Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Pemegang Kad Visa n MAstercard - berhati-hati dgn panggilan telefon!

TAdi, saya baru menerima panggilan telefon

1. Daripada Takaful Amanah Call Centre

2. Nama Konsultan : Zaki, telefon ialah 03-41087544

3. Modus operandi:
a) Cuba yakinkan kepada pelanggan ttg keperluan takaful amanah utk setiap kad visa dan mastercard.

b) Bila diasak dari mana terus jawab : oriental capital berhad....persoalan? yang ada oriental CAPITAL assurance berhad...TIADA nombor itu dalam talian mereka...??????

c) Ditanya wakil bank apa?... jawab dlm keadaan tidak konfiden.

d) Beliau cuba sedaya-upaya utk takutkan pelanggan dgn memfokuskan kepada apa yang berlaku kepada kita dan perlunya dicover dgn itu dan ini.... dikhayalkan dgn tawaran baru iaitu insurance/takaful RM 250,000 dan tambahan RM100,000.

e)Mengetahui nama penuh anda dan nombor IC anda.

f) Dikatakan kepada anda bahawa satu polisi telahpun dihantar kepada anda tetapi entah mengapa anda pulangkan semula...... bila ditanya dihantr kemana? tiada jawapan yang diberikan. Tetapi dimaklumkn kemudian bahawa akan dihantar polisi kali kedua.

g) Cuba menyakinkan anda bahawa percakapan dirakamkan utk tujuan keselamatan.

h) Polisi ke2 akan dihantar kpd anda sekiranya anda mengesahkan bahawa anda akan membeli polisi tersebut tetapi bila diminta difakskan dahulu.... beliau berkata..sebenarnya sebelum ini tidak berbuat demikian kerana tiada kebenaran pihak atasan...lazimnya polisi akan dihantar selepas mendapat persetujuan daripada anda (bersetuju utk beli). Pihak atasan akan call anda semula setelah anda bersetuju untuk membelinya.

Bila diminta dihantar dgn segera, katanya beliau akan hantar dan akan call semula keesokan harinya.


i) Harga tahunan ialah RM300 setahun atau 80 sen sehari.... dan beliau akan cuba berkali-kali untuk fokuskan kepada manfaat yang diberikan.

j) Beliau ada sedikit gelabah..bila diasak dgn beberapa ayat seperti
"hantar dulu polisi...kalau saya setuju saya akan sign".....dicounter balik bahawa kami ada sistem yang merekodkan percakapan...hanya setuju menerusi telefon dah dikira "jual - beli".

k) SEpanjang percakapan, salesperson ini akan menggunakan ayat lembut seperti panggilan "abang" atau "kakak"...dalam profesionalisme sepatutnya dipanggil encik atau puan.....


AKHIRNya, beliau akan beri pilihan supaya sama ada pagi atau petang esok utk call semula.

+++++++++++++++++++++++++++

Bila ditelefon kepada Maybank dan beberapa bank yang lain...

Jawapan yang diberikan ialah

1. Mungkin itu "FRAUD CALL"

2. Kami tidak melantik syarikat lain uruskan takaful/insurance utk card melainkan syarikat itu dibawah kami sendiri malah kami yang akan telefon dgn nombor kami sendiri.

3. Jangan mudah percaya dgn panggilan daripada 3rd party.

4. Jangan mudah berikan nombor kad kredit kepada sesiapapun menerusi telefon...JANGAN MUDAH PERCAYA!

5. Jangan MUDAH berikan 3 nombor sekuriti dibelakang Kad Kredit Anda....

6. Berhati-hati buat semua pemegang kad...ramai yang ingin memanpulasikan anda...sebab mudah diambil duitnya.....

JADI...BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN YANG MEMPUNYAI KAD KREDIT....BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN YANG MENAWARKAN ITU DAN INI ATAU MENGAKU WAKIL KEPADA MANA-MANA BANK

JANGAN MUDAH PERCAYA.......

JAGA NOMBOR KAD ANDA DAN NOMBOR SEKURITI ANDA......

JANGAN MUDAH BERI JAWAPAN TETAPI PERBANYAKKAN SOALAN AGAR PEMANGGIL AKAN GELABAH DGN ANDA......


BERHATI-HATILAH.....

18 comments:

Amir Hamzah said...

Thanks for the info, dlm situasi saya baru2 ini, mereka kata saya perlu perbaharui insurance ni utk tahun kedua, walhal saya baru pakai credit card pada bulan 5 yang lepas. Bernasib baik juga saya banyak bertanya...

Raksasa Kinabalu said...

Saya pun dapat panggilan dari pada particular berikut mempunyai modus operasi yang sama:

Syarikat : Norly Zaiha Bisness Zone
Nama singkatan : NZBZ
User perangkap : pemegang kad kredit visa atau master kad


Harap blacklist nombor berikut:

Tel: 019-3891966 atau 016-2258294

Terima kasih

NuRuL iZZa said...

sy pun pernah terkena...die kata dr centre..bila sy asak dgn pelbagai soklan dgn nada yg marah..pemanggil tu boleh marah sy balik..bila kata nak lapor pd pihak syarikat CC...die spt tak kisah pun...siap maki2 sy lg...masa tu sy pk,kalo btul dr centre CC tak mgkn dia akan lyan pelanggan camni walopun pelanggan naik hangin puting beliung..hahaha..tp seronok jgk gaduh2 dgn pemanggil tu..at least leh marah org yg kita tak kenal..hehe...so,mmg kena berhati2 dgn org2 spt ini...dorang nak menipu aje tu..

Raywana said...

thanks for the info..saya pun baru dapat panggilan ni tadi somebody yang namanya nurul. lepas saya gasak dengan bermacam2 soalan, akhirnya dia pass talian saya ke somebody yang nama zaki. so please blacklist this number too..0147273109.
p/s: zaman skang semua orang dah cerdik, so jgn nak pandai main putar alam..silap gaya terputar tengkuk sendiri..:)

Jeff said...

Akhirnya jumpa blog pasal kes ni. Saya pun terkena baru 5 minit tadi. no hp pemanggil 0193992446 seorg lelaki, nama tak berapa ingat. Memang geram giler, desak supaya setuju bila minta dia hantar surat macam2 alasan. Siap gertak nama saya akan disiasat oleh bank negara. Kononnya bank negara akan call saya. Dalam 15 minit bertekak dengan dia, saya pun dah melenting dia letak telefon. Kalau betul dia dari sykt insurance yang sah kenapa nak letak telefon. Tolong sebarkan, jangan ada yang terkena.

Abu said...

Sebijik yang saya kena. Mengaku daripada NZBZ. Meminta CVV saya.

No Tel : 014-47273112 dan 019-3891966
Pegawai : Nadia dan sseorang lelaki (Husaini kalau tak silap)

Blacklist kedua-dua no ni.

che said...

dah 3 kali kena dari orang berbeza.
company pun berbeza rasanya.

yang first dia call baik-baik ok lagi
aku cakap xberminat n dia xcall dah.

second tiap kali dia call aku kata aku bz..bnyk kali dia call aku kata bz dia dah xcall dah.

third ni perempuan.baru 2 kali call dah cakap marah-marah.first call aku dalam meeting aku cakap slow2 dia dah marah suruh cakap kuat-kuat.n then call bru tadi dia call balik..

dia cakap nak buat potongan takaful.aku cakap bila pulak aku register.dia kata memang wajib untuk visa and mastercard..siap herdik aku kata kalau xnak kena potong duit jangan pakai master card.smpn duit dlm asb..aku bgtau before ni dah ada org call utk takaful ni n aku tolak orh tu ok je.dia kate dia bkn nk jual brg ke ape.nak potong duit je sebab mmg wajib utk pmgg kad..

dia tanya bila expired kad.aku xnak bagitau..dia ugut dia tetap nak potong duit walaupun aku x bagitau..aku kata tunggu dulu aku nak tanya bank..dia siap kata cik report la bomba,hospital tg rambutan ke ke ape ke dia xkisah..keje dia call org,bnyk lg org yg die nak call..

aku tanya sebab pe call pakai hp no..dia kata mmg camni utk buat call.nanti lepas ni baru ada org call pakai fixed line utk confirmkan..

sory la ayat berterabur.geram sangat aku.

tel no 016-6263446

Pink Praying Mantis said...

saya pn kena no yg sama mcm jeff. geram btol 0193992446

zaina zakri said...
This comment has been removed by the author.
zaina zakri said...
This comment has been removed by the author.
zaina zakri said...

saya pun terkena.modus operandi seakan2 sama macam korang kena..saya x puas hati,terus selidik n mcari psl company tu.at last jumpa gak sesuatu sal company bangang n pekerja2 hantu yg mkn duit haram.

http://ms-my.facebook.com/media/set/?set=a.283836148304205.72377.212545712099916&type=3

http://i1084.photobucket.com/albums/j415/mambang1/dfgwegtfs.jpg

http://i1084.photobucket.com/albums/j415/mambang1/bdsfgdfh.jpg

hasil carian saya, nzbz tu agaknya gabungan nama owner company tu.macam yg raksasa kinabalu share kat atas tu.

persoalannya,mana dorang tau details kite??sampai nama penuh,ic no n cc no sekali.logik ke details kite boleh senang2 org lain dpt??nak salahkan sape??sebab details kite hanya kite n bank je yg tau.isunya kat sini,kalau bukan kite yg pass kat org lain,dari mane dorang dpt maklumat kite selain dari pihak kedua??kalau mcm tu dimana sikap amanah pihak kedua??begitu telusnye maklumat kite dlm simpanan mereka.wallauhalam

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Mcmana dia orang tahu no hp, IC dan siap no credircard?...jawapan mudah ialah setiap maklumat yang kita isi sama ada dalam mana-mana pertandingan hatta pertandingan di stesen minyak...semuanya menjadi database dan ianya akan dijual antara syarikat yang mengumpulkan data base...maknanya...maklumat yang kita berikan akan diniagakan sesama mereka...maklumat kita akan dijual ke sana dan ke mari...sebab itu jaga betul2 kod security atau CVV dibelakang kad itu...

Dan jangan mudah kata YA tetapi bykkan kata TIDAK dan tanya byk soalan kpdnya terutama bila dia minta alamat rumah, ic atau nak confirmkan IC atau apa sahaja maklumat ttg kita....

Dunia sekarang...org crdik akan mudah menipu org jahil..

zaina zakri said...

kalau org lain,tak tau la.tapi setau saya,saya tak penah terlibat dgn mane2 peraduan or pertandingan.apatah lagi kalau peraduan tu melibatkan cc.nak tuduh pun xboleh.tapi yg pastinya data saya dan mungkin ramai lagi org lain yg terkena nasib yg sama.

vivi said...

saya pun baru terkena tadi..:(.no sma mcm jeff dgn pink praying mantis 0193992446 .yg herannya dia ni ada "perfect" info tntg saya..nama ic add, even my mon nyer nama and bufday..oleh sbb ni first time jadi so mcm konfiden mgkin mmg bank suh takaful kot...but luckily im bcme suspicious when he ask for my secret num tu..so i hang up the phone...tp rasanya ok x dia tau semua detail saya?

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Vivi,

Jangan risau sgt kalau dia orang tahu detail sebab ramai pemakai CC seperti anda. Namun yang penting, jangan mudah percaya dan jangan mudah serahkan nombor kod sekuriti di belakang cc anda....itu yang penting....

BlossomSakura said...

macam mane la saya boleh tertipu smlm...tapi alhamdulillah dapat tau awal and terminate terus kad kredit tu..mintak2 la xmasuk bank statement lagi...jahat betul la diaorg ni nak tipu duit orang kan..ingat kite senang2 ke cari duit ye x...
or yang call smlm tu nama shazreen 016-2160731 katenye dari takaful amanah 03-41433272...try la call petang tadi no ofis tu pastu angkat telefon kata name company laen bile tanye ni takaful amanah ke cpt2 die cakap ni mmg takaful amanah jugak...nmpk sgt menipu kan...bile cakap xnak insuran tu die mintak ic and nnt akan call balik...tp xcall bile call die cakap nnt ade staff die akan call kejap lg tp hampeh..bile call shazreen tu cakap die tipu pasal smlm tu die marah2 and ckp tu mmg bank lulus kan nnt nak bg name kat pihak atasan die...tp call maybank td diaorg cakap there's no such thing macam tu...xde tindakan apa2 kalau kite xnak join insuran tu...diaorg je yg suka paksa2 masuk...tau la xberkat hidup amek duit org camtu...

Mazri Khairil Mazri said...

assalam.

mohon copy-paste ke blog saya.

tq

Ejad said...

Assalam semua,

Yang terbaru ..dari Aman Care no telefon 01110904703.

yg ni modus operandi sama tapi dia counter balik yg PA insurans ni ..dia cakap dia diarahkan oleh pihak Visa dan MasterCard..untuk tolong block no kita dari pihak PA insurans..lepas tu berlakon cakap minta jgn kita dedahkan no CCV belakang kad tu pada pihak insurans..so dia cakap dia akan block no kad kredit kita dari pihak PA insurans yg telah potong dari kad kredit kita..so slps tu dia minta alamat rumah atau pejabat untuk mereka menghantar borang claim balik PA insurans yg telah dipotong dari kad kredit kita iaitu sebagai tuntutan balik duit kita yg telah dipotong oleh pihak PA insurans. lps kita bagi tu dia akan minta no kad kredit kita dan expired date..dan dia tak cakap pun dia akan charge kita..tau2 dpt sms mengatakan kita dah buat pembayaran sebanyak RM499.00 kpd Aman Care. So sy doakan org yg call sy tu ...sy tak halalkan duit saya tu..mmg saya tahu mmg x boleh dapat balik duit tu. sapa yg ada penglaman mcm ni ape perlu kita buat..

kejadian berlaku pada 1/12/2015