17.1.12

APABILA MANUSIA TIDAK MAHU MEMPERKASAKAN KECERDIKAN KEROHANIANNYA...

Salam,

Kita sebagai manusia telah dianugerah dengan 4 kecerdikan utama iaitu

1. Kecerdikan Akal/Minda
2. Kecerdikan emosi
3. Kecerdikan Fizikal
4. Kecerdikan Rohani

Allah mahu kita memperkasakan kesemua kecerdikan yang telah ianya dianugerahkan kepada kita dan mengembangkannya menjadi 10 kecerdikan utama diri.

Pada masa ini ada sayangnya, ada manusia yang terlalu ingin memperkasakan kecerdikan fizikal atau material dan kemasyhuran sampai lupa akan perlunya dirinya membina kecerdikan rohani melalui Agama Islam yang Hanif.

SEDIH SUNGGUH! Adakah ucapannya itu sekadar beliau ingat beliau hanya hidup di dunia ini sahaja dan selamanya...ATAU...satu hari nanti beliau juga akan hidup seketika di alam kubur dan akan kekal di alam baqa'...hari akhirat......

===============

"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." Sekali dengar ia seperti kenyataan 'berani mati' atau 'madah bercili' yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Z tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram.

"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, F memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya,"

"Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi," jelasnya lagi berbaur sedikit lucu.

"Sebagai seorang pelakon, saya telah menunjukkan kemampuan namun terpulang kepada pihak yang memberi tawaran dan pihak Production sendiri," katanya.



No comments: