28.2.09

Doa ini adalah daripada koleksi Bacaan Matsur - Assyahid Hasan Al Banna di mana beliau menghimpunkan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah dan Para Sahabat berdasarkan hadis-hadis nabi... sebab itu koleksi tersebut dinamakan dengan nama yang biasa kita dengar iaitu Al - Mathuraaat. Ma'thur bererti jejak atau kesan.

Doa pendinding

(Diambil daripada website blalang)

Keberuntungan beramal dengan doa ini
Doa Pendinding


Terhindar Daripada Bahaya
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.




Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.




Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.




Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.




Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Doa Pendinding

26.2.09

Kakak Benci Matematik

Semalam, saya melihat hasil kerja anak perempuan sulong membuat latihan matematik.... maklumlah beliau kini di sekolah baru - tahun 3.
Melihatkan cara beliau menyiapkan kerja dalam situasi yang tertekan... cara beliau menulis, memegang pensil dan cara muntahan karbon pensil itu agak keras , kaku dan kasar.

Bila dilihatkan jawapannya, tentulah banyak yang salah.

Lalu saya cuba membantu..... bila dilihatkan pada riak mukanya, beliau pura-pura tidak mendengar apa yang saya ajarkan... beliau masih terus menggunakan tekniknya yang salah....

Apabila ditanya kenapa tidak mahu menggunakan formula mudah yang ayah ada....

Anak Sulong berkata, kakak benci matematik, kakak tak suka matematik, cikgu suka pukul tangan kakak, sakit tau!, tak boleh jawab kena pukul, salah tulis kena pukul, kena cubit, susunan bercelaru, kena pukul, kena cubit, buat garisan tak guna pembaris pun kena......

Lalu beliau terus menangis melepaskan perasaan marahnya kepada matematik, marahnya kepada cikgunya itu.

Saya bertanya kepadanya, selama ni apa yang kakak buat tu, kakak faham ke.... sebab bila diselak kepada helaian sebelumnya, banyak juga latihan yang betul dan disahkan oleh guru...... jawapannya....membuatkan saya senyum sendiri.... memanglah betul dan elok sebab kakak tiru kawan sebelah.....

Kenapa kakak tak tanya abah atau mama?.... jawapan anak kadang-kadang akan membuatkan kita berfikir panjang...... antara masa, kerjaya, menuntut ilmu.....

Abah asyik "camping".... (ooo... maksud kakak, abah selalu outstation?)

Mama pula asyik sibuk dan tak de masa (oooo.... maksud kakak, mama selalu sibuk sebab mama sedang sambung belajar.....)

Saya biarkan anak saya habiskan tangisannya, sekurang-kurangnya beliau melepas apa yang berbuku dihati........saya meletakkan diri sebagai seorang kaunselor dan anak saya sebagai klien.... yelah selama ini saya mengajar tentang kaunseling berkelompok dan kaunseling keluarga...... ilmu yang diajar.... kena diamalkan....

Selapas suasana reda..... saya mengajar anak tentang konsep matematik yang sebenarnya mudah.....

Nampak gaya beliau mudah faham..... dan melihatkan sebenarnya beliau cekap matematik.... cuma ..... mungkin sistem di sekolah memasukkkan eleman tindakan guru yang membuatkan anak benci matematik


Apa yang saya nampak cabaran sekarang ialah

a) pelajar kena belajar banyak perkara dalam satu masa.....

1. Kena fahami istilah bahasa Inggeris....
2. Kena fahami konsep matematik....... pada asalnya matematik menceritakan kepada kita, satu masalah , banyak jalan penyelesaiannya ... yang pasti jawapan adalah satu.... namun cara mendapatkan jawapan itu pelbagai.....
Tetapi sistem ini diortodokkan oleh kebanyakan guru mengajar (sekarang) dengan mengambil jalan mudah atas alasan "bersistem" menunjukkan pelajar satu jalan penyelesaian sahaja dan menghalang pelajar meneroka jalan penyelesaian sendiri.

Masa saya belajar matematik dulu, guru saya suka kalau kami kreatif membina jalan penyelesaian sendiri dan beliau akan approvekan apa yang kami buat.... akhirnya ... kami seronok dengan matematik sebab kamilah penyelesaian segala soalan dan masalah matematik yang timbul......

Lagipun saya dapati , guru tidak didedahkan bahawa manusia ini ada yang jenis visual...(majoriti) dan ada yang auditori dan kinestatik (minoriti)....

3. Pada masa yang sama, pelajar kena belajar sikap, cara pendekatan guru mengajar......

Saya cuba ceritakan kepada anak kenapa guru garang... apa kebaikannya kalau guru garang.... tak perlu takut pada guru yang garang..... bina perasaaan seronok bila guru tegur kita..... selalu bertanya pada guru kalau tak faham.... jangan malu atau rasa rendah diri bila tak faham....

Nampak gaya macam beliau faham..... namun saya kena bina strategi baru kepadanya sehingga beliau minat dan sayang pada matematik......

kerana dalam kehidupan kita.... matematik tidak boleh dipisahkan... padanya ada pemikiran kreatif, kritikal dan konstruktif......












24.2.09

"APA PUNYA KILANG....PENGOTOR......!"

Kita sentiasa mendengar iklan ini sama ada di Radio 24 atau IKIM.fm yang memaparkan pentingnya menggunakan makanan yang "bersih"


"Mak, Adik lapar............"


"Nanti mak sediakan...."


Bunyi plastik dibuka.... "eh.. ada lipas.... nasib baik adik belum makan lagi......"

"Apalah punya kilang roti... pengotor.... dahlah tu guna LOGO HALAL pulak tu..."


"Kita kena lapor kepada ........"


Ok tak iklan ini......?


Banyak persoalan yang bermain di minda.....

1.) Betul ke kilang tu pengotor.....?

2) Betul ke lipas yang ada dalam rotinya berasal daripada kilang tersebut?

3) atau Lipas itu mungkin masuk ketika bungkusan roti tersebut berada kat kedai runcit atau kat stor..... kedai atau pasaraya (jika dibeli di sana)?


4) Atau mungkin lipas tu masuk ketika roti dah ada kat rumah.......

Banyak persoalan yang mungkin timbul.......

Hanya kita sebagai pengguna kena perhatikan semuanya.... sebelum telefon persatuan untuk komen perihal kebersihan.......

Hanya kita yang tahu.....






23.2.09

Susahkan ke untuk menghasilkan Ulul ALBAB?

Assalamualaikum,

Generasi Ulul Albab adalah generasi yang banyak menggunakan aqal pemikiran berfikir kenapa itu dan ini. Berbagai slogan diutarakan untuk melahirkan generasi ini tapi kesan impaknya nampaknya dalam peratus yang kecil.

Hari kita mendengar keluahan majikan
- Kenapa pekerja baru tak boleh berfikir? semuanya kena suruh dan kena tunjukkan satu persatu

- Kenapa lepasan universiti yang terkenal tempat melahirkan generasi berilmu, bertindak kaku di pejabat, tak boleh mngeluarkan idea sendiri, kurang mampu mengembangkan idea yang ada, tidak bertenaga dalam perbincangan dan meeting

- Kenapa lepasan universiti terlalu bergantung kepada kerja dgn kerajaan, tak leh kerja sendiri ke?

- Kenapa Kakak-kakak pengasuh di taman asuhan kanak-kanak tak mampu melayan karenah anak-anak kecil..... tak boleh berfikir untuk selesaikan masalah kecil..... kenapa memandang perkara yang kecil itu kecil... atau memandang perkara yang besar itu juga kecil....?


Ada pihak yang menyalahkan sekolah... sistem sekolah dan sistem pendidikan yang lebih menekankan kepada satu sahaja jawapan yang betul dalam peperiksaan yang akhirnya kata mereka menyebabkan pelajar tidak kreatif membina jawapan sendiri kerana takut salah..... kalau salah makna gagal.... kalau dah gagal atau markah rendah dalam SPM atau STPM makan gagal masuk universiti...

Bila dah masuk U, sistem satu jawapan betul terus berlaku yang akhirnya akan melahirkan pelajar yang hanya tahu satu jawapan kepada satu masalah.. yang mana seterusnya membantutkan proses berfikir dan mencabar penyelesaian yang sedia ada kepada satu penyelesaian yang berlainan.

Hakikat dalam dunia ini.... satu masalah ada beratus jawapan.... dan tiada jawapan yang salah.... yang ada ialah jawapan yang pantas menyelesaikan masalah dan jawapan yang memberikan kesan penyelesaian yang sedikit lambat....

Namun adakah... hal-hal lain yang mengganggu proses pemikiran pelbagai arah ini?

Wassalam.

18.2.09

CAbaran kita

Assalamualaikum,

Cabaran kita sebagai ibubapa dalam membesarkan anak-anak..... hayat mereka ditentukan oleh Ilahi sebagai pencipta...

Namun begitu... setiap yang Allah qadar kan , ianya mempunyai sesuatu yang perlu dikaji kenapa dan mengapa ianya berlaku... supaya kita boleh membina sesuatu kaedah terbaik untuk menanganinya

Walahu'alam.. ta'ziyah buat kedua ibubapa ini.... semua kita semua dirahmati ilahi


Bayi mati tersedak susu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my

Daniel di Hospital Serdang, petang semalam." title="TRAGEDI...Juraimi dan isterinya, Nursanisah menuntut jenazah
Daniel di Hospital Serdang, petang semalam." border="0" height="236" width="300">
TRAGEDI...Juraimi dan isterinya, Nursanisah menuntut jenazah
Daniel di Hospital Serdang, petang semalam.

SERDANG: Seorang ibu hanya mampu menitis air mata pilu apabila bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan mati akibat tersedak susu ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bayi berkenaan, Daniel Thaqif Juraimi dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu diberi minum susu oleh pengasuhnya yang tinggal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini.

Difahamkan ketika insiden, pengasuh berkenaan yang turut menjaga empat bayi lain cemas apabila mendapati bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan suaminya sebelum bergegas menghantar bayi berkenaan ke Hospital Serdang.



Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan cuba memberikan bantuan oksigen untuk menyelamatkannya namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

Ibu bayi berkenaan, Nursanisah Sargiman, 31, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan yang juga jirannya berhubung kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkilan kerana pengasuh terbabit tidak tampil di hospital untuk menemuinya dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Sehingga kini, saya tidak pasti punca anak lelaki saya itu meninggal dunia dalam keadaan mendadak walaupun bedah siasat mendakwa anak saya itu mati akibat tersedak susu.

“Apa yang saya tahu, selain menjaga anak saya, pengasuh berkenaan turut menjaga empat bayi lain di rumahnya. Walaupun sedih namun saya reda dengan ketentuan Illahi atas apa yang berlaku,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Bangi menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kes kematian anaknya itu.

Sementara itu bapa mangsa, Juraimi Ali, 33, melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan nasib menimpa anak keduanya itu yang mati dalam keadaan mendadak.

Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan dilihat menuntut mayat bayi berkenaan di bilik mayat Hospital Serdang pada jam 6 petang sebelum menaiki van untuk pulang ke kampung Juraimi di Kuala Lipis, Pahang bagi pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kematian bayi itu dianggap kematian mengejut, tetapi siasatan diteruskan.

12.2.09

Zina Hati, Cabaran Buat Kita Semua... nukilan berbentuk Kartun

Sumber: http://indahnyabumikenyalang.blogspot.com/2008/10/zina-hati.html
Salam.

Buat pembaca semua, kali ini seperti yang telah dijanjikan oleh penulis, penulis akan memaparkan kisah yang berkaitan dengan tajuk yang telah penulis bicarakan iaitu "Zina Hati". "Hati pun boleh berzina kak?", tanya seorang adik. Bagi penulis, tidaklah perlu penulis bercakap panjang, ini kerana kisah mengenai zina hati ini dapatlah anda semua lihat dalam versi kartun berikut yang akan dipaparkan oleh penulis. Kartun ini, penulis dapati dari seorang sahabat yang juga penulis berpendapat perlu dan penting untuk penulis berkongsi informasi mengenai apa yang dikatakan sebagai zina hati. Insya Allah, mudahan dapat kita sama-sama hayati dan lakukan sesuatu bagi mengelakkan diri kita daripada mendekati zina hati ini.

untukmu01

Episod2
Episod3
Episod4
Episod5
Episod6
Episod7
Episod8
Episod9
Episod10
Episod11
Episod12
Episod13

Sistem Didikan Yahudi Untuk Lahirkan Anak Genius

Marilah kita mulakan
dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang
sang ibu sedang mengandung, pertama kali
saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu
dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik
bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa
soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat
tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya
kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
"ia,
ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih
otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini
membuat
saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan
metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya
perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali
memakan kacang badam dan korma bersama
susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan
kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan
dan
penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat
orang
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam
kewajipan
untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika
saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama
yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg
sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan
biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut
mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad
dan
kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik
ialah
mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan
utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan
dihidangkan
buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi
atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita
merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di
Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi,
jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar
dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.
Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan
sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna
keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg
mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik
pengeluar rokok terbesar adalah [WINDOWS-1252? ]…… tekalah
sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,
Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan
bersama
kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami
3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka
bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak
kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut
saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam
senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari
kaum
Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan.
Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California,
ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!! !.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan
bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem
fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah)
disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka
digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya
berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri
keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya
sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka
tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang
niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya
akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat
keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan
rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi,
maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah
yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel
oleh
fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang
Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan
kepala mereka, menurut mereka
ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak
ugama
lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka
sering
menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun
yg
pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
(ikan
mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan
perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka
yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka
ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan
pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan
anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka
itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman
di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama
dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari
fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini
dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang
tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori
saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya
bukan semalaman, ianya memerlukan
masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung,
galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi
konsisten
disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah
makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk
otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak
kanak
kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan
konsetrasi yg
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok
menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan
mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005
amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan
dan
begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak
rokok?
US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya
puji
sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!!
dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi
pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore
hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah
merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti
menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja
anda berada, dari
restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau
asak
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?
Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini
bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Ucapan Dr Sami Abu Zuhri - jurucakap HAMAS dari Gaza.

Ucapan Dr Sami Abu Zuhri - Jurucakap HAMAS Dari Gaza.

-serangan ke atas gaza bermula dgn kepungan dahsyat.
-kepungan utk memadamkan penentangan ttp gagal
-ini diikuti dgn serangan ttp juga gagal
-serangan ini bertujuan utk menghancurkan HAMAS tetapi Hamas semakin
mantap dan kini wakil hamas berada di seluruh dunia
-israel menggunakan 100 jet F-16 ttp digunakan ke atas wanita dan kanak-kanak
- mereka mengumpul keluarga yg ramai di dlm rumah dan kemudian di bom
-mereka menggunakan senjata yg diharamkan. menyebabkan daging luruh dari tulang.
- roket dilancarkan oleh briged al-qassam meskipun menghadapi serangan
bertubi-tubi.
-roket al-qassam turut jatuh di tempat strategik di israel
-2 tujuan serangan israel-menghancurka n roket dan hamas-ttp gagal
-terdapat banyak mu'jizat di gaza.
-kehancuran gaza tdk boleh dinilai dgn sudut material
-kami yakin Allah bersama kami
-tentera israel melihat tentera berpakaian puteh sedang tiada pejuang
hamas yg memakai puteh
-mereka melihat tentera yg tinggi hingga ke langit
-ada tentera israel yg tdk boleh melihat.
-kami yakin akan pertolongan Allah
-gaza telah melahirkan pd musim panas 5,000 hufaz.
-pd musim panas akan dtg selama 2 bulan, 10,000 hufaz yg akan dilahirkan.
-gaza hanya 360 km persegi. tetapi hamas dapat menghadapi serangan israel
-memang gaza telah berjaya ttp peperangan belum berakhir.
-terdapat 10,000 penduduk yg hilang tempat tinggal
-kami menyeru rakyat malaysia utk terus memberi sokongan.
-pertemuan di kaherah di antara hamas dan mesir utk membuka sempadan
-penjajahan masih berterusan, oleh itu kami akan sentiasa mempersiapkan diri
-menegaskan penentangan bukan shj di gaza ttp di baitul maqdis.
-gaza hanyalah satu permulaan dan kami akan terus berjuang
-zionis meletak camera di sempadan dan pengawasan di laut utk menyekat
senjata. ttp hamas ttp akan membawa masuk senjata samada dari bawah
atau atas bumi
-peperangan ini sifatnya antarabangsa- kita yakin konspirasi yg
dilakukan ini akan gagal
-kalau dunia seluruhnya bersatu menentang Islam hendaklah kalian bersama kami
-peperangan ini utk membela Islam dan masjid al0aqsa.
-apa yg mereka kehendaki ialah memaksa hamas utk mengiktiraf
israel-ini tdk akan berlaku
-kami berharap anda semua meneruskan perjuangan sehingga akhirnya.

sekian terjemahan Ust Dr Mohd Azhar Jailani

melaporkan dari dewan civic PJ

11.2.09

Adakah Sekadar Berbicara Secara Suka-Suka? Part 2

Dalam persidangan meja bulat juga, turut disuarakan ialah kenapa graduan melayu lemah berbahasa Inggeris terutama dalam interview... ianya bukan sahaja melibatkan graduan lokal tetapi graduan yang balik dari luar negara.

Berbagai pendapat diutarakan bergantung kepada pengalaman menjadi interviewer, lecturer, majikan, pemerhati, sahabat sepejabat.

Antara pendapat yang agak menarik ialah apabila seorang lecturer dari UiTM mempersoalkan kenapa BI ditekankan semasa interview melebihi keupayaan sejati potensi calon. Pada pengalaman beliau sendiri, anak melayu terjebak dalam budaya diam lebih baik daripada berkata-kata, beliau pernah meminta pelajarnya membentangkan hasilkerja dalam bahasa Inggeris... namun nampak kepayahan berlaku.... idea tersekat-sekat. Apabila beliau meminta membicara dalam BM, pelajar tersebut terus berubah menjadi individu yang penuh konfiden, yakin berhujah dan yakin membentangkan idea-idea. Perkataannnya menjadi lebih tersusun dan akhirnya perbentangan itu menjadi menarik.

Lecturer ini merumuskan bahawa dalam interview kerja, majikan sepatutnya melihat kepada keupayaan pelajar dari sudut keilmuannya, kemahirannya, keupayaan menguasai subjek, gaya pemikirannya dan bukan bahasa Inggeris semata-mata.....

Antara pendapat lain ialah jika pelajar yang cemerlang tidak menguasai BI maka mereka akan termasuk dalam golongan biasa sahaja dalam dunia pekerjaan, orang yang boleh berbicara dalam BI tetapi tidak cerdik akan lebih diberi peluang dalam dunia korporat. Ini akan berlaku ketidak seimbangan dari sudut pengurusan korporat dengan kecerdikan individu dan akhirnya ditakuti dunia korporat dan dunia pekerjaan akan dipegang oleh sekelompok yang tidak cerdik tetapi boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan mereka menerajui Malaysia.... rosaklah akhirnya.....


Maka majlis perbincangan meja bulat merasai perlu sangat-sangat graduan/mahasiswa menguasai BI sebaik mungkin........


Tapi bila diminta bagaimana... menyelesaikan masalah ini... kat sinilah yang jadi haru biru dgn pelbagai cadangan yang memerlukan bantuan daripada pakar bahasa, pakar pendidikan dan pakar dunia pekerjaan.

Wassalam

8.2.09

Adakah Sekadar Berbicara Secara Suka-Suka? Part 1

Semalam saya menghadiri program YKSM, satu badan NGO yang bergerak cergas mengajak generasi berbincang ke arah memahami isu terkini dan membentuk budaya keharmonian kaum.
Tujuan kehadiran ialah sebagai pemerhati apa yang berlaku.

Ketika berada dalam bengkel "Perbincangan Pendidikan", saya dapati ada beberapa perkara yang mencacatkan perbincangan...

1) Peserta meja bulat yang hadir ialah peserta dari pelbagai background yang kalau diikutkan hairaki keilmuuan.. mereka mungkin terkeluar atau "you are fired"....

Walaupun mereka adalah pengurus, pengarah, lawyer, senior dalam itu dan ini.... hanya ada 4-5 orang sahaja yang betul-betul ada background pendidikan.... tapi mereka seolah-olah ditutup untuk bersuara.

2) Maklumat yang ada pada peserta adalah pada permukaan sahaja...
Mereka banyak berbicara pada andaian itu dan ini berdasarkan kepada masalah anak, saudara mara... bacaan maklumat lama.... pengalaman kerja 5 tahun dulu dan

BUKAN kepada kajian terkini, keputusan reseach terkini, pandangan pakar bahasa terkini, pandangan pakar pendidikan terkini......

3) Pandangan yang dibuat berdasarkan pandangan kumpulan. Kalau dari Bar council, maka mereka mahu menegakkan pandangan Bar tanpa membuka ruang berfikir secara 3K = Kreatif, Konstruktif dan Kritikal..

Kalau dari persatuan itu dan ini, mereka mempertahankannya berdasarkan itulah yang selama ini diperjuangkan... mereka merasakan aktiviti mereka perlu diikuti oleh orang lain... mereka merasakan pandangan merekalah yang tepat.....

4) Tiada ahli atau pakar pendidikan ditempatkan dalam bengkel tersebut yang akhirnya krebiliti hujah atau resolusi boleh dipersoalkan dan sukar untuk dipertahankan.

Sebab itu resolusi supaya Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris perlu diteruskan tanpa merujuk kepada kajian terkini dan pandangan pakar bahasa dan pakar pendidikan. Tanpa merujuk kepada result keputusan dan situasi penduduk atau pelajar kampung

Resolusi dibuat sekadar merujuk pada "pandangan anak saya", sedikit kejayaan di sekolah kat "Seremban", kekalutan "graduan bercakap BI masa interview". "kejayaan BI di Singapura"


BERSAMBUNG

Strategi berasaskan Sejarah, Adakah Secara Kebetulan Atau Terancang?

Artikel yang diambil di bawah merupakan cerita orang yang telah berjaya.... persoalannya adakah cerita dan strategi itu secara kebetulan atau memang telah lama dirancang..... fikir-fikirkanlah..............


Strategi politik BN dan kisah perang Doolittle 07 Feb 2009 12:05PM
 
ADAKAH Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat kemenangan politik di Perak?

Menurut sesetengah orang yang biasa dengan "strategi politik" BN, cerita "Doolittle" itu telah membantu memberi sedikit pemahaman mengenai bagaimana BN berupaya untuk menangkis serangan politik daripada Pakatan Rakyat di Perak selepas pilihan raya umum tahun lepas dan seterusnya mengubah keadaan menjadi sebaliknya ke atas pembangkang.

Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.
Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.

Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.

Sehingga itu, rakyat jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Seorang pakar strategi politik, yang enggan dikenali berkata pasukan pemikir BN mungkin mendapat inspirasi itu dari cerita "Doolittle" begitu juga dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis berharap untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas.

Katanya BN memutuskan untuk bertindak selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.

"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.

"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.

"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN mampu melahirkan tindakan politik yang bernas sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.

Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.

Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.
Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang berani mati dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.

Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.

Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.

Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.

Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.

Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN. / Bernama


Cerita Doolittle adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua

5.2.09

Orang Biasa VS Orang Luar Biasa

Dua hari lepas, boss di syarikat kami mengadakan perjumpaan dgn staffnya, banyak isu-isu penting dibincangkan

Di akhir penutup majlis, beliau mengajak kami memikir antara dua ciri manusia dgn katanya

"Orang Biasa vs Orang Luar Biasa"


Katanya, orang biasa ialah

1. Individu yang menunggu teguran orang lain.
2. Pencari amanah dan kedudukan.
3. Mereka dihormati kerana kedudukan dan pangkatnya.
4. Mereka suka buat yang biasa-biasa sahaja.
5. Perjuangannya terbatas.
6. Anak dan isterinya kurang fahami perjuangannya.
7. Ilmunya gitu-gitu sahaja... statik dan kurang berkembang.
8. Kemahirannya kurang menyerlah... gitu-gitu...


Tetapi orang yang luar biasa :-
1. Sentiasa menegur diri sendiri.
2. Bersikap pro aktif yang aktif.
3. Tiada perkataan "hari cuti" dalam hidupnya.
4. Amanah dan kedudukan sentiasa mencarinya walaupun beliau menolak.
5. Mendidik anak - isteri bersama dalam perjuangan apatah lagi memahaminya.
6. Dihormati kerana peribadi dan akhlak walaupun tidak berharta dan tiada kedudukan.
7. Ilmu dan kemahirannya bersifat "blue ocean" - sentiasa berkembang dan dikembangkan melebihi rakan taulan dan rakan setidak haluan.


Wassalam

Perak... Antara Cabaran dan Pengalaman Yang Tragis..


Sejak petang semalam... akhbar dan media memainkan lagu keroncong dan irama sentimental berhubung dgn "kegoyahan pemerintahan Negeri yang terkenal dgn struktur rajanya yang indah dalam Malaysia"

IKUTI perbincangan akhbar yang mana... bila kita baca setiap satunya... kita akan dapat apa natijah dan pengalaman yang begitu berharga......

DALAM KOSMO 5/2/2009

Tidak bermoral, pilihanraya negeri langkah terbaik - Tengku Razaleigh

05 Feb 2009 2:21PM

KL: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.

Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.

Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.

KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.

"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. / Harakah, Razaleigh.com


Nada anak raja dari Kelantan ini seakan nada Tun Dr Mahathir semalam yang mengatakan BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti


Bubar dulu, perkenan kemudian


MOHAMMAD NIZAR (tengah) pada sidang media mengumumkan pembubaran DUN Perak bersama ahli-ahli Exco negeri di Ipoh semalam.


IPOH - Desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu tetapi tidak ada siapa yang menyangka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup mengumumkannya lebih dulu sebelum mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Itulah kejutannya pada waktu krisis politik Perak memuncak semalam.


KERETA Toyota Camry yang membawa Mohammad Nizar meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas beliau menghadap Sultan Azlan semalam.


Mohammad Nizar pada sidang akhbar yang dikelilingi para pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) semalam sekadar memberi alasan bahawa beliau sudah terdesak.

"Keputusan itu dibuat selaras dengan hasrat untuk mengembalikan semula hak rakyat memilih dan memberi mandat baru kerajaan negeri Perak.

"Kesemua 29 ADUN Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini (semalam) telah bersetuju DUN Perak dibubarkan secepat mungkin dan kita akan mendapatkan perkenan Sultan Perak selepas ini,'' katanya.



BN sedia tubuh kerajaan - Majoriti mudah untuk ambil alih pemerintahan di Perak


NAJIB bersalaman dengan Jamaluddin sambil diiringi Mohd. Osman (dua, kanan), Nasarudin (kiri) dan Yit Foong (depan) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini semalam.

Empat wakil rakyat itu ialah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada UMNO.

"Kalau ada bilangan cukup, tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah yang juga Pengerusi BN ketika mengulas kejayaan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar, juga di Putrajaya, berkata, BN sudah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan hasil tindakan keempat-empat wakil rakyat itu.


emua ternanti-nanti siapa MB baru




IPOH - Selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat terkunci langkah politiknya semalam, bayangan Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah Perak mula menampakkan sinar.

Nama-nama besar dalam Barisan Nasional (BN) Perak mula menarik perhatian kerana dalam fikiran ramai, jawatan Nizar itu sudah kosong.

Antara nama yang disebut-sebut ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak asing lagi dalam politik negeri Perak.

Mereka ialah ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Selain mereka, nama lain ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah) dan Datuk Nazari Ismail (Manjoi).

Ramly yang mewakili DUN Manong dalam Parlimen Kuala Kangsar sejak 1999 merupakan antara pemimpin paling kanan UMNO negeri dan memegang jawatan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Ramly antara yang paling lantang mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat, daripada isu pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru Cina dan kampung tersusun serta pembelian Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi pemimpin negeri.

Beliau juga dilihat lebih lantang berbanding bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli yang lebih banyak menyepikan diri.

Raja Ahmad pula mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional selaku bekas Ahli Parlimen Larut.

Raja Ahmad pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) selain Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).


VERSI DIGITAL UTUSAN

Versi Digital


DARIPADA UTUSAN N BERITA HARIAN

Terima realiti politik - Zahid

PUTRAJAYA 4 Feb. - Sikap pakatan pembangkang yang suka bercakap besar dan hanya 'pintar mengeluarkan kenyataan politik' perlu diubah dengan menerima realiti politik yang berlaku sekarang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari pembangkang yang keluar parti dan menjadi wakil Bebas harus diterima oleh pakatan pembangkang sebagai pengajaran.

''Itulah hakikat politik, jangan hanya pintar mengeluarkan kenyataan politik tetapi realiti politik harus difikirkan.

''Mereka harus terima kenyataan bahawa hanya kira-kira 10 bulan kerajaan mereka tumbang dan Allah telah takdirkan bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula negeri Perak," katanya di sini hari ini.


DAP bincang dengan PKR, Pas

IPOH 4 Feb. - DAP Perak akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berhubung kegagalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, adalah tidak wajar apabila permintaan mereka untuk mengadakan pilihan raya tidak dilayan.

''Ini permintaan Menteri Besar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin).

''Dalam keadaan biasa kalau Menteri Besar atau Perdana Menteri berasakan mereka tidak mendapat majoriti DUN atau Parlimen, cara 'terhormat' ialah menyerahkan pada rakyat menentukan,'' katanya di sini hari ini.

Terdahulu, usaha Koo Ham memasuki istana untuk bersama-sama Mohammad Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak membubarkan DUN dihalang pihak polis.


‘Sultan Perak perlu masa buat kajian’

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerlukan masa untuk membuat kajian sebelum membuat keputusan terhadap permintaan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Tuanku ketika beliau menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, petang semalam.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Badan Perhubungan Pas Perak di sini, malam tadi, Nizar berkata, Sultan Azlan Shah tidak menetapkan tempoh masa membuat keputusan, tetapi beliau akur dengan kedudukan itu dan menerima ketetapan baginda.


“Saya sudah persembahkan kepada Tuanku Sultan berkenaan suasana tidak menentu dan nyatakan sebabnya serta menyatakan mengikut bidang kuasa diperuntukkan kepada Menteri Besar sebagai ‘leader of the house’ memohon perkenan DUN dibubarkan serta merta.

“Namun, oleh kerana beberapa perkara yang saya fikir terpaksa diambil kira Sultan, maka baginda menyatakan akan tengok dan lihat, beri masa sebelum umumkan kepada saya (keputusan baginda).

“Mungkin Tuanku akan rujuk pakar perundangan bagi mengelak krisis Perlembagaan. Saya faham budi bicara Sultan, adil kepada rakyat"

Sikap angkuh memakan diri - MIC

KUALA LUMPUR 4 Feb. - MIC menyifatkan sikap angkuh pakatan pembangkang ketika memerintah negeri Perak selama ini telah memakan diri apabila wakil rakyat mereka beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata, selama ini pakatan pembangkang terlalu yakin wakil rakyat BN akan melompat parti dan menyertai mereka.

''Sesuatu yang melucukan apabila sebelum ini PKR begitu beria-ia mengatakan terdapat ahli BN yang akan melompat parti, sedangkan hakikatnya mereka kini kehilangan ahli parti yang kembali semula ke pangkuan BN.

''Mereka merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat kerana percaya hanya BN yang mampu membawa perubahan positif kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berpendapat, perkembangan di Perak hari ini merupakan satu sejarah buat BN kerana mereka mampu merampas kembali negeri itu daripada pentadbiran kerajaan pembangkang.

Katanya, perkembangan itu akan memperkukuhkan lagi BN dan mencerminkan situasi politik yang positif di negara ini.

Menurutnya, tidak dapat disangkal lagi, kebajikan rakyat akan lebih terjamin di bawah pimpinan BN.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Subramaniam pula berkata, tindakan empat wakil rakyat pakatan pembangkang itu memberi pengajaran bukan sahaja kepada BN tetapi juga terhadap pihak pembangkang supaya tidak terus hanyut dalam kedudukan yang 'selesa'.



Nik Aziz harap pilihan raya di Perak

KOTA BHARU 4 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap rakyat diberikan semula kuasa untuk memilih kerajaan Negeri Perak melalui pilihan raya.

Beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan langkah terbaik dengan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mengikut kemahuan mereka sendiri.

''Memang itu (bubar DUN) cara yang paling baik daripada melompat parti, saya rasa cukup tidak faham macam mana keadaan Malaysia macam itu.

''Dia (wakil rakyat) melompat parti tentu ada 'mastermind'. Kalau hendak cari majoriti macam itu, lebih baik tiada pilihan raya, bagi duit saja,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Bagaimanapun, Sultan Azlan Shah sehingga malam ini belum membuat keputusan mengenai cadangan pembubaran DUN itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang melompat parti sebagai tidak bermaruah dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat.


Dr. Mahathir tidak setuju tindakan BN

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan Barisan Nasional (BN) menerima sokongan bekas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan idea yang baik.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, beliau tidak setuju dengan tindakan BN kerana parti tersebut sepatutnya menerima mereka yang benar-benar berkualiti.

''Menerima ADUN yang berhadapan tuduhan rasuah tidak akan mempertingkatkan kualiti parti ketika BN berhadapan dengan masalah kualiti kepimpinan dalam parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Strategi Eksklusif Krisis Kewangan Global anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Pembentukan kerajaan baru itu berikutan keputusan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO hari ini.

Dengan pengumuman itu, BN kini mempunyai sokongan 31 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Dr. Mahathir menjelaskan, sekiranya kedua-dua ADUN itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah selepas diterima oleh BN maka orang ramai akan melihatnya sebagai satu manipulasi.

Tegas beliau, bukan satu idea yang baik dengan membawa orang yang kualitinya teruk.


DARIPADA AKHBAR KL POS

Nasaruddin cipta rekod pelompat terpantas negara

05 Feb 2009 12:13AM

BERBANDING tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kerajaan campuran barisan pembangkang Perak yang sudah isytihar nak jadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional, pada awalnya kelibat ADUN kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dicelah-celah sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya petang Rabu mengejutkan para wartawan yang hadir.

Ini kerana sebelum ini tiada siapa yang sangka beliau akan lompat balik ke pangkuan UMNO setelah baru 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Tindakan beliau bukan saja mencipta sejarah paling singkat lompat dan lompat balik tetapi juga memberi tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum ini riuh merayakan lompatannya.

Beliau berdiri dibelakang Najib semasa sidang akhbar itu. Dikerumuni para wartawan selepas itu Nasaruddin berkata beliau berbuat demikian kerana mahu melihat tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil.


Manusia berpaling tadah patut dilempar dengan kasut - Tok Guru

05 Feb 2009 12:47AM

KB: Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. / Harakah


Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan


BN tunggu isyarat Istana mengadap Sultan Azlan Shah esok

05 Feb 2009 12:03AM

BARISAN Nasional (BN) Perak akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi bahawa parti itu mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga ADUN Bebas yang menyatakan sokongan terhadap BN akan turut serta dalam pertemuan itu.

"BN Perak akan mengadap Sultan Perak esok, tapi kita belum pasti lagi bila masanya kerana masih menunggu isyarat daripada pihak istana," katanya.

Pertemuan tersebut akan diketuai Pengerusi BN Perak yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pucuk pimpinan BN belum memikirkan mengenai calon Menteri Besar yang baru.

"Itu belum difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Pak Lah tetapi kita ada 28 calon sekarang ini," katanya.


BN kurang bijak tarik YB yang tiada kualiti, dituduh rasuah - Mahathir

05 Feb 2009 12:00AM

KL: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.


MB yakin keadilan Sultan, sementara jalankan tugas MB seperti biasa

04 Feb 2009 11:57PM

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.

"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.


DARIPADA HARAKAH.... RINGKASAN SEBAB WEBSITENYA TAK BOLEH DITEROKAI.... ramai sangat pengunjungnya...

Najib bertindak, umum terburu-buru tanpa dapat perkenan Sultan

IPOH, 5 Feb (Hrkh) - Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mendapat sokongan majoriti Dewan,

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah, Nizar masih MB - Pengamal Undang-undang

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Susulan kemelut politik yang berlaku di Perak berikutan empat Adun ber

Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon agar Sultan Perak tidak meng

DAP anggap Najib Razak 'perompak politik'

KOTA BHARU, 4 Feb (Hrkh) - Tindakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak memancing Adun Pakata

Wajar diadakan pilihan raya semula di Perak - Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Feb (Hrkh) - Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat