28.3.10

How to Remove RVHOST.EXE Virus From Your PC!

RVHOST.EXE is a dangerous virus. It will spread itself all over your computer and your local area network. It will also copy itself into thumbdrive and spread it to other people.

If you see this process running, you are in big trouble. But dont worry i got a solution here that will remove the virus away from your computer.

This malware is known as Nuqel.A

How to remove RVHOST.EXE?

Delete these files if they exist:
C:\WINDOWS\SYSTEM32\RVHOST.exe
c:\windows\rvhost.exe
%all drives%\new folder.exe
C:\Windows\Tasks\At1.job
Go to HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Run in the registry, and you need delete the entries which contain RVHOST.exe in them, or better yet, change them back to their appropriate paths.

Go to:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Policies\System
“DisableTaskManager” = 1 (CHANGE IT TO 0 )
“DisableRegistryTools” = 1 (CHANGE IT TO 0 )

Go to:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Policies\Explorer
“nofolderoptions” = 1 (CHANGE IT TO 0)

Go to:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Servic es\Schedule
“attaskmaxhours” = 0 (CHANGE IT TO 24)
You shouldn’t continue to get this threat once it’s deleted, unless you come into contact with it again. May I suggest using caution with flash drives, and dont open things that you are unsure about.

Delete these files if they exist:
C:\WINDOWS\SYSTEM32\RVHOST.exe
c:\windows\rvhost.exe
%all drives%\new folder.exe
C:\Windows\Tasks\At1.job
Go to HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Run in the registry, and you need delete the entries which contain RVHOST.exe in them, or better yet, change them back to their appropriate paths.

Go to:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Policies\System
“DisableTaskManager” = 1 (CHANGE IT TO 0 )
“DisableRegistryTools” = 1 (CHANGE IT TO 0 )

Go to:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Policies\Explorer
“nofolderoptions” = 1 (CHANGE IT TO 0)

Go to:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Servic es\Schedule
“attaskmaxhours” = 0 (CHANGE IT TO 24)

Jauh Perjalanan,Luas pengalaman Part 6

salam,

Kajian kami diteruskan di TR-TR Negeri Sembilan.

Kali ini kami diuji dgn sikap dan kurang kemesraan penduduknya terutama ketika mengambil kajian di kedai-kedai kopi....

Antara soalan yang ditanyakan kepd kami ketika kami memperkenalkan diri ialah

1."Jadi enciknya SB Feldalah yer?" ** Note : Sb = Special Branch

2. "Encik ni orang astro ke?" Bila di tanya kenapa? Jawapannya: "Saleman astro pakai baju orange!"

Ada yang menyuruh kami duduk di tempat lain dan bukan berhampiran dgn mereka kerana tak mahu mereka disoal dan diberikan soalan berdasarkan format yang telah ditetapkan..

Ada pula yang menyangka bahawa kami ni budak lepasan SPM sahaja...malah ada yang menyangka konsultan-konsultan kami ni budak lepasan graduan yang baru keluar universiti ..yang tak de kerje lain sebab tu terlibat dgn kajian ini....

Majoriti di sini menjadi peneroka tanaman getah... jadi yang rajin akan sibuk ke kebun sampai tengahari....ada yang sambung semula sebelah petang.... yang tak larat akan upahkan orang lain sama ada daripada kalangan peneroka atau buruh indon atau bangla

Namun ada juga yang nampk terlalu relaks.... maybe ada perancangan sendiri.....

Ada Masjid yang kami pergi tidak ramai jemaah solatnya, ada masjid seolah-olah jarang digunakan memandangkan tandasnya yang tak terjaga serta tempat ambil wuduknya pula penuh dgn taik cicak.....

Ada peneroka yang berkata,"sapa pi masjid....dia orang hijau...." Pemikiran kepartian seperti ini perlu dibuang....sapa pi masjid ialah orang yang ingin hidupkan solat berjemaah dan bukan dari parti tertentu........ Solat berjemaah adalah tuntutan fardu kifayah di setiap kg....atau daerah atau kawasan...kalau tak de dibuat...akan berdosalah seluruh penduduknya... Islam berbuat demikian untuk memantapkan ukhuwwah perhubungan persaudaraan di sambil memantapkan keimanan penduduk atau umatnya. Jadi pemikiran bahawa masjid adalah hak milik pihak tertentu perlu dibuang kerana masjid adalah hak milik umat Islam di kawasan itu.

Ada pengerusi JKKK/R tak pi masjid sebab carpet yang dihamparkan di Masjid bukan hasil usahanya...ini lagi parah kerana beliau terlalu melayan sikap "popular sanguine" dalam dirinya. Sikap popular sanguine itu bagus kalau dijaga dan dibajai dengan jalan yang betul.....

Wassalam...................

21.3.10

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan Part 5

Dari 17 - 19 Mac, Kami meneruskan perjalanan tradisi penyelidikan kami ke wilayah kuantan 2, dari Tasik Chini menuju ke Keratong dan seterusnya ke Selancar.

Banyak juga pengalaman hidup yang diceduk dan dijadikan azimat kehidupan.

Pengalaman pertama kami bermula di Wawa Inn, Bandar Muadzam Shah. Al Maklumlah kami memulakan sarapan pagi pukul 7 pagi di restoran wawa kerana perjalanan kami selepas itu mengambil masa hampir 2 jam sebelum tiba ke destinasi.

Oleh kerana jumlah kami 24 0rang maka di restoren seawal pagi riuh dgn gelak ketawa dan pelbagai cerita dari RA kami.

Sewaktu beratur untuk mengambil makanan yang disediakan.....hanya nasi lemak dan roti yang perlu dibakar sendiri, kami dihampiri oleh pekerja restoren.... maybe...supervisornya....

Lalu dengan suara kasar dan lengguk bahasa yang kasar dan kurang menyenangkan menanyakan "ramai-ramai ni, ada kupon makan?"... seoalah-olah kami semuanya mamak atau minah rempit yang datang restoren nak makan free. sedang kami semua ni tidur dan bermalam di wawa inn berbayar..bukan tidur free.

Namun begitu, pengurus kami dengan lembut hati datang dan menyerahkan kupon yang dipegang olehnya...sejebuk kertas diberikan kpd wanita supervisor ini.....

Suasana menjadi hening, beberapa taiko trainer dan konsultan kami tidak puashati dgn layanan "teramat istimewa ini"
Jadi kami makanlah apa yang ada...makan nasi lemak secukup rasa....makan roti bakar seadanya dan makan hati jugaklah.....

Agaknya pihak pengurusan Wawa Inn terlupa nak adakan Kursus perkhidmatan pelanggan / Customer Services buat semua staffnya atau staff yang berapa di Restoren agar mereka tidak kehilangan pelanggan walaupun hanya satu INN seperti ini di Muadzam...walaupun tiada saingan perniagaan INN orang melayu di sana....

Pada keesokan harinya, kami mengambil keputusan untuk tidak makan sarapan di WAWA INN walaupun kupon masih ada dgn kami..... kami makan di dalam perjalanan menuju ke tempat destinasi yang dituju...makan kat luarlah.... layanan sedikit ok...bahasa sedikit menarik berbanding semalam dan rasa masakan menyelerakan.... boleh makan nasi berlauk dan bukan lagi nasi lemak cili api dan cili telinga.



Pengalaman di Tanah Rancangan F
Apabila kami menjalankan penyelidikan di TR F ini, kami akan berdepan dengan corak pemikiran yang hampir serupa seperti TR sebelumnya yang pernah kami ziarahi. Yang beza ialah bagaimana mereka mengaplikasikan pemikiran ini untuk memajukan Warga TR ini tanpa melibatkan kefahaman politik dan gagasan unrealitik yang sekadar menyedapkan halwa telinga.

Antara pengalaman kami ialah

1. "Apa guna penyelidikan ini, tak de gunanya, duit penyelidikan ini pun diambil daripada duit kami sebagai peneroka... duit bayaran anda sebagai konsultanpun dari hasil titik peluh kami....."

"Kami berusaha teruk-teruk...org pengurusan kat atas relaks je.... dibayar gaji tetap dan bergaji besar.... kami peneroka makan pagi kais pagi, makan petang kais petang... anak tengoklah sendiri... berapa tan aje kami dapat sehari.... nak dapat perahan 20.00 pun sudah yang paling tinggipun 19.5 aje...tupun susah nk dapat......begitulah kehidupan kami ditekan"

"Kami ni daripada kumpulan a**k, kami akan tentang apa yang F buat..... kurang beri kebaikan kpd peneroka"

"Pengurusan hanya beri bantuan dan pinjaman kepada puak mereka aje"

"Yang mana tanam semula dgn mereka, mereka layan.... yang mana tanam sendiri....mereka buat tak nampak aje.."

"GPW tu bukan wat kerja pung, tengok cili kulai yang mereka tanam kat ofis mereka, ada hidup dan maju?" Anak pilah tengok sendiri....cili kulai tak diberi kpd kami tapi banyak dgn mereka sedangkan projek cili kulai tu utk peneroka" (Note: Bila saya pi tengok kat kawasan yang ditanam oleh GPW...cili kulai/cili padinya..hidup subur dan dah keluarkan hasil 9kg..ada dalam bakul.... pada pemikiran saya ialah...yang mengadu tadi mungkin sekadar meluahkan rasahatinya atau sekadar dengar cerita orang lain tanpa melihat dgn mata sendiri)

Itulah antara pengalaman aduan yang kami dapat..... kalau diperhatikan setiap aduan ialah mereka masih meletakkan diri mereka sebagai pemikiran pekerja / hamba(memetik kata-kata Robert T.Kiyosaki), mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai usahawan/peniaga/hidup sendiri dengan potensi kekuatan sendiri.

Mereka hendak dibantu dan diberikan tongkat sepanjang hidup mereka dan sehingga ke anak-cucu.

Kalau dihayati hidup mereka sebenarnya setiap peneroka ini adalah jutawan senyap. Kenapa? . Mereka ada 10 ekar tanah kebun yang di atas nama mereka....(atau dalam proses)...kalau seekar RM20,000 nilainya... Kalau 10 ekar, tentulah RM200,000 telah menjadi hak mereka tapi zaman sekarang dah tentulah nilai satu ekar antara RM40,000 - RM60,000 malah mungkin mencecah RM100,000 maknanya nilai aset dibawah pegangan mereka ialah antara RM400,000 sehingga RM1 juta.....itu baru nilai tanah... tak dikiralagi nilai pokok sawit dan nilai hasilnya....

Itu tak ditambah dengan nilai 1/2 ekar yang mereka duduki sekarang.

Tapi sayangnya pemikiran mereka masih melihat sekitar kehidupan.... mereka masih melihat pendapatan harian dan pendapatan bulanan mereka... mereka belum dibawa ufuk pemikiran untuk melihat dgn lebih jauh lagi....

Kami juga tak salahkan mereka kerana mereka hidup dalam kawasan tertentu dan melihat kepimpinan yang ada setiaphari. Mereka sentiasa berhadapan dengan karenah masyarakat sekeliling. Mereka berdepan dgn karenah kepimpinan TR, mereka berhadapan dengan karenah pengurusan TR di tempat mereka.....

Mereka dijanjikan dengan bahasa-bahasa bombastik yang kadangkala melucukan pemikiran yang waras.....
Antara yang dijanjikan ialah "isu begini/begitu sudah disalurkan kepada PM dan akan dibincangkan di kabinet" atau "akan dibincangkan di parlimen"
.... takkan isu TR ini sampai nak bincang oleh jemaah menteri atau parlimen.... apa tak boleh diselesaikan di peringkat pengurusan TR atai Wilayah atau HQ....

Kekadang peneroka diberi janji manis supaya mereka tak "membebel" tapi apa solution secara praktikalnya.......

Namun begitu, ada juga individu tertentu yang datang jumpa peneroka dan janjikan akan diberi tanah untuk setiap anak sebanyak 2 ekar seorang kalau follow mereka atau follow perjuangan mereka.

Nampak mcm logik dan boleh menyalakan semangat berkobar-kobar tapi jumlah peneroka ramai . Katakan jumlah peneroka 200,ooo orang. kalau satu peneroka ada (katakan) ada 5 anak maknanya jumlah anak peneroka = 1 juta orang. Kalau janji 2 ekar seorang, maknanya kena sediakan 2 juta ekar tanah. Sepanjang tanah kosong yang ada di TR seluruh Malaysia...ada ke tanah seluas 2 juta ekar..... satu janji yang nampak sukar untuk dilaksanakan....tak pasti pula kalau pihak yang berjanji itu telah membuat penyelidikan dan pengiraan yang rasional berdasarkan fakta dan pengiraan nombor atau sekadar lepasan emosi ketidakpuasan hati semata-mata.

Sebelum ini ada satu puak buat (janji) ketika PRU yang lepas, jika memerintah maka anak-anak yang dok "U" atau masuk "U" akan dapat Rm**** dan ibu tunggal akan dapat RM**** tapi bila Allah berikan keizinan untuk menjaga negeri itu serta dianugerahkan dan dimakbulkan akan doa untuk memberikan kepimpinan maka adakah janji itu terlaksana sepenuhnya. Apa yang kami dengar...akhirnya..hanya sebilangan kecil yang dapat... sebilangan besar masih menunggu apa yang diperkatakan sebelumnya.

Kami terfikir adakah janji-janji oleh pihak A, B dan C ini hanya ianya retorik, atau janji kosong.... apa resultnya..... sesuatu yang dicurahkan tapi tidak tertunai...akhirnya disimpan.

Sesuatu yang disimpan terlalu lama,akan menghasilkan gas-gas yang mana boleh meletupkan dgn lebih kuat apabila sampai masanya letupan itu dikeluarkan.

Apakah yang ada dalam pemikiran pekerja/hamba?

Mengikut Robert T.Kiyosaki dalam buku-buku terbitan bahawa pekerja hanya memikirkan tentang
A) Keselamatan
B) Kebajikan
C) Pendapatan secukup untuk hidup sebulan

Berbeza dengan usahawan yang hidupnya membina pekerjaan untuk orang lain, tahu menggunakan semaksimum mungkin peluang yang ada disekeliling mereka, tahu apa itu aset kekal dan apa itu aset berubah-ubah.

Kami suka kalau kami berjumpa dengan usahawan-usahawan peneroka di TR kerana suka melihat pemikiran mereka yang berbeza daripada yang lain dan akhirnya pemikiran ini melahirkan natijah yang berbeza. Apakah natijah itu?

a) Rumah mereka besar dan selesa
b) Mereka ada kenderaan selesa seperti Citra, Exora, Pikup Triton Mitsubishi malah ada yang pakai Merz.
c) Keluarga mereka nampak selesa dgn hiasan tanaman sekeliling yang menawan hati.
d) Mereka tak suka mengomel atau komplen itu dan ini tetapi mereka sentiasa mencari peluang untuk memajukan perniagaan mereka dan mencari peluang-peluang perniagaan yang lain bagi menambah aset-aset mereka.

bersambung....................

14.3.10

Gambar-gambar Researcher Di Wilayah Kuantan 1

TANTAWI..PERGIMU TIADA PENGGANTI

RABU lalu, umat Islam di seluruh dunia sedih berikutan pulangnya ke rahmatullah, Sheikh al-Azhar, Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, 81, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Riyadh.

Walaupun sebahagian besar kita di Malaysia tidak berkesempatan bertemu Allahyarham, namun ulama besar ini sebenarnya amat dekat dengan negara kita.

Biarpun, pendapat atau fatwa beliau kadangkala mencetuskan kontroversi, keilmuan dan sifat tawaduk beliau disegani kawan mahu pun lawan.

Antara fatwanya yang mengundang kontroversi adalah niqab (pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan), pengguguran bayi, serangan berani mati, berkhatan bagi wanita dan ibu tumpang.

Bagaimanapun, fatwa-fatwa beliau kerap menjadi perdebatan dalam dunia Islam.

Sebagai mantan Mufti Besar Mesir yang dilantik sebagai Ketua Universiti al-Azhar pada tahun 1996, Allahyarham sentiasa menjadi pusat rujukan umat Islam dalam mendepani pelbagai isu.

Malah, beliau menduduki tangga kelapan dalam buku 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia The Royal Islamic Strategic Studies Center susunan pengkaji perbandingan agama, Prof. John Esposito. yang diterbitkan oleh

Tantawi dilahirkan pada Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarquyyah di Muhafazah Sohaj di Soi'd Misr. Beliau menghafal al-Quran dan belajar di Iskandariah, Mesir.

Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat mumtaz (cemerlang). Memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin kemudian belajar di Libya.

Beliau kemudian dilantik sebagai Dekan Kuliah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah.

Pada 28 Oktober 1986, dilantik sebagai Mufti Kerajaan Mesir. Kedudukan sebagai ulama terkenal dan berkedudukan tinggi dalam negara dan di peringkat antarabangsa, tidak menjejaskan sifat tawaduk beliau.

Allahyarham terkenal sebagai orang yang zuhud, tenang dan sejuk mata memandang. Malah, setiap butir percakapannya mampu menusuk ke jiwa sanubari sesiapa yang memahaminya.

Diberitakan beliau seorang yang amat kuat membaca dan terlalu asyik jika membaca. Sehingga diceritakan beliau terpaksa meminta pembantunya menunggu dan mengingatkan masuknya waktu solat kerana bimbang terlepas waktu solat.

Sebabnya, jika beliau mula membaca pada awal pagi, maka beliau hanya akan tamat membaca apabila masuk waktu zuhur.

Sesungguhnya kita kehilangan seorang ulama hebat yang berpandangan sederhana. Ketokohan beliau amat diperlukan dalam mendepani isu-isu melibatkan hubungan Islam, kristian dan yahudi.

Pada tahun 2008 di Kuala Lumpur, Tantawi meminta dunia Islam tidak terlalu mudah menghukum semua masyarakat Barat membenci Islam kerana masih terdapat sebahagian mereka yang menghormati agama suci itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pendapat yang terlalu umum mengenai hubungan antara Islam dan Barat perlu dielakkan supaya tidak berlaku salah faham.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.


Jauh Perjalanan Luas Pengalaman Part 4

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah setelah 6 hari di beberapa tanah rancangan F sekitar Kuantan 1, ada 6 TR yang telah kami pergi dan berjumpa dengan warga peneroka sekitar jumlah 1200 orang.

Berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan, kami berbincang, bertukar-tukar pandangan dan mendengar pandangan dan luahan hati warga peneroka bukan sahaja tertumpu kepada kepimpinan di sana malah warga ahli biasa juga terlibat sama.

Kami pergi dari rumah ke rumah mendengar luahan hati mereka sama ada puas atau tidak ke atas setiap persoalan yang dikemukakan malah jika mereka memberikan idea, semuanya akan dicatat demi ingin melihat dalam 50 tahun akan datang, warga F ini akan menjadi contoh terbaik buat komuniti yang lain.

Suka duka sentiasa ada bersama kami setiap kali pergi ke TR ini, kamii melihat keunggulan pemikiran akan melahirkan keunggulan tindakan.

Ada rumah yang begitu cantik dan nampak baru serta moden. Ada rumah yang begitu tidak berubah daripada rumah yang asal ketika warga F masuk. Kenapa jadi begitu?
Tentulah gaya berfikir akan melahirkan gaya tindakan seterusnya melahirkan natijah yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling.

Peranan Institusi peneroka dan peranan institusi pengurusan penting dalam melahirkan masyarakat peneroka yang unggul kontek dan konten pemikiran unggul lagi cemerlang.

Jikalau kami pergi ke TR dn kami melihat keseluruhan pembangunan lengkap dgn struktur rumah yang cantik dan menarik maka kami akan tahu bahawa kawasan itu pernah atau sedang diwakili oleh pengurusan yang unggul dalam pemikiran...begitu juga institusi peneroka yang unggul dalam pemikiran dan memainkan peranan yang bagus dalam memajukan TR itu.

Jika kami sampai ke TR yang kedudukan rumah yang usang, kawasan yang tidak terjaga, masjid yang kurang pengunjung malah infrastrukturnya menyedihkan maka kami fahami bahawa di TR itu ada masalah dengan sistem pengurusan sebelum ini atau sedang berlaku malah peranan institusi peneroka juga boleh dipersoalkan, dicungkil beratnya bebanan yang mereka pikul dalam memajukan TR itu.

Pelbagai rungutan yang kami terima.... namun begitu sebagai trainer atau konsultan, kami sentiasa bersikap pragmatik iaitu mendengar dan meneliti apakah rungutan itu betul atau sekadar beremosi.... setiap apa yang diperkatakan, dipantau dan diselarikan dengan realiti "kenapa, mengapa dan bagaimana".

Ada yang menyatakan ada individu yang tamak jawatan, semua disapunya, dialah pengerusi A, B, C, D tapi tiada di dalam TR, duduk kat luar...akhirnya banyak elaun yang dapat, tapi kerja tak menjadi malah penduduk tak puashati...

Ada yang memuji pengurusan lama dan tak puashati dgn yang baru sebab kurang mesra alam, kurang mesra penduduk, byk program kemasyarakatan tak hadir, kalau hadir pada individu atau kelompok terpilih sahaja.

Ada yang merungut pada microfon dan speaker masjid yang dah usang....sezaman dgn pembinaan masjid.... hanya saf 1,2 dan 3 sahaja yang dengar apa yang diperkatakan oleh imam atau khatib jumaat, yang kat belakang tak dengar langsung. Ini menyebabkan jemaah jumaat tinggal 10-20% yang ada ketika imam membaca kutbah, yang lain tunggu kat luar sambil borak, merokok dan termenung malah hanya 40-50% sahaja yang hadir ketika solat jumaat dimulakan...masiid menjadi kosong..... agaknya terkejut para malaikat melihat situasi itu sedang di TR itu ada lebih 300 buah rumah.....

Ada yang tak puashati dengan perpecahan politik yang melampau....masih ada konsep pulau memulau kerana fahaman politik....kalau buat kat masjid, hanya golongan ini yang datang...golongan itu tak datang. Kalau buat kat balai atau dewan, hanya golongan itu yang datang, golongan ini tak datang pula....kasihan yang tak berpihak kat mana-mana, menjadi mangsa keadaan yang ada.

Tapi ada pula yang menarik pemikirannya kerana katanya, "kami kat sini kalau berpecah fahaman politik hanya 14 hari sahaja iaituu ketika dekat pilihanraya...lepas itu kami berbaik semula....kita nikan melayu...buat apa nak berpecah berpanjangan...rugi melayu nanti...rugi agama kita...nantikang yang untung org lain pula....orang yang atas itu..mereka nampak bergaduh depan TV je, dalam akhbar je..tapi bila ada program, mereka makan dan gelak ketawa bersama....kita yang kat bawah ni yang jadi bodoh sebab nak bergaduh sepanjang hayat kita" Itu adalah luahan yang menarik kami jumpa.... pemikiran melahirkan tindakan.... apa yang difikirkan itulah apa yang diluahkan menerusi tindakan.

Kami juga terdedah kepada beberapa jenis makanan tradisi yang membuka minda dan perut kami untuk merasainya.... terima kasih kepada chef-chef di TR yang masak untuk kami.... dapatlah merasai masakan kampung, masakan makanan tradisi setempat, dapat merasa makan pulut dengan ikan kering.... bubur kacang durian asli tanpa bahan tiruan...

Kami juga dapat menghayati suasana masyarakat setempat, pergi ke tempat yang menarik...ada yang membuat pertandingan di pantai...kaki sapa paling banyak kena pasir putih.....kaki sapa paling gelap warnanya setelah berhujan dan berpanas mencari responden. Sehinggakan ada seorang makcik responden komen...."kasihan yang anak-anak ni...datang berkulit putih...balik berkulit hitam"

TAPI itulah pengalaman berharga kami, mengenali masyarakat dan kehidupan...mengambil pengalaman yang yang baik menghilangkn apa yang buruk...

SESUATU pengalaman berharga yang tidak diajar di Universiti Keilmuan atau Menara Gading....

Minggu depan akan pi cari pengalaman di Wilayah Kuantan 2 pula......


4.3.10

KEAJAIBAN DUNIA SEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum wrt,
Berikut saya petik dari website Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
----KEAJAIBAN DUNIA SEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W.

 

Seorang Nabi dan Rasul akhir zaman telah diutuskan Allah Ta’ala untuk menyempurnakan agama yang mulia ke seluruh pelusuk alam. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah (Al-Maaidah, 3) bermaksud: “ Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagimu agamamu, dan telah aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah aku redhai agama Islam sebagai agamamu”.

Kedatangannya telah disebutkan di dalam tiga buah kitab Samawi sebelum kitab Al-Quran. Kedudukannya disisi Allah amatlah tinggi dan mulia. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada tanggal 9/12 Rabiul awal, Hari Isnin bersamaan tahun 20/22 April 571 Masihi, tahun Gajah di Makkatul Mukarramah, 4 tahun pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan (Raja Parsi).

Peristiwa ajaib yang berlaku keatas Nabi s.a.w disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi sahaja. Irhas dikategorikan kepada tiga:

Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi dan Rasul.


KEADAAN SEBELUM DAN SEMASA NABI S.A.W DILAHIRKAN

Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan Siti Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana yang dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilan Siti Aminah disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu seluruh umat manusia.
Kehamilan Siti Aminah ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah(suami Aminah) ke wajahnya.
Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Siti Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.
Haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Tentera bergajah Abrahah datang menyerang kota Mekah, yang dirakamkan dalam surah Al-Fil. Tentera bergajah ini diketuai raja Abrahah yang menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila sampainya tentera bergajah ini ke kota Mekah, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Tiba-tiba, muncul sekumpulan burung Ababil datang membawa batu-batu yang panas dari neraka menyerang dan menghancurkan tentera bergajah Abrahah tersebut.
Siti Aminah mengalami mimpi yang menakjubkan dimana beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri para malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian para malaikat berdiri di hadapannya dan berkata "Khabar gembira untuk kamu, wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu ini penolong dan pembebas manusia, namakan dia Ahmad.''
Semasa baginda s.a.w lahir,keadaan sekeliling bergemerlapan, cahaya nur keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehinggakan dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.' '
Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh.
Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya.
Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.

KEADAAN SELEPAS KELAHIRAN NABI S.A.W

Ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia 4 tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril, Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan 7 mata air syurga dan air salji.
Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 yang bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Ketika berusia 12 tahun,Abu Talib membawa Nabi s.a.w berniaga ke Syam, seorang paderi( samawi) bernama Jarjis dikenali dengan Buhaira datang bertemu dengan Abu Talib. Selepas itu ia menoleh kerah baginda dan memegang tangan baginda dan berkata “Inilah penghulu dunia, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat sekalian alam”. Buhaira berkata sifat-sifat baginda terdapat dalam kitab-kitab kami, seterusnya meminta supaya baginda terus pulang ke Mekah, ditakuti tindakan jahat puak yahudi.
Nabi s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah.

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah(penutup segala nabi).
Perkara -perkara ajaib ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba ini, maka sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan membesarkan Nabi Muhammad SAW. Semoga selawat kita ke atasnya I,tu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi S.a.w., maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”



Rujukan :-

Kitab Rahikhul Makhtum, oleh Sofiy Rahman Al-Mubarakfuri.
Kitab Fiqhul Sirah Annabawiyyah, oleh Saad Ramadhan Al-Buti.
Hikayat Abu Hanifah.

Berkhayal baik untuk minda



TONY BUZAN (kanan) menunjukkan buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Pengasas dan guru Peta Minda terkemuka dari Britain, melancarkan buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan dalam versi bahasa Malaysia pertama di sini semalam.

Buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) itu merupakan satu daripada siri empat buah buku yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Tiga buah buku yang lain ialah Buku Memori, Buku Peta Minda dan Peta Minda Untuk Bisnes.

Menurut Buzan, melalui buku berharga RM40 itu pembaca boleh mempelajari tentang teknik melakar kata kunci serta imej utama menerusi Peta Minda bagi meningkatkan memori mereka.



Sila Layari laman web www.upnd.com.my

3.3.10

Proton lancar kereta konsep siri Emas sebagai tarikan global

Proton lancar kereta konsep siri Emas sebagai tarikan global


GENEVA: Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri Emas, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin.

"Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang," katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini, hari ini.



Emas.




Emas Country.


point.



emas

KURSUS ASUHAN DI RUMAH SECARA PERCUMA!

kURSUS PERCUMA, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI? Khas untuk 1.Graduan yang ingin menceburi bidang penjagaan di rumah 2. Suri Rumah sepenuh ...