25.1.12

MAnusia Membeli Kerana Persepsi dan Emosi

Salam,

Kerancakan jualan sesuatu barang adalah berasaskan bagaimana persepsi barangan tersebut dibina....

Pemasaran yang agresif adalah untuk membina persepsi yang positif dan hebat pada barangan yang diiklankan.

Punca jualan kereta terkecil merudum


GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano terbakar pada 21 Mac 2010 di Mumbai, India.


NEW DELHI - Apabila Tata Motors melancarkan Nano pada 2009, kereta kompak termurah di dunia itu dijangka mencatat keuntungan besar di pasaran.

Nano dikatakan jalan penyelesaian kepada jutaan keluarga kelas pertengahan bawahan di India yang berhasrat memiliki kereta sendiri tanpa membebankan ekonomi mereka.

Namun, perkara sebaliknya telah berlaku.

Golongan terbabit meminggirkan kereta berharga AS$2,800 (RM8,694) itu dan memilih untuk membeli kereta lebih mahal atau kereta terpakai pada harga yang sama.

Perkembangan negatif itu dipercayai berpunca daripada persepsi masyarakat bahawa Nano adalah kereta orang miskin.

"Kereta Nano sentiasa dianggap kereta orang miskin. Tiada siapa mahu dilihat memandunya," kata Punnoose Tharyan, editor sebuah majalah permotoran India, Motown.

Menurut ketua perniagaan Tata Motors, jualan bulanan Nano adalah sekitar 10,000 unit, jauh tersasar daripada sasaran jualan 25,000 kenderaan sebulan.

Selain itu, beberapa tragedi kereta Nano terbakar sejak beberapa tahun lalu juga dilihat tidak membantu meningkatkan imej kereta kompak itu di mata masyarakat.

Ketua Tata, Ratan Tata mengaku bahawa kesilapan telah dibuat sehingga menyebabkan terdapat persepsi bahawa Nano ialah sebuah kereta untuk golongan miskin.

Justeru, bagi memperoleh jualan yang memberangsangkan, Tata telah memberikan pengubahsuaian dengan menyediakan lebih banyak warna termasuk warna oren betik. - AFP

No comments: