22.5.13

Yogurt Dari Santan Kelapa....

UTM hasil yogurt dari santan
NORSHIKIN MOHD SALLEH 22 Mei 2013
UTM hasil yogurt dari santan Penyelidik di sebalik kejayaan penghasilan produk Cogurt.
PENGHASILAN produk berasaskan kelapa dipelbagaikan dengan memberi suntikan komersil yang terbukti memberi khasiat buat pengguna.

Terkini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta yogurt berasaskan santan kelapa yang memberi pilihan kepada lambakan produk tenusu di pasaran.

Produk yang diberi nama Cogurt dan inovasi pertama di Asia selepas Eropah menggunakan 99 peratus santan kelapa dan satu peratus kultur pemula yang dikatakan mempunyai khasiat hampir sama dengan susu ibu.

Ketua Penyelidik Cogurt, Dr Harisun Yaakob menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun yang memberi pilihan alternatif buat penggemar yogurt yang alahan dengan produk tenusu.

Katanya, dengan menggunakan kaedah Matematik Response Surface Methadologi (RSM) iaitu respons permukaan untuk mendapatkan formulasi dan parameter proses yang optimum semasa penghasilan yogurt kelapa, memberi kesan baik kepada pemakannya kerana tidak terdapat asid lemak berantai sederhana sekali gus meningkat metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan.

“Pemilihan kelapa dibuat berdasarkan khasiat pemakanan yang tinggi di dalamnya dan ada kajian membuktikan bahawa santan kelapa mempunyai anti virus yang sangat bagus dan khasiatnya sama dengan susu ibu.

“Jadi dengan produk Cogurt ini, ia akan menjadi alternatif kepada penggemar produk tenusu yang lain selain kita membantu dalam mengoptimumkan penggunaan bahan tempatan dan sekali gus mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera,” katanya di Pusat Pembangunan Bioproduk, semalam.

Penemuan produk baru itu turut mendapat pengiktirafan dengan mendapat pingat perak sempena Pameran Seni Industri dan Teknologi (Inatex) 2012 dan pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013) baru-baru ini.

Cogurt  dalam proses untuk dipatenkan itu mempunyai enam perisa iaitu asli, mangga, nanas, blueberry, strawberi serta coklat yang dijual dengan harga antara RM1.50 hingga RM2.20 setiap satu

Minda Kreatif Tak kena Pada tempatnya!

Ops Sayang : Bilik rahsia terbongkar
MOHD FIRDAUS YON
22 Mei 2013
Ops Sayang : Bilik rahsia terbongkar
Anggota operasi yang terlibat cuba membuka 'pintu' kecil laluan ke bilik rahsia.
Ops Sayang : Bilik rahsia terbongkar
Salah seorang daripada lapan individu yang bersembunyi di bilik kecil berkenaan keluar dari persembunyian.
JOHOR BAHRU - Seramai 12 wanita warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di premis kedai dua tingkat sekitar bandar raya ini, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, kesemua wanita terbabit yang ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi itu berusia antara 23 hingga 34 tahun.

Menurutnya, serbuan itu merupakan kali kedua dilakukan di lokasi sama dalam tempoh sebulan.

Bertindak atas aduan awam, anggota operasi melakukan serbuan ke lokasi. Anggota ops terpaksa membuka pintu pagar besi di bahagian tepi dan belakang premis.

“Selepas beberapa minit, pintu belakang berjaya dibuka, anggota operasi terus melakukan pemeriksaan di dalam premis.

“Hasilnya, 12 wanita warga Indonesia ditemui dan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya, di sini, semalam."

Masri berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 29 hingga 55 tahun di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Anggota operasi terpaksa memecahkan pintu kerana penjaga premis enggan memberikan kerjasama. Malah, dalam pemeriksaan anggota operasi menjumpai satu bilik rahsia terletak di bawah bangunan yang mempunyai lubang di-tutup dengan tilam.

“Selepas dibuka, terdapat seramai lapan individu bersembunyi di dalam lubang rahsia berkenaan termasuk seorang penjaga premis iaitu bapa ayam yang merupakan warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, premis terbabit menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan dengan bayaran antara harga RM150 hingga RM180.

“Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 malah disiasat di bawah Akta Atipsom 2007.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen bagi siasatan lanjut. Turut dirampas kondom dan minyak pelincir selain pelbagai barangan yang digeledah. Pemeriksaan tamat sekitar jam 1.50 pagi,” katanya.

Tablet Yang Boleh Kena Hujan dan Direndam AIR!

Sony Xperia Z buka tempahan

Cetak
Sony Xperia Z buka tempahan Sony Xperia Z
New York: Tablet ternipis dunia, Sony Xperia Z, yang juga adalah tablet Android paling kalis air dan habuk kini boleh ditempah bagi penghantaran Jun depan.
Diperkenalkan Januari lalu tetapi ditangguhkan pelancarannya, tablet 10 inci ini menggunakan kepantasan pemproses empat teras yang dimantapkan dengan 2GB RAM, paparan penuh HD dan slot MicroSD bagi penstoran luaran.

Ia juga sedia untuk mengguna pakai teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan evolusi jangka panjang Generasi Keempat (4G LTE) untuk membolehkan pembayaran tanpa wayar dilakukan dan dihubungkan dengan internet mudah alih berkelajuan tinggi.


Tablet yang boleh didapati dalam dua warna, hitam atau putih, adalah produk terkini menyusuli falsafah reka bentuk lebih minimum yang diamalkan Sony selama ini.

Sungguhpun ringan, hanya 495 gram, ia padu dan lasak. Ia boleh tenggelam sedalam satu meter hingga 30 minit tanpa sebarang masalah.

Sony mendakwa pra-tempahan peranti itu memecahkan semua rekod Sony sebelum ini.

Syarikat itu belum mengeluarkan senarai harga rasmi peranti itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang berminat untuk membuat semakan di kedai Sony untuk mendapatkan perincian.
Bagaimanapun, versi 16GB dengan wi-fi dijangka dijual sekitar €450 (RM1,800) seunit dan versi 32GB pula €550 (RM2,200) seunit. - AFP 
Precision-engineered Xperia™ Tablet Z is the Android tablet packed with no-compromise features.

So brilliantly vivid, you feel like you’re there

Think about the sharpest, most vivid TV picture. Now imagine it on a tablet. Xperia Tablet Z delivers the kind of immersive viewing you’d normally only get with an HDTV. Created by the people behind BRAVIA® TVs, Xperia Tablet Z brings Sony’s expertise to an Android tablet. The brilliant 10.1” Reality Display is powered by Mobile BRAVIA® Engine 2, which enhances the clarity and richness of every image. This HD tablet boasts the fullest colour display, too. For bluer blues, greener greens and seriously killer sunsets. With Xperia Tablet Z you meet a world so vivid, everything else pales in comparison.
Discover the most breathtaking tablet display
Xperia Tablet Z is the Android tablet that’s ultra slim, ultra light and packed with heavy-duty features.

Heavy-duty features in an ultra-light package

At just 6.9 mm and weighing under 500 grams, Xperia™ Tablet Z is beautifully light for a 10.1” tablet. But don’t let the feel of it fool you. This premium tablet may be slim and light.....


APABILA TENTERA ALLAH BERBICARA.....

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma

RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma
Bencana angin kencang paling buruk landa AS sejak 2 tahun lalu

Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.
Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Dua orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang runtuh akibat dilanda puting beliung di bandar Oklahoma City. Sebanyak 91 orang terkorban termasuk 20 orang kanak-kanak dalam bencana itu, kelmarin. - REUTERS 
 
MOORE, Oklahoma 21 Mei - Sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh apabila satu puting beliung sebesar 3.2 kilometer melanda pinggir bandar Oklahoma City, semalam memusnahkan kediaman penduduk dan sekolah.

Menurut pihak hospital, sekurang-kurang 60 daripada 240 mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.

Sebuah sekolah rendah, rumah-rumah dan sebuah hospital merupakan antara bangunan yang ranap mengakibatkan penduduk bandar yang didiami kira-kira 50,000 orang itu terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan jiwa.

Presiden Barack Obama mengumumkan kawasan bencana besar di Oklahoma dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi membantu usaha kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Moore.
Krew kecemasan bertungkus-lumus mencari sisa runtuhan Sekolah Rendah Plaza Tower yang menerima kesan langsung puting beliung yang berlaku pada sebelah petang, kata Gabenor Oklahoma, Todd Lamb kepada CNN.

Laman Facebook sekolah itu 'dibanjiri' mesej daripada pengguna dari seluruh negeri yang merayu: ''Sila cari kanak-kanak ini''.

Pemeriksa perubatan Oklahoma berkata, 20 daripada 91 orang yang dipercayai terbunuh merupakan kanak-kanak.

Jabatan itu telahpun mengesahkan kematian seramai 51 orang dan mendapat maklumat daripada perkhidmatan kecemasan untuk menerima lebih 40 mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan.

''Kami sangka kami telah mati kerana kami berada di dalam bilik bawah tanah yang turut diterbangkan angin. Sisa bangunan mula menghempap kami dan kami menyangka kami telah mati,'' kata Ricky Stover semasa memeriksa kesan kemusnahan rumahnya.

Bandar Moore kini musnah dengan serpihan bangunan berada di mana-mana, papan tanda hilang, lampu rosak, rumah musnah dan kenderaan tercampak akibat bencana itu.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.
Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.
"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters



8.5.13

KENAPA HARUS KECEWA DALAM PRU 13

KUALA LUMPUR - Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.

Beliau berkata, apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam tadi.

=====================

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat menahan sebak apabila diminta mengulas tentang nasib parti itu yang terpaksa menghadapi cabaran sengit selepas mendapat keputusan yang layu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya parti itu telah berjuang selama 64 tahun dan kini pucuk pimpinan terpaksa mengharungi cabaran hebat bagi mengembalikan kerelevanan parti itu khususnya  kepada masyarakat Cina di negara ini.

"Kami telah berjuang selama 64 tahun dan kini menerima tamparan hebat selepas PRU13. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah semua anggota dan pemimpin dalam parti mesti bersatu untuk mendapatkan semula sokongan. Kita perlu bersatu padu semula.

========================

MELAKA - Anggota MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.  

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini...ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan
Negeri) semua akan letak (jawatan).
  
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

==============================

TIPS BELI TABLET......



Pengeluar terbesar secara teknikal datang daripada kumpulan Samsung, syarikat yang bertanggungjawab memulakan perlumbaan menghasilkan tablet pelbagai bersaiz besar menerusi disusuli Apple, ASUS, Microsoft dan sebagainya.

Antara tablet popular pula yang menampilkan skrin pertengahan atau besar termasuk iPad, Galaxy Tab dan Surface yang mempunyai sekurang-kurangnya paparan definisi tinggi penuh.
Foto

Namun dengan lambakan tablet di pasaran, pastinya memeningkan kepala anda untuk memilih tablet yang terbaik untuk anda?

Mungkin ada sedikit tip yang boleh anda fikirkan dan kaji sebelum membeli tablet.


Bajet

Soalan yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan fungsi.

Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan kualiti skrin yang tidak seberapa.

Kalau anda bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak sekitar satu hingga dua tahun.

Bezanya, kalau anda bersedia menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding membelinya secara langsung dari kedai.


Berat dan ketebalan

Pada kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau kurang manakala tahap nipisnya mampu menjang­kau hingga 8.0mm yang mana purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.

Saiz yang bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.

Berat dan ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.


Skrin

Antara faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk anda.

Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.

Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.

Selain itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.


Pemprosesan

Boleh dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.

Syarikat pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi memproses data.

Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.

Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.


Kamera

Pengeluar membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.

Fungsi kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa kini belum memiliki lensa kamera yang baik.

Namun begitu, terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.


3G atau WiFi saja?

Semua tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.

Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian Internet dan menggunakannya ketika bergerak.

Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.

Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.

Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.

Periksa tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.


Aplikasi

Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.

Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.


Sambung ke TV anda?

Ada yang bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.


Setoran

Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.

Saiz 16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.

Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.

iPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.


Sistem operasi

Boleh dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.

Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.

Banyak tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.

Sistem operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.

ANALISIS TREND PENGUNDI CINA DAN MELAYU DALAM PRU 13

Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan, kali ini dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen. Harapan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 gagal, sekali gus membenamkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Namun, dengan 89 kerusi Parlimen yang dimenangi menjadikan mereka kekal sebagai barisan pembangkang yang agak besar di Parlimen. Anwar dijangka terus kekal menjadi Ketua Pembangkang.
BN kuasai semula Kedah

Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja dengan sentimen perkauman.

Kedah berjaya dikuasai semula BN, Perak kekal di bawah BN dengan majoriti mudah, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kekal di bawah pakatan pembangkang. Kedah dikatakan kembali ke tangan BN kerana kegagalan PAS memerintah.

Hujah itu ada kebenarannya tetapi bagaimana pula dengan Kelantan? Tidakkah Kelantan juga gagal ditadbir PAS? Apakah kekuatan PAS di Kelantan bergantung sepenuhnya kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat? Orang Kelantan ada ukurannya sendiri dalam mengekalkan PAS. Perkara ini harus dikaji oleh UMNO Kelantan.

Menariknya, di Selangor, PAS dan DAP mendapat kerusi yang sama banyak iaitu masing-masing 15 kerusi, manakala PKR mendapat 14 kerusi. Mungkin Menteri Besar Selangor kali ini dipilih daripada PAS atau mereka bersetuju untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Mungkin kerana pengaruh DAP, Khalid Ibrahim akan kekal menerajui negeri yang gagal dirampas BN itu.

PRU-13 menunjukkan wujud tiga pola kecenderungan pengundi berasaskan kaum. Orang Melayu cenderung untuk memberikan mandat kepada BN, manakala masyarakat Cina lebih cenderung untuk memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang, khususnya DAP.
Bagaimanapun, pengundi Melayu di Kelantan tetap mempertahankan pemerintahan PAS manakala di Terengganu sokongan orang Melayu kepada pembangkang meningkat ketara. BN hanya menang 17 kerusi, manakala pakatan mendapat 15 kerusi.

Begitu juga di Perak dan Selangor, pengundi Melayu masih teruja menyokong pembangkang. Di Perak, BN menang majoriti mudah bagi kerusi DUN, manakala kerusi Parlimen seimbang dengan masing-masing 12 kerusi bagi BN dan pakatan.

Majoriti kaum Cina jelas menunjukkan sokongan terhadap pembangkang di beberapa ibu negeri seperti Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Kuching serta beberapa bandar besar lain. Pengundi Melayu turut menurunkan jumlah undi BN dalam PRU kali ini. BN hanya meraih 275 daripada 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Perubahan undi Melayu di Johor

Johor yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO-BN turut menampakkan perubahan. Di negeri tempat kelahiran UMNO, BN kalah di beberapa tempat termasuk di Gelang Patah di mana Datuk Seri Abdul Ghani Othman tewas kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Johor turut menyaksikan perubahan undi Melayu.

Umumnya, Melayu lebih terkesan dengan dasar transformasi dan Gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak. Perlu difahami majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan adalah masyarakat Melayu. Selama ini, BN memberikan pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kewangan bagi meringankan beban sara hidup. Justeru, Melayu ini bersedia untuk memberikan undi kepada BN.

Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja dengan sentimen perkauman.

Satu lagi pola pengundian ialah golongan rakyat berbilang kaum di bandar dan pekan yang cenderung menyokong pembangkang. Golongan elit dan profesional di bandar lebih mengutamakan soal ketelusan, integriti dan kebebasan, bukan pembangunan. Hanya Melayu miskin di bandar menolak BN walaupun turut menerima pelbagai insentif termasuk rumah kos rendah. Mereka memilih pembangkang kerana percaya janji penurunan harga minyak dan kereta.

Kesimpulan, PRU-13 menyaksikan pengundi Cina dan Melayu di bandar memilih pembangkang, manakala pengundi di kampung yang majoritinya Melayu kekal memilih UMNO-BN.

Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan

Kajian Trend Orang Muda Dalam PRU 13 Oleh Majlis Profesor Negara

Pengundi muda paling kuat tentang dasar kerajaan

Kuala Lumpur: Kumpulan pengundi muda berusia bawah 25 tahun yang digelar 'orang pandai baru' terutama lepasan universiti dikenal pasti golongan paling kuat menentang dasar kerajaan dan menyokong pembangkang.
Walaupun jumlah mereka tidak ramai, sikap suka menonjolkan diri dan lantang, membuatkan kumpulan itu kelihatan dominan terutama di kawasan bandar berbanding pengundi muda prokerajaan yang banyak mendiamkan diri atau ‘majoriti senyap’.

Orang muda bersikap idealistik, mudah terpukau dengan alam fantasi (manifesto) dilukis pembangkang,” Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara


Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar), berkata sokongan kepada kerajaan dan pembangkang sebenarnya seimbang.

“Ramai mengatakan majoriti pengundi muda menyokong pembangkang dan itu tidak tepat. Barisan Nasional (BN) masih boleh menang kerusi Parlimen dan merampas Kedah.

Lantang bersuara
“Jika pengundi muda tak sokong BN, sudah tentu mereka kalah. Sepanjang kempen, ramai anak muda menjalankan kerja parti, itu cukup ketara terutama di Kedah dan Kelantan,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu pengundi baru dan muda, semalam.

Bagaimanapun, beliau akui wujud ‘trend’ dalam kalangan pengundi muda kaum Cina yang kuat menyokong pembangkang dan lantang bersuara kerana terpengaruh pelbagai sentimen serta janji manis mereka.

Dr Mohamed berkata, golongan lepasan universiti yang baru memulakan kehidupan termasuk baru bekerja cukup tertarik dengan janji manis pembangkang berbanding yang berusia 30 hingga 40 tahun yang kukuh kedudukan ekonomi serta sosial.

“Orang muda bersikap idealistik, mudah terpukau dengan alam fantasi (manifesto) dilukis pembangkang,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, pembangkang memanipulasi isu dalam menyediakan manifesto mengikut sasaran had umur bagi memudahkan mereka ‘membeli’ jiwa rakyat.

Sebagai contoh, kumpulan bawah 25 tahun disogok isu pendidikan percuma termasuk menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala kumpulan berusia bawah 40 tahun ditakutkan dengan isu kronisme dan rasuah.

Kalau Nak Bantah...Jgn Kolektif tapi Bantah Semua..

DAP perdaya pengundi Cina


PERDANA MENTERI (kanan) menjawab pertanyaan wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kekuatannya kerana ia tidak tumbang meskipun sebahagian besar kaum Cina tidak menyokong BN kerana terpedaya dengan pembangkang kononnya mereka boleh menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Perdana Menteri berkata, realiti pada PRU-13 ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, parti-parti pembangkang terutama DAP telah memberi gambaran salah kepada masyarakat Cina bahawa dengan undi mereka, kerajaan sedia ada akan bertukar.

“Mereka (pengundi) dikelentong dan ditipu pembangkang. meskipun di sesetengah tempat sampai 90 peratus atau 80 peratus mengundi pembangkang, BN masih mendapat sokongan orang Melayu, Iban, Kadazan dan India untuk membolehkan BN kekal membentuk kerajaan.

“Hakikat sebenarnya, BN terus dapat mengekalkan kuasa hasil sokongan kaum-kaum lain. Kerajaan BN tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli-ahli Parlimen BN yang berjaya memenangi kerusi masing-masing pada PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.


Jelas Najib, pembohongan DAP pada PRU-13 sama seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu mengambil alih negara pada 16 September 2008.

Perdana Menteri berkata, pembangkang turut menipu rakyat mengatakan pengundi dari Bangladesh telah dibawa masuk ke negara ini, sedangkan ia bukan sahaja tidak berlaku sama sekali, malah tiada bukti mengenainya.

“Ikut logik, kalau kita bawa 40,000 pekerja Bangladesh dengan pesawat jumbo Boeing 747, muatannya 400 orang, kena ada 100 buah pesawat yang akan mendarat di sini.

“Sampai sekarang tiada bukti, tidak logik, adakah orang melihat 100 buah pesawat mendarat? Ini satu penipuan besar semata-mata nak berkuasa,” tegasnya.

Najib turut membidas sikap selektif pembangkang yang menolak keputusan PRU-13 di peringkat nasional, sebaliknya menerima keputusan di negeri-negeri yang mereka menangi iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

“Ini sistem kita, kita kena terima sistem ikut perlembagaan kita. Anehnya dia (pembangkang) pertikai keputusan di peringkat nasional tetapi di peringkat negeri, mereka terima.
“Apa yang peliknya dia dah angkat sumpah di Kelantan dan Pulau Pinang.
“Kalau tidak terima, jangan terima semua kerana dia terima peringkat negeri tak terima di nasional, ini tidak logik,” ujar beliau.

7.5.13

Bye.... Bye.... SMS!

Whatsapp, Twitter saingi SMS

Whatsapp, Twitter saingi SMS 
1. Aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari.
 
2. WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari.
 
3.  Pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.
 
 
Di awal kemunculan telefon bimbit kita hanya boleh menelefon saja, kemudian memasuki pula era meninggalkan pesanan melalui pager, di mana pengguna menerima pesanan ringkas dan jika mahu mengetahui lanjut perlu menelefon ke pusat panggilan.
Mungkin bagi remaja kini, mereka tidak mengetahui mengenai perkembangan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas sebegini kerana teknologi kini menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan.
Malah pernah terjadi satu tahap di mana pengguna gemar menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbanding menelefon kerana ia mudah dan menjimatkan.


Itu dulu, jika lihat sekarang ini semuanya masih lagi berhubung melalui telefon bibit tetapi bukan melalui SMS lagi. Pelbagai aplikasi chatting sudah boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Populariti ini sedikit sebanyak mengorbankan SMS. Fakta tersebut semakin diperkuat dengan adanya kajian yang baru saja dilakukan oleh Financial Times.

Dalam kajian tersebut dinyatakan bahawa SMS memang miliki lebih banyak pengguna dibandingkan dengan aplikasi chatting. Namun jika dikira dari jumlah pesanan yang dikirim, aplikasi chatting ternyata jauh lebih banyak.

Melalui kajian mendapati aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari. Angka tersebut dua kali ganda dibandingkan pesanan yang dikirim melalui SMS.

Fakta ini juga turut diperkuatkan dari dakwaan pihak WhatsApp yang mengatakan bahawa mereka memiliki lebih banyak pengguna berbanding Twitter. Pihak WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari, jumlah itupun lebih banyak dibandingkan pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.

APABILA KUASA EMOSI MELEBIHI KUASA AKAL UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK!

Apa yang kita fikirkan menjadi apa yang kita percayai lalu berubah menjadi apa yang kita yakini...

Kuasa yakin akan membina tindakan kita...

Adakah tindakan kita berasaskan kekuatan emosi

Atau berasaskan kekuatan akal?

Kereta bawa peti undi kena serang

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim Cetak
20 penyokong parti politik dipercayai bertindak ganas

Kota Bharu: Sebuah kereta yang membawa peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tumpat, diserang lebih 20 penyokong sebuah parti politik yang dipercayai mahu melarikan peti undi terbabit di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, dua petugas termasuk seorang anggota polis cedera selepas kumpulan penyokong itu memecah cermin kereta, mencabut kunci dan memanjat bumbung kenderaan terbabit.

Dua petugas iaitu ketua tempat mengundi dan anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan peti undi, cedera," Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kelantan

Bagaimanapun, peti undi yang sepatutnya dibawa ke pusat pengiraan di Sekolah Menengah Sains Tumpat (SMST), di sini berjaya diselamatkan polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila dua petugas yang dalam perjalanan ke SMST, tersangkut dalam kesesakan jalan raya lalu lalu mengikut laluan singkat dan terkepung.

Jalaluddin berkata, sekumpulan lebih 20 penyokong parti kemudian bertindak ganas sebaik dengan memecahkan cermin kenderaan menggunakan objek keras.

“Berikutan kejadian itu, dua petugas iaitu ketua tempat mengundi dan anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan peti undi, cedera,” katanya di sini, semalam.
Jalaluddin berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan pihaknya percaya kejadian itu didalangi lebih 20 penyokong sebuah parti politik.

Beliau berkata, polis sudah merakam beberapa keterangan dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 341, 427 dan 323 Kanun Keseksaan termasuk menghalang, khianat dan mendatangkan kecederaan. Gerakan memburu suspek sedang dibuat," katanya.

KAJIAN POLITIK SECARA UMUM TERHADAP UNDIAN CINA DI SELANGOR, JOHOR DAN KEDAH

macam biasa, selepas PRU akan dibuat kajian kenapa sesuatu parti itu kalah...

Salah satu adalah mood sesuatu bangsa/kaum dalam membina sokongan secara zahir di atas kertas undi berbanding sokongan kehadiran pada satu-satu program.

Ini membuktikan kehadiran yang ramai pada satu-satu programm bukan petanda kekal yang undian akan sebanyak itu..

Ikuti PANDANGAN orang parti berdasarkan apa yang dilaporkan oleh akhbar...
=======================

KAJIAN 1

Pengundi Cina pura-pura sokong

07/05/2013 3:13am


SEMANGAT... Orang ramai berbaris panjang untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 di Puchong kelmarin. - Gambar hiasan


SHAH ALAM – Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan Tsunami Cina di negeri ini dengan para pengundi Cina berpura-pura menyokong BN tetapi mengundi calon parti pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, secara fizikalnya sokongan yang ditunjukkan kaum Cina terhadap BN dalam pelbagai program yang dianjurkan sepanjang tempoh berkempen dilihat amat baik.

“Dalam mana-mana program, kehadiran masyarakat Cina adalah di luar dugaan kami apabila mereka yang hadir sampai 10,000 orang berbanding hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang kita jangkakan.
“Bagaimanapun, pada hari pengundian, undi yang BN dapat adalah tidak seperti apa diharapkan dan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diramalkan menang berpihak kepada pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Noh berkata, salah satu buktinya ialah semua saluran pengundian di kawasan majoriti pengundi Cina di Parlimen Tanjong Karang yang dimenanginya memihak kepada pembangkang dan begitu juga yang berlaku di Parlimen atau DUN lain yang dikuasai majoriti pengundi Cina.

“Padahal di Tanjong Karang, tidak ada bantuan yang kita tidak beri atau tolong masyarakat Cina. Apa lagi yang mereka mahukan?” soalnya dalam nada kesal.

Ketika ditanya sama ada faktor calon menyebabkan kekalahan BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Noh menafikannya kerana ada calon yang diterima baik pimpinan BN dan jentera parti juga kalah.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan PRU-13, beliau melihat golongan muda khususnya di Parlimen Tanjong Karang sudah kembali menyokong BN dan parti tersebut masih mempunyai harapan untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, katanya, satu kajian komprehensif dan post mortem akan dijalankan bagi mengenal pasti kehendak sebenar masyarakat Cina di Selangor dan faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan BN.

Antara kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan dimenangi calon Pakatan Rakyat ialah DUN Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Rawang, Teratai, Parlimen Pandan dan Parlimen Puchong.

Cubaan BN untuk merampas semula Selangor pada PRU-13 gagal apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN.
PKR memperoleh 14 kerusi, Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala BN sekadar memenangi 12 kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat mendapat 17 daripada 22 kerusi Parlimen.
Pada PRU-12, BN Selangor tewas di tangan PKR, Pas dan DAP selepas memperoleh 20 daripada 56 kerusi DUN manakala bagi kerusi Parlimen, BN mendapat jumlah kerusi sama seperti PRU-13.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan masyarakat Cina yang memihak dan memberikan kemenangan kepada DAP sebagai tidak tahu untuk berterima kasih.
Tegasnya, golongan itu merupakan satu kelompok yang bijak mengatur sandiwara hanya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri.

“Pengundi Cina tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat oleh pemimpin negara kerana menganggap kerajaan pada hari ini adalah kuasa asing yang tidak perlu untuk dihargai,” tegasnya.
====================================

KAJIAN 2

Trend polarisasi kaum wajar dibendung

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, amalan mengundi berdasarkan kaum seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu dihentikan.

Beliau berkata, trend polarisasi kaum itu tidak sihat dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti Malaysia.

"Kita tidak boleh membiarkan satu kaum menyokong satu pihak manakala kaum yang lain menyokong pihak yang satu lagi.

"Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan ketegangan hubungan kaum dan mengundang ketidakstabilan politik," ujar beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pada PRU-13, BN berjaya menang di 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk majoriti mudah di peringkat kerajaan Persekutuan selain memperoleh 274 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

BN bagaimanapun gagal dalam usaha menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan selain ditentang hebat di Johor berikutan undi masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang.
Muhyiddin menyeru rakyat supaya melupakan sengketa semasa pilihan raya dan anggaplah ia sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang matang.

"Sebagaimana BN menghormati dan menerima keputusan rakyat di negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang, pihak pembangkang juga wajib menghormati keputusan rakyat yang telah memberikan mandat kepada BN," jelasnya.

Beliau turut mengajak rakyat agar bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk Malaysia yang lebih bersatu padu, makmur dan progresif.

=============
KAJIAN 3

Sentimen kaum, emosi punca hilang 23 kerusi

Cetak
Johor Bahru: Kecenderungan pengundian mengikut emosi dan sentimen perkauman menjadi punca Barisan Nasional (BN) tewas pada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen.

Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata situasi dialami negeri ini sama dengan keadaan dihadapi seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Seperti kata Perdana Menteri, keadaan ini tidak sihat untuk seluruh negara. Bila tengok hasil pengundian, kita boleh nampak bagaimana tindak tanduk ramai pengundi yang terbawa-bawa dengan penuh emosi.


Bentuk ciri luar biasa

“Selain daripada polarisasi, ia juga padat dengan emosi dan sentimen di kalangan pengundi, yang membentuk ciri luar biasa dalam PRU kali ini,” katanya pada sidang media, awal pagi semalam.

Pada PRU-13 semalam, pengaruh undi Cina menyaksikan semua calon MCA selaku wakil BN berdepan dengan DAP tewas bagi semua kerusi DUN seluruh Johor.

MCA juga hanya menang tipis berdepan DAP di Parlimen Labis dan menewaskan PKR di Tebrau serta mengalahkan wakil PAS di Ayer Hitam dan serta calon Melayu DAP di Tanjung Piai, yang majoriti Melayu. 

Abdul Ghani yang turut mengalami kekalahan ketika berdepan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam saingan di Parlimen Gelang Patah, turut menyifatkan sentimen sama dialami oleh BN di kawasan bandar dan pekan di seluruh negeri.

Dalam saingan di Parlimen Gelang Patah, Abdul Ghani memperoleh 39,522 undi manakala Kit Siang 54,284 undi, iaitu majoriti 14,762 undi.

Katanya, situasi itu juga susulan tindakan pihak pembangkang membangkitkan isu tertentu secara berselindung, menguatkan lagi tindakan pengundi memilih berdasarkan polarisasi.
 
=======
KAJIAN 4

Pergeseran bukan punca kekalahan di Kedah

Cetak
Alor Setar: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan pergeseran beliau dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi punca kekalahan pakatan pembangkang di negeri ini pada PRU-13, kelmarin.

Beliau berkata, apa yang berlaku antara beliau dengan bekas Menteri Besar itu hanyalah perbezaan pendapat dalam soal pentadbiran, bukan isu politik yang menjejaskan persiapan menghadapi PRU.
Sebaliknya, bekas EXCO kerajaan negeri itu, berkata PAS harus memberi tumpuan terhadap isu di kawasan kerana mungkin ada pihak tidak berpuas hati dengan pentadbiran parti itu sepanjang diberi mandat memerintah Kedah hingga berlaku penolakan pada PRU lalu.
Kita sebagai orang politik harus terima hakikat ini. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah” Phahrolrazi Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah

“Kalah menang adat pilihan raya. Kita sebagai orang politik harus terima hakikat ini. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Kita akan kembali sebagai pembangkang dan akan jalankan tugas sebagai pembangkang,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Phahrolrazi turut meminta semua pimpinan akar umbi PAS menangani isu dalaman pada peringkat kawasan untuk mencari penyelesaian bagi memantapkan kembali jentera parti itu selepas ini.

“Mungkin ada rasa tak puas hati dan ia tak dapat kita tangani sebelum PRU. Mungkin ada permintaan rakyat yang tak dapat kita tunaikan hingga mereka terasa hati dengan kerajaan negeri ketika itu.

Sebagai parti politik, kita perlu sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kekuatan parti untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya 


KURSUS ASUHAN DI RUMAH SECARA PERCUMA!

kURSUS PERCUMA, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI? Khas untuk 1.Graduan yang ingin menceburi bidang penjagaan di rumah 2. Suri Rumah sepenuh ...