Salam,
Idea di bawah adalah bagus untuk memastikan kemahiran menggunakan senjata ada pada belia kita tetapi perlu juga dikaji kesan positif dan negatif pada jangka waktu yang panjang kerana jika ilmu ini disalah guna, ia akan meningkatkan kadar jenayah terutama melibatkan penggunaan senjata.
Kena dikaji umur yang sesuai menggunakan senjata iaitu umur yang matang dan rasional pemikiran dan bukan pada umur yang nak seronok-seronok,
Kalau boleh kenapa hanya dihadkan kepada 40 tahun....boleh dinaikkan kepada 45 tahun walalupun belia sampai umur 40 sahaja kerana umur 40 - 45 tahun adalah umur kematangan individu dalam bertindak dan merancang.
Wallahua'lam.
Terap kemahiran guna senjata api
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membangunkan Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini sebagai satu langkah untuk melatih golongan belia dalam membanteras jenayah.
Pusat tersebut yang menggunakan peralatan dan teknologi canggih dari Korea bakal menjadi tempat untuk mempelajari kaedah pengendalian senjata api bagi golongan muda.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kewujudan pusat itu adalah tanda keprihatinan KBS terhadap peningkatan jenayah terutama terhadap remaja sejak kebelakangan ini.
Ujarnya, ia juga bertujuan memupuk minat golongan belia dalam isu keselamatan dan ketenteraman awam menerusi aktiviti menembak.
"Oleh sebab itu, pengisian aktiviti juga adalah berkaitan dengan keselamatan dan kemahiran pengendalian senjata api.
"Ia bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan keselamatan di samping memperluaskan khidmat tenaga belia untuk membantu mempertahankan keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di pusat itu di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed.
No comments:
Post a Comment