26.1.12

Antara Penyataan Statement Yang Bahaya......

Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad .....

Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.

Beliau berkata, kempen yang bermula serentak di sini, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga mahu menghebahkan bahawa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh masyarakat Barat dan Yahudi.

"Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan diberi tenaga manusia yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan kuat ibadat kepada Allah,” katanya.

"Jadi, kempen ini sebenarnya untuk menaikkan darjat Nabi sehingga ke taraf `superhero' dan menjadi contoh umat manusia, bukannya untuk merendahkan kedudukan baginda," katanya.

(Penyataan di atas mengelirukan seolah-olah rasulullah beribadat kepada Allah utk Allah beri balasan kpd Baginda Tenaga Seks yang kuat.

Adakah kita beribadat kepada Allah untuk dapatkan tenaga seks kuat ?

Statement yang menakutkan..........)

No comments: