3.1.12

ADAKALANYA PEMIKIRAN KRITIS DAN KRITIKAL SUKAR DITERIMA OLEH MASYARAKAT BEREMOSI

SALAM PERJUANGAN,

Adakalanya pemikiran kritis dan kritikal di terima oleh masyarakat dan adakalanya tidak diterima.

Ianya bergantung kepada buaian emosi masyarakat itu sendiri.

Ada orang begitu kecewa apabila individu atau kelompok yang diharapkan membawa perubahan dikritik hebat oleh bekas pendokongnya sendiri.

Masyarakat perlu lebih bertindak secara RASIONAL berbanding bermain dengan EMOSI.

Adakalanya sesuatu yang RASIONAL sukar diterima jikalau EMOSI menguasai diri.

Sesuatu yang RASIONAL memerlukan satu/kelompok hujjah yang padu dan detail serta disertakan bukti kukuh!.

Pernah berlaku di India dulu, pawagam dibakar oleh penonton kerana emosi iaitu penonton tidak boleh menerima hakikat bahawa diakhir filem hero mereka kalah dan mati. Mereka mahu hero mereka menang dan berkahwin dengan heroin kerana hero dan heroin mereka telah mengalami penderitaan hidup dan penderitaan emosi dalam bercinta.

Penonton sanggup menangis bersama ketika hero atau heroinnya menangis..

SEJAK peristiwa itu, hampir 99% filem hindi dan tamil meletakkan HAPPY ENding pada setiap filem keluaran mereka kerana mereka tahu....masyarakat yang menonton filem itu adalah masyarakat yang banyak hidup dengan emosi, bertindak berasas emosi dahulu dan mendahulukan emosi dan perasaan sebelum penilaian rasional....

Adakalanya sesuatu itu banyak pahitnya daripada manis...lebih ...lebih lagi pada orang yang kita harapkan membawa perubahan yang besar.....

Sebab itu dalam perjuangan ...kita tidak boleh selamanya Taasub kepada individu atau character tertentu tetapi kita hidup perlu kepada keyakinan kepada jamaah - iaitu dasar perjuangannya yang betul dan berlandaskan kepada kehendak Allah (al-Quran dan As-Sunnah) dan bukan individu....kerana individu boleh pergi...individu boleh berubah dengan sekelip mata daripada orangbaik kepada kurang baik....individu adalah manusia yang boleh berubah-rubah...Kita perlu menerima hakikat ini walaupun ianya pahit.....

Di sini, saya sertakan pandangan pemikiran yang kritis dan kritikal dewasa ini yang menjadi perdebatan di dada-dada akhbar.....

sEBAGAI orang awam, kita perlu membaca dari pelbagai sumber sebelum membuat keputusan yang mana soheh, yg mana berfakta tepat dan yang mana hanyalah cerita biasa......

Selamat Membaca.!

=========================================

Individu kecam saya enggan terima kenyataan: Raja Petra


2012/01/03

KUALA LUMPUR: Pengarang portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin sudah menjangka menerima pelbagai kecaman sebaik saja temu bual eksklusifnya di Singapura disiarkan beberapa akhbar arus perdana, kelmarin.

Beliau menyatakan kemungkinan itu kepada isterinya, terutama daripada pihak yang enggan menerima kebenaran sebaik saja temubual berkenaan disiarkan.
“Tidak ramai yang dapat menerima kebenaran. Mereka ingin saya mengatakan apa yang menyenangkan hati mereka seperti saya akan katakan bahawa raja memakai pakaian walaupun dia nyata bertelanjang,” katanya dalam entri terbaru No Holds Barred, kelmarin.

Kelmarin, beliau dalam beberapa akhbar arus perdana berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tuduhan liwat, tidak lagi relevan dan kerjaya politiknya akan berkubur jika pembangkang gagal menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Raja Petra dalam blog itu juga berkata, beliau tidak menganggap kecaman itu sebagai penting, sebaliknya lebih mementingkan kategori golongan yang memberi komen.


“Sudah tentu ada yang mengatakan saya sudah dibeli, dijual dan bertukar kepada pengkhianat. Saya sudah membaca komen anda di dalam Malaysia Today, Free Malaysia Today, Malaysiakini, The Malaysian Insider dan yang lain-lain.


“Saya sudah menerima mesej peribadi dan e-mel tetapi perkara yang lebih penting ialah apakah kategori anda,” katanya.

Dalam blog berkenaan, beliau turut menghargai komen daripada kategori yang mewakili kurang empat juta pengundi yang memilih pembangkang pada PRU 2008.

Selain itu, komen daripada kira-kira sejuta pengundi di luar negara tetapi kembali ke tanah air untuk mengundi pembangkang pada PRU 2008 serta kira-kira 20 penunjuk perasaan di Tanjung Malim dan 100 penyokong pembangkang V for Vendetta di Dataran Merdeka, malam Ahad lalu.


“Saya juga menghargai komen di laman web dan blog yang menggunakan nama sebenar serta mereka yang tertanya siapa yang mengendalikan Selangor sama ada EXCO kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali; Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atau Anwar selepas operasi di pusat hiburan sebelum malam Tahun Baru 2012,” katanya.


================================================

Lupakan perjuangan personaliti

BARU-BARU ini dalam satu pertemuan dengan media Malaysia di Singapura, Raja Petra Kamarudin, individu yang pernah dikaitkan sebagai penyokong kuat gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pembangkang itu kini bukan lagi pilihan bagi rakyat Malaysia.

Raja Petra yang sejak tiga tahun lalu tinggal dalam 'buangan' di Manchester, England menegaskan, pihak pembangkang patut mengurangkan perjuangan untuk Anwar atau 'Anwarista' kerana agenda untuk perubahan tidak harus berteraskan kepada personaliti.

''Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya.

''Cakap tentang struktur dan penambahbaikan negara, kita akan bergerak ke depan. Walaupun Mandela (di Afrika Selatan) dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya.

''Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan aparteid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya. Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah," ujarnya.

Apa yang ditegaskan oleh Raja Petra itu telah mendedahkan akan hakikat bahawa pihak pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini kerana dasar yang diperjuangkan mereka berbeza-beza dan hanya menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai 'ikon' penyatu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengulas hakikat itu berkata, penyatuan pihak pembangkang itu boleh dianggap sebagai 'persekongkolan luar tabii' kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan berlainan termasuk DAP yang bersifat cauvinis dan rasis.

Menurut beliau, pada masa depan tidak mustahil parti-parti yang menganggotai pakatan itu akan kembali kepada perjuangan asal setelah mendapat kuasa atau setelah merasakan sudah menjadi parti paling dominan dalam pakatan itu.

''Misalnya, Pas telah melancarkan dokumen negara berkebajikan yang turut disokong pimpinan pembangkang lain. Ia sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah bagi mencapai nafsu serakah untuk menawan Putrajaya.

''Sekiranya Pas sanggup melancarkan dokumen baru ini bagi menggantikan dokumen negara Islam yang diperkenalkan pada 12 November 2003, tidak mustahil mereka akan membuat pusingan 'U' untuk membuang dokumen negara berkebajikan dan menggantikannya dengan dokumen entah apa lagi!

''Tidak mustahil juga bila DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pula dokumen negara cauvinis dan jika sosialis berjaya, mereka akan lancarkan pula dokumen negara komunis,'' ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar tidak mempunyai falsafah perjuangan terbaik bagi membangunkan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan mendapatkan kuasa bagi diri dan kroni-kroninya.

''Saya tidak fikir rakyat Malaysia sedia menerima pemimpin pembohong macam Anwar. Bagi saya, dia tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak mampu memimpin dirinya sendiri," katanya.

Mohd. Zahid berkata, pendedahan Raja Petra seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak yang baru mahu berjinak-jinak dengan Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup memperalatkan sesiapa sahaja bagi menjaja pembohongannya.

''Beliau sanggup memburukkan negara malah bangsanya sendiri demi memperjuangkan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya," ujar beliau.

Apa yang diperkatakan oleh Mohd. Zahid seharusnya dapat mengingatkan rakyat supaya tidak terus menyokong Anwar dan gerakan terbaru untuk mendewa-dewakannya. Kita tidak boleh alpa akan hakikat perjuangan berasaskan personaliti tidak penting sebaliknya yang lebih utama adalah idea yang dibawa seseorang itu.

Rakyat seharusnya bimbang dengan trend mendewa-dewakan Ketua Pembangkang itu yang dapat dilihat apabila 'ulama' PKR yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Badrul Amin menggelar Anwar sebagai pemimpin dari sebelah Timur yang ditunggu-tunggu.

Ungkapan sama pernah digunakan pelbagai pihak bagi merujuk kepada penyelamat umat manusia iaitu Imam Mahdi. Turut menggunakan ungkapan itu ialah pengikut Al-Arqam yang menyifatkan pemimpin mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad sebagai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur.

Kita bimbang apabila rakyat terlalu taksub dengan seseorang pemimpin itu mereka akan mengikut segala arahan dan apa yang diperkatanya secara membuta-tuli.

Menyentuh perkara itu, penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, rakyat harus berfikiran terbuka dan menilai seseorang pemimpin berdasarkan keupayaan mereka memimpin dan tidak menyokong secara membuta-tuli.

''Rakyat perlu bijak menilai sejauh mana individu tersebut mampu untuk memimpin negara dan bukan semata-mata disebabkan simpati mahu pun populariti.

''Anwar ternyata tidak mampu mentadbir negara kerana beliau tidak mempunyai ciri-ciri integriti, kredibiliti, bertanggungjawab dan sanggup memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor turut sependapat dengan Noor Sulastry bahawa perjuangan berasaskan personaliti yang dibawa oleh Anwar hanya akan merosakkan negara.

''Kita lihat apabila sesuatu isu timbul, pasti Anwar akan mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan pemimpin serta negara.

''Kita perlukan memimpin yang cekap mengurus dan mengambil kira kepentingan rakyat dan bukannya hanya pandai bersandiwara," jelasnya.

Sehubungan itu, semua rakyat perlu menolak pemimpin yang pandai bersandiwara dengan pelbagai imej baik semata-mata supaya dia terus dipuja.

Ingatlah, masa depan sebuah negara bukan ditentukan oleh seorang pemimpin walau sehebat mana pun beliau, sebaliknya ia ditentukan oleh ideologi dan arah perjuangan yang dibawa.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anwar, Saiful dicabar hadir solat hajat


Ezam Md. Noor (duduk kiri sekali) , bersama Ibrahim Ali (duduk tiga dari kanan) dan Zulkifli Noordin (duduk dua dari kanan) ketika menghadiri 'Program Perhimpunan Penerangan Perdana 2012: Hapuskan Pengkhianat Negara' di Seksyen 24, Shah Alam, kelmarin.


SHAH ALAM 2 Jan.- Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menghadiri solat hajat yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini di dua buah masjid di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat yang dirancang diadakan pada sebelah malam itu bertujuan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong.

Menurut beliau, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.

"Saya cabar Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah.

"Alhamdulilah, baru sebentar tadi saya dapat respons daripada Mohd. Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir... Sekarang saya hanya tunggu jawapan Anwar... Kalau beliau di pihak yang benar, jangan berdalih dan bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas 'Program Perhimpunan Penerangan Perdana 2012: Hapuskan Pengkhianat Negara' di Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Seksyen 24 di sini semalam.

Hadir sama Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta lebih 3,000 warga Shah Alam dan Klang.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Perkasa juga telah mengarahkan ahlinya di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat sebelum 9 Januari ini.

Menurut beliau, ia bagi memohon supaya ibu kota dan rakyat di negara ini selamat dari segala ancaman yang boleh menghuru-harakan keadaan.

"Solat hajat di masjid dan surau itu telah bermula pada hari ini, saya juga berharap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mendokong keluhuran dan undang-undang agar turut sama mengadakan solat hajat.

"Tidak patut dan tidak wajar ada mana-mana pihak hendak mengganggu gugat keamanan pada 9 Januari ini. Biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya," katanya.

==============================================

RPK Buktikan Anwar Sudah Tidak Boleh Diselamatkan Lagi..

Hambali Abdul Rashid – BEKAS rakan sekolej dan rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin telah membuktikan bahawa perjuangan untuk mempertahankan seorang pemimpin tanpa sebab yang munasabah adalah merupakan satu kerja sia-sia yang tidak membawa faedah kepada umat dan juga negara.

Apa yang lebih mengejutkan ialah Raja Petra sendiri mengakui bahawa istilah “Anwarista” iaitu istilah yang dicipta untuk mengelar para pejuang dan penyokong setia Anwar adalah merupakan ciptaannya sendiri pada tahun 1999.

Tetapi kini hasil daripada temuramah yang diadakan dengannya oleh beberapa akhbar utama yang disiarkan pada Ahad (1 Januari 2012) dengan jelas dan nyata sekali mengambarkan perubahan senario dan pandangan para penyokong Anwar seperti Raja Petra ini ke atas pemimpin berkenaan.

Selepas saya membaca temuramah tersebut saya hanya mampu membuat satu kesimpulan sahaja iaitu penyokong tegar seperti Raja Petra kini berasa kecewa kerana mereka ditinggalkan keseorangan oleh Anwar ketika mereka berada di dalam kesusahan atau berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Dalam kes Raja Petra, beliau terpaksa menjadi ‘pelarian’ dan berjuang dari luar negara setelah bertahun-tahun mempertahankan Anwar. Umum ingin mengetahui dan tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh Anwar untuk membantu orang-orang seperti Raja Petra ini ketika mereka berada di dalam kesusahan.

Apakah semangat setiakawan masih wujud? Apakah mereka ini dibiarkan keseorangan kerana telah menjadi liabiliti kepada diri sendiri?

Semua persoalan tidak terjawab dengan jelas tetapi ia dapat dibaca di celah-celah kata-kata yang dilemparkan oleh Raja Petra sepanjang ditemuramah tersebut.

Kata-kata Raja Petra ada benarnya. Dan bersyukurlah kerana beliau berani dan sanggup berkata benar walaupun itu akan menyakitkan hati Anwar dan para penyokong setia Anwar.

Raja Petra telah menyedarkan kita semua betapa dalam setahun Anwar telah berkunjung tidak kurang dari 60 kali ke luar negara – iaitu perjalanan ke luar negara yang jauh lebih banyak daripada seorang atau mana-mana ketua negara.

Raja Petra juga telah menyedarkan kita bahawa Anwar hanya sibuk ke luar negara memberi berceramah dan mempromosikan kehebatan dirinya daripada duduk di dalam negeri merancang pembangunan Negeri Selangor di mana beliau adalah penasihat ekonominya.

Akan ada yang menuduh Raja Petra telah dibeli atau akan ada yang mencercanya nanti kerana kononnya berpaling tadah.

Hakikatnya ialah Raja Petra tidak berpaling tadah. Beliau sekadar muak dengan lakonan wayang Anwar yang tidak habis-habis ini.

Beliau mahu meneruskan kehidupannya secara normal dan tidak lagi terperangkap di dalam Twillight Zone Anwar.

Dan beliau sekadar mahu menyedarkan semua orang bahawa jika seandainya hendak berjuang maka berjuanglah untuk keadilan dan kebaikan ramai bukan berjuang untuk memenuhi cita-cita seorang manusia yang berhasrat menjadi perdana menteri Malaysia.

Maka teringatlah saya akan perihal satu kisah yang saya baca dalam berita luar negara semalam.

Korea Utara menyambut kedatangan tahun baru dengan menyeru warganya supaya mempertahankan pemimpin baru Kim Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Seluruh parti, seluruh angkatan tentera, seluruh rakyat telah diajak supaya memiliki kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka mampu menjadi benteng yang mempertahankan Kim Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir di samping mematuhi perjuangan parti selama-lamanya.

Jong-Un, telah diisytiharkan sebagai penganti kepada pemimpin agung, iaitu ayahnya, Kim Jong-Il yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Pada Sabtu, iaitu hari terakhir bagi 2011, Korea Utara mengumumkan bahawa Jong-Un dengan rasminya telah dilantik sebagai Komander Tertinggi kepada 1.2 juta bala tentera negara itu iaitu pasukan tentera yang keempat terbesar di dunia.

Dan apabila terdapatnya seruan dan gerakan supaya orang ramai mempertahankan Anwar menjelang 9 Januari nanti iaitu hari di mana kes perbicaraannya akan dimuktamadkan maka saya tertanya-tanya apakah ini ada persamaan dengan seruan sepertimana Korea Utara yang mahu mempertahankan Jong-Un sehingga ke titisan darah yang terakhir?

Kita bukan Korea Utara dan kita bukan sebuah negara komunis! Jadi tolong hentikan kerja sia-sia ini…

======================================================

YANG INI LAGI KRITIS PANDANGANYA...TERGAMAM SAYA MEMBACANYA.....

====================================================================

Dalang-dalang Kaki Demo Pelajar Upahan Anwar Didedah

AIDCNews – 2/01/12 – Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.

1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah kerajaan negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.

Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.

Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar.

Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.

Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.

Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.

Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu

Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil

Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si peyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).

2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.

Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.

Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.

Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.

pemuda-pemuda PKR sedang menyorok-nyorok di belakang Adam..

Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI yang dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari.

3. Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.

Menurut penaminang.blogspot.com kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia.

“Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk mengoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj Politik. Dengan politik syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, kata blogger itu.

Foto di sebelah disusun oleh penaminang yang menunjukkan perkaitan Khalid Ismath dengan Anwar Ibrahim. Dari kultus Anwar maka beraraklah siswa pro syiah itu menuntut pemansuhan AUKU, sedangkan semasa Anwar menjadi Menteri pendidikan, beliau sendiri tidak berusaha meminda AUKU, apatah lagi mahu memansuhkannya.

4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS.

Menurut penaminang, Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dengan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu.

Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.

Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus.

Shazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.

Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri.

Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Shazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.

Shazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.

Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.

5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.

PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.

Telah berkahwin bersama pasangan yang juga aktivis PMIUM, Masturah Abu Bakar pada 13 November 2011.

Menurut Angin Perubahan emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Ketika pilihanraya kampus UM sesi 2011, Safwan bertanggungjawab cipta gimik kononnya, bakal isterinya hilang gagal dikesan dan sekali lagi ketika berdemo di UPSI semalam Safwan sendiri buat gimik, dirinya cedera parah dipukul polis, walhal dia sendiri yang mencederakan diri dengan merempuh pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan.

“Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

“Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel”, Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor, HEP UPSI. Klik di sini

Berdasarkan senerio terbaru di UPSI, ada unsur-unsur tidak puas hati kenapa hanya Adam Adli sahaja di’nobat’ jadi hero. Siapa Adam Adli ? Presiden GAMIS ? Presiden SMM ? Semuanya zero…

Anwar berjaya menunjukkan skillnya ‘pecah dan perintah’, akhirnya semuanya berlumba-lumba mahu ‘menjadi hero’ untuk dekat dengannya. Akhirnya Anwar juga yang untung..

No comments: