Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

MENFITNAH ADALAH LUMRAH DAN ASAS DALAM POLITIK DI MALAYSIA

Salam Tahun Baru 2012 Buat Semua,

Dalam dunia politik..mempercayai sesuatu yang "rumez" adalah sesuatu yang mesti dn ianya umpama MSG, pedas, asam, ajinomoto, budu, cencaluk, nasi tambah dalam masa makan.

Ramai yang minat jadi kaki bawa cerita atau kaki ampu demi survival calon/individu yang diminatinya sama mereka bekerja secara free atau berbayar....tapi lebih ramai yang berbayar dan menjadikan ianya sumber pendapatan (halal ke haram?).

Rakyat bawahan pula akan cepat percaya tanpa ada satu sifat yang Allah tekan dalam alQuran "Apabila orang fasik bawa berita, check dulu!".

Mereka lebih percaya kalau yang bawa berita itu satu bendera dengan mereka (tanpa mereka check benar atau salah) lebih-lebih lagi kalau berita berbentuk sensasi.

Mereka amalkan konsep "kalau geng bawa berita ...semuanya benar (walaupun salah atau berita palsu) TETAPI kalau musuh bawa berita..pasti ianya salah dan fitnah (walaupun sebenarnya berita benar...)"

Akhirnya ...sesiapa yang terlibat dalam dunia politik MAKA readylah dgn golongan pemfitnah ini yang ramai di dalam dunia tersebut....mereka sekadar mengharapkan habuan dunia........

Sebelum ini, isu Dr Hassan Ali yang sampai sekarang masih lagi panas...

Kini giliran Menteri Agama pula.......

Lepas ini siapa?

Dakwaan seleweng wang zakat tidak benar




SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baharu, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit itu," katanya kepada pemberita di sini semalam

No comments: