27.6.10

MANSUH ATAU ROMBAK UPSR DAN PMR?

Henti bunuh potensi pelajar

Anuar Ahmad


CADANGAN supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga meminta supaya sistem penilaian sedia ada dikekalkan.

Wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK meninjau pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad berhubung cadangan tersebut. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombak.

Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan mempunyai pandangan yang sama. Ketika ditemubual HAFIZAHRIL HAMID, beliau menekankan tentang pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata.

MINGGUAN: Adakah anda bersetuju UPSR dan PMR dimansuh?

ANUAR AHMAD:

Bagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum. Dari sudut teori pendidikan semua mengakui bahawa dalam diri manusia ada banyak potensi. Cumanya sebab UPSR terlalu berorientasikan pencapaian akademik, maka potensi-potensi lain walaupun dikembangkan dalam sistem pendidikan rendah tetapi tidak diutamakan. Misalnya dalam bidang sukan, kebudayaan, perbahasan, bahasa komunikasi, interpersonal. Walaupun semua itu penting tetapi oleh kerana sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan maka keperluan itu dikesampingkan.

Saya percaya peperiksaan perlu dirombak supaya semua elemen potensi manusia ini digabungkan semula. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1983, memang sudah mengambil kira semua perkara itu. Cumanya apabila dijadikan dalam bentuk penilaian, penilaian itu telah menjadikan struktur pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan.

Peringkat mana sebenarnya penilaian itu penting?

ANUAR AHMAD: Memang perlu ada dua tahap penilaian iaitu di peringkat rendah dan menengah. Itu mesti wujud. Tetapi untuk sekolah rendah, penilaian mesti dilakukan secara berterusan. Falsafah pendidikan sekolah rendah adalah pelajar menguasai perkara asas. Tidak boleh mana-mana pelajar ditinggalkan walaupun dikategorikan sebagai lemah, atau pendidikan khas iaitu menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira. Oleh itu mungkin pada peringkat paling awal iaitu Tahun 3, guru perlu menilai dan memastikan membuat laporan pencapaian pelajar sama ada telah menguasai perkara asas atau tidak. Untuk Tahun 5 dan 6 kita kena buat intervensi. Jika pelajar tidak boleh menulis, membaca dan mengira dengan baik maka guru mesti ada intervensi untuk menyelesaikan masalah pendidikan asas.

Henti bunuh potensi pelajar


Mohd. Ali Hassan


MINGGUAN: Apa pandangan Datuk tentang isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?

MOHD ALI: Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik.

Ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan fizikal (PQ), emosi, (EQ), rohani (SQ), intelek (IQ) dan saya tambah FQ atau kecerdasan kekeluargaan. Semua ini penting dalam keadaan masyarakat majmuk seperti Malaysia dan lebih penting kita tidak mahu anak-anak kita hanya berjaya dalam akademik semata-mata. Ini juga selaras dengan dasar yang mahu dibawa oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu pelajar satu sukan. Ini bagus kerana apabila pelajar mempunyai badan yang sihat otak mereka juga sihat. Ini membantu pelajar apabila meningkat dewasa tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja yang bersifat akademik dan fakta semata-mata.

Jika kita lihat sekarang ini para pelajar sebenarnya terlalu tertekan dengan peperiksaan. Selain itu pelajar juga dilihat agak ketinggalan dalam bidang bahasa. Jika kita bandingkan dengan penguasaan bahasa pelajar di Singapura misalnya pelajar kita ketinggalan dari segi komunikasi mahupun dalam menyampaikan buah fikiran.

Bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?

MOHD ALI: Bagi saya adalah penting para pelajar terutama di peringkat rendah mahupun di sekolah menengah benar-benar memahami dan menguasai kaedah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini kerana perkara ini adalah asas dalam pembelajaran. Tanpa mereka menguasai 3M, bagaimana mereka hendak meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi selain meningkatkan tahap mentaliti dan pemikiran mereka.

Oleh itu kita perlu memperhebatkan lagi proses 3M ini untuk mereka memajukan tahap pemikiran mereka dan kemudian dapat terus membudayakan sifat membaca kerana ia mengasah minat mereka sama ada dalam bidang sains, teknologi, pengiraan, sastera dan sebagainya. Sekarang ini selepas sahaja habis peperiksaan tidak ada budaya membaca kerana mereka belajar hanya untuk peperiksaan dan budaya inilah yang akan meningkatkan pemahaman dan kecenderungan mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju budaya membaca adalah asas yang sangat penting.

25.6.10

Penjara Pudu

Penamat riwayat Penjara Pudu


khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


MULUT dua buah jentolak itu dengan rakus memecahkan tembok tebal di hadapannya tanpa belas kasihan. Dalam sekelip mata tembok setinggi 4.5 meter itu runtuh menyembah bumi.

Sisa-sisa runtuhan yang terdiri daripada ketulan batu-bata itu kemudian berebut-rebut dikutip oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk dibawa pulang.

Tindakan itu ada asasnya kerana tembok tebal yang dirobohkan itu bukan sebarangan bangunan. Ia merupakan sisa tembok Penjara Pudu yang satu ketika dahulu menjadi 'rumah' kepada sejumlah penjenayah yang antaranya paling terkenal dalam sejarah perundangan di Malaysia.

Antara yang diingati sudah pasti Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, seorang ketua penjenayah bersenjata yang digeruni sekitar 1970-an. Dia akhirnya digantung sampai mati di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

Seperti tamatnya riwayat hidup Botak Chin, begitulah juga yang akan dialami Penjara Pudu yang telah berusia lebih 100 tahun itu, apabila temboknya mula dirobohkan Isnin lalu oleh dua buah jentolak milik kontraktor Syarikat Pertama Makmur Sdn. Bhd.

Melibatkan 30 pekerja, syarikat tersebut merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk merobohkan tembok penjara itu selepas keputusan dibuat untuk tidak mempertahankan bangunan berkenaan.

PINTU gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural yang akan dikekalkan menjadi tinggalan sejarah untuk disaksikan oleh generasi akan datang.

Ternyata, selepas berdiri teguh selama 118 tahun (dikira daripada tahun ia disiapkan pada tahun 1982), bangunan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri kepada mereka yang tahu menilainya itu terpaksa 'tunduk' kepada sesuatu yang digelar pembangunan.

Selepas tembok, bangunan itu pula secara berperingkat-peringkat akan dirobohkan keseluruhannya.

Tapak Penjara Pudu selepas ini akan dilingkari dengan bangunan moden gah sekali gus memegang status sebagai Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC). Pembangunan kawasan itu akan dimajukan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dengan melibatkan nilai pembangunan kasar RM5 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam pembentangannya di Parlimen baru-baru ini memberitahu kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, servis apartmen, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan premis perniagaan.

"Tapak Penjara Pudu ini bukan tapak warisan dan ia tidak akan dijadikan sebagai warisan. Penjara Pudu bukan sesuatu yang dibanggakan walaupun lama. Kerajaan juga tidak akan membangunkan muzium khas bagi penjara ini," katanya.

Projek itu dibahagikan kepada enam plot yang akan disiapkan dalam tempoh 10 tahun dan agihannya adalah 40 peratus untuk unit kediaman dan 60 peratus komersial di samping projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah.

Bernilai ekonomi

Apa yang pasti, rebahnya Penjara Pudu ternyata sedikit sebanyak menimbulkan polemik tersendiri lantaran wujud pro dan kontra daripada pembangunan di tapak itu.

Walaupun bernilai sejarah, namun berada dalam radius segi tiga emas Kuala Lumpur, ternyata nilai ekonomi kawasan itu terlalu tinggi untuk dikorbankan demi sebuah lokasi penempatan banduan.

Melihat dari sudut yang positif, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid bersetuju dengan keputusan untuk memajukan tanah tinggalan Penjara Pudu.

"Kenapa perlu disimpan kalau ia tidak memberi sumber ekonomi dan manfaat kepada rakyat. Dengan status penjara, imej yang dibawa bukanlah sesuatu yang wajar dimegahkan untuk dikekalkan," ujarnya yang melihat pembangunan di kawasan tengah Kuala Lumpur itu akan membawa keuntungan ekonomi kepada negara.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr. Jariah Masud pula memberitahu, tiada siapa yang boleh menyangkal Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah, tetapi tiada siapa boleh menolak pembangunan.

Bagaimanapun pintanya, sebagai menghormati nilai sejarah seharusnya ada struktur-sturktur ditinggalkan agar generasi akan datang tidak melupakannya.

LAKARAN artis mengenai projek pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang ihsan Kumpulan Senireka Sdn. Bhd.

LAKARAN artis mengenai projek pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang ihsan Kumpulan Senireka Sdn. Bhd

Lambang ketamadunan

Menyorot pandangan peribadi pencinta sejarah bagaimanapun ramai yang mengakui berdukacita dengan keputusan merobohkan bangunan itu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Datuk Dr. Adi Taha memberitahu, secara peribadi dia kurang bersetuju apabila melihat bangunan nostalgik itu diruntuhkan. Baginya Penjara Pudu boleh dianggap satu warisan lambang ketamadunan negara dalam sistem pentadbiran yang berusaha membanteras jenayah ketika itu.

"Jadi, tindakan ini sekali gus menyebabkan satu bangunan khazanah warisan negara telah hilang begitu sahaja. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dalam aspek warisan, ia harganya tidak ternilai," luahnya yang kini merupakan Felo Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim melihat tindakan tersebut sebagai sesuatu yang merugikan.

"Terus-terang saya memang sedih dengan keputusan tersebut. Situasi itu menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia kini sanggup mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan.

"Ini bukan cara terbaik dalam melaksanakan pentadbiran negara. Nilai-nilai murni mengenai bangsa dan kepentingan mempertahankan warisan serta sejarah negara semakin terhakis," tegas Khay Kim ketika dihubungi Kosmo!.

Pintu gerbang dikekalkan

.
PINTU gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural yang akan dikekalkan menjadi tinggalan sejarah untuk disaksikan oleh generasi akan datang


Bagaimanapun Penjara Pudu bukanlah dirobohkan dengan sewenang-wenang tanpa tindakan dokumentasi dan langkah-langkah penting untuk mengekalkan ia sebagai satu tinggalan sejarah negara.

KERJA-kerja merobohkan tembok Penjara Pudu menggunakan dua buah jentolak bermula Isnin lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad memberitahu pihaknya telah membuat dokumentasi berbentuk gambar dan video sebelum tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Proses dokumentasi itu bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang oleh semua pihak.

"Malah, Jabatan Warisan sudah meminta agar pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural di bahagian kiri dan kanan pintu utama dikekalkan sebagai kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi masa depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat dan semua pihak bersetuju untuk mengekalkannya," jelas A. Ghafar

24.6.10

SEKITAR PELANCARAN IKRAM MALAYSIA

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia

4 Essential Principles to Increase Luck in Your life

The Luck Factor
4 Essential Principles to Increase Luck in Your life

What is luck? Is it fate? Is it chance? Is it the Gods smiling down upon you? Guess again, says Dr Richard Wiseman. Enter The Luck Factor.

After 3 years of research, Wiseman arrived at the conclusion that luck can be learned. Wiseman breaks down luck into four principles:

  1. Maximize Your Chance Opportunities: Lucky people create, notice, and act upon the chance opportunities in their lives.
  2. Listen to Your Lucky Hunches: Lucky people make successful decisions by using their intuition and gut feelings.
  3. Expect Good Fortune: Lucky people's expectations about the future help them fulfill their dreams and ambitions.
  4. Turn Bad Luck Into Good: Luck people have the ability to see the positive side of their bad luck.

Filled with great anecdotes and exercises to determine your "Luck Profile" .

23.6.10

8 POTENSI BESAR MANUSIA YANG HEBAT!

Thomas Edison pula hanya bersekolah selama 3 bulan sahaja sebelum diberhentikan. Pada usia 12 tahun beliau telah mula melakukan berbagai-bagai eksperimen dan mempunyai labarotarium R&D nya sendiri pada usia 29 tahun.


Dr. Howard Gardner, seorang professor psikologi di Harvard University yang menekankan tentang keupayaan manusia itu berbanding IQ. Berikut adalah 8 kecerdasan yang dimaksudkan:-

Linguistik. Ia merupakan suatu kecerdasan untuk menggunakan kapasiti menggunakan ayat-ayat dan perkataan secara efektif samada melalui lisan mahu pun tulisan. Ia termasuk kebolehan untuk memanipulasikan syntax atau struktur ayat, phonetics atau bunyi sesebuah perkataan atau juga makna sesebuah ayat atau perkataan. Contohnya seperti seorang ahli politik, penceramah, peguam yang berhujah dengan baik dengan kebolehan menggunakan ayat-ayat dan perkataan yang praktikal. Walaupun kadang-kadang merupakan sebuah retorik, tetapi ianya mampu untuk memukau dan mempengaruhi pendengar untuk melakukan sesuatu tindakan.

Logik Matematik. Dengan menggunakan kapasiti untuk menggunakan nombor-nombor secara efektif dan menggunakan hubung-kait sesuatu formula. Ini boleh kita lihat dalam profesion sebagai pakar matematik, akauntan percukaian, ahli statistik, saintis dan pengaturcaraan computer. Ia termasuklah sensitivity terhadap ‘logical patterns’dan perhubungannya, kenyataan dan hasil akhir sesebuah formula. Selain itu, ia juga menyentuh tentang fungsi sesebuah aritmetik itu seperti membuat kategori, klasifikasi, hipotesis, pengiraan dan sebagainya.

Spatial. Kecerdasan ini membolehkan seseorang itu memerhatikan secara tepat konsep dimensi ruang seperti pemburu, pengakap, pemandu arah dan membuat transformasi terhadap konsep ruang tersebut seperti perunding hiasan dalaman, arkitek, artis mahupun ‘inventor’. Mereka bertindak sensitive terhadap warna, garisan, bentuk, ruang dan kaitan antaranya. Mereka juga boleh menggambarkan sesuatu konsep dan mempersembahkannya dalam bentuk grafik.

Bodily Kinestik. Ianya merupakan kemahiran gerak tubuh yang bersifat motorik untuk mengekspresi idea dan perasaan seperti pelakon, atlit olahraga, penari, meniru mimic muka dan sebagainya. Ia juga berkait rapat dengan kebolehan seseorang itu untuk menghasilkan dan membuat transformasi melalui kemahiran tangan seperti tukang ukir kayu, mekanik, pakar bedah dan sebagainya. Ia memerlukan koordinasi yang spesifik, keseimbangan, kekuatan, flexible dan juga kelajuan.

Muzikal. Ia adalah kapasiti untuk membayangkan, membezakan, transformasi dan ekspresi bunyi-bunyian dalam bentuk lagu. Ia juga adalah sensitivity kepada ‘rhythm, pitch or melody’. Seseorang itu faham manakah lagu yang enak didengar dan menghayati setiap instrument yang dimainkan dalam sesebuah lagu tersebut.

Interpesonal. Ia merupakan keupayaan untuk membayangkan dan membuat penilaian terhadap, mood, motivasi, hasrat dan perasaan terhadap orang lain. Ia termasuklah membaca bahasa tubuh dan respons terhadap orang lain. Biasanya mereka sangat pandai bergaul dan menjaga perasaan seseorang itu.

Intrapersonal. Ia berhubung dengan kebolehan dan kecerdasan untuk memahami diri sendiri dan membuat penyesuaian berdasarkan kefahaman tersebut. Ia termasuklah mempunyai gambaran yang tepat dan jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka, memahami mood, hasrat dan motivasi, kehendak serta disiplin kendiri dan harga diri.

Naturalis. Kemahiran mengenal pasti dan mengklasifikasi jenis spesis yang pelbagai seperti flora dan fauna. Ia juga menyentuh tentang fenomena alam seperti pembentukan awan, gunung-ganang, volcano dan sebagainya.

22.6.10

Apabila Orang Jahil Berbicara Tentang Islam.........Manakala umat Islam byk membisu...kecuali mereka yang dirahmati Ilahi...

Apabila orang jahil dan bukan Islam cuba menunjukkan lagak alim berbicara tentang undang-undang dan hukum Islam.... manakala pendengar dari kalangan mukminin dan muslimin ramai yang membisu kecuali yang dimuliakan ilahi....

Akhirnya...ianya akan mengelirukan masyarakat Islam yang masih lemah dalam pemahaman Islam....

Beginilah jadinya....

++++++++++++++++++++++++

Dewan Rakyat kecoh Wee ungkit ‘fatwa’ Nik Aziz
Laporan Sariha Mohd Ali, Nazura Ngah dan S Anand Kumar

2010/06/22

Ahli Parlimen Bebas persoal PAS bantah lesen pertaruhan sukan

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bebas) menyokong cadangan lesen pertaruhan sukan dengan mengaitkan ‘fatwa’ Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan hasil perniagaan haram dalam hukum Islam seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan Kelantan, menimbulkan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen PAS menentang cadangan pemberian lesen pertaruhan oleh Kerajaan Pusat, walhal Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan hasil daripada perniagaan seperti arak boleh digunakan untuk pembangunan di negeri itu.

Tindakan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen dari PAS, termasuk Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) bangun mencelah bagi membantah kenyataan Wee dan meminta penjelasan tetapi tidak diberi laluan.

Dr Lo'Lo' berkata, Wee cuba mengelirukan Dewan dengan memberi fakta yang salah, manakala Khalid mahu menjelaskan maksud kenyataan Nik Aziz itu selepas Wee mengakui tidak memahaminya, tetapi tidak dibenar berbuat demikian.

Wee ketika meneruskan perbahasan berkata, pelesenan pertaruhan sukan tidak perlu dibantah kerana ia tidak membabitkan umat Islam dan Kerajaan Pusat boleh menggunakan fatwa Nik Aziz itu.

“Kerajaan Kelantan mengeluarkan 40 lesen arak dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur. Pertaruhan sukan bola sepak sudah wujud sejak dulu dengan jumlah pertaruhan berbilion ringgit. Sindiket haram mengaut keuntungan besar kerana pihak berkuasa gagal menanganinya dan tidak menyedari pertaruhan sukan yang dilesen dan dikawal memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

“Sebagai contoh, Singapura berjaya mengutip S$360 juta (RM878 juta) setahun hasil kutipan cukai pertaruhan sukan, manakala Hong Kong memperoleh HK$3.1 bilion (RM1.4 bilion).
“Jumlah dana ini besar dan boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan amat wajar pertaruhan sukan di negara ini dilesenkan dan dikawal selia, bukannya menghalalkan judi bola kerana kita negara Islam,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Katanya, kutipan cukai itu juga boleh digunakan untuk membangun sukan bola sepak supaya Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selain biasiswa, bantuan sara hidup golongan memerlukan dan kemudahan kesihatan rakyat miskin.



JAWAPAN daripada Mereka YANG TAHU>>>>>>>>


Choo Keong perbodoh diri sendiri
Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.

Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Choo Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.

Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.

Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.

Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.

"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.

"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.

"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.

"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.

"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.

Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.

Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai arak untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.

Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.

Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.

Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.

Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Choo Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


20.6.10

Kajian Seks Bebas Remaja Melayu - Satu Cabaran Buat Remaja Kini...

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/06/20

pix_gal0
Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya

16.6.10

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

15.6.10

Pemegang Kad Visa n MAstercard - berhati-hati dgn panggilan telefon!

TAdi, saya baru menerima panggilan telefon

1. Daripada Takaful Amanah Call Centre

2. Nama Konsultan : Zaki, telefon ialah 03-41087544

3. Modus operandi:
a) Cuba yakinkan kepada pelanggan ttg keperluan takaful amanah utk setiap kad visa dan mastercard.

b) Bila diasak dari mana terus jawab : oriental capital berhad....persoalan? yang ada oriental CAPITAL assurance berhad...TIADA nombor itu dalam talian mereka...??????

c) Ditanya wakil bank apa?... jawab dlm keadaan tidak konfiden.

d) Beliau cuba sedaya-upaya utk takutkan pelanggan dgn memfokuskan kepada apa yang berlaku kepada kita dan perlunya dicover dgn itu dan ini.... dikhayalkan dgn tawaran baru iaitu insurance/takaful RM 250,000 dan tambahan RM100,000.

e)Mengetahui nama penuh anda dan nombor IC anda.

f) Dikatakan kepada anda bahawa satu polisi telahpun dihantar kepada anda tetapi entah mengapa anda pulangkan semula...... bila ditanya dihantr kemana? tiada jawapan yang diberikan. Tetapi dimaklumkn kemudian bahawa akan dihantar polisi kali kedua.

g) Cuba menyakinkan anda bahawa percakapan dirakamkan utk tujuan keselamatan.

h) Polisi ke2 akan dihantar kpd anda sekiranya anda mengesahkan bahawa anda akan membeli polisi tersebut tetapi bila diminta difakskan dahulu.... beliau berkata..sebenarnya sebelum ini tidak berbuat demikian kerana tiada kebenaran pihak atasan...lazimnya polisi akan dihantar selepas mendapat persetujuan daripada anda (bersetuju utk beli). Pihak atasan akan call anda semula setelah anda bersetuju untuk membelinya.

Bila diminta dihantar dgn segera, katanya beliau akan hantar dan akan call semula keesokan harinya.


i) Harga tahunan ialah RM300 setahun atau 80 sen sehari.... dan beliau akan cuba berkali-kali untuk fokuskan kepada manfaat yang diberikan.

j) Beliau ada sedikit gelabah..bila diasak dgn beberapa ayat seperti
"hantar dulu polisi...kalau saya setuju saya akan sign".....dicounter balik bahawa kami ada sistem yang merekodkan percakapan...hanya setuju menerusi telefon dah dikira "jual - beli".

k) SEpanjang percakapan, salesperson ini akan menggunakan ayat lembut seperti panggilan "abang" atau "kakak"...dalam profesionalisme sepatutnya dipanggil encik atau puan.....


AKHIRNya, beliau akan beri pilihan supaya sama ada pagi atau petang esok utk call semula.

+++++++++++++++++++++++++++

Bila ditelefon kepada Maybank dan beberapa bank yang lain...

Jawapan yang diberikan ialah

1. Mungkin itu "FRAUD CALL"

2. Kami tidak melantik syarikat lain uruskan takaful/insurance utk card melainkan syarikat itu dibawah kami sendiri malah kami yang akan telefon dgn nombor kami sendiri.

3. Jangan mudah percaya dgn panggilan daripada 3rd party.

4. Jangan mudah berikan nombor kad kredit kepada sesiapapun menerusi telefon...JANGAN MUDAH PERCAYA!

5. Jangan MUDAH berikan 3 nombor sekuriti dibelakang Kad Kredit Anda....

6. Berhati-hati buat semua pemegang kad...ramai yang ingin memanpulasikan anda...sebab mudah diambil duitnya.....

JADI...BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN YANG MEMPUNYAI KAD KREDIT....BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN YANG MENAWARKAN ITU DAN INI ATAU MENGAKU WAKIL KEPADA MANA-MANA BANK

JANGAN MUDAH PERCAYA.......

JAGA NOMBOR KAD ANDA DAN NOMBOR SEKURITI ANDA......

JANGAN MUDAH BERI JAWAPAN TETAPI PERBANYAKKAN SOALAN AGAR PEMANGGIL AKAN GELABAH DGN ANDA......


BERHATI-HATILAH.....

Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan


Azamin Amin


Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap
hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama
ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini
umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim
dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil
menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta
oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan
penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan
3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan
PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada
yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan
menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu
semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan
asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti
akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

14.6.10

HORMATILAH ANUGERAH ILAHI INI.....SAYANGILAH SEBELUM IANYA HILANG DARI ANDA!

Gangguan sistem pencernaan
Oleh Hafizah Iszahanid


Sistem pencernaan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sistem pencernaan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Penyakit berkaitan penghadaman seperti pedih ulu hati, radang dan barah usus antara penyebab utama kematian di hospital

ANDA boleh selesai mengunyah sekeping roti dalam masa kurang dua minit. Bagaimanapun tubuh mengambil masa yang lebih lama untuk mencernakan makanan yang anda makanan. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa tubuh mengambil masa lebih 18 jam untuk membuang sisa makanan selepas anda menikmati hidangan tengahari.

Kenyataan ini jelas menunjukkan sistem pencernaan atau penghadaman ini satu sistem yang rumit. Ia juga terdedah kepada pelbagai gangguan disebabkan penyakit, diet dan tekanan emosi

Antara masalah pencernaan yang paling biasa ditemui ialah pedih ulu hati, radang usus dan hari ini, kian ramai rakyat Malaysia diserang barah usus. Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan.

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian.
Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Antaranya;

Masalah refluks

Masalah refluks gastroesofageal (GERD) dialami apabila salur makanan (esofagus) bahagian bawah (injap antara salur makanan dan perut) tidak tertutup dengan kemas. Ini menyebabkan kandungan asid perut mengalir kembali ke esofagus. Simptom paling umum masalah ini ialah pedih ulu hati diikuti dengan batuk, suara serak, sendawa dan rasa masam di mulut.

GERD adalah masalah yang kronik dan dideritai sepanjang hayat jika tidak dirawat. Jika berlaku kecederaan pada lapisan esofagus, ia juga tanda masalah yang kronik. Apatah lagi kecederaan itu boleh berulang apabila rawatan dihentikan.

GERD boleh ditangani dengan perubahan gaya hidup. Mulakan dengan menjauhi makanan yang boleh memburukkan lagi masalah anda misalnya coklat, pudina, alkohol dan minuman berkafein. Jauhi juga makanan berlemak dan berhentilah merokok. Jika perubahan gaya hidup tidak membantu, GERD boleh ditangani dengan pembedahan.

Sindrom usus terganggu atau radang usus (IBS)

IBS adalah sejenis gangguan pada usus besar yang menyebabkan sakit perut, kekejangan atau kembung selain cirit birit dan sembelit. Ia gangguan umum dan ramai rakyat Malaysia mengalaminya setiap hari.

Punca utama IBS terjadi tidak diketahui. Bagaimanapun dipercayai saraf dan otot di usus yang terlalu sensitif menyebabkan ia tidak berfungsi seperti sepatutnya. Otot itu mungkin mengecut dengan banyak apabila kita makan menyebabkan berlaku kekejangan dan cirit birit.

Masalah ini juga mungkin berkait dengan faktor persekitaran dan genetik. Merawat IBS memerlukan anda berbincang dengan doktor. Ini disebabkan rawatan diberi berdasarkan gejala, darjah kronik masalah yang anda alami dan bagaimana IBS mempengaruhi kehidupan harian anda.

Perubahan diet dan gaya hidup antara kaedah rawatan tetapi ada juga mereka yang perlu mengambil ubat-ubatan. IBS dialami kira-kira 430,000 rakyat Malaysia. Di seluruh dunia pula kadarnya adalah seorang dalam setiap 10 orang.

Ulser peptik

Ulser peptik ialah masalah pada liang kecil yang menembusi lapisan perut/duodenum. Gejalanya seperti rasa sakit seakan panas membara di kawasan antara pusat dan tulang dada, hilang selera makan, muntah darah dan najis berwarna hitam.

Satu punca masalah ini adalah penggunaan ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin dan ibuprofen. Jangkitan bakteria helicobacter pylori juga antara punca ia terjadi.

Barah usus

Boleh menyerang tanpa simptom awal. Justeru pemeriksaan berkala sangat digalakkan. Sesiapa saja boleh diserang barah usus terutama apabila usia meningkat. Ia paling banyak dikesan pada mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Walaupun punca sebenarnya tidak diketahui tetapi faktor usia, jantina, sejarah keluarga memainkan peranan penting. Selain itu diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah serat, merokok dan gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko diserang barah usus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan barah usus dan barah rektum (atau disebut juga sebagai barah kolorektal) sebagai punca kematian ke 20 paling utama di dunia pada 2004

APABILA KITA MENJADI HAMBA ABDI KEPADA ROKOK!

Penjajahan asap
Oleh Mohd Azis Ngah

2010/06/13

pix_gal0
Asap dari bilik merokok yang ada dalam sesuatu bangunan memberi kesan besar kepada kualiti udara pejabat

KETIKA kerajaan mengumumkan semua bangunan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jun lalu, pelbagai pihak menyambut baik cadangan itu, ada juga yang sinis dan tentunya golongan perokok berasakan ia satu bentuk hukuman.

Semua itu sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri kerana sebelum ini ramai yang memperkatakan mengenai masalah udara di luar bangunan, di tempat terbuka misalnya masalah jerebu yang memberi kesan buruk kepada penghidap asma, orang tua dan kanak-kanak

Hakikatnya, berada dalam bangunan pun belum tentu menjamin tahap kesihatan yang baik kerana ramai yang tidak menyedari risiko pendedahan udara dalaman serta kesan kepada kesihatan, apatah lagi udara tercemar termasuklah asap rokok. Aktiviti merokok di dalam bangunan diakui antara empat faktor utama mempengaruhi kualiti udara dalaman dalam kalangan pekerja pejabat yang dikenali dengan terma ‘Indoor Air Quality’ (IAQ). Antaranya ialah bahan pencemar kimia, pencemar biologi, tekanan fizikal dan psikososial. Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah faktor mengenai punca bahan pencemar kimia seperti organik meruap (VOCs), ozon alat pencetak, partikel terampai, pembasmi serangga dan asap tembakau persekitaran atau ‘Environmental Tobacco Smoke’ (ETS).

Semua faktor itu jika ditambah dengan sikap kurang kesedaran dalam kalangan pekerja mengenai persekitaran dalaman menyebabkan aktiviti di dalam bangunan mengundang bencana masalah IAQ terutama aktiviti merokok.

Perlu diketahui, kajian Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menunjukkan pekerja pejabat menghabiskan masa lebih 75 peratus di dalam kawasan bangunan termasuk di pejabat, sekolah, pusat beli belah atau dalam kenderaan.

Jika fakta itu diambil kira, pekerja pejabat sebenarnya cukup terdedah kepada pencemaran udara dalaman kerana berada terlalu lama di dalam bangunan terutama pejabat yang mempunyai ruangan merokok atau berlakunya aktiviti ‘curi-curi merokok’ di tempat tersembunyi.
Pegawai Akademik dan Penyelidik, Unit Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (USKKP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Syazwan Aizat Ismail, berkata punca utama masalah kualiti dalaman terbahagi kepada dua iaitu sistem penghawa dingin dan aktiviti pengguna bangunan.

Katanya, aktiviti pengguna bangunan sangat penting dalam mempengaruhi paras pencemar persekitaran dalaman dan merokok di tangga dan di dalam tandas juga boleh memberi impak ke atas ruang kerja pejabat.

“Kajian SBS dan IAQ mendapati paras ETS partikel terampai di ruang legar pejabat yang mempunyai bilik merokok mencatatkan bacaan 2.5 microgram permeter padu. Kadar itu adalah tinggi berbanding ruang pejabat yang biliknya ditutup atau diubahsuai menjadi surau.

“Ini membuktikan asap rokok boleh merebak ke ruang legar pejabat jika sistem ventilasi bilik merokok di bawah standard ditetapkan. Kita perlu mencontohi negara maju yang menghentikan terus aktiviti merokok di ruang berhawa dingin atau di dalam bangunan,” katanya.

Walaupun kerajaan sudah mewartakan Akta Kawalan Hasil Tembakau dan pengguna dilarang merokok di dalam kawasan berhawa dingin, tetapi masalah pencemaran tetap berlaku kerana kurangnya tindakan penguatkuasaan dan kesedaran pekerja.
Pemilik bangunan juga kurang memantau aktiviti yang mencemar udara dalaman menyebabkan masalah partikel terampai tinggi di sesetengah bangunan. Disebabkan bahan ‘partikel’ itu kecil dan halus, ia boleh menembusi ruang paru paru manusia.

“Keadaan ini boleh mengakibatkan serangan asma kepada penghidapnya dan pekerja lain yang sihat juga tercemar dengan tanda mata berair, hidung tidak selesa dan demam,” katanya.

Berdasarkan kajian Dr Sean Semple daripada University Of Aberdeen, mendapati pekerja bar di United Kingdom berjaya penurunan kes berpunca daripada masalah sistem pernafasan sejak kerajaan memansuhkan kegiatan merokok di dalam.

Ini membuktikan penguatkuasaan penting dalam mengurangkan masalah kualiti udara dalaman dan kesihatan pekerja, manakala pengurus bangunan digalakkan memantau berterusan masalah kepada punca pencemaran.

Masalah pencemaran udara dalam ini boleh dikawal dengan baik dan mudah apabila jika kedua-dua pihak, pengurusan dan pengguna bangunan memainkan peranan masing-masing dan aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah proses pemantauan jika 60 peratus pekerja mengadu masalah IAQ

GAZA - PENGALAMAN BERHARGA BUAT RAKYAT MALAYSIA

Pengalaman sukarelawan Gaza




"KAMI tidak makan sejak tiga hari lalu." Kata-kata seorang penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Tal Al Sultan di Rafah masih terngiang-ngiang di telinga Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Biarpun kejadian itu berlaku lebih setahun yang lalu, namun jawapan kanak-kanak itu membuka matanya terhadap kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada masa itu, beliau dan para sukarelawan Misi Keamanan Palestin 2009 sedang melakukan lawatan ke rumah kebajikan yang menempatkan kira-kira 200 orang penghuni.

Jamnul tidak dapat melupakan bagaimana kanak-kanak itu sanggup berbohong di hadapan sukarelawan bagi menyembunyikan kesengsaraannya.




"Saya bertanya sama ada mereka sudah makan? Rata-rata menjawab sudah, tiba-tiba seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun menghampiri saya lalu berbisik mereka tidak makan sejak tiga hari lalu," katanya.

Mendengar jawapan itu, beliau berlari ke kenderaan dan mengambil gula-gula yang sempat dibeli ketika tiba di Mesir.

"Kami hanya mampu memberi mereka gula-gula kerana konvoi makanan telah dihalang memasuki Gaza oleh kerajaan Mesir. Walaupun tidak mengenyangkan namun ia sudah cukup menceriakan mereka," katanya yang terharu mengenangkan peristiwa itu.

Malah Jamnul juga tidak dapat melupakan kata-kata seorang remaja Palestin yang beliau temui ketika cuba menghulurkan sedikit wang kepadanya.

"Kami tidak mahukan wang anda. Apa yang kami mahu ialah sokongan dan bantuan daripada negara-negara Islam untuk membantu perjuangan dan membangunkan semula negara kami," kata seorang remaja yang kecewa dengan nasib mereka yang diperkotak-katikkan oleh rejim Zionis Israel.

Serangan besar-besaran


SELAIN terpaksa tinggal di dalam khemah kerana rumah mereka dimusnahkan oleh tentera Israel, wanita ini menunjukkan peti sejuknya yang kosong tanpa makanan.


Perbualan singkat dengan remaja itu membuka matanya terhadap realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Palestin lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yatim di rumah itu yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

Bercerita mengenai misi yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) pada 21 Januari 2009 itu membawa pelbagai barangan asas seperti makanan dan perubatan untuk rakyat di wilayah yang mengalami krisis kemanusiaan selepas dikenakan sekatan oleh rejim Zionis sejak Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006.

Ia disertai kira-kira 13 sukarelawan, petugas media termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Rombongan tersebut tiba selepas serangan besar-besaran rejim itu yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang rakyat Palestin dan 13 warga Israel.

Biarpun berdepan dengan kerenah birokrasi yang ketat ketika tiba di pintu masuk sempadan termasuk terpaksa menunggu hampir lapan jam, para sukarelawan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Gaza.


RAKYAT Palestin mendapat bantuan bekalan makanan daripada Agensi Kerja dan Bantuan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Bandar Gaza.


Menceritakan saat sukar di sana, beliau bersama sukarelawan lain terlibat dalam pembedahan bagi menyelamatkan mangsa perang di Hospital Darul Syifa di Gaza.

"Semua wad penuh dengan mangsa pengeboman tapi kepakaran doktor dan peralatan tak cukup, banyak pesakit tak dapat melepasi sempadan kerana ditahan dan terpaksa duduk dalam ambulans selama dua hari sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Kekejaman rejim Zionis jelas terserlah apabila menjadikan orang awam sebagai mangsa malah mereka juga menggunakan peluru fosforus putih bagi menghancurkan pejuang Hamas.

Apabila kelongsong peluru dikeluarkan fosforus putih yang terdedah kepada oksigen akan terbakar sehingga mengakibatkan daging dan kulit pesakit luruh dengan sendirinya.


BANGUNAN Kementerian Pendidikan Palestin di Gaza terbakar akibat serangan bom.


Mengakui pertama kali berhadapan situasi itu, pakar perubatan terpaksa menggunakan air zam zam untuk memadamkan api pada luka berkenaan dan mengurangkan penderitaan pesakit.

"Kesudahannya ialah kaki atau tangan pesakit terpaksa dipotong, mereka yang cedera parah pula rata-ratanya mempunyai peluang tipis untuk hidup," ujarnya.

Bom hospital

Sepanjang berada di hospital itu, para sukarelawan juga berdepan dengan situasi mencemaskan apabila hospital itu dibom oleh pihak rejim yang mengakibatkan 12 kematian orang awam.

Bagaimanapun kesemua mereka terselamat dan sempat keluar dari bangunan itu yang menyasarkan sebuah makmal perubatan.


JAMNUL (kanan) melihat keadaan salah seorang mangsa yang terkena serpihan bom.


Beliau menambah, tentera Zionis turut bertindak kejam apabila memusnahkan stor makanan milik Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ladang ternakan dan tanaman yang diusahakan oleh rakyat Palestin dengan kereta kebal.

"Ini merupakan taktik halus mereka bagi memastikan rakyat Palestin yang dikenakan sekatan sebelum ini terputus bekalan makanan.

"Pada masa yang sama, bekalan air bersih juga sering terputus menyebabkan mereka terpaksa menggali air bawah tanah bagi mendapatkan sumber berkenaan," ujarnya yang kagum dengan perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah luntur.

Perbualan beliau dengan Pengarah Hospital Darul Syifa, Dr. Jaafar Abd. Tayib ketika itu menemukannya dengan satu fenomena luar biasa sebagai bukti kekuasaan Allah.

Beliau diberitahu sebelum serangan besar-besaran pada Disember 2008, kadar kelahiran di Gaza mencatatkan pe ningkatan iaitu sekitar 3,000 hingga 4,000 orang setahun.

"Bagaimanapun pada Januari 2009 kadar kelahiran yang dicatatkan menyamai jumlah dalam tempoh setahun, malah rata-ratanya pula ialah bayi lelaki.


SEBUAH van musnah selepas serangan di Hospital Darul Syifa di Gaza.


"Ia merupakan satu keajaiban, kita tahu bayi-bayi lelaki ini akan membesar dan kemudiannya bakal menjadi pejuang seperti pejuang-pejuang lain yang mati syahid dalam mempertahankan negara mereka," katanya.

Bagaimanapun, para sukarelawan terpaksa keluar dari Gaza berikutan ancaman tentera Israel yang dikatakan mahu memusnahkan terowong yang menghubungkan Palestin ke Mesir.

Walaupun berat hati, mereka terpaksa mengambil keputusan yang menyedihkan itu atas dasar keselamatan kerana mendapat perkhabaran Israel mula menyerang kawasan sempadan.

"Biarpun perjalanan kami agak singkat, pengalaman yang dilalui cukup menginsafkan, apa yang lebih penting kami mahu menyampaikan kekejaman yang berlaku kepada masyarakat di luar sana," katanya.

10.6.10

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7.. Adakah Tulisan Sejarah Perlu Dikemaskinikan Semula?

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7


PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.

===================================

Waris Puteri Saadong dimasyhur
bharian.com.my
2010/06/10

RAJA Tengku Putri Anis yang mendakwa beliau waris  Puteri Saadong  sedang menanti untuk istiadat  pemasyhuran di PCB Resort, Kota Bharu,  malam semalam.
RAJA Tengku Putri Anis yang mendakwa beliau waris Puteri Saadong sedang menanti untuk istiadat pemasyhuran di PCB Resort, Kota Bharu, malam semalam.
Simbolik berakhirnya sumpahan di Kelantan

KOTA BHARU: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, dimasyhurkan dengan gelaran Sri Putri Saadong Ke-VII pada upacara penuh istiadat yang berlangsung di PCB Resort dekat sini, malam kelmarin.
Pada upacara itu, Raja Tengku Putri Anis, dimasyhurkan oleh wakil Raja Nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan menggunakan keris warisan

Majlis itu dilangsungkan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.

Kelmarin, majlis pelancaran buku Sri Ratu Saadong VII diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kemunculan wanita itu mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya kerana raja wanita itu dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak kehilangannya lebih 420 tahun lalu.

Raja Tengku Putri Anis sebelum ini dilaporkan media sebagai mendakwa dirinya Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau sebelum mendirikan rumah tangga dengan Sultan Gowa

9.6.10

Keturunan Puteri Saadong

Waris Puteri Saadong tak diiktiraf


Nik Yusuf Nik Muhamad (kiri) menunjukkan salasilah Raja Jembal di kediamanya di Jelawat, Bachok, semalam.


BACHOK 4 Jun – Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal bagaimanapun dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong tidak diiktiraf.

Yang Dipertua PKRJ, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, PKRJ turut terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.

Katanya, upacara pemahsyuran beliau sebagai Sri Ratu Ketujuh Saadong sempena mengakhiri apa yang dikatakan sumpahan tujuh keturunannya pada Selasa ini juga tidak perlu dilakukan sebelum dakwaan berkenaan dibuktikan.

Sehubungan itu, beliau berharap r Raja Tengku Putri Anis dapat berjumpa dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaannya itu.

“Kita tidak menafikan dakwaannya itu namun kita tidak boleh mengiktirafnya sebagai waris ketujuh selagi belum dibuktikan kesahihannya.

“Apa yang saya baca dalam akhbar, beliau ada berjumpa dengan begitu ramai ulama untuk mengesan susur galur keluarganya tetapi tidak dengan kita.

‘‘Apa yang kita tahu, cerita mengenai Puteri Saadong habis setakat Gunung Ayam sahaja dan kita tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PKRJ, Tuan Zakaria Tuan Ismail.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa dirinya merupakan waris ketujuh kepada Puteri Saadong yang kisah sejarahnya disaluti mitos dan legenda.

Raja Tengku Putri Anis berkata, sudah sekian lama beliau menyimpan rahsia yang dibawa daripada generasi ke generasi dan tampil hampir pada saat dikatakan berakhirnya sumpahan Puteri Saadong yang merajuk membawa diri ke Acheh, Indonesia.

Katanya, Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata:

Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.

Nik Yusuf berkata, beliau tidak pernah mempercayai kewujudan sumpahan itu dan ia hanya ditimbulkan dalam mitos dan cerita dongeng mengenai Puteri Saadong.

Malah ujarnya, banyak pihak pernah membuat dakwaan sebelum ini bahawa mereka juga adalah kerabat Raja Jembal tetapi bila dibuat kajian ia ternyata tidak benar

ADA sekolah diberi nama Puteri Saadong. Jalan, dewan hotel bahkan ada nasi minyak Puteri Saadong. Teater bangsawan Puteri Saadong pun pernah dipentaskan di Istana Budaya.

Bagi kebanyakan orang, Puteri Saadong bukan sekadar mitos dan sejarah. Beliau lambang kesetiaan seorang isteri. Beliau lambang ketokohan wanita Melayu yang rela mengorbankan diri demi kesejahteraan rakyat.

Sehingga kini, setelah 420 tahun telah berlalu, namanya masih disebut orang. Namanya masih mempunyai nilai komersial.

Malah ilmu seks Melayu ada menyebut mengenai teknik atau gaya Puteri Saadong. Lapik bantal di bawah punggung isteri, itulah yang dikatakan teknik Puteri Saadong.

Hari ini - 8 Jun 2010 - muncullah secara rasmi keturunan ketujuh Puteri Saadong. Malam ini, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali akan dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh.

Gadis yang genap berusia 24 tahun hari ini, menurut pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah, ada aura tersendiri dan sejuk mata memandang.

Normala yang turut terlibat menjejak keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi sehingga ke Phuket, mengakui rasa tersentuh dengan kemolekan budi pekerti Raja Tengku Putri Anis.

"Orangnya bijak menyusun kata. Kata-katanya penuh kiasan bermadah, dan hafal kebanyakan syair Puteri Saadong," kata Normala yang sempat meluangkan waktu dua hari bersama keturunan ketujuk Puteri Saadong ini.

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) turut mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis seiras dengan kerabat Raja Jembal.

Sejak Utusan Malaysia menyiarkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis pada Jumaat lalu, banyak hujah dan pandangan diutarakan daripada persatuan kerabat, pakat sejarah sehinggalah kerajaan negeri.

Ia mengarah kepada kesahihan pengakuan Raja Tengku Putri Anis ini. Banyak pihak masih meraguinya kerana belum ada bukti sahih dikemukakan.

Khabarnya, Raja Tengku Putri Anis telah mempersiapkan serba-serbinya - manuskrip, barangan peninggalan Puteri Saadong dan dokumen berkaitan kesultanan nusantara.

Sejarah lagenda Melayu memang banyak yang terhenti begitu sahaja. Contohnya, kita tidak tahu siapa waris keturunan Puteri Gunung Ledang.

Begitu juga sejarah perjalanan anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang mewarisi pemerintahan kerajaan tua Kelantan di Gunung Chinta Wangsa di Timur Laut Kelantan ini. Pengkisahan sejarahnya terhenti setelah merajuk membawa diri selepas kematian suaminya, Raja Abdullah.

Dan, dengan berpandukan kalendar nusantara, hari ini adalah tarikh berakhirnya sumpahan generasi Puteri Saadong. Raja Tengku Putri Anis mahu mengakhiri sumpahan itu.

Apa yang dilakukan oleh Raja Tengku Putri Anis ini bukan untuk menobatkan namanya. Jauh sekali untuk mengejar kedudukan. Bukan pula mencari manfaat lain. Inilah pengakuan beliau.

Baginya, beliau memegang amanah untuk mengembalikan semula Puteri Saadong di tanah kelahirannya. Kemunculan generasi ketujuh dianggapnya sebagai satu tanda kesyukuran bagi kebangkitan warisan Puteri Saadong.

Anak kedua daripada enam beradik yang menguruskan perniagaan keluarga di Indonesia ini kini memikul tanggungjawab merealisasikan salasilah keturunan Puteri Saadong. Begitulah tekad dan semangat gadis yang mengaku belum punya kekasih ini.

Fokus hidupnya kini ialah supaya kehidupan Puteri Saadong yang dikatakan hilang tetapi sebenarnya ke Aceh dengan memakai gelaran Puteri Hijau dan kemudiannya berkahwin dengan Sultan Gowa (1677-1709), disambung semula.

Beliau mahu mengakhiri sumpahan ''Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi kuinjak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan."

Seperti Puteri Saadong, sebahagian daripada kita telah kehilangan salasilah keluarga. Umumnya, pohon keluarga orang Melayu terlalu ringkas. Terhenti setakat empat atau tiga keturunan.

Seperti Raja Tengku Putri Anis, ramai yang mahu menelusuri salasilah keluarga sehingga sanggup berkelana ke jagat nusantara mencari warisan yang hilang.

Tetapi bukan mudah mencari akar dan pohon yang hilang. Mengesan salasilah keturunan yang terhenti adalah kerja rumit dan penuh mencabar. Akhirnya, ramai yang putus asa dan kecewa.

Apa pula untungnya? Ini jawapan Raja Tengku Putri Anis - agar segala khazanah warisan yang terkumpul juga kewujudan, keturunan dan semangat Puteri Saadong tidak putus.

Sebab itu, semangat dan tekad Raja Tengku Putri Anis untuk menjaga institusi keluarga Puteri Saadong terus utuh, perlu diteladani. Tetapi sekali lagi, beliau perlu membuktikan fakta baru salasilah keluarganya itu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lain pula ceritanya yang pernah dikeluarkan oleh mingguan malaysia tahun 1979

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK?

Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.

Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.

Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).

Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira&127;&127;&127;&127;-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.

Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.

Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.

Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.

Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.

Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.

Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.

Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.

Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.

Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.

Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).

GANJIL

Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.

Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.

Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.

Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi&127; nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).

Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.

Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesantentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapatdua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.

NISAN

Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik.

Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.

Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.

Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.


Sumber:

Oleh : N A Halim (Muzium Negara)

Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jurnal cuba menyelak kembali lembaran sejarah penting itu.
MOKHTAR bergambar bersama potret lukisan asal Cik Siti Wan Kembang yang dihasilkan kira-kira tiga dekad lalu.


Menurut buku Detik-detik Sejarah Kelantan karangan Sa'ad Shukri Haji Muda, Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Wanita itu merupakan anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya begitu masyhur. Ramai pedagang termasuk orang-orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun baginda menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, baginda membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Raja Jembal

Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.

Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.

"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.

========================================.

Srategy Kepemimpinan 1 dari Joseon

1. Layakkan anak berusia bawah 12 tahun menjadi pemimpin utama? Mampukan dia memahami hakikat politik dunia?   2. "Kemarahan dan kese...