28.11.17

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda
membaca
dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri
ini
*********************************************************************
***
*********************************************************************
***


Riwayat ketiga ini menunjukkan dengan seterang-terangnya kepada
kita hakikat pereka-perekanya. Siapakah mereka dan apakah sebenarnya
motif yang mendorong mereka mencipta cerita-cerita yang seperti ini.
Hasil analisa kita terhadap cerita ini menampilkan beberapa
kesimpulan
seperti berikut:-


1. Maksud mereka bukan sekadar melakukan Tabarra terhadap
Saidina Umar dan keluarga beliau tetapi juga melalui beberapa
perkataan
yang terdapat di dalamnya mereka juga melakukan TAbarra terhadap
Rasulullah dengan menyerang Baginda dengan serangan yang halus.
tetapi
sangat tajam. Oleh kerana mereka juga tidak percaya kepada Quran
yang ada
ini maka mereka mempersenda-sendakan orang yang membaca Al Quran,
seolah-olah Al Quran yang ada ini tidak dapat membuahkan apa-apa budi
bekerti yang baik dalam diri pembaca-pembacanya. Lihatlah kepada Abu
Syahmah yang senantiasa asyik membaca Al Quran. Apakah hasil yang
diperolehinya daripada pembacaan Al Quran ini? Tidak lain hanyalah
perlakuan keji yang telah menyeretnya menerima hukuman hudud hingga
mati!!


2. Paling mendukacitakan ialah pereka-pereka cerita ini tidak
mengetahui bahawa Abu Syahmah bukannya kuniah (nama samaran)
Ubaidullah.
Sekiranyanya mereka berkeras mengatakan Abu Syahmah ialah kuniah
Ubaidullah maka sikap itu merupakan bukti paling besar tentang
pendustaan
mereka. Sebabbya Ubaidullah bin Umar terus hidup sampai kepada
peperangan
Siffin dan dalam peperangan itu beliau syahid di pihak Muawiyyah.
semua
ahli sejarah termasuk ahli sejarah dari kalangan Syiah mengatakan
bila
Saidina Umar terbunuh syahid maka Ubaidullah terus membunuh Hurmuzan
yang
dianggap bersyubahat dalam pembunuhan Saidina Umar. Kes pembunuhan
itu
merupakan kes pertama yang dihadapi oleh Saidina Othman setelah
beliau
dilantik menjadi Khalifah. Adakah Ubaidullah telah hidup kembali
setelah
menerima hukuman had seperti yang tersebut dalam kisah yang sedang
kita
bicarakan ini.? Atau musih ISlam itu tidak nampak sesuatu yang lain
selain hasrat mereka untuk memburuk-burukkan Saidina Umar serta
keluarganya dan dalam kekalutan memburu hasrat itu mereka tidak sedar
siapa yang hidup dan siapa pula yang mati.?


3. Nabiz itu sendiri asalnya bukanlah sesuatu yang haram kecuali
kalau ia memabukkan. Dan ia tidak memabukkan melainkan selepas 3/4
hari
(diperam). Kenapakah golongan pereka-pereka cerita palsu yang bodoh
ini
telah menganggap setiap nabiz memabukkan. Dalam riwayat yang pertama
sebelum ini telah kita lihat bagaimana dengan jelas mereka menuduh
Abu
Syahmah meminum arak (khamar) sedangkan di sini lain pula ceritanya.


4. Riwayat ini membuktikan bahawa wanita yang denganya Abu
Syahmah melakukan perzinaan itu adalah perempuan (Imraah) yang
memberi
erti seorang yang sudah berkahwin. Soalnya kenapakah perempuan itu
menyembunyikan sampai begitu lama perkara yang mencemarkan
kehormatannya
sehingga melahirkan anak. Sebenarnya bagi seorang perempuan yang
sudah
berkahwin melahirkan anak bukan satu perkara pelik. Apa buktinya
anak itu
bukan anak suaminya.? Dakwaaannya semata-mata tidak boleh dijadikan
kerana bukti dan dalil itu adalah sesuatu yang lain daripada dakwaan
Bahkan kita sependapat diamnya perempuan itu selama 9 bulan merupakan
sebesar-besar bukti pembohongannya.


5. seperti sama -sama telah kita maklum kisah ini telah
diriwayatkan melalui 3 jalan. tetapi tidak disebutkan pada mana-mana
jalan riwayat tentang perempuan tersebut, orang arabkah atau Yahudi
atau
perempuan itu sengaja dibawa datang dari Persia untuk menyiapkan
cerita
ini?!!!



********* UMAR MEMUKUL ABDUL RAHMAN*************************


Sebenarnya Abu Syahmah itu bukanlah kuniah Ubaidullah tetapi
kuniah Abdul Rahman Al Ausath, iaitu salah seorang anak Saidina Umar.
Kisah sebenarnya sejauh yang diterima oleh ulama pengkaji Hadith
tidak
lebih dari yang disebutkan oleh mereka bahawa pernah Abdul Rahman Al
Ausath mengikuti Amar bin Al Asy ra dalam satu angkatan jihad di
Mesir.
Pada suatu hari, beliau meminum nabiz dan kebetulannya beliau mabuk.
Pada
pagi keesokannya beliau pergi menemui Amar bin Al Asy meminta supaya
melakukan had ke atasnya. Akan tetapi Amar bin Al Asy enggan
melaksanakan
justeru beliau tidak mendapati langsung kesan-kesan mabuk padanya dan
tiada pula saksi yang menyaksikan (selain daripada keyakinannya yang
berasaskan pendapat bahawa bukan semua nabiz itu memabukkan dan Abu
Syahmah atau Abdul Rahman pula tidak meminumnya dengan kesedaran
bahawa
nabiz itu sudah memabukkan). Abdul Rahman pun berkata, " Kalau engkau
tidak melaksanakan hukuman ke atasku, aku akan mengadukan perkara ini
kepada ayahku". Dengan terpaksa 'Amr bin Al ASy pun melaksanakan
hukuman
had ke atasnya di dalam khemahnya sampai tidak diketahui oleh
sesiapapun.
Kemudian Saidina Umar mendapat tahu perkata itu, beliau menegur 'Amr
Al
Asy dengan berkata," Kenapakah engkau tidak menjalankan hukuman itu
di
hadapan khalayak ramai malah sebaliknya engkau sembunyikan
perlaksanaannya?" tatkala Abdul Rahman pulang ke MAdinah berikutan
kemenangan yang dicapai oleh orang Islam di Mesir maka Saidina Umar
memukul Abdul Rahman sebagai ta'dib (membentuk adab) dan tarbiyyah
(pendidikan). Secara kebetulan beberapa hari kemudian Abdul Rahman
jatuh
sakit dan sakitnya itu rupa-rupanya membawa beliau menemui ajalnya.


Selepas mengemukakan cerita ini Imam Ibnu Al Jauzi dan As Suyuti
menulis bahawa, " Sekadar inilah asalnya cerita ini tetapi ahli-ahli
cerita telah menokok tambahnya sehingga menjadi satu cerita yang
tersendiri pula" (Al Maudhu'at jilid 3 ms 275, Al la Ali'u Al
Masnu'ah
jilid 2 ms 198)



***** Kesimpulannya,


Pereka cipta cerita ini merupakah pekerjaan orang majusi atau
yahudi atau golongan yang menggabungkan kedua sifat ini yang mengaku
bahawa mereka mempunyai para Imam yang mengetahui hal yang ghaib.
Mereka
ini menaruh dendam kasumat kepada Saidina Umar dan keluarganya yang
telah
menjatuhkan empayar mereka. walaupun begitu mereka tetap bercanggah
pendapat dalam menunjukkan pula kepalsuan cerita-cerita mereka itu.


Wassalammualaikum


Tulisan itu adalah ditulis Oleh Ustaz MUhammad Asri di dalam Majalah
Al
Mustaqim

25.8.17

KURSUS ASUHAN DI RUMAH SECARA PERCUMA!

kURSUS PERCUMA, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI?

Khas untuk

1.Graduan yang ingin menceburi bidang penjagaan di rumah
2. Suri Rumah sepenuh masa.
3. Wanita/gadis yang sudah memulakan taska rumah atau penjagaan di rumah.
4. Wanita/gadis yang ingin membuat penjagaan anak-anak di rumah.
5. Wanita/gadis yang ingin menceburi bidang perniagaan penjagaan anak di rumah
6. Sesiap sahaja yang berminat

Hubungi SEGERA. Tempat adalah terhad.


24.3.17

Srategy Kepemimpinan 1 dari Joseon

1. Layakkan anak berusia bawah 12 tahun menjadi pemimpin utama?
Mampukan dia memahami hakikat politik dunia?
 

2. "Kemarahan dan kesedihan melampau yg dibenamkn dlm hati akn mbunuh diri jika tdk diluahkan. Ianya duri dlm daging"

3. Kuasa firasat n instinct orang perempuan lebih ke garisan tepat berbanding lelaki.

4.Diantara akhlak mulia dan kebolehan memimpin, manusia berbahas utk tentukan yang mana utama?
Ada yang melihat seni memimpin lebih utama drpd akhlak mulia kerana akhlak milik individu manakala seni memimpin milik rakyat dan kemakmuran rakyat.
Manusia yang buruk akhlaknya tetapi cekap kepimpinannya akan lebih membawa negara kw arah lebih maju di masa hadapan. Manakala akhlak yg buruk itu boleh dibaiki satu persatu.
Ada pula yg membawa idea sebaliknya.
Akhlak adalah tunjang utama kepimpinan yang amanah integriti dan memakmurkan rakyat.
Pemimpin yg buruk akhlak akan melahirkan monster dan mobster yang dahsyat teruknya. Negara maju tetapi rakyat menderita kerana hasil bumi utk poket pemimpin. Jangka masa yg panjang negara akan berhenti maju dan musnah teruk.
  

16.3.17

How to Install Ubuntu 16.10/16.04 Alongside With Windows 10


How to Install Ubuntu 16.10/16.04 Alongside With Windows 10 or 8 in Dual-Boot

14.3.17

ADAKAH BENAR MUAWIYYAH MEMBUNUH SAIDATINA AISYAH?

Kebohongan Muawiyah Membunuh Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahu anha Termasuk Salah Satu Kedustaan Rofidah


Syiah Rafidhah menuduh bahwa Ibnu Khaldun menyebutkan bahwa Muawiyah radhiallahuanhu adalah termasuk orang yang membunuh Aisyah radhiallahu anha. Saya tahu ini seratus persen bahwa perkataan ini termasuk kebohongan Syiah Syiah. Akan tetapi apa mungkin anda memberikan sedikit penjelasan tentang masalah ini agar saya dapat memberikan bantahan kepada mereka?
Published Date: 2016-04-05
Alhamdulillah
Syiah termasuk kelompok sesat, mereka adalah makhluk Allah yang paling berbohong dan seingkali membuat tuduhan kepada orang-orang. Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Syiah adalah kelompok umat paling berdusta secara umum. Mereka termasuk kelompok yang paling besar mengaku Islam dari sisi pengagungan dan kesyirikan.” (Majmu Fatawa, 27/175).
Silahkan merujuk jawaban soal no. 1148 dan soal no. 113676.
Mereka telah menyebutkan kebohongannya di antara tuduhan mereka bahwa Muawiyah radhiallahu anhu ketika mengambil baiat untuk anaknya Yazid, Aisyah mengatakan kepadanya dalam kondisi mengingkari perbuatannya, “Apakah para orang tua memanggil keluarganya untuk berbaiat? Beliau mengatakan, “Tidak. Aisyah mengatakan, “Dengan siapa anda mencontoh?” Maka (Muawiyah) malu. Dan dia menyiapkan lobang, sehingga (Aisyah) terjerumus dan mati di dalamnya.” (As-Shiratal Mustaqim,, (3 bab 12/45).
Ini adalah batil dari beberapa sisi:
Pertama, bahwa Aisyah radhiallahu anha meninggal dunia secara wajar, tidak dibunuh radhiallahu anha. Dan ini kesepakan ahli ilmu. Qosim bin Muhammad mengatakan, “Aisyah mengaduh dan Ibnu Abbas datang seraya mengatakan, “Wahai Ummul Mukminin, engkau akan mendatangi tempat kemuliaan, kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan Abu Bakar radhiallahu anhu.” (Tarikhul Islam, 4/249)
Silahkan merujuk ‘At-Tahdzib  (12/386) As-Siar (2/192) At-Tobaqat Al-Kubra (8/78).
Kedua, hubungan yang terjadi antara Muawiyah dan Aisyah radhiallahu anhuma hubungan yang baik. Disifati degan penuh kasih sayang, menyambung, kebaikan dan mengenal kabenaran Ummul Mukminin. Biasaanya beliau mengunjungi, menyambung, masuk ke dalam, berbincang-bincang dan meminta nasehat kepada (Aisyah). Hal itu terus berlangsung selama hidupnya sampai beliau meninggal dunia radhiallahu anha.
Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam sunannya, (2414):
أن مُعَاوِيَة كتَب إِلَى عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : أَنْ اكْتُبِي إِلَيَّ كِتَابًا تُوصِينِي فِيهِ وَلَا تُكْثِرِي عَلَيَّ ، فَكَتَبَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا إِلَى مُعَاوِيَةَ : سَلَامٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ : فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ ، وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ ) وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ ، وصححه الألباني في " صحيح الجامع " (2024
“Bahwa Muawiyah menulis surat ke Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu anha. Hendaknya menulis surat untuk memberikan wasiat kepadaku dan jangan terlalu banyak. Kemudian Aisyah radhiallahu anha menulis kepada Muawiyah,”Semoga keselamatan terlimpahkan kepada anda amma ba’du. Sungguh saya telah mendengar Rasulullah sallahualaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang mencari ridha Allah di atas kemurkaan manusia, maka Allah akan melindunginya dari gangguan manusia. Dan siapa yang mencari ridha manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah serahkan (urusannya) kepada manusia. Wassalam.” (Dinyatakan Shahih Al-Bany di Shahih Al-Jami, 2024).
Diriwayatkan oleh Al-Hakim (67) dari Hisyam dari ayahnya, “Muawiyah bin Abu Sofyan memberikan kepada Aisyah radhiallahunaha 100.000 (uang) kemudian beliau bagi sampai tidak tersisa sedikitpun. Barirah mengatakan, “Anda puasa, kalau seandainya anda membeli daging dengan satu dirham.” Aisyah mengatakan, “Jika saya ingat (ketika itu) pasti saya lakukan.” (DiShahihkan oleh Dzahabi di Siar, 2/186).
Dari Atha’ bahwa Muawiyah memberikan kepada ke Aisyah sekantong uang berisi 100.000 kemudian beliau bagi kepada ummahat mukminin (isteri-isteri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam).” (Siyar A’lam Nubala, 92/187).
Said bin Abdul Aziz mengatakan, “Muwiyah memberikan untuk Aisyah 18.000 dinar. “ (Tarikh Islam, 4/248).
Dari Abdurrahman bin Qosim berkata, “Muawiyah memberi hadiah pakaian dan dana dan sesuatu yang ditaruh di tiang untuk Aisyah. Ketika beliau keluar dan melihatnya, beliau menangis dan mengatakan, “Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam tidak pernah mendapatkan hal ini. Kemudian beliau membagikannya sehingga tidak tersisa sedikitpun.” (Hilyatul Auliya, 2/48).
Diriwayatkan oleh Alqomah bin Abu Alqomah dari ibunya berkata, “Muawiyah datang ke Madinah, lalu beliau kirim permintaan kepada Aisyah, isinya, “Kirimkan untukku anbajaniah (kain) Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan rambutnya.” Maka Aisyah mengirim permintaan tersebut lewat aku yang membawanya. Kemudian beliau ambil kain Anjaniyah dan dipakainya, sementara itu rambutnya di cuci dengan air dan meminumnya dan mengoleskan  kulitnya.” (Tarikhul Islam, 4/311).
Ketiga:
Yang dikenal dari Ibnu Khaldun rahimahullah, beliau termasuk orang yang menghormati para shahabat Nabi sallallahu alaihi wa sallam. Tidak mencela satupun dari mereka. Beliau mengembalikan perbedaan dan pertempuran yang terjadi di antara para sahabat sebagai ijtihad dan karenanya mereka semua diberi pahala. Masing-masing di antara mereka menginginkan kebenaran. Tidak dibolehkan seorang pun membicarakan mereka dengan kebatilan karena terjadinya fitnah. Beliau rahimahullah mengatakan, “Ini yang selayaknya dipahami terhadap  prilaku para salaf dari kalangan para shahabat dan tabiin. Mereka adalah umat terbaik, kalau kita ganti  kehormatan mereka menjadi celaan, siapa lagi yang dikhususkan dengan sifat adilnya. Sementara Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
خير الناس قرني ، ثم الذين يلونهم - مرتين أو ثلاثاً - ثم يفشو الكذب
“Sebaik-baik manusia adalah di masaku. Kemudian setelahnya –dua atau tiga kali-kemudian merebak kebohongan.”
Beliau menjadikan kebaikan yaitu adil khusus di masa pertama dan setelahnya. Maka jaga diri dan lisan anda dari mencela salah satu di antara mereka. Jangan hati anda tergoda dengan keraguan sedikit pun terhadap apa yang terjadi diantara mereka. Carilah untuk mereka kesimpulan dan pandangan (kebenaran) semampu anda. Mereka adalah manusia yang paling mulia, mereka tidak berselisih kecuali dengan bukti. Mereka tidak berperang atau terbunuh kecuali di jalan jihad atau menunjukkan kebenaran. Meskipun begitu, yakinilah bahwa perbedaan mereka itu menjadi rahmat bagi umat setelahnya. Agar masing-masing dapat memilih dari mereka dan menjadikannya sebagai imam, petunjuk dan dalil. Fahami hal itu, dan akan tampak hikmah Allah dalam penciptaan dan alam semestanya. Ketahuilah bahwa Allah mampu melakukan segala sesuatu dan kepada-Nya kembali dan dikumpulkan.” (Tarikh Ibnu Khaldun, 1/218).
Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak di dapati dari perkataan ahli sejarah kabar yang di dalamnya terdapat tuduhan dan semacamnya kepada hak mereka –maksudnya para shahabat –, maka selayaknya jangan kita hitamkan catatan amal kita (dengan ikut menyebarkan fitnah tersebut).” (Tarikh Ibnu Khaldun, 2/188).
Ibnu Khaldun termasuk orang yang sangat menghormati, menghargai dan menyanjung Muawiyah radhiallahuanhu. Beliau mengatakan dalam kitab Tarikhnya, 2/188, “Selayaknya pemerintaan Muawiyah dan sejarahnya diikutsertakan dalam catatan sejarah  pemerintahan para Kholifah (Khulafaurrasyidin), karena beliau mengikuti mereka dalam keutamaan, keadilan dan kebersamaan (dengan Nabi)…”
Yang benar adalah Muawiyah termasuk dalam kelompok par  khalifah. Akan tetapi para ahli sejarah mengakhirkannya dalam tulisan mereka karena dua sebab.
Pertama, bahwa khilafah pada masanya di dapatkan dengan cara mengalahkan. Karena seperti yang telah kami ketengahkan adanya asobiyah (fanatisme golongan) yang terjadi pada masanya. Sementara sebelum itu terjadi dengan cara memilih dan musyawarah. Sehingga mereka membedakan di antara dua keadaan. Maka, Muawiyah adalah Khalifah pertama yang meraih kekuasaan dengan cara mengalahkan dan fanatisme golongan sebagaimana yang diungkapkan oleh para ahli hawa nafsu tentang kehidupan raja-raja. Mereka pukul rata semuatnya seakan-akan sama saja satu sama lain. Sungguh  Muawiyah tidak sama dengan orang-orang setelahnya, semoga Allah merahmatinya.” (Tarikh Ibnu Khaldun, 2/188).
Beliau rahimahullah juga mengatakan, “Yang menjadikan Muawiyah lebih mengedepankan anakna Yazid untuk kekuasaan bukan kepada selainnya karena menjaga kemaslahatan persatuan manusia, yaitu dengan bersatunya ahlu hili wal aqdi waktu itu dari Bani Umayyah, karena Bani Umayyah waktu itu tidak rela jika khalifah selain dari mereka. Mereka adalah kelompok besar Quraisy dan Ahli Agama semua. Serta yang memenangkan diantara mereka. Sehingga yazid lebih dikedepankan dibandingkan lainnya yang dianggap lebih utama untuk menjaga kesatuan dan persatuan yang urusannya lebih penting dalam agama. Meskipun Muawiyah tidak diduga sepeti ini, maka keadilan dan kedudukannya sebagai shahabat (nabi) menghalanginya melakukan selain itu. Begitu juga kehadiran para senior dari kalangan shahabat serta diamnya mereka, sebagai dalil hilangnya keraguan pada mereka. Mereka bukan orang yang serampangan dalam mengambil kebenaran, begitu juga Muawiyah bukan orang yang gengsi untuk menerima kebenaran. Mereka semua lebih mulia dari itu semua. Keadialan mereka menghalangi akan hal itu.” (Tarikh Ibnu Khaldun, 1/211).
Yang menyangka bahwa Muawiyah membunuh Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha dan Ibnu Khaldun menyebutkan hal itu dalam kitabnya termasuk orang paling bohong.
Sebagai tambahan, silahkan lihat jawaban soal no. 147974.
Wallahu a’lam.

Huraian Kisah Saidina Umar Memukul Anaknya / Sebat Anak. Benar atau Palsu?

Pastikan anda telah mengikuti Siri Tabarra 1 - 10 sebelum anda membaca dan memahami Tabarra 11.... Jika belum sila hubungi penghantar siri...