31.7.12

Hadis Huru Hara Akibat Suara Pada 15 Ramadhan Adalah Palsu

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

.
Manakala hadis penuh itu seperti berikut:


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
 
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? "Berkata tiga kali," Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran "Telah berkata:" Kami berkata: "Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?" Beliau berkata: "Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: "Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). "barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]


Komentar 1:
Ini jawapan dari JAKIM

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas


Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.


Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).


Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...


Wassalam...


Bahagian Penyelidikan JAKIM

Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"


KOMENTAR 2:
Komentar terhadap hadith

Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.

Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A'lam Nubala', hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.

Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.



Tanda kiamat seperti dalam website jakim

Oleh: Haslinda bin Lukman
Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dandimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastiakan datang, tidak ada keraguan padanya…”
Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan denganbenar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)
Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita sertakejadian berlaku pada manusia ketika ini.

AntaraTanda-Tanda Kecil KiamatBerdasarkan Hadis:

Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkansalah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka.Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyiwanita” ( HR Ibnu Majah)


Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid”( H.R Nasai)

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

 

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamatsehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

 

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

 

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

 

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang”

 

Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)

 

Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalammenyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawaberita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

 

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

 

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti. 


Bagaimana Nak Mulakan Windows 7 dengan SAFE MODE?

Start your computer in safe mode

Safe mode starts Windows with a limited set of files and drivers. Startup programs don't run in safe mode, and only the basic drivers needed to start Windows are installed. For more information, see What is safe mode?
Safe mode is useful for troubleshooting problems with programs and drivers that might not start correctly or that might prevent Windows from starting correctly. If a problem doesn't reappear when you start in safe mode, you can eliminate the default settings and basic device drivers as possible causes. If a recently installed program, device, or driver prevents Windows from running correctly, you can start your computer in safe mode and then remove the program that's causing the problem. For more information about troubleshooting problems in safe mode, see Diagnostic tools to use in safe mode.
  1. Remove all floppy disks, CDs, and DVDs from your computer, and then restart your computer.
    Click the Start button Picture of Start button, click the arrow next to the Shut Down button Picture of Shut Down button, and then click Restart.
  2. Do one of the following:
    • If your computer has a single operating system installed, press and hold the F8 key as your computer restarts. You need to press F8 before the Windows logo appears. If the Windows logo appears, you'll need to try again by waiting until the Windows logon prompt appears, and then shutting down and restarting your computer.
    • If your computer has more than one operating system, use the arrow keys to highlight the operating system you want to start in safe mode, and then press F8.
  3. On the Advanced Boot Options screen, use the arrow keys to highlight the safe mode option you want, and then press Enter. For more information about options, see Advanced startup options (including safe mode).
  4. Log on to your computer with a user account that has administrator rights.
When your computer is in safe mode, you'll see the words Safe Mode in the corners of your monitor. To exit safe mode, restart your computer and let Windows start normally

30.7.12

Tentera Syria gagal tawan Aleppo

Tentera Syria gagal tawan Aleppo

DAMSYIK 29 Julai - Tentera Syria yang menggunakan senjata berat termasuk meriam, kereta kebal dan helikopter masih gagal menawan semula daerah-daerah di bandar Aleppo yang dikuasai pemberontak, selepas serangan dilancarkan semalam.

Menurut aktivis, pemberontak masih menguasai daerah-daerah tersebut, sekali gus menyifatkan kumpulan itu berjaya mematahkan serangan awal tentera kerajaan.

Masyarakat antarabangsa meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku pembunuhan beramai-ramai di bandar yang dihuni oleh tiga juta penduduk tersebut, tetapi mengakui hanya sedikit yang boleh mereka lakukan untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria.

Pemberontak dilaporkan masih menguasai kira-kira satu pertiga daripada daerah-daerah di Aleppo, terutamanya di utara dan timur kawasan penempatan Sakhour serta bahagian barat dan selatan, sejak mereka mula menggempur bandar terbesar di Syria ini, seminggu lalu.

Pertempuran sengit berlaku di daerah Bab al-Hadid, Zahraa, Arkub dan Kem al-Hindrat ketika letupan kedengaran dan pesawat pejuang terbang pada paras rendah, menurut pertubuhan Pemantau Syria Bagi Hak Asasi Manusia.

Helikopter tempur turut berlegar di ruang udara di daerah Saif al-Dawla dan Salaheddin, tempat pemberontak berjaya mematahkan serangan tentera darat yang turut disokong oleh kereta kebal, semalam.

Di bandar Homs, tengah Syria, satu pertempuran tercetus antara tentera dan pemberontak berhampiran ibu pejabat polis dan menyebabkan seorang terbunuh.

Berhampiran ibu negara Damsyik pula, tembakan penembak tepat mengorbankan seorang penduduk awam di pekan Irbin, manakala dua lagi maut dalam bedilan di wilayah Idlib.

Keganasan semalam menyebabkan 168 orang terkorban terdiri daripada 94 orang awam, 33 pemberontak dan 41 tentera, menurut pertubuhan Pemantau Syria.

Lebih 20,000 orang telah terkorban sejak tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria pada Mac tahun lalu. - AFP/ AGENSI

Tuduhan Tehran dan Syria Ke Atas Penentang Bashar

TEHERAN - Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem berkata, negaranya tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas para pemberontak.

Beliau juga menyatakan kumpulan pemberontak akan kalah dalam pertempuran yang berlaku di Aleppo, Syria.

Walid berkata demikian pada satu sidang akhbar dengan rakan sejawatannya dari Iran, Ali Akbar Salehi di sini.

"Kami telah berdepan dengan kempen kotor media oleh negara-negara Arab dan Barat sejak beberapa hari lalu.

"Namun, tidak seperti Israel dan pertahanan nuklearnya, kami menentang sebarang kemusnahan besar-besaran dan menghormati peraturan antarabangsa," katanya.
Beliau turut memberitahu pemberita bahawa Iran dan Syria bersetuju bahawa terdapat agenda tersembunyi dalam plot menentang Syria.

Menurutnya, rejim Zionis bertindak sebagai perancang utama dan ketua provokasi plot tersebut.

"Syria bertekad untuk memerangi plot itu dan mengalahkan pihak penghasut dan tentera pengganas termasuk di Aleppo," katanya.
GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan sebuah rumah musnah di Maarat, al-Numaan di wilayah Idlib, Syria.


Beliau berkata, sebahagian pemberontak yang ditangkap merupakan anggota Al-Qaeda.
"Sebahagian mereka masuk ke dalam negara Syria menerusi Turki, terdapat juga kumpulan penduduk Libya dan Tunisia datang dari Mesir dan sebahagian penduduk Iraq dari Al-Qaeda," jelasnya.

Menteri itu turut memberi amaran Qatar, Arab Saudi dan Turki supaya tidak mengikuti langkah Israel.

Sementara itu, tentera Presiden Bashar Al-Assad melancarkan siri pengeboman di kawasan perumahan di bandar Aleppo bagi menguasai bandar kedua terbesar di negara tersebut, kata beberapa aktivis.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Majlis Kebangsaan Syria yang merupakan kumpulan pemberontak meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan situasi di Aleppo.

Jordan semalam membuka kem pelarian pertama untuk penduduk Syria.
Kem itu terletak di Mafraq di sempadan Syria yang boleh menempatkan 120,000 pelarian.
Lebih 12,000 pelarian Syria dilaporkan mendapatkan perlindungan di Algeria.
Pergolakan di Syria berlaku sejak Mac tahun lalu menyebabkan lebih 19,000 orang telah terbunuh. 

Kumpulan pemberontak menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan - Agensi

29.7.12

BIla Ada Bangsa Melayu Yang Dah Mula BERANI Hina Para sahabat Rasulullah?

Pusat tuisyen didakwa guna karikatur hina sahabat Nabi
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Pusat tuisyen didakwa guna karikatur hina sahabat Nabi
Sulaiman
TANGKAK – Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda.

Nota tersebut didakwa digunakan sebagai bahan rujuan bab Kerajaan Islam di Madinah.


Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik.


Sulaiman berkata, Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) telah menerima nota tersebut pada 4 Julai lalu selepas seorang lelaki menyampaikannya kepada salah seorang kakitangan PADL.

“Sebenarnya, nota ini dijumpai seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tangkak, di tepi longkang sekolahnya.
“Kemudian pelajar itu menyerahkannya kepada guru agama sekolah terbabit, sebelum diserahkan kepada PADL,” katanya.

Menurutnya, berikutan penemuan itu, PADL membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, 26 Julai lalu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Jelas Sulaiman, beliau juga mahu pusat tuisyen terbabit ditutup dan diberikan amaran manakala tenaga pengajar yang terlibat diminta meminta maaf secara terbuka.

“Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama Islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami jumpa, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk.

“Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian difahamkan, Persatuan Imam-imam Daerah Ledang akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.


Namun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.ends

======================
 

Hidup Mati Mujahidin Aleppo

Pertempuran hidup mati pemberontak di Aleppo

ORANG RAMAI mengadakan bantahan terhadap Presiden Bashar Al-Assad selepas solat Jumaat di Maraa dekat Aleppo kelmarin.


DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera terus membedil pusat bandar Aleppo semalam ketika tentera Presiden Bashar Al-Assad bersiap sedia untuk menggempur pemberontak di bandar raya kedua terbesar Syria itu.

Menurut sumber pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA), pertempuran yang bakal berlaku akan menentukan hidup mati mereka di Aleppo, bandar strategik di Syria selain ibu kotanya, Damsyik.

Perkembangan tersebut didedahkan oleh Pertubuhan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang mengumpul maklumat mengenai kebangkitan rakyat negara itu menentang pemerintahan Bashar sejak 16 bulan lalu.

"Helikopter-helikopter tentera mengebom daerah Salaheddine di Aleppo," kata pertubuhan itu menerusi satu kenyataan e-mel.
"Pertempuran ganas turut berlaku di satu lagi daerah, Sakhour," tambah kenyataan tersebut.

Perang menguasai Aleppo yang dihuni 2.5 juta penduduk itu merupakan ujian penting buat Bashar selepas rejimnya mengerahkan segala kekuatan tentera untuk menawan semula bandar raya utama itu dan Damsyik.

Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum dapat menguasai bandar raya berkenaan.

Dalam pada itu, kumpulan pemerhati berkenaan memberitahu, tiga pejuang pemberontak terbunuh dalam beberapa pertempuran di Aleppo semalam.

Menurutnya, seramai 160 orang dilaporkan terbunuh di Syria kelmarin dengan angka kematian keseluruhan di negara berkenaan kini meningkat kepada sekitar 18,000 orang. 

Kumpulan pemerhati itu turut menyiarkan klip video menunjukkan asap tebal menjulang ke udara dari beberapa blok apartmen di Aleppo semalam dengan bunyi tembakan jelas kedengaran.
- Agensi

27.7.12

Zalimnya KIta Sebagai Manusia!

14 bangkai harimau awet dirampas


SEORANG anggota polis kelmarin memeriksa harimau mati yang telah diawet selepas ia dirampas dari sebuah rumah gudang di Cibubur, Jakarta.


JAKARTA - Sebanyak 14 bangkai harimau yang telah diawet dirampas di sebuah gudang di Cibubur selatan Jakarta pada 19 Julai lalu.
Rampasan itu dibuat oleh anggota-anggota polis kerana harimau Sumatera tersebut merupakan haiwan yang dilindungi ekoran semakin pupus.
Seorang suspek telah ditangkap polis atas dakwaan melakukan perdagangan haram hidupan liar. - AFP

Semoga Allah memberikan KEMENANGAN kepada TENTERA KEBANGKITAN RAKYAT

Semoga Allah memberikan KEMENANGAN kepada TENTERA KEBANGKITAN RAKYAT dan alam semesta bersatu membantu MEREKA sepertimana BANTUAN ALLAH kepada MUJAHIDIN di Afghanistan..AMIN..

Tentera Syria (Laknatullah) perhebat serangan

BEBERAPA penduduk mengawal sebuah pusat pemeriksaan semasa pertempuran dengan tentera Bashar di Aleppo kelmarin.


LEBANON - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak  (Tentera Kebangkitan Rakyat Syria) yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad di Aleppo, kata seorang aktivis tempatan, Mohammed Saeed semalam.
Menurutnya, terdapat serangan pada waktu malam di beberapa bahagian di bandar tersebut yang didiami tiga juta penduduk.

Beliau berkata, tentera Syria memperhebatkan serangan udara kelmarin dan semalam.
Menurutnya, tentera Bashar melakukan serangan di kawasan perumahan.
Beliau memberitahu agensi berita Ap menerusi Skype.

Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac tahun lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.

Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut. - AGENSI

26.7.12

GSS menyeru Kerajaan Malaysia Mengusir Duta Syria Di Malaysia

KENYATAAN MEDIA
 
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)
 
Gabungan Selamatkan Syria menyambut baik tindakan Kerajaan Malaysia Menutup Kedutaan di Syria
 
24 JULAI 2012 / 4 RAMADHAN 1433H
 
Gabungan Selamatkan Syria (GSS) yang diwakili oleh Pertubuhan Ikram Malaysia, ABIM, Haluan Malaysia beserta gabungan melebihi 30 NGO di Malaysia  menyokong tindakan kerajaan Malaysia menutup kedutaan Malaysia di Syria, walaupun tindakan ini dilihat agak terlewat berbanding negara maju lain yang telah lebih awal mengusir kedutaan Syria di negara mereka seperti Jerman,Jepun dan Australia.
 
Justeru, GSS menggesa  kerajaan Malaysia untuk turut mengambil tindakan mengusir kedutaan Syria di Malaysia dan menghentikan hubungan diplomatik dengan kerajaan rejim Bashar Al-Assad bagi membuktikan kesungguhan kita menolak semua bentuk kezaliman yang berlaku di Syria serta sokongan moral kita terhadap rakyat Syria. Selain dari itu, tindakan membekukan sebarang aset milik keluarga Basyar Al-Assad sekiranya berada di Malaysia juga perlu diambil.
 
Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya sebelum ini.Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
 
Kerajaan Malaysia tidak seharusnya mencontohi Republik Iran yang masih mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar Al-Assad yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Basyar yang merupakan Syiah Alawiyah. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
 
Selaku sebuah Negara yang dihormati oleh Negara Islam, Malaysia haruslah memainkan peranan besar dalam membantu perjuangan rakyat Syria yang mendapat sokongan Kesatuan Ulama Sedunia yang diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Rumusan Muktamar Ulama Sedunia yang berlangsung di Istanbul pada 1-3 Julai lepas telah berseutuju bahawa:
 
“Muktamar menegaskan bahawa revolusi rakyat Syria dari segenap sudutnya adalah revolusi yang haq/benar menentang kezaliman, revolusi yang adil menentang kejahatan dan permusuhan, revolusi untuk kebebasan melawan pelampau, diktator, kerosakan, pembunuhan dan pencerobohan, serta revolusi tuntutan yang bebas, adil dan terhormat yang berkait dengan asas ummah dan identitinya dan memelihara kesatuan bumi Syria serta rakyatnya dan mengekalkan kemerdekaannya yang total”
 
Selaras dengan fatwa yang dikeluarkan ketika Muktamar agar;
 
“Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim”
 
Menjadi satu kewajipan bagi Kerajaan dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia bagi membantu perjuangan rakyat di Syria dengan:
 
1.   Memberikan sokongan moral kepada rakyat Syria
2.   Menghentikan hubungan diplomatik Kerajaan Malaysia dan Syria sehingga Kerajaan Syria baru yang demokratik ditubuhkan
3.   Membantu mangsa kezaliman yang berlindung di kem pelarian di sempadan Syria
4.   Menganjurkan misi kemanusiaan bagi menyediakan kemudahan perubatan kepada mangsa yang cedera
5.   Memberikan bantuan material seperti bahan perubatan,makanan,dan wang ringgit bagi menampung keperluan pelarian
6. Berdoa dan bermunajat sempena Ramadan untuk kemenangan perjuangan rakyat Syria
 
Sebagaimana usaha kerajaan dan rakyat Malaysia membantu mangsa kezaliman rejim Zionis di Palestin, pengemblengan usaha ini juga harus dilaksanakan kerana mereka menjadi mangsa kezaliman rejim yang membunuh rakyat mereka sendiri.
 
Oleh yang demikan, GSS yang mewakili 30 NGO pelbagai latarbelakang agama dan bangsa  di Malaysia menyeru Kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dan tegas dalam menangani kemelut yang melanda saudara kita di bumi Syria ini sebagai solidariti kita sebagai umat Islam sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga usaha kita akan diberkati dan kemenangan akan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.
 
Naim Jusri
Pengerusi
Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

SYRIA Serang ALEPPO

Saya nampak sekurang-kurangnya 20 roket dilancarkan dari helikopter dan banyak tembakan mesingan, kata seorang penduduk yang memberi nama Omar.


Aktivis pembangkang berkata, satu unit kereta perisai biasa kini dalam perjalanan ke bandar kedua terbesar Syria itu dan melancarkan bedilan artileri selain helikopter penyerang.

Turki pula menutup kawasan sempadannya, meskipun semua pelarian Syria dibenarkan masuk. Sementara itu, dua lagi diplomat kanan Syria di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Cyprus menjadi pegawai terbaru berpaling tadah.

Pemberontakan 16 bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad kini membabitkan dua bandar iaitu Aleppo dan Damsyik. Pertempuran dilaporkan meletus di dua kota itu sejak minggu lalu.

Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran terhadap dua bandar itu dan berjaya mematahkan kemaraan pemberontak di ibu negara.
Askar kerajaan juga melancarkan bedilan bertalu-talu dan berjaya menyekat pemberontak menguasai kawasan di ibu negara.

Tentera juga melancarkan artileri dan roket ke arah bandar al-Tel di utara Damsyik untuk menawannya daripada pemberontak selain menyebabkan beratus-ratus keluarga lari ke tempat lain, katanya.

Batalion 216 berpejabat dekat bandar al-Tel mula mengebom kawasan dihuni 100,000 sebelum subuh.

Helikopter tentera terbang rendah. Orang ramai yang mendengar bunyi helikopter tentera melarikan diri kerana panik. Semua orang melarikan diri, termasuk keluarga saya, katanya.

Anggota pemberontak berlindung di sebalik bangunan ketika berlaku pertempuran dengan tentera kerajaan di tengah bandar Selehattin dekat Aleppo pada 23 julai lalu. - AFP 
BEIRUT 25 Julai - Syria mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke bandar Aleppo, awal hari ini ketika tentera udara menghujani bandar itu dengan serangan bom bagi menamatkan pemberontakan, hingga menjadikan bandar kedua terbesar di Syria itu seperti medan perang.

Sejak beberapa hari lalu, kebangkitan rakyat selama 16 bulan lalu di Syria telah berubah daripada pemberontakan di wilayah pedalaman kepada peperangan untuk menguasai dua bandar utama, Aleppo dan Damsyik.

Tentera kerajaan telah melancarkan serangan balas besar-besaran di kedua-dua bandar tersebut dan berjaya mengusir pemberontak dari Damsyik dan kini menuju ke Aleppo, sebuah hub komersial di utara Syria.

Syria arah satu briged tentera serang Aleppo

Satu poster  Bashar yang diconteng dilihat dekat satu tempat buang sampah di Aleppo.  [FOTO REUTERS]  
Satu poster Bashar yang diconteng dilihat dekat satu tempat buang sampah di Aleppo. [FOTO REUTERS]
 
Amman/Beirut: Syria menghantar beribu-ribu askar ke bandar Aleppo semalam, membabitkan unit kereta perisai, ke bandar kedua terbesar Syria itu untuk membedil kedudukan pemberontak menggunakan artileri dan helikopter.

Beberapa helikopter dilihat melancarkan peluru berpandu ke sasaran, kata penduduk. Pemberontak pula bertempur dengan tentera kerajaan di pintu masuk sebuah bandar bersejarah. Pada masa sama, askar melancarkan mortar dan bedilan ke arah pemberontak.

Saya nampak sekurang-kurangnya 20 roket dilancarkan dari helikopter dan banyak tembakan mesingan, kata seorang penduduk yang memberi nama Omar.

Aktivis pembangkang berkata, satu unit kereta perisai biasa kini dalam perjalanan ke bandar kedua terbesar Syria itu dan melancarkan bedilan artileri selain helikopter penyerang.

Turki pula menutup kawasan sempadannya, meskipun semua pelarian Syria dibenarkan masuk. Sementara itu, dua lagi diplomat kanan Syria di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Cyprus menjadi pegawai terbaru berpaling tadah.

Pemberontakan 16 bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad kini membabitkan dua bandar iaitu Aleppo dan Damsyik. Pertempuran dilaporkan meletus di dua kota itu sejak minggu lalu.

Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran terhadap dua bandar itu dan berjaya mematahkan kemaraan pemberontak di ibu negara.
Askar kerajaan juga melancarkan bedilan bertalu-talu dan berjaya menyekat pemberontak menguasai kawasan di ibu negara.

Tentera juga melancarkan artileri dan roket ke arah bandar al-Tel di utara Damsyik untuk menawannya daripada pemberontak selain menyebabkan beratus-ratus keluarga lari ke tempat lain, katanya.

Batalion 216 berpejabat dekat bandar al-Tel mula mengebom kawasan dihuni 100,000 sebelum subuh.

Helikopter tentera terbang rendah. Orang ramai yang mendengar bunyi helikopter tentera melarikan diri kerana panik. Semua orang melarikan diri, termasuk keluarga saya, katanya.




25.7.12

Apabila Fitnah Dilihat Benar maka Beginilah Jadinya!

Farid Ismeth: 'Saya tak pernah jumpa Rosmah'

24 Julai 2012
Farid Ismeth Emir
Farid Ismeth yang ditemu bual wartawan RTM mendakwa beliau sudah muak dengan dakwaan kaitan dengan Rosmah Mansor. – Foto ihsan blog Zam Zarina Zambri
 
SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau.

Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?"

"Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri. Saya kata saya tidak pernah.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian."

"Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri.

Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah.

Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.

"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi.

Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata: "Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya."

“Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut.
Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.

“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti.

====================================

Ibm Saad Saad · Top Commenter · Advance diploma
Sebagai kawan kepada Farid Ismeth Emir, beliau ini tiada langsung kaitan dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan Sdra. Farid Ismeth itu adalah benar. Cuma yang mengaitkan beliau itu tidak benar. Lebih baik mencari cerita yang baik dan sahih bukan kah lebih elok daripada membuat cerita yang boleh merosakan kawan-kawan?
 
=============================
 
Syed Munir
Balik kpd kisah ini. Memang Rosmah tak pernah berkahwin dgn Farit tu pun. Bak kata Farit kenal pun tidak. Abg aku sedarjah dengan bekas suami Rosmah, iaitu Abdul Aziz bin Nong Chik di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Azrene isteri Dr Fazley tu anak dari perkahwinan mereka (Aziz dan Rosmah). Kakak aku pulak sama batch dgn Rosmah di Kolej Tunku Khurshiah.

Isteri pertama Najib pula ialah kerabat di raja Kelantan. Jadi kedua2 Najib dan Rosmah berkahwin setelah mereka kedua2 janda dan duda. Salah ker?


Yang aku kesian Farit. Sampai dalam wikipedia pun timbul pembohongan itu. Padahal dia tak pernah jumpa dgn Rosmah pun. Giler mereka yg buat fitnah mcm nih...dan dua kali gila mereka yang percaya berbuta tuli akibat taksub dan hati hasad dan benci. 
 
=======================
Azhar Ibrahim · Top Commenter · SerembanTak baik serkap jarang.Persoalannya ialah menyentuh maruah seseorg.Beliau tidak pernah berkahwin sesaat pun dgn Rosmah.Suami Rosmah dahulu ialah seorg bekas pegawai tinggi Petronas
 ===============================
 
 
 

Apabila budaya nak menangkan pemegang saham diutamakan, wajar kita menyokong Kerisauan TS Ali Hashim!

Ali Hashim risau ubah teraju rugikan KFC
Wartawan Sinar Harian
25 Julai 2012
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
 SHAH ALAM - "Dalam amalan terbaik korporat pantang sekali teraju korporat ditukar terutama dalam keadaan syarikat catat prestasi baik," kata mantan Pengerusi KFC Holdings Bhd (KFCH), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Beliau berpandangan demikian merujuk cadangan KFC ketepikan Jamaludin Md Ali selaku Pengarah Urusan.

Menurutnya, KFC di bawah teraju Jamaludin sejak JCorp ambil alih menerusi Kulim Malaysia Bhd pada 2007 berprestasi cemerlang.

"Jualan, keuntungan serta prestasi dan sambutan pelanggan melonjak. Demikian juga harga saham KFCH di Bursa Malaysia. Semua ini berlaku setelah KFCH dapat meyakinkan pelanggan produk KFC halal, yang sebelum itu banyak dipersoal pelanggan Muslim.

"Selain memperkukuh Panel Penasihat Syariah, Jamaludin tubuhkan Jabatan Audit Halal, jadikan KFCH satu-satunya syarikat rangkaian restoran dengan fungsi audit halal profesional, tersusun dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pada 2007 dan 2008, KFC Malaysia memenangi “Tiger Award”, iaitu pengiktirafan berprestij antarabangsa setelah menjadi rangkaian KFC terbaik di seluruh Asia.

Muhammad Ali yang juga Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia berkata, inisiatif Jamaludin dan barisan kepimpinan di KFCH memperjuang halal adalah satu lagi sebab utama perubahan teraju KFC dipersoal.

"Lebih-lebih lagi jika campur tangan pihak pemilik saham antarabangsa mungkin akan melihat KFC cuma dari perspektif korporat dengan ukuran memaksimumkan keuntungan jangka pendek mengikut amalan kapitalis sejagat.

"Selalunya, niat memaksimumkan keuntungan jangka pendek pemegang saham bertentangan dengan kepentingan jangka panjang syarikat, juga kesejahteraan ekonomi negara. Banyak terdapat dalam amalan bisnes kapitalis syarikat PLC diperah dan dipecah untuk pulangan maksimum bagi pemegang saham," katanya.

Menurutnya, semua ini dilakukan tanpa pedulikan kepentingan pekerja dan kesan negatif terhadap ekonomi. Amalan korporat seperti ini adalah antara faktor yang menimbulkan krisis di Eropah hari ini, justeru wajar ditolak oleh Malaysia.

"Saya bimbang andainya peralihan teraju di KFC akan rugikan negara dan umat Islam. Kita harus waspada amalan korporat kapitalis yang merosakkan.

"Kepentingan korporat jangka pendek segolongan kecil pemegang saham antarabangsa tidak wajar mengatasi kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia amnya," katanya.

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN YANG BESAR BUAT PENDUDUK MAJORITI SYRIA

akyat Syria hampir menang

KEMUSNAHAN yang berlaku akibat pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di al-Mezza, Damsyik kelmarin.


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden Bashar Al-Assad semakin hampir menuju kemenangan.

Beliau juga memberi amaran bahawa Turki akan bertindak balas jika terdapat sebarang tindakan permusuhan daripada Syria.

Turki sebelum ini meminta Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal untuk membawa pembaharuan.

Ribuan penduduk Syria mendapatkan perlindungan di sempadan Turki ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.

Pertempuran itu bermula sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.

Hubungan antara Turki dengan Syria merosot pada bulan lalu apabila sebuah jet Turki ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara Syria. 

Syria menyatakan ia menembak jet pejuang F-4 yang terbang rendah pada kelajuan tinggi kerana tidak mengetahui ia milik Turki.

Sementara itu, para pemberontak Syria menyatakan bahawa tentera pemerintah telah memindahkan senjata kimia ke lapangan terbang dekat sempadan negara tersebut.

Kelmarin, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdisi menyatakan negaranya tidak akan menggunakan sebarang senjata kimia atau bukan konvensional terhadap penduduk awam.

Seorang pegawai pertahanan Israel semalam menyatakan bahawa senjata kimia itu masih berada dalam kawalan pemerintah Syria.

"Kebimbangan pastinya, rejim Bashar akan menjadi tidak stabil dan kawalan senjata itu juga menjadi tidak stabil," kata pegawai tersebut, Amos Gilad kepada Radio Israel.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut meminta Bashar tidak melakukan kesilapan dengan menggunakan senjata kimia.

"Mereka (rejim Bashar) akan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat antarabangsa dan AS jika mereka melakukan kesilapan dengan menggunakan senjata tersebut," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, seramai 14 orang terbunuh di seluruh Syria semalam.

Menurut Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, sejumlah 116 orang mati kelmarin. 

Antara yang terbunuh itu ialah empat orang awam dan seorang pemberontak di bandar Aleppo, empat penduduk awam di Damsyik, seorang pemberontak di Deir Ezzor serta empat askar Syria di Idlib. - Agensi

Apabila kegilaan kita pada IT maka Lebih 10 juta unit Galaxy S III dijual


Seorang kakitangan syarikat telefon bimbit terbesar di Jepun, NTT Docomo Inc menunjukkan model telefon bimbit Samsung Galaxy S III semasa pelancarannya di sebuah gedung elektronik di Tokyo pada 28 Jun lalu. - REUTERS 
 
SEOUL 24 Julai - Pembuat telefon pintar terkemuka dunia, Samsung Electronics telah menjual lebih 10 juta unit model terbaru Galaxy S III, sejak dilancarkan dua bulan lalu.

Syarikat itu berkata, pada awal bulan ini, mereka menjangkakan rekod keuntungan operasi berjumlah AS$5.9 bilion (RM17.7 bilion) yang dicatat oleh syarikat bagi suku kedua tahun ini dibantu oleh penjualan menggalakkan telefon pintar di bawah jenama Galaxy.

Firma Korea Selatan itu yang bersaing dengan produk keluaran Apple telah melihat permintaan tinggi terhadap telefon Galaxy S III yang telah dipasarkan di Eropah sejak Mei lalu.

''Nampaknya ia (jualan Galaxy S III) telah melebihi 10 juta unit,'' kata Ketua Bahagian Komunikasi Telefon Samsung, J.K. Shin, sebagaimana lapor agensi berita Yonhap.

Shin berkata, bulan lalu dia menjangkakan jualan global bagi telefon terbaru syarikat akan melebihi 10 juta unit pada penghujung Julai termasuk jualan sebanyak satu juta unit telefon Galaxy S III di negara ini.

Galaxy S III mempunyai skrin seluas 12.2 sentimeter, 22 peratus lebih besar daripada versi S II.

Beberapa ciri baru yang diperkenalkan termasuk kamera pintar yang menggunakan teknologi pengenalan wajah, selain peningkatan kawalan pengaktifan suara. - AGENSI

24.7.12

Ijazah Palsu Di IPTS Malaysia?

Keratan muka depan BH semalam. Keratan muka depan BH semalam.
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi semalam mengesahkan ijazah dari sebuah pusat pendidikan swasta di Subang Jaya yang didakwa dikeluarkan tiga universiti luar negara adalah palsu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, yang ditemui semalam, berkata Universiti Rockhampton dan Universiti Harvey International di Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Cannington Brook di United Kingdom (UK) tidak wujud.

Saintis cipta obor-obor tiruan untuk jantung

Saintis cipta obor-obor tiruan


OBOR-OBOR tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin di lokasi yang tidak didedahkan pada 22 Julai lalu.


PARIS - Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis kelmarin melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung.
Penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung.
Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard, Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut.
Penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah.
Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.
Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak. - AFP

23.7.12

Pertempuran berterusan di Syria

Tentera Bashar bertempur di Damsyik

AFP

SEBUAH bangunan musnah akibat serangan tentera Bashar di pinggir Damsyik.

** Pemberontak = Orang-orang Sunni yang ingin mendapatkan kebebasan daripada cengkaman fahamn syiah Bashar Assad....***




AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam.
Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak.
Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan hab perdagangan dan industri.
"Bunyi letupan kedengaran dari beberapa tempat yang berbeza sehingga menggegarkan bandar raya itu.
"Satu pertempuran melibatkan insiden berbalas tembakan berlaku dekat Ibu Pejabat Keselamatan Negara di daerah al-Mouhafaza sejak waktu pagi," kata seorang suri rumah kepada agensi berita Reuters menerusi telefon.
REUTERS

SEBUAH trak musnah dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad di Erbeen, Damsyik kelmarin.


Sementara itu, seorang pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan Washington memberikan bantuan sebanyak AS$100 juta (RM314.95 juta) kepada Jordan untuk membantu puluhan ribu penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka.
Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, lebih 19,000 orang telah terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang pemerintahan Bashar bermula pada tahun lalu.
"Sekurang-kurangnya 19,106 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, sejak Mac tahun lalu," kata seorang kakitangan kumpulan itu, Rami Abdel Rahman kepada agensi berita AFP.
Jumlah itu melibatkan 13,296 orang awam, 4,861 askar Bashar dan 949 pembelot.
"Jumlah itu tidak termasuk ribuan orang yang hilang di dalam tahanan," katanya. - Agensi

19.7.12

Warga Indonesia Mencuri Tetapi Lupa CCTV

Sorok barang dalam kain

19 Julai 2012
Sorok barang dalam kain
Rakaman CCTV menunjukkan suspek wanita memasukkan barang yang dicuri ke dalam kain.
 
PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

“Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

“Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.

“Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.

“Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.

Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.

“Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan

Gajet canggih pengganti belaian kasih ibu bapa



KUALA LUMPUR: Ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah menyebabkan ada kalangan anak-anak terutama remaja sanggup mendapatkan peralatan canggih termasuk gajet sebagai pengganti.
Pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kurangnya kasih sayang menyebabkan ada kalangan remaja menjual tubuh semata-mata untuk mendapat bahan berteknologi itu bagi mengisi kekosongan hidup.

“Kalau kita lihat senario semasa ketika ini, ramai kalangan anak-anak ketandusan kasih sayang. Untuk itu mereka berusaha mendapatkan peralatan canggih sebagai pengganti dalam mendapatkan belaian kasih sayang ibu bapa.
“Dalam mencari kekosongan hidup, mereka akan merapati rakan-rakan terdekat. Jika tidak bernasib baik dan mendapat rakan yang buruk perangai, mereka terjebak kepada perlakuan tidak sihat,” katanya.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, Johor itu, terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini, selain mengakui memperoleh RM200 hingga RM300 hingga membolehkannya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19

Srategy Kepemimpinan 1 dari Joseon

1. Layakkan anak berusia bawah 12 tahun menjadi pemimpin utama? Mampukan dia memahami hakikat politik dunia?   2. "Kemarahan dan kese...