah

==============================

Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku?

Mari kita lihat antara contoh filem animasi terbitan mereka yang sangat hebat pendidikan di dalamnya tetapi pada masa yang sama menceroboh minda anak-anak kita dengan perkara yang diluar sangkaan. The Lion King, adalah satu filem animasi yang sangat hebat, di dalam filem itu diajarkan banyak perkara tentang kehidupan, setiakawan, berjiwa kental, sayangkan keluarga, malah terlalu banyak sehingga bukan sahaja anak-anak mengkaguminya tetapi orang dewasa juga amat terpengaruh dengan cerita tersebut.

Dalam keseronokkan menonton rupa-rupanya minda kita diceroboh dengan perkataan-perkataan yang merosakkan, tanpa disangka mereka menyelitkan beberapa unsur yang tidak baik di sebalik setiap frame cerita. Di bawah ada saya sertakan video youtube untuk pembaca melihat sendiri bagaimana penerbit ini secara diam merosakkan akhlak penonton tanpa disedari. Mereka menggunakan teknik yang dikenali sebagai “Subliminal Message”.

Apa itu Subliminal Message?

Subliminal Message merupakan isyarat atau message yang ditanam dengan cara atau medium berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar.


Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat. InsyaAllah dalam Seminar Percuma, kami akan dedahkan lebih lanjut tentang pengertian subliminal message ini.

Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message ini, ia mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka samada di televisyen atau panggung wayang. Jadi sebagai ibubapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar.

Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.

Subliminal Message dalam bentuk gambaran lucah

Manakala ibu-ibu pula menggunakan cara ini untuk mengkhayalkan anak-anak mereka dengan tujuan tidak mengganggu tugasan ibu-ibu. Sepatutnya ibu-ibu tidak mengambil perkara ini sambil lewa kerana ia melibatkan masa depan generasi baru. Sebab itu ramai anak-anak kita runtuh akhlaknya, lembab pemikirannya, dan banyak lagi sifat yang negatif lahir daripada sikap sambil lewa ini.

Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakyah agama lain untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.


12.4.11

Keunikan LINUX - GNOME 3, Meninggalkan Windows Jauh .....

Baru-baru ini, telah berlansung perbentangan ringkas berkenaan Gnome 3, ciri dan fungsi terbarunya. Ternyata persekitaran desktop yang mengambil masa lebih 2 tahun untuk dibangunkan daripada scratch ini berbaloi untuk ditunggu dan dicuba oleh segenap peminat perisian sumber terbuka, tanpa mengira distro apa yang diminati atau digunakan.

Apa yang mengujakan saya bukan kerana ianya cantik dari segi penampilannya sahaja, malah ia merombak beberapa cara pengguna berinteraksi dengan persekitaran desktop yang saya merasakan disitu DE (desktop environment) sumber terbuka selama ini terlalu banyak dipengaruhi oleh windows.



Saya tidak bercadang untuk membuka perbahasan berkenaan konsep manakah yang lebih sesuai, namun pada saya DE sumber terbuka sepatutnya mempunyai cara tersendiri dan kelainan itulah yang membuatkan sistem kita unik dan dihormati.

Perkara kedua ialah, Gnome 3 membawakan banyak inovasi baru dari segi cara pengguna berinteraksi dengan desktop. Contohnya Gnome 3 tidak lagi menawarkan fungsi Task Bar (panel bawah), tidak ada butang minimize, tidak ada butang maximize, pengurusan aplikasi dan Workspace yang lebih tersusun berbanding sebelum ini dan banyak lagi.


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui ciri baru dalam Gnome 3, anda boleh merujuk
http://gnome3.org/. Terdapat banyak video yang boleh ditonton.

How to install Windows programs in LINUX using WINE

This somewhat brief tutorial will guide you in installing Wine, and then using it to install Windows applications. Though the steps and screenshots are specific to Ubuntu Linux, they will be very similar for most Linux/*nix distributions.

Background:
Think of Wine as a compatibility layer for running Windows programs. Wine does not require Microsoft Windows, as it is a completely free alternative implementation of the Windows API consisting of 100% non-Microsoft code. Wine is not a Windows emulator (hence the name, Wine Is Not an Emulator).

Before you get started, you may want to check and confirm that the Windows program you want to install is in fact supported by Wine. Visit the Wine Application Database for a list of all the programs known to work in Wine, and at what level (fully supported, needs some tweaking, etc). Some of the more common/popular programs that are known to work include: Diablo II, Rollercoaster Tycoon 2, World of Warcraft 2.0.x, Day of Defeat, Counter-Strike, Call of Duty 2, Prey (do you see a common theme here? Lots of games!). But don’t worry, it’s not just games that are supported.

  1. If you have the Synaptic Package Manger installed, use it to install Wine. For help using the Synaptic Package Manger, please see this tutorial. If you don’t use Synaptic, there are up to date Wine packages available here for many operating systems.

  2. click to enlarge


    click to enlarge

  3. After you’ve successfully installed Wine, launch it by selecting Wine File

  4. click to enlarge

  5. And then the Wine File Browser will open.

  6. click to enlarge

  7. Navigate to the Windows program or program installer, and double-click it. In the example below I’ll be installing Homesite+, the only HTML editor that I’ve ever loved – and it’s not available for OS X or Linux (natively).

  8. click to enlarge

  9. The installation Wizard will launch, and the setup continues as it would in Windows.

  10. click to enlarge

  11. Once the installation has completed, use the Wine File Browser to navigate to the program and double-click it. Hint: by default, most Windows programs install on a “C:” drive – use the Wine File Browser to locate your new “C:” drive (see screenshot below).

  12. click to enlarge

  13. Ta-da! The Windows version of Homesite+ is now up and running – in Linux.

  14. click to enlarge

11.4.11

Awas! Murah tapi berbahaya (TELUR YANG MURAH TAPI BERBAHAYA)





BERITA tentang telur tiruan bukan asing di negara China. Pelbagai laporan mengenainya tersebar sejak 2004, namun kegiatan menghasilkan telur tiruan menggunakan bahan kimia tertentu masih berleluasa di sana. Kebimbangan mengenai telur tiruan turut disuarakan penduduk Korea berikutan kemasukan bahan tersebut ke negara itu.

Di kalangan masyarakat Malaysia, pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini berhubung penjualan telur ayam tiruan di Pasar Pulau Tikus Pulau Pinang sememangnya mengejutkan. Tidak pernah kedengaran sebelum ini tentang telur tiruan biar pun mungkin bahan tersebut telah lama memasuki pasaran negara.

Pendedahan CAP itu semestinya mendorong orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih telur ayam kerana kepintaran serta kreativiti manusia menghasilkan telur tiruan pastinya memudaratkan kesihatan.

Pelbagai laman web, blog malah akhbar dalam talian memperkatakan tentang telur tiruan termasuk bahan serta cara untuk menghasilkannya.

Zhengzhou Daily melaporkan pada 13 Ogos 2007 mengenai seorang penduduk di wilayah itu yang dikenali sebagai Wang. Dia yang menjual bahan pengawet mendapati telur ayam yang dibeli di pasar malam kelihatan pelik. Berpengalaman mengendalikan bahan pengawet Wang percaya telur tersebut adalah tiruan.

Dia kemudiannya bertanya kepada penjual tersebut yang akhirnya mendedahkan telur itu adalah tiruan selepas diugut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Wang yang turut diberitahu tentang teknik menghasilkan telur tiruan telah membuat eksperimen di hadapan para pemberita.

Pencarian di Internettentang telur tiruan mendapati tujuh jenis bahan kimia digunakan iaitu kalsium karbonat, kanji, damar (resin), gelatin dan tawas (alum) dan beberapa bahan lain.

Kuning telur dibuat menggunakan kalsium klorida dan dimasukkan ke dalam acuan khas. Kuning telur mula terbentuk di dalam acuan khas berbentuk bulat. Tambahan pewarna kuning menghasilkan kuning telur.

Bahan yang sama digunakan untuk menghasilkan putih telur dan dituang di atas kuning telur. Untuk membuat kulit telur pula bahan seperti lilin paraffin dan kalsium karbonat digunakan. Kesemua bahan itu dibiarkan sejam sehingga kering.

Biar pun nampak seperti telur asli, ada beberapa perkara yang boleh membezakan kedua-duanya.

  • Kulit telur tiruan lembut dan mudah pecah.
  • Telur tiruan yang digoreng akan menghasilkan banyak buih kecil tetapi tidak ramai sedar perbezaan tersebut.
  • Telur tiruan tidak berbau seperti telur biasa.
  • Kuning dan putih telur akan segera bercampur apabila dipecahkan.
  • Kulit telur tiruan agak kasar dan berkilat.
  • Apabila diketuk bunyinya lebih rapuh.
  • Kegiatan menghasilkan telur tiruan secara berleluasa disebabkan kosnya yang sangat murah dan semestinya faktor keuntungan berlipat ganda. Selain itu telur tiruan mendapat sambutan kerana sumber protein yang murah di China iaitu 0.55 Yuan/kg sementara harga pasaran bagi telur asli adalah 5.6 Yuan/kg.

    Kes keracunan makanan di China semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan bahan makanan tiruan yang dijual secara berleluasa.

    Kepada rakyat Malaysia jangan terlalu ghairah membeli bahan makanan yang murah, sebaliknya berhati-hati dan sering perhatikan jika terdapat sebarang perubahan pada barang yang dibeli.

    3.4.11

    Hidup Biar Berdisiplin, Akauntabiliti, Meritokrasi dan Berkredibiliti

    Bila kita ingin menjadi saksi yang disegani atau PAKAR yang dihormati maka persiapkanlah diri dengan ilmu - ilmu serta pengalaman-pengalaman yang berunsurkan:

    1. Disiplin

    2. Meritokrasi

    3. Akauntabiliti

    4. Kredibiliti

    5. Benar, jujur, ikhlas - bercakap dari Hati Murni


    =====Kalau Tak, seperti yang dilaporkan dalam akhbar di bawah====


    PORNTHIP (kanan) diiringi seorang pengawal peribadi selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam.



    KUALA LUMPUR - Pakar patologi, Dr. Pornthip Rojanasunand yang pernah memberi keterangan kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock mengaku beliau kini disiasat Majlis Perubatan Thailand kerana masalah disiplin.

    Pornthip yang disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Beng Hock semalam turut mengaku beliau adalah aktivis kontroversi di negaranya dan tidak disukai polis.

    Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberitahu, prosiding terhadap Pornthip masih berjalan dan dia didakwa mengadakan bukti sintetik.

    Muhammad Shafee berkata, Pornthip pernah memberi pandangan salah dalam autopsi kedua kes kematian seorang jutawan di Thailand sehingga adik si mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama mendapati mangsa membunuh diri.

    Beliau berkata, autopsi ketiga oleh 11 pakar patologi pelbagai negara kemudian mendapati si mati membunuh diri iaitu sama dengan keputusan autopsi pertama.

    Pornthip yang kelihatan berang, enggan menjawab soalan itu.

    Prosiding yang berlangsung dalam keadaan tegang itu turut menyentuh kenyataan Pornthip dalam inkues berhubung kematian Beng Hock di Mahkamah Koroner pada 21 Oktober 2009 yang disifatkan Muhammad Shafee telah menyebabkan imej SPRM tercemar


    KURSUS ASUHAN DI RUMAH SECARA PERCUMA!

    kURSUS PERCUMA, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI? Khas untuk 1.Graduan yang ingin menceburi bidang penjagaan di rumah 2. Suri Rumah sepenuh ...