16.7.13

Pencetak/printer semakin moden...manusia semakin sibuk...

Pengguna kamera digital boleh menggunakan Pixma MG6370 untuk menghantar tugasan dengan sokongan Wi-fi. 
 
KOMITED untuk menjadikan pengalaman mencetak foto lebih menarik dan mudah, Canon memperkenalkan tiga produk tambahan dalam rangkaian pencetak foto Pixma iaitu MG6370, MG5470 dan iP7270

Ketiga-tiga pencetak berkenaan mempunyai sokongan Wi-Fi yang membolehkan pengguna menghantar tugasan tanpa wayar daripada komputer peribadi, notebook dan telefon pintar.
Bagi MG6370 dan MG5470, pengguna kamera digital dengan ciri Wi-Fi juga boleh menikmati kemudahan ini apabila berada dalam kawasan liputan Wi-Fi. 

Pengguna Apple iOS juga boleh mengambil kesempatan terhadap hubungan tanpa wayar ini dengan Apple AirPrint tanpa perlu menambah pemacu tambahan atau aplikasi perisian.
Maju selangkah lagi, MG6370 dan MG5470 menyokong hubungan terus kepada perkhidmatan Pixma Cloud Link yang membolehkan pengguna mengakses dan mencetak foto serta template, terus daripada ruang pencetak itu sendiri. 

Selain itu, pemegang akaun Google diberi pilihan untuk mencetak dokumen dan e-mel Google melalui perkhidmatan Google Cloud Print serta menghantar tugasan cetakan mereka terus kepada pencetak dengan menggunakan telefon pintar atau komputer peribadi mereka dari mana saja mereka berada.
Pencetak Pixma MG6370, MG5470 dan iP7270 direka khas untuk memaksimumkan kemudahan tanpa menjejaskan nilai estetiknya. 

Kedua-dua pencetak MG6370 dan MG5470 boleh dirapatkan ke dinding, menghasilkan penampilan keseluruhan yang lebih kemas dan bergaya di pejabat dan di rumah.
Dalam membantu menjaga alam sekitar dan menjimatkan kos serta masa mencetak, pencetak-pencetak ini mempunyai dua ruang kertas di hadapan, bagi pengguna memasukkan dua saiz kertas yang berbeza pada satu masa. 

Pengguna juga boleh memilih cetakan dwimuka dengan fungsi Cetakan Auto Duplex, selain boleh mencetak terus ke dalam caker CD, DVD dan cakera Blu-ray, dengan ciri Cetakan Direct Disc. Ciri ini memansuhkan keperluan pelekat label cakera yang berlainan.

Pencetakan foto berkualiti tidak pernah lebih praktikal, mudah dan penuh bergaya!
Pencetak-pencetak Pixma ini dilengkapi dengan My Image Garden yang menggalakkan pengguna menemui sifat kreatif dan keupayaan seni mereka.

My Image Garden membantu pengguna menyusun foto-foto mereka mengikut sebarang kategori pilihan dan membolehkan mereka mencipta kandungan baru daripada foto-foto lama yang boleh diubah menjadi kalendar, kad dan atau dengan kolaj. 

Turut dimasukkan di dalam My Image Garden adalah program-program seperti Creative Park Premium, Fun Filter Effects dan Full HD Movie Print yang membolehkan pengguna meneroka dan berseronok sambil mencetak. 

Penciptaan kandungan baru juga boleh dibuat terus dari Facebook melalui aplikasi khusus Facebook, Print Your Days.
 
Ini adalah kerana muncung mikroskopik berkepadatan tinggi mewujudkan titisan dakwat yang halus sehingga 1pl

Kreatif, Proaktif dan Berani tetapi bukan pada tempatnya...

Rakyat kelantan terkenal dengan Sifat Suka Berniaga, Suka mencuba benda baru, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan melaksanakan budaya berani menghadapi apajua risiko.Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan disarankan menyediakan BANYAK Pusat pengajian Kreatif dan Pusat melatih pelajar berbentuk praktikal dan Pusat melatih penyelidikan yang betul dan tersusun.Supaya kejadian setiap raya dapat dikurangkan.... seperti dibawah.... 
Keadaan tangan kiri seorang pemuda yang hilang beberapa jari setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kota Bharu, Sabtu lalu. 
 
KOTA BHARU 15 Julai - Tindakan seorang pemuda membuat uji kaji dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila 'bahan uji kaji' itu meletup ketika dalam genggamannya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang beberapa hari lalu mengakibatkan pemuda berusia lingkungan 20-an putus jari tengah dan manis manakala tapak tangannya turut terkoyak.

Menurut sumber, sejurus selepas kejadian pemuda itu dibawa ke sebuah hospital di bandar ini untuk menerima rawatan ekoran kecederaan parah yang dialami.

"Pemuda itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung meletup.

"Dia memasukkan belerang dalam batang besi payung dan ketika hendak memampatkan bahan tersebut, tiba-tiba belerang itu meletup sehingga mengenai tangannya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut sumber itu lagi, pemuda itu melakukan perbuatan tersebut bersama beberapa rakannya namun hanya dia seorang yang mengalami kecederaan.

Kejadian kecederaan akibat letupan mercun itu merupakan yang pertama berlaku di negeri ini seminggu selepas umat Islam menyambut Ramadan