1.1.12

BILAKAH BELIA MELAYU ISLAM NAK SEDAR AKAN BAHAYA ARAK DI DUNIA DAN DI ALAM KUBUR!

JAIS tahan 10 belia Melayu minum arak

SAYA cadangkan program Modal Insan Selangor dihidupkan semula iaitu program meletakkan mereka dalam liang lahap atau kubur yang digali selama 15 minit supaya mereka memuhasabah diri di dalamnya...elok juga ...kalau pihak MAIS dan JAIS menyediakan tempat itu sebagai ganti lokap sementara.

Mudah-mudahan Allah memberikan keinsafan dgn mereka yang tahu hukum hakam arak tapi nak buat juga.....


SALAH seorang penguat kuasa JAIS mengambil butiran pengenalan seorang pengunjung pada Ops Mungkar di Petaling Jaya awal pagi semalam.


PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

"Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.

"Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.

Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun

No comments: