31.1.12

Degupan kencang tanda tidak normal



Kadar degupan jantung yang tidak normal adalah sebahagian daripada simptom serangan strok. - Gambar hiasan


SERANGAN strok atau angin ahmar boleh mengubah kehidupan seseorang sepanjang hayat.

Ini kerana mangsa serangan strok yang terselamat daripada maut kebiasaannya akan mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah tubuh atau keseluruhan badan.

Ini menyebabkan pesakit memerlukan rawatan dan penjagaan berterusan lebih-lebih lagi jika terlantar di katil.

Di Malaysia, strok merupakan punca kematian yang ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser.

Malangnya hanya segelintir sahaja yang mengetahui tanda amaran tentang apa yang patut dilakukan sekiranya disyaki mengalami strok.

Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.

Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.

Menurut Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.

Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.

"Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal kadar denyutan jantung.

"Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil," ujarnya.

Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit.

Manakala dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.

Keadaan ini mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.

Kata beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit.

Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.

Katanya, keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas.

"Pesakit akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium dan akan membentuk darah beku.

Menurutnya, darah beku akibat FA mungkin terpecah dan bergerak ke otak serta bahagian tubuh yang lain, Ini yang menyebabkan strok atau kerosakan serius kepada organ lain seperti jantung (lemah jantung).

Tambah beliau, pesakit FA mempunyai risiko lima kali ganda untuk mendapat strok berbanding mereka yang tidak mempunyai penyakit struktur atau organik jantung.

Ditanya mengenai simptom-simptom penyakit itu, beliau menegaskan seseorang yang menghidapi FA biasanya mudah berdebar secara tiba-tiba, merasa cepat letih, lemah dan juga sukar untuk bernafas.

Selain itu, penglihatan juga mungkin kelihatan kabur dan leher mudah berdenyut serta berpeluh selain panas badan.

Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan.

Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun pesakit FA kini tidak perlu gusar kerana terdapat penemuan baru di mana syarikat farmaseutikal, Bayer Healthcare baru-baru ini, melancarkan ubat terbaru yang dinamakan Xarelto sebagai perlindungan terhadap ancaman penyakit tersebut.

Xarelto yang juga dikenali sebagai rivaroxaban adalah ubat antipenggumpal oral yang dicadangkan pengambilannya sekali sehari pada dos yang ditetapkan tanpa perlu melakukan pemeriksaan darah secara rutin.

Pengurus Besar Bayer Healthcare Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Axel Bouchon berkata, Malaysia adalah negara pertama di Asia dan yang ketiga di dunia meluluskan penggunaan pil itu

Baik, buruk yoga pada kesihatan



Sikap pengajar yoga yang memaksa para pengamal senaman itu melakukan aksi di luar kemampuan dikatakan penyumbang kepada kecederaan. - Gambar hiasan


JIKA sebelum ini ketika yoga difatwakan haram untuk diamalkan oleh umat Islam ia telah mencetuskan isu dan polemik di negara ini. Kini, perkara yang sama juga berlaku di New York, Amerika Syarikat (AS).

Tetapi, bagi masyarakat barat isunya tentu bukan soal halal haram atau yang berkaitan akidah tetapi yang membabitkan kesihatan.

Para pengamal yoga di kota raya itu ada yang tersinggung, terkejut malah akan yang terus menghentikan amalan itu apabila satu artikel yang disiarkan dalam seksyen majalah akhbar New York Time edisi Ahad mendakwa aktiviti yoga memudaratkan tubuh pengamalnya.

Sedangkan di New York, sudah menjadi pemandangan biasa bagi golongan wanita profesional muda dan langsing ke pejabat sambil mengepit tikar yoga di ketiak mereka.

Mereka berpusu-pusu menyerbu pusat yoga sama ada sesudah subuh sebelum waktu bekerja bermula atau ketika masa rehat makan tengah hari.

Matlamatnya ialah untuk kekal langsing, cantik dan sihat.

Di AS, malah di Britain jutaan penduduknya mengamalkan yoga setiap hari. Tetapi artikel dalam New York Time menyatakan yoga boleh merosakkan badan mula mencetuskan keraguan di kalangan para pengamal terbabit dan dikatakan akan menjejaskan industri itu secara keseluruhannya.

Artikel yang bertajuk Bagaimana yoga boleh merosakkan tubuh anda itu dikatakan telah menyebabkan pengamal-pengamal senaman itu di AS berfikir dua kali.

Rencana yang dimuatkan dalam beberapa muka surat dalam seksyen majalah akhbar New York Time keluaran hari Ahad itu ditulis oleh penulis sains kanan akhbar itu, William Broad.

Dalam artikelnya Broad mendakwa para pelajar dan juga para jurulatih yoga mencederakan diri mereka apabila terlalu didorong oleh cita-cita melampau dan kurangnya pengetahuan terhadap sesuatu pergerakan yoga.

Dia memetik pandangan bekas pengamal yoga veteran Glenn Black, yang mengalami kecederaan belakang serius selepas beberapa tahun mengamalkan amalan yoga.

Black berkata: "Orang ramai sepatutnya meninggalkan amalan yoga kerana ia cenderung untuk mendatang kecederaan yang serius."

Sudah tentu artikel Broad dan pandangan Black itu mendapat tentangan dan kritikan daripada wakil-wakil dari industri yoga yang membabitkan AS$5 bilion setahun dan kira-kira 20 juta pengikutnya - bertambah lima kali ganda berbanding 10 tahun lalu.

Sensasi, memalukan dan mengelirukan itu antara reaksi terhadap artikel itu daripada para pengamal dan pengikut yoga.

"Saya terperanjat. Yoga telah mengubah hidup saya dan saya suka berlatih yoga - ia menjadikan saya lebih sihat dan lebih tenang. Badan saya terasa lebih segar," katanya Jurutera Sistem, Susan Davies, 28, yang menyertai kelas di Central Park dua kali seminggu.

Katanya, dengan mengamalkan yoga hidupnya lebih seimbang, yakin dan lebih berkesan di tempat kerja.

"Kawan-kawan saya yang melakukan yoga juga berkata demikian," kata Davies.

Paula Tulsi yang mengendalikan pusat yoga di Manhattan berkata, kontroversi itu cukup besar kesannya.

"Mereka yang berada di keliling saya menjadi gila kerana ramai yang mahu mencuba yoga. Tetapi sekarang mereka takut kerana fikir yoga memberikan kesan buruk. Ia sesuatu yang tragik dan menyakitkan hati.

"Ini merupakan satu penghinaan kepada komuniti yoga," katanya.

Terapi urut Eddie Rodriguez, yang mengendalikan pusat terapi fizikal pula berpendapat kebanyakan pusat yoga terlalu sesak.

Orang ramai pula katanya, tidak sedar bahawa kebanyakan jurulatih yoga tidak terlatih walaupun mereka kelihatan seperti berpengalaman.

"Saya menggalakkan pelanggan saya mencuba yoga. Tetapi hanya setelah dicadangkan oleh orang lain. Bukannya terus ke studio yoga disebab tawaran tertentu," katanya.

Namun cerita mengenai kesan buruk yoga tidak sukar untuk ditemui di New York.

Pengurus Seni, Elizabeth Bennett, 45, memberitahu cakera lehernya terseliuh selepas didakwa dibuli oleh jurulatih yoga di sebuah studio di New York.

"Apabila saya teragak-agak malakukan sesuatu posisi, dia mengatakan saya pondan. Terdapat ramai pengajar yang terlalu mendesak pelajar melakukan sesuatu di luar kemampuan hanya untuk menjaga ego mereka," katanya.

Walaupun memiliki insurans kesihatan, dia terpaksa membelanjakan duit sendiri AS$8,000 untuk rawatan akupuntur dan fisioterapi selama sebulan bagi menghilangkan kesakitan yang ditanggung.

Bennett menambah, mereka yang mempercayai bahawa yoga adalah sumber untuk menyembuhkan bukannya mencederakan kini tentunya was-was dan mula berhati-hati dalam memilih pusat yoga.

Pakar anatomi juga memberi amaran - seperti mana rencana Broad - tentang risiko melakukan aksi luar biasa ketika yoga yang boleh menjejaskan tulang belakang dan menghalang aliran darah ke kepala sama ada secara drastik atau beransur-ansur.

Pakar Anatomi, David Patane telah berhadapan dengan kira-kira 10 pesakit yang berhadapan dengan kecederaan akibat yoga.

Katanya, zaman komputer telah memberikan banyak masalah penyakit membabitkan bahagian belakang.

Katanya, duduk terlalu lama misalnya sudah cukup untuk memberikan tekana kepada tulang belakang.

Katanya, ini kan pula posisi-posisi sukar dalam yoga terutama yang membabitkan leher.

Perkara itu katanya, bukan sahaja melemahkan leher tetapi juga tulang belakang.

Pembantu Eksekutif, Megan Branch, 22, mengalami ketegangan bahagian belakang tahun lalu hanya kerana melakukan aksi superman - iaitu meniarap sambil mengangkat tangan dan kaki serentak.

Disebabkan dia berada dalam kelas yang terlalu sesak - kira-kira 70 pelajar - dia terpaksa berbaring di tempat yang kurang selesa.

"Saya rasa sesuatu berlaku pada belakang saya. Kemudiannya saya terus sukar bergerak," katanya.

Masalahnya, terdapat banyak kelas yoga di New York tidak memiliki tenaga pengajar bertauliah.

Kelas yoga komuniti yang menawarkan harga AS$5 antara yang mempunyai ramai pengikut.

Tetapi ia tidak mempunyai pakar untuk membetulkan posisi pelajar atau memberi amaran kemungkinan apa yang mereka lakukan boleh mendatangkan kecederaan.

Di New York, yoga kini menjadi satu industri ekoran permintaan yang meningkat. Sijil untuk menjadi jurulatih atau tenaga pengajar yoga pula boleh didapati dengan mudah. Tidak perlu lesen rasmi untuk mengendalikannya.

Pengajar-pengajar yoga boleh mendapat tauliah hanya dengan mengikuti kursus secara online selama 200 jam.

Ramai pengajar yang sudah tamat latihan tidak tahu antara otot dan hamstring," kata Emilia Conradson yang menukar daripada mengajar yoga kepada perniagaan terapi badan yang turut merawat kecederaan akibat yoga.

"Pemahaman mereka mengenai tubuh badan kurang. Sedangkan yoga ialah tentang fizikal dan spiritual dan ia perlu selamat," katanya.

Salah seorang pengajar yoga Even Tulsi yang marah dengan artikel Broad itu bagaimanapun mengaku bahawa pengajar tidak berpengalaman punca pelajar yoga mengalami kecederaan.

"Bukan yoga yang tidak elok, tetapi cara mengajar yoga yang mencetuskan masalah," katanya.

Jurugambar profesional, Naomi Harris, 38, sebelum ini teruja dengan pas tanpa had untuk menyertai kelas yoga berhampiran rumahnya di Manhattan.

"Ia bercadang untuk mengamalkannya betul-betul. Selama enam bulan saya pergi lima kali seminggu dan merasa cukup baik," katanya.

Tetapi, satu hari dia terjatuh ketika di rumah yang menyebabkan lututnya bengkak.

Namun dia terus juga ke kelas yoga untuk beberapa hari, tetapi lututnya bertambah buruk.

Imbasan mendapati berlaku koyakan teruk pada tisu yang menyambung dua bahagian lututnya yang memerlukan pembedahan.

Katanya, pakar bedah bertanya apa yang dia lakukan, dan sebaik dia memberitahu melakukan yoga lima kali seminggu doktor itu berkata: "Itulah dia!"

Doktor tersebut memberitahu, dia melihat banyak kecederaan akibat yoga yang kemungkinan berpunca daripada posisi lutut dilipat ke bawah badan yang di kenali sebagai pigeon pose.

Selepas melakukan pembedahan, Harris terpaksa bertongkat. Suatu hari dia terserempak dengan pengajarnya dan bertanya apa sudah jadi.

Harris memberitahu yang doktor berkata ia berpunca akibat terlalu banyak melalukan yoga.

Tetapi pengajar itu berkata, dia cedera ketika melakukan yoga kerana karmanya buruk.

"Kini saya antiyoga," kata Harris.

Mengenali Wali Songo

Mengenali Wali Songo

SALAH seorang Wali Songo yang terkenal ialah Sheikh Maghribi. Beliau juga dikenali dengan nama Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik juga dikenal dengan nama Maulana Maghribi (Syeikh Maghribi) kerana beliau dikatakan berasal dari wilayah Maghribi (Afrika Utara).

Namun hingga kini tidak diketahui secara pasti sejarah tentang tempat dan tahun kelahirannya.

Beliau dikatakan lahir sekitar pertengahan abad ke-14. Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat beragama, dan beliau mempelajari agama Islam sejak kecil, namun tidak diketahui siapa gurunya, hingga beliau kemudiannya menjadi seorang ulama.

Sunan Gersik

Sunan Gersik diyakini sebagai pelopor penyebaran agama Islam di Jawa. Beliau berdakwah secara intensif dan bijaksana. Sunan Gresik bukan orang Jawa, namun beliau mampu memahami keadaan masyarakat yang dihadapinya dan menerapkan kaedah dakwah yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat kepada Islam.

Usaha menghilangkan sistem kasta dalam masyarakat pada masa itu menjadi objek dakwah Sunan Gresik. Cita-cita dan perjuangannya menyebarkan Islam di Jawa kemudian diteruskan oleh anaknya, Sunan Ampel.

Sunan Giri

Sunan Giri ialah putera Maulana Ishak. Nama asalnya Radin Paku. Beliau ditugaskan oleh Sunan Ampel untuk menyebarkan agama Islam di Blambangan. Sunan Giri pernah belajar di Pesantren Ampel Denta.

Setelah dewasa, dalam perjalanan menunaikan haji bersama-sama Sunan Bonang, beliau singgah di Pasai untuk mendalami ilmu agama.

Sekembalinya ke Jawa, Sunan Giri membina pondok pengajian agama di daerah Giri. Beliau banyak menghantar pendakwah ke Bawean (Madura), bahkan juga ke Lombok, Ternate dan Tidore di Maluku. Makam Sunan Giri atau Raden Paku terletak di Bukit Giri, dekat Gresik, Jawa Timur.

Syarif Hidayatullah

Nama asal Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah. Beliau adalah cucu raja Pajajaran yang lahir di Mekah. Setelah dewasa, beliau memilih untuk berdakwah di Jawa. Di Jawa, beliau bertemu bapa saudaranya, Raden Walangsungsang (Pangeran Cakrabuana).

Setelah bapa saudaranya meninggal dunia, beliau menggantikan bapa saudaranya dan Berjaya menjadikan Cirebon sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa Barat.

Beliau juga adalah pengasas Kesultanan Banten yang bermula dengan puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin. Atas inisiatif Sunan Gunung Jati, Sunda Kelapa diserang diserang pada 1527 di bawah pimpinan Fatahillah, panglima perang Kesultanan Demak yang juga menantu Sunan Gunung Jati.

Sunan Muria

Sunan Muria ialah salah seorang Wali Songo yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di kawasan desa. Putera Sunan Kalijaga ini suka menyendiri dan tinggal di desa bersama-sama rakyat biasa.

Dalam menyebarkan Islam, Sunan Muria selalu menjadikan desa terpencil sebagai tempat dakwahnya.

Sinom dan Kinanti

Seperti para Wali Songo yang lain, Sunan Muria juga menggunakan kesenian sebagai cara berdakwah. Dua puisi yang diciptanya dan sangat terkenal ialah puisi Sinom dan Kinanti.

Puisi Sinom umumnya menggambarkan suasana ramah-tamah dan mengandungi nasihat. Puisi Kinanti pula bernada gembira dan digunakan untuk menyampaikan ajaran agama, nasihat dan falsafah hidup.

Sunan Drajat

Sunan Drajat dikenal sebagai seorang wali yang berjiwa sosial tinggi. Beliau banyak memberikan pertolongan kepada yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan orang susah.

Perhatiannya yang besar terhadap masalah sosial sangat tepat pada masa itu kerana beliau hidup pada masa keruntuhan Kerajaan Majapahit (sekitar 1478).

Rakyat pada ketika itu dalam keadaan kacau-bilau dan menyedihkan. Sunan Drajat juga menggunakan media kesenian semasa berdakwah. Untuk itu, beliau mencipta puisi Jawa yang hingga kini masih digemari, iaitu puisi Pangkur.

Sunan Kudus

Sunan Kudus atau Jaafar Sadiq digelar wali al-'ilmi (orang berilmu luas) oleh para Wali Songo kerana mempunyai keahlian khusus dalam bidang agama.

Oleh sebab kepakarannya itu, beliau banyak dikunjungi oleh para penuntut dari pelbagai wilayah.

Beliau juga diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di daerah Kudus. Beliau menjadi pemimpin agama dan juga pemerintah di wilayah itu.

Masjid Menara Kudus

Sebagai permulaan untuk menyebarkan Islam, Sunan Kudus membina sebuah masjid di daerah Loran pada 1549. Masjid itu diberi nama Masjid al- Aqsa atau al-Manar.

Wilayah sekitarnya disebut Kudus, nama yang diambil daripada nama kota al-Quds (Baitulmaqdis di Palestin) yang pernah dikunjunginya.

Masjid itu kemudian dikenal dengan nama Masjid Menara Kudus kerana di sebelahnya terdapat menara tempat beduk masjid. Masjid yang dibina oleh Sunan Kudus ini juga merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia.

Sunan Kalijaga

Sunan Kalijaga berasal dari suku Jawa asli. Beliau berdakwah dengan cara berkelana. Dengan wawasan yang luas dan pemikiran yang tajam, Sunan Kalijaga tidak hanya disukai oleh rakyat, tetapi juga oleh cendekiawan dan pemerintah. Raden Fatah dari Kesultanan Demak sering kali meminta nasihatnya.

Dandanggula

Sunan Kalijaga juga dikenal sebagai budayawan dan seniman (seni suara, ukir dan busana). Beliau mencipta aneka cerita wayang yang berunsur Islam, Sunan Kalijaga memperkenalkan sejenis wayang yang diperbuat daripada kulit kambing (wayang kulit), kerana pada masa itu wayang selalunya dilukis pada seperti kertas lebar (wayang beber). Dalam seni suara, beliau ialah pencipta lagu Dandanggula. Sebahagian dari lirik lagu Dandanggula ciptaan Sunan Kalijaga adalah tentang rukun iman

30.1.12

Huawei Ascend P1 S - Kompak dan pantas

Kompak dan pantas


Selain aplikasi, kemasan yang menarik antara ciri model telefon pintar ini yang mampu menarik minat pengguna memilikinya.


SEMPENA Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2012 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini, syarikat penyelesaian teknologi, Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka - Huawei Ascend P1 S.

Dengan ketebalan hanya 6.68 milimeter (mm), model tersebut merupakan yang ternipis pernah dikeluarkan syarikat itu.

Ia disempurnakan dengan kelebihan spesifikasi pemproses dua teras 1.5GHz Cortext A9, sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich serta skrin sentuh super AMOLED 4.3 inci dengan teknologi Corning Gorilla Glass.

Menurut Pengerusi Bahagian Peranti Huawei, Richard Yu, penampilan model itu menunjukkan komitmen pihaknya dalam mencipta inovasi berkualiti daripada segi perkakasan dan perisian.

''Kami sangat teruja memperkenalkan model elegan ini khusus untuk para pengguna yang sentiasa mencari kelainan,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, Huawei turut memperkenalkan model Ascend P1 sebagai pelengkap kepada rangkaian produk gajet telekomunikasinya.

Untuk kedua-dua model Huawei Ascend P1 dan P1 S, ia dilengkapi keupayaan operasi pelbagai di samping pengalaman permainan video cemerlang.

Daripada segi reka bentuk, model-model berkenaan mempunyai kemasan menarik dan bergaya selain didatangkan dengan pilihan penutup belakang berwarna putih, hitam serta merah jambu.

Bagi fungsi multimedia, gajet-gajet itu tersedia bersama kamera belakang lapan megapiksel dan kamera depan definisi tinggi (HD) beresolusi 1.3 megapiksel.

Fungsi videonya juga tidak kurang hebat menerusi capaian kualiti rakaman HD 1080p.

Kedua-dua model tersebut bakal memasuki pasaran Asia menjelang April ini.

Kenapa Jadi Begini.... Bergaduh sesama Sendiri....

PAS Kedah pertahan Azizan
Oleh Azmi Md Deros

2012/01/30

ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar itu dipecat kerana tidak mahu campur tangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Mereka juga berpendapat pihak luar tidak sewajarnya campur tangan dalam soal pentadbiran negeri itu dan KUIN.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata pihak terbabit sepatutnya memberi peluang dan kepercayaan kepada Azizan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan memahami kedudukan masing-masing dalam Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, adalah tidak wajar rakan dalam pakatan rakyat sendiri membuat teguran secara terbuka melalui media massa kerana ia boleh disalah erti oleh pihak lain.

“Pada saya tidak wajar ada pihak lain campur tangan dan jika hendak menegur pun, gunakan saluran yang betul dalam pakatan rakyat untuk memberi pandangan kerana tidak elok jika dibuat melalui media.


“Perlu ada rasa hormat-menghormati kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau mengulas desakan pelbagai pihak, termasuk Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari supaya Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan yang juga Pengerusi KUIN berhubung penggantungan lima pelajar universiti itu pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asramanya di kediaman Ar-Razi, di sini.

Nik Nazmi dan Dr Abdul Aziz mahu tindakan itu dikenakan ke atas Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan AUKU, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.


Azizan dalam laporan akhbar semalam juga mempertahankan tindakannya untuk tidak campur tangan dalam keputusan KUIN mengambil tindakan ke atas pelajar terbabit dan dia sedia dipecat.


Selain itu, Azizan juga menjelaskan sebagai sebuah universiti, KUIN tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, selain terikat dengan peraturan menguatkuasakan AUKU...

29.1.12

Kenapa Dibunuhi...Pindahkan Sahaja...lebih Baik...

IBU Orang Utan yang ketakutan memeluk erat anaknya.
IBU Orang Utan yang ketakutan memeluk erat anaknya.

"TOLONG JANGAN BUNUH KAMI...."

INDONESIA: Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali memeluk erat anaknya, menunggu pemburu haram dengan pisau di tangan, datang menghampiri.

Nasib dua ekor Orang Utan ini seperti telur di hujung tanduk apabila dikelilingi oleh sekumpulan pemburu lelaki yang bakal mendapat upah membunuh haiwan itu daripada syarikat ladang kelapa sawit.

Namun begitu, nasib masih menyebelahi haiwan itu apabila kumpulan penyelamat haiwan yang berpangkalan di Britain, Four Paws, tiba tepat pada masanya dan menyelamatkan mereka.

Orang Utan betina yang hamil dan anaknya, juga betina, ditangkap dan dilepaskan di satu kawasan terpencil

Sebelum itu peranti kecil diletakkan pada haiwan itu untuk memastikan mereka boleh dijejak dan selamat.

Pakar primat Four Paws, Dr Signe Preuschoft berkata, “Kami tiba tepat pada masanya. Lewat beberapa minit saja, Orang Utan itu dan anaknya mungkin dibunuh.”

“Kami lihat mereka dikelilingi sekumpulan lelaki muda dan sudah tentu haiwan itu ketakutan.

“Kumpulan lelaki itu pula gembira kerana mereka akan mendapat upah kerana menangkap dan membunuh haiwan itu.

“Kami tidak boleh membenarkan haiwan-haiwan itu dibunuh,” katanya.

Sebelum menyelamatkan ibu dan anak Orang Utan itu, anggota Four Paws sedang mencari Orang Utan yang pernah diselamatkan daripada dibunuh di Pulau Borneo di bahagian Indonesia, tapi tidak menemuinya.

Penebangan hutan telah menghapuskan habitat Orang Utan dan bilangan mereka telah merosot daripada 250,000 beberapa dekad dahulu kepada hanya 50,000 yang tinggal di habitat semula jadi mereka.

Bukan saja disebabkan penebangan kayu hutan yang menjadi ancaman kepada mereka, malah sejak beberapa tahun lalu, Orang Utan sengaja dibunuh.

Minyak sawit digunakan dalam beratus-ratus produk, daripada pembuatan coklat hingga ke kerepek kentang dan harganya yang rendah menyebabkan banyak hutan ditebang dan habitat mereka dimusnahkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Sesetengah syarikat ladang kelapa sawit menganggap Orang Utan sebagai haiwan perosak yang mengancam perniagaan mereka dan telah meletakkan harga untuk haiwan itu dibunuh.

Eksekutif syarikat dilaporkan memberi upah hingga 70 pound (RM335) untuk setiap Orang Utan yang dijumpai di ladang, dibunuh.

Berita itu pada mulanya dinafikan tetapi bukti pembunuhan itu tersebar September lalu apabila lubang di mana tulang haiwan itu ditemui oleh anggota penyiasat.

Jrucakap Four Paws Britain berkata, “Membunuh Orang Utan adalah satu kesalahan di Indonesia tetapi mereka kurang penguasaan.”

“Tetapi sejak dua bulan lalu, 10 lagi tangkapan dibuat termasuk seorang pengurus kanan ladang di mana kubur yang paling dahsyat, ditemui,” katanya. - DailyMail

27.1.12

Satu Rujukan Kitab..Lahirkan 2 Pandangan Yang Jauh Berbeza...

Oleh: zain-ys

Saya tidak sekali-sekala mahu memaksa tuan-tuan untuk menurut pendapat saya. Saya mahu tuan-tuan baca dan buat pertimbangan, kemudian buatlah pilihan.

Ada dua artikel saya sertakan. Dua-dua adalah petikan dari buku yang berbeza. Artikel satu dari buku yang menyesatkan Imam al-Banna. Yang satu lagi petikan dari buku yang membelanya. Kedua-duanya memfokuskan tentang Imam al-Banna dan kesufiannya.

Yang satu mengatakan Imam al-Banna seorang penganut sufi yang sesat.

Yang satu lagi mempertahankannya. Katanya, memang sufi, tapi sufi yang selari dengan al-Quran dan al-Sunnah. Jauh dari bid'ah, syirik dan khurafat.

Petikan pertama adalah dari buku al-Fadhil al-Ustaz Rasul bin Dahri (Ikhwanul Muslimieen Atau Ikhwanul Muflisin) yang menyesatkan Imam Hasan alBanna. Beliau menulis tentang Imam al-Banna sebagai berikut:
Persoalannya, bagaimana kredibiliti Hasan al-Banna yang dianggap imam, mursyidul am, syahid dan pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin yang disanjung serta ditokohkan sebagai pejuang Islam dan mujaddid, sedangkan beliau bergelumang dengan berbagai-bagai bid’ah, khurafat, tahaiyul, melakukan kesyirikan dan berakidah Asy’ariyah berteras falsafah wahdatul wujud? Mudah-mudahan beliau telah melepaskan semua kebatilan tersebut sebelum menemui ajalnya.

Petikan kedua adalah dari buku: Petikan: Syeikh Jasim Muhalhil: Ikhwanul Muslimim - Deskripsi, Jawapan Tuduhan dan Harapan (terjemahan)

Pada dasarnya, kedua-dua buku untuk tajuk ini menggunakan sumber Muzakkirat ad-Dakwah wad-Da'iyah karya Imam al-Banna, iaiatu catatan pengalaman Imam al-Banna sepanjang perjalanan dakwahnya.

Walaupun menggunakan sumber yang sama, namun kedua-dua buku ini mempunyai penafsiran yang berbeza. Bertolak ke belakang. Yang seorang menafsirkannya sebagai sesat. Yang seorang menafsirkannya sebagai tidak.

Nanti pada kesempatan lain, saya akan paparkan sumber asal rujukan dua penulis ini, iaitu Muzakkirat ad-Dakwah wad-Da'iyah karya Imam al-Banna.

Nanti, anda baca sendiri dan anda boleh melakukan penafsiran sendiri.

Apa pilihan saya? Saya telah baca buku catatan imam al-Banna berkenaan. Dan saya sependapat dengan Syeikh Jasim. Imam al-Banna tidak pun mengikut tarekat sufi yang sesat.

Cuba fikirkan..

Pertama: Pertanyaan saya ialah, apakah seluruh ulama telah menyesatkan imam al-Banna? Saya yakin, berpendapat bahawa beliau itu sesat hanya oleh segelintir sahaja.

Siapakah segelintir ulama itu?

Jadi kenapa memilih untuk berpegang dengan pendapat mereka yang segelintir itu.

Kedua: Pendapat yang mengatakan imam alBanna itu sesat dibuat berdasarkan sesuatu yang pasti atau hanya berdasarkan penafsiran sahaja?

Cuba baca ustaz Rasul Dahri. Beliau sesatkan imam al-Banna memang secara pasti hanya berdasarkan penafsirannya sahaja.

Orang lain. Ulama lain ada penafsiran lain yang sudah tentu tak sama dengan penafsiran beliau. Ini bermakna, setiap apa yang imam al-Banna buat, catat dan tulis ada penjelasan di sebaliknya.

Contoh, imam al-Banna dahulu ikut serta dalam tarekat Hashafiah. Apakah boleh kita terus menghukum bahawa beliau adalah penganut sufi yang sesat tanpa mendengar apa penjelasan di sebaliknya.

Apakah boleh kita menghukum tarekat berkenaan berdasarkan tarekat-tarekat yang ada di sekeliling kita yang difatwakan sesat lagi menyesatkan itu?

Kalau ada penjelasannya, mengapa kita tidak berpegang sahaja kepada penjelasan berkenaan?

Apa yang saya faham, berdasarkan penjelasan imam albanna sendiri, tarekat berkenaan adalah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Jauh dari bid'ah, syirik dan khurafat sufi. Sebab itulah beliau ikut serta.

Anda.. Nilailah sendiri!



PETIKAN: buku al-Fadhil al-Ustaz Rasul bin Dahri (Ikhwanul Muslimieen Atau Ikhwanul Muflisin)

Para Tokoh Ikhwanul Muslimin Pejuang Tasawuf

Menurut penilaian dan fatwa para ulama aliran Salaf as-Soleh, Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang dicemari oleh berbagai-bagai fahaman, pemikiran dan pandangan yang menyeleweng, terutamanya fahaman sufiyah atau tasawuf. Fahaman tersebut menjalar ke segenap aktiviti mereka sama ada akhlak, ibadah, dakwah atau politik. Kenyataan yang dianggap keterlaluan ini dan kenyataan yang seterusnya bukanlah hanya petikan pemikiran yang dikutip dari sebuah buku tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin, tetapi dari berbagai-bagai buku, tulisan, kenyataan dan fatwa-fatwa mereka yang telah tersebar.

Ikhwanul Muslimin terkenal sebagai sebuah pertubuhan yang mengiktiraf konsep kesufianan kesatuan agama (wahdatul adyan). Keyakinan wahdatul wujud tidak dapat dipisahkan dari semua tariqat kesufian. Konsep dan perinsip kesufian pula telah dijadikan sebagai dasar perjuangan Ikhwanul Muslimin. Ia diakui sendiri oleh Yusuf al-Qaradhawi, Sa’id Hawa dan para pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain. Hasan al-Banna telah menyuarakan hakikat kenyataan ini, beliau menegaskan:

“Cara merungkai segala kesukaran dalam amal, fikrah dan segala prinsip-prinsipnya yang ditempuh oleh golongan sufi, semuanya itu termasuk uslub (cara atau metodologi) mentarbiyah (mendidik) dan cara berpolitik Ikhwanul Muslimin”.

Hasan al-Banna lebih mengutamakan falsafah, doktrin dan kaedah kesufian dalam mengatur hidup, ibadah dan siyasahnya. Pendoktrinan ini amat bahaya kerana orang-orang awam akan terpengaruh dan berkeyakinan bahawa kata-kata sufi lebih utama dan jelas berbanding firman
Allah ‘Azza wa-Jalla dan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Menurut Hasan al-Banna rahimahullah:
“Tidak diragukan lagi bahawa mengambil kaedah-kaedah dari tasawuf apabila mentarbiyah dan membina suluk dalam dakwah, ia akan memberi kesan yang kuat dalam jiwa dan hati. Ini berpunca lantaran kata-kata orang-orang sufi (tasawuf) dalam hal ini lebih jelas dari perkataan manusia yang bukan sufi”.

Si Pemuja sufi Sa’id Hawa semoga Allah merahmatinya telah membuat pengakuan dan menguatkan lagi kenyataan Hasan al-Banna, beliau berkata:
“Bahawasanya Ikhwanul Muslimin pada hakikatnya adalah sufiyah (pertubuhan yang bermanhaj sufi)”.

Abdurrahman al-Banna, saudara kepada Hasan al-Banna telah menceritakan tentang hakikat amalan tasawuf Hasan al-Banna, beliau menjelaskan:
“Kebiasannya setelah solat Isyak, Hasan al-Banna duduk bersama orang-orang (sufi) yang berzikir dari kalangan al-Ikhwan Hasafiyah”.

Beliau menceritakan suasana dan keadaan Hasan al-Banna diketika berzikir berserta para pengikut sufi al-Hasafiyah:
“Tidak kelihatan di dalam masjid, kecuali orang-orang yang berzikir… Malam menjadi hening kecuali bisikan doa berserta kilauan cahaya, seluruh tempat diselimuti cahaya langit, diselimuti cahaya Rabb, longlailah seluruh jasmani, terbanglah arwah, lenyaplah segala sesuatu yang ada dalam wujud, hilang dan terlepas lantaran suara-suara zikir yang sangat manis”.

Inilah ilusi sufi wahdatul wujud serta cara berzikir jama’i orang-orang sufi yang bid’ah, sehingga terasa oleh mereka ketika tenggelam dalam berzikir: “Lenyaplah segala sesuatu yang ada dalam wujud” inilah kemuncak amalan wahdatul wujud dalam tariqat kesufian yang diceburi oleh Hasan al-Banna dan kebanyakan para pengikutnya.

Persoalannya, bagaimana kredibiliti Hasan al-Banna yang dianggap imam, mursyidul am, syahid dan pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin yang disanjung serta ditokohkan sebagai pejuang Islam dan mujaddid, sedangkan beliau bergelumang dengan berbagai-bagai bid’ah, khurafat, tahaiyul, melakukan kesyirikan dan berakidah Asy’ariyah berteras falsafah wahdatul wujud? Mudah-mudahan beliau telah melepaskan semua kebatilan tersebut sebelum menemui ajalnya.

Insya Allah di tulisan ini akan menyusul banyak lagi bukti-bukti dan fakta konkrit yang menunjukkan bahawa terdapat berbagai ibadah-ibadah bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul, lamunan dan amalan kebatinan yang mungkar yang diamalkan oleh tariqat kesufian yang dianut oleh Hasan al-Banna, dianut oleh jamaahnya dan para pengikutnya. Yang jelas antara contoh amalan mereka yang bid’ah ialah merialisasikan amalan-amalan sufi (tasawuf) seperti berzikir beramai, tawaf dan beribadah di kuburan, bertawassul dengan roh orang-orang mati (kuburi) dan menghidupkan berbagai-bagai perayaan bid’ah seperti meyambut hari haul orang yang dikeramatkan dan perayaan maulid para wali di samping perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam disetiap tahun.

Malangnya setelah kematian Hasan al-Banna hampir semua perbuatan bid’ah yang pernah beliau ceburi telah diteruskan oleh tokoh-tokoh dalam jamaah dan pentaqlid buta yang ghulu kepadanya. Hakikat ini telah digambarkan dan diakui oleh Abdurrahman al-Banna:
“Apabila menjelang anak bulan Rabi’ul Awal, kami berjalan beramai-ramai dalam satu perarakan setiap malam, sehinggalah kemalam 12 Rabi’ul Awal.

Kami mendendangkan qasidah puji-pujian untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Kekasih ini (Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam) bersama para sahabat telah tiba (hadir) # Dia mengampunkan segala dosa yang telah berlalu dan yang akan datang”.

Merayakan perayaan maulidur rasul (menyambut hari keputeraan Rasulullah), mengadakan perarakan, menyeru baginda melalui doa, qasidah, syair atau nasyid adalah jelas perbuatan bid’ah, tahaiyul, khurafat dan membawa kepada kesyirikan. Begitu juga amalan kuburi (menyeru orang yang sudah mati) adalah syirik akbar (syirik besar) yang telah dijelaskan hukum kesyirikannya sebagaimana kesepakatan yang telah difatwakan oleh para ulama Salaf as-Soleh.

Persoalannya, bagaimana Hasan al-Banna masih melakukan perbuatan yang dilarang ini (kerana tidak ditemui tulisannya yang menunjukkan beliau telah bertaubat) sehingga ke akhir hayatnya sedangkan beliau dianggap sebagai mujaddid dan imam oleh para pengekornya? Apakah dalam persoalan yang melibatkan akidah kita boleh bertawazun (bertimbang-tara) dan bertawassuth (bertolak-ansur)? Atau oleh kerana beliau adalah seorang yang telah ditokohkan dan dianggap telah membuat banyak kebaikan, maka segala bentuk kebatilan dan kemungkarannya boleh disembunyikan atau dilupakan? Sedangkan dalam perkara yang melibatkan akidah dan yang seberat ini Allah ‘Azza wa-Jalla telah memberi peringatan dengan firmanNya:
“Janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”.

Apakah Hasan al-Banna yang ditokohkan oleh para pengikutnya sebagai imam, syahid, mursyid dan ketua pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak mengetahui persoalan dan hukum tentang perayaan maulid, kuburi dan bid’ah-bid’ah terutamanya yang terdapat di dalam tariqat kesufian? Kalau benar Hasan al-Banna telah bertaubat dari semua perkara yang bid’ah ini dan melarang para pengikut dan penyambung perjuangannya dari melakukannya, tentulah tokoh-tokoh yang menjadi pelanjut dakwahnya setelah kematiannya seperti Sa’id Hawa, Tilmisani, Hasan al-Hudaibi, Mustafa as-Siba’i, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi telah bertaubat,meninggalkan dan mengharamkan para pengikutnya dari melakukan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Hasan al-Banna. Tetapi yang jelas adalah sebaliknya. Fikirkanlah kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang menyeru: “Jadikanlah Salafi itu Sufi”.



Petikan: Syeikh Jasim Muhalhil: Ikhwanul Muslimin - Deskripsi, Jawapan Tuduhan dan Harapan

Siapa Syeikh Jasim? Baca di sini... Webnya: http://www.alsamaha.com/

Tuduhan bahwa Ikhwan Mengagungkan Tasawwuf dan Menyeru Penegakkan Agama di atas Prinsip Tasawwuf

Mereka yang mengungkapkan tuduhan di atas sebenarnya memahami masalah secara terbalik. Untuk menjelaskan hal ini, akan kami sebutkan perkataan Hasan al-Banna dan Sa'id Hawwa yang paling tegas tentang masalah tasawwuf.

Pertama, imam Hasan al-Banna rahimahullah ketika berbicara tentang tahapan-tahapan da'wah dan tahapan takwin mengatakan, "Tahapan ini merupakan tahap penyeleksian unsur-unsur yang baik hingga siap menanggung beratnya beban jihad fi sabilillah. Kemudian menggabungkan sebagian dari unsur-unsur tersebut dengan unsur-unsur lain. Disiplin da'wah dalam tahapan ini adalah sufi total dari sisi ruhiyah dan militer total dari sisi operasional"

Kedua, perkataan Ustadz Sa'id Hawwa rahimahullah dalam kitab Jaulaat fi al-Fiqhain al-­Kabir wa al-Akbar, "Pada dasamya dalam rangka pendalaman rasa aqidah Islamiyah dan tegaknya hukum-hukum fiqihlah ilmu tasawwuf berdiri. Kemudian terjadilah penyimpangan sehingga seseorang tidak menjadi pengikut aqidah dan fiqh secara ilmiyah, lalu muncullah kerusakan yang besar."

Dua kalimat inilah yang paling sering dikritik oleh sebagian orang. Untuk menjelaskannya, kami paparkan dua buah kaidah penting terkait dengan dua kalimat di atas.
Pertama, hendaknya kita harus memahami makna yang dimaksud dari lafadz tersebut secara definitif, bukan dilihat dari persepsi kita sendiri. Sebagaimana disebutkan Syaikh al-Banna dalam prinsip keenambelas, "Kebiasaan yang keliru tidak merubah hakikat lafadz syar'i yah yang sudah jelas, harus diteliti batasan-batasan makna yang dimaksud. Dalam urusan dunia dan agama pun, hendaknya harus diiringi sikap hati-hati dari tipuan kalimat. Dalam kaidah ushul fiqih disebutkan, "Al-Ibratu bil musammayat la bil asma." Kesimpulan dari suatu kalimat dialnbil dari esensi kalimat tersebut, bukan hanya dari lafadznya.

Karenanya, Syaikh ash-Shabuni mengatakan, "Kaum muslimin dibolehkan menggunakan lafadz yang kurang baik untuk makna yang baik. Seperti perkataan Rasulullah saw., "Kerahiban ummat ku adalah jihad li sabilillah. Meskipun makna rahbaniyah itu pada dasarnya dicela dalam al-Qur'an,

"Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah padahal Kami tidak rnewajibkannya kepada mereka (tetapi mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keridhaan Allah." (QS. al-Hadid: 27).

Rahbaniyyah menurut Abu Hayyan adalah, "Menolak wanita, dan syahwat keduniaan serta melakukan pertapaan. Dan arti ibtada'uha adalah mereka mengada-adakan masalah tersebut menurut kemauan mereka sendiri."

Kedua, Ustadz Hasan al-Banna tidak menyetujui berbagai tarikat sufi yang berkembang di zamannya. Karenanya, beliau berbicara banyak seputar masalah sufi dan beliau menetapkan standar syari'at dalam masalah tesebut. Misalnya dalam prinsip ketiga beliau mengatakan, "Bagi iman yang benar, ibadah yang lurus serta upaya mujahadah, terdapat cahaya dan kemanisan yang Allah letakkan dalam hati siapa saja yang la kehendaki dari hamba-hamba-Nya. Akan tetapi masalah ilham, ilusi, kasyaf dan mimpi bukan merupakan dalil hukum syari'at dan tidak diakui kecuali dengan syarat tidak berbenturan dengan prinsip hukum agama dan nashnya."

Contoh lainnya dalam prinsip ketigabelas, Hasan al-Banna mengatakan "Mencintai orang­orang shalih, menghormati dan memuji mereka karena diketahui kebaikan prilaku mereka akan mendekatkan pelakunya kepada Allah swt. Dan para wali, ciri mereka adalah sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah swt.
"Orang-orang yang beriman dan mereka bertaqwa." (QS. Yunus: 63).

Karamah itu ada pada mereka yang memenuhi syarat-syaratnya secara syari'at, juga dengan keyakinan bahwa mereka -semoga Allah ridha kepada mereka- tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat dan kebaikan atas diri mereka baik dalam keadaan hidup ataupun mati. Terhadap diri sendiri saja mereka tidak memiliki kekuasaan, apalagi terhadap orang lain.

Hasan al-Banna rahimahullah telah mengambil intisari kandungan lslam dari ajaran shufiyah syanniyah, seperti kebersihan jiwa, kesucian hati, senantiasa melakukan amal kebaikan, cinta kerena Allah keterikatan dengan kebaikan dan sebagainya. Semua ini senafas dengan ajaran Islam serta anjuran Rasulullah saw.

Akan tetapi para imam sufi telah menulis banyak kitab tentang hal tersebut sehingga menjadi ciri khusus di kalangan mereka. Setelah itu datanglah Imam syahid dan menjelaskan masalah tersebut sesuai dengan ajaran lslam.


Siapapun yang memperhatikan tulisan Ustadz Hasan al-Banna rahimahullah, pasti akan mendapati bahwa beliau tidak sependapat dengan pemahaman sufiyah ketika berbicara tentang Asma Allah Yang Agung yang mendapat perhatian besar di kalangan sufi. Beliau mengatakan, "Kesimpulan dari pembahasan ini, bahwa sebagian manusia yang tak berpendirian itu mengakui kekhususan dan penambahan dari apa yang diwariskan Rasulullah sehingga rnereka mengatakan yang tidak terdapat dalam al-Qur'an dan sunnah. Kita sangat dilarang melakukannya, dan hendaknya kita berpegang teguh pada peninggalan Rasulullah saw.'.

Begitupun komentar Imam syahid dalam mudazkkirahnya tentang shufiyah, akan lebih menjelaskan bagaimana sikap beliau terhadap tasawwuf. Beliau mengatakan, "Saya tak akan berupaya melakukan pendalaman batiniyah dan makna secara istilah. Kitab-kitab itu hanya berdasarkan apa yang terlintas dalam benak seseorang, obsesi yang berulang kali bermain dalam pikiran dan distir oleh perasaan. Bila apa yang ditulisnya itu benar maka Allah lah segala puji, akan tetapi bila keliru, sesungguhnya aku menghendaki kebaikan semata. Milik Allah segala urusan, sebelum dan sesudahnya."

Hasan al-Banna menjelaskan pandangannya tentang pemikiran tasawwuf yang melanggar, berlebihan dan kemasukan unsur zindiq serta kekufuran. Beliau lalu menyeru para tokoh islah untuk berupaya meluruskan kelompok shufiyah dengan mengatakan, "Akan tetapi pemikiran shufi tidak berhenti pada batasan ilmu, suluk dan tarbiyah. Andai saja mereka komitmen dengan batasan ini saja, tentu hasilnya adalah kebaikan baginya dan juga bagi ummat manusia. Namun mereka melanggar hal tersebut setelah masa-masa pertamanya hingga memecahkan dzauq dan mencampumya dengan ilmu filsafat, mantiq serta warisan ummat terdahulu berikut pemikiran mereka. Tasawwuf mencampur agama dengan yang tidak ada dalam agama, membuka lubang besar bagi setiap ajaran zindiq, mulhid, pendapat yang rusak dan akidah yang menyimpang. Melalui celah ini masuklah nama tasawwuf dan da'wah pada pengertian zuhud. Apa yang ditulis dan disebutkan dalam masalah ini adalah penting untuk diteliti oleh para ahli agama Allah dan mereka yang menghendaki kebersihan dan kesuciannya."

Adapun tentang tuduhan yang menyebutkan bahwa pemikiran sufi telah mempengaruhi Hasan al-Banna sehingga menjadikannya bertolak dari pemikiran yang tidak orisinil lagi, jawabannya adalah -- setelah memuji Allah swt. --, bahwa Hasan al-Banua mengambil lslam bertolak dari pemikiran salaf. Ia tidak ta'asshub atau fanatik terhadap pendapat pribadinya, namun puas dan cenderung dengan hadits shahih. Beliau berusaha mengikat manusia dengan Kitabullah dan sunnah rasul-Nya melalui cara yang jauh dari filsafat dan istilah-istilah para ahlul kalam. Ini seluruhnya termasuk dalam prinsip da'wah salafiyah.

Orang tua Hasan al-Banna adalah seorang ulama hadits terkemuka yang mengkodifikasi bab fiqih yang ada dalam musnad Imam Ahmad bin Hambal. Kitab tersebut dinamakan al-Fathu ar­Rabbani. Sang ayah senantiasa menuntun dan mengarahkan puteranya untuk berqudwah pada Rasulullah saw.

Meski demikian, hal tersebut tidak merubah kenyataan bahwa perkembangan seseorang atas suatu kondisi tidak berarti pemikirannya harus terbentuk sesuai dengan kondisi tersebut. Sebagian tokoh dan pakar hadits ada juga yang memiliki latar belakang kehidupan yang dilingkupi banyak bid'ah. Namun setelah itu mereka keluar dari bid'ah, bahkan menjadi orang yang paling keras menentang bid'ah.

Al-Banna Mengikuti Ajaran Sufi yang Sesat? Ikuti pandangan Al-Ahkam.Net

Oleh: zain-ys

Saya tidak akan bertaqlid kepada Ustaz Rasul Dahri (URD) dalam pandangannya mengenai Imam Hasan al-Banna (al-Banna) yang dianggapnya sebagai seorang sufi yang sesat dan tidak bertaubat.

Di bawah ini nanti saya sertakan petikan dari buku al-Banna (terjemahan) Muzakkriaat al-Dakwah wal Da'iyah. Antara buku yang dirujuk untuk menyesatkan al-Banna.

Di dalam buku berkenaan antaranya al-Banna menceritakan pengalamannya semasa remaja bersama tarekat sufi Hasafiah. Ketika beliau menceritakannya, di sinilah para pembaca akan diundang dengan pelbagai tanggapan dan penafsiran.

Dari sinilah URD membuat tanggapan bahawa al-Banna adalah seorang sufi yang sesat. dan dari sinilah juga saya membuat tanggapan bahawa al-Banna tidak sesat.

Dari sumber yang sama tetapi mengundang penafsiran yang berbeda.

Apa yang al-Banna ceritakan ialah ketika beliau remaja. Atau sekurang-kurangnya sebelum wujud al-Ikhwan al-Muslimin (al-Ikhwan). URD mengatakan al-Banna tidak pernah bertaubat dari pegangannya.

Saya berpendapat, al-Banna tidak sesat dengan alasan:
  1. Dia menceritakan pengalamannya bersama Tasauf sewaktu remajanya.
  2. Tarekat hasafiah yang diikutinya dinyatakannya sendiri olehnya dan oleh bapanya yang merupakan seorang pakar Hadis sebagai tarekat yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
  3. Zikir-zikirnya ialah petikan dari al-Quran dan al-Sunnah
  4. Al-Banna minat dengan tarekat ini kerana pengasas dan pemimpinnya seorang yang sangat kasihkan sunnah dan bencikan bi'dah, khurafat. Mereka dikatakan amat menentang pelbagai bid'ah dan khurafat yang menyusup masuk ke dalam tarekat-tarekat pada zaman berkenaan.
  5. Pada satu tahap, al-Banna mencerita bagaimana beliau dan syeikh juga teman-teman dari tarekat ini tidak sehaluan. Terutamanya selepas tertubuhnya al-Ikhwan.
  6. Di akhir petikan ini nanti, al-Banna ada menyatakan tentang pendiriannya yang sangat jelas tentang tasauf dan tarekat. Jelas beliau tidak bersetuju dengan tasauf yang diresapi oleh unsur asing yang merosakkan Islam.
  7. Amalan-amalan seperti ziarah kubur, berzikir bersama-sama dan sebagainya semasa beliau bersama tarekat ini tidak boleh terus dihukumkan sebagai telah melakukan kesesatan. Mengapa saya katakan begitu?
Pertama, kerana ia dilakukan semasa zaman remajanya.
Kedua, al-Banna ada menjelaskan betapa mereka diajar tentang adab-adab ziarah kubur berdasarkan sunnah.
Ketiga, berzikir bersama-sama, apakah maksudnya berzikir seperti yang kebanyakan diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tarekat sekarang ini. Ia tidak jelas.

Bolehkah kita menghukum saudara kita dengan sesuatu fakta yang tidak jelas dan masih kabur?


URD berkata:
Si Pemuja sufi Sa’id Hawa semoga Allah merahmatinya telah membuat pengakuan dan menguatkan lagi kenyataan Hasan al-Banna, beliau berkata:

“Bahawasanya Ikhwanul Muslimin pada hakikatnya adalah sufiyah (pertubuhan yang bermanhaj sufi)”.

URD menyebut lagi:
Apakah Hasan al-Banna yang ditokohkan oleh para pengikutnya sebagai imam, syahid, mursyid dan ketua pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak mengetahui persoalan dan hukum tentang perayaan maulid, kuburi dan bid’ah-bid’ah terutamanya yang terdapat di dalam tariqat kesufian? Kalau benar Hasan al-Banna telah bertaubat dari semua perkara yang bid’ah ini dan melarang para pengikut dan penyambung perjuangannya dari melakukannya, tentulah tokoh-tokoh yang menjadi pelanjut dakwahnya setelah kematiannya seperti Sa’id Hawa, Tilmisani, Hasan al-Hudaibi, Mustafa as-Siba’i, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi telah bertaubat,meninggalkan dan mengharamkan para pengikutnya dari melakukan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Hasan al-Banna. Tetapi yang jelas adalah sebaliknya. Fikirkanlah kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang menyeru: “Jadikanlah Salafi itu Sufi”.

Persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala kita ialah URD mendakwa al-Banna dan al-Ikhwan sebagai sesat hanya kerana mereka mengaku diri mereka sufi tanpa melihat apakah bentuk dan jenis sufi yang mereka ikuti?

Pernahkah kita terbayang yang al-Qaradhawi berzikir sambil menari-menari. Atau berzikir beramai-ramai. Atau sebagainya.

Pernahkah juga kita terfikir yang al-Qaradhawi itu berfahaman seperti al-Hallaj atau Ibnu Arabi? Sedangkan beliaulah yang kuat menentang fahaman mereka..




Petikan Muzakkriaat al-Dakwah wal Da'iyah (edisi terjemahan)

Minat Saya Di Dalam Tariqat Sufi Hasafiyah
Saya telah lihat ahli-ahli Tariqat Hasafiyah di dalam sebuah masjid kecil. Setiap hari selepas solah Isya’, mereka terus berzikir kepada Allah. Saya selalu menghadiri kuliah-kuliah Syeikh Muhammad Zahran antara solah Maghrib dan Isya’. Halaqah zikir yang diadakan itu disertai pula dengan nasyid yang merdu, menarik minat saya. lanya dihadiri oleh ulamak-ulamak dan pemuda-pemuda yang soleh. Mereka juga memberi layanan yang baik kepada kanak-kanak di situ untuk menyertai dalam halaqah zikir itu.

Lama-kelamaan hubungan saya dengan ‘Ikhwan Al-Hasafiyah’ semakin erat. Di antara orang-orang yang paling kuat mempengaruhi saya ialah Syeikh Syalbi Ar-Rijal, Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman. Begitu juga dengan pendakwah-pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee, Sowi Afandi as-Sowi, Abdul Mut’al Afandi Sankal dan yang lain-lain lagi adalah hampir sebaya umur mereka dengan saya. Di sinilah saya bertemu dengan Ustaz Ahmad Sakri buat pertama kali, Beliau adalah wakil Ikhwanul Muslimun waktu itu. Pertemuan tersebut meninggalkan kesan yang hebat kepada kehidupan kami. Sejak itu, nama Syeikh Hasafi terus mempengaruhi saya dan saya berasa sangat gembira bila mendengar nama itu. Saya pun semakin kempunan hendak bertemu Syeikh itu dan mendapat faedah dari kuliah yang diberinya. Saya mula mengamal ‘Wazifah ar-Ruzooqiyyah’ di waktu subuh dan petang. Saya mula berminat dengan wazifah ini apabila bapa saya memberitahu bahawa kalimah di dalam wazifah tersebut diambil dari hadith-hadith sahih. Risalah ini dinamakan risalah (menerangkan hati untuk menjadi suci dengan zikir Ruzooqiyyah). Wazifah ini tidak melebihi dari ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith. Walaupun begitu tidak kedapatan padanya perkataan-perkataan yang ganjil, fahaman-fahaman dan badat-ibadat yang bertentangan dengan Islam.

Ketika ini saya berjumpa dengan sebuah kitab bertajuk 'Almanhal as-Safi fi Manaqib Hasnain al-Hasafi’. Hasnain al-Hasafi adalah pengasas dan pemimpin pertama Tariqat Hasafiyah (Ikhwan Al-Hasafi). Kini pemimpin Tariqat tersebut ialah Syeikh Abdul Wahab Hasafi, iaitu anak Syeikh Hasnain al-Hasafi. Semoga Allah merahmati Syeikh Abdul Wahab dan memberi kejayaan kepada segala usahanya. Saya tidak sempat menemui Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana dia telah meninggal dunia pada hari Khamis, 17 Jamadil Akhir, 1328 Hijrah. Saya berumur 4 tahun ketika itu. Walaupun dia kerap melawat negeri saya, tetapi saya tidak berpeluang menemuinya.

Melalui kitab tersebut, saya mendapat tahu bahawa Syeikh Hasnain adalah seorang ulamak Universiti al-Azhar yang alim. Beliau pakar dalam Ilmu Fiqh Mazhab Syafi’e dan Ulumud Din. Dia juga seorang ulamak yang luas pembacaannya. Beliau bersolat tepat pada waktunya dan banyak masanya habis dalam berzikir kepada Allah. Dia adalah seorang yang wara’ dan bertakwa. Dia juga menunaikan umrah dan Haji banyak kali. Para sahabatnya tidak dapat mencari orang lain yang lebih bertakwa yang mematuhi ajaran Allah, menunaikan segala perkara perkara yang wajib serta sentiasa memelihara perkara-perkara sunat.

Syeikh Hasnain Al-Hasafi tidak lalai dari mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara tersebut sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau berumur 60 tahun tetapi umurnya yang tua itu tidak menyekat dia dari menjalankan dakwah Islamiah. Dia menentang amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan menggalakkan amalan-amalan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau selalu menentang bida’ah-bida'ah yang menyusup masuk ke dalam amalan-amalan Tariqat Sufi. Dia menyeru manusia kepada perbuatan maaruf dan melarang manusia dari melakukan perbuatan yang haram. Beliau membawa perubahan yang hebat kepada masyarakatnya dengan membanteras banyak amalan-amalan yang bertentangan
dengan Islam. Pemikiran dan amalannya mengagumkan saya. Dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar, beliau tidak takut kepada sesiapa pun. Ada banyak peristiwa yang menggambarkan keberaniannya.

Pernah Syeikh Hasnain pergi menemui Perdana Menteri Mesir, Riyadh Basya. Pada waktu yang sama seorang ulama lain telah datang menemui Riyadh Basya. Ulama tersebut telah tunduk memberi hormat kepada Riyadh Basya. Syeikh Hanain naik radang dan terus menampar ulamak tadi sambil berkata, ‘Berdiri tegaklah engkau! Tidak dibenarkan ruku’ dalam Islam melainkan di hadapan Allah S.W.T. Janganlah engkau mencemar Islam dan ilmu yang ada padamu, nanti kelak Allah akan mencemarmu.’ Perdana Menteri Riyadh Basya dan ulamak tadi pun terpegun. Tidak seorang pun yang berani mengambil tindakan terhadap Syeikh Hasnain.

Apabila Syeikh Hasnain duduk, seorang pembesar pun tiba. Beliau adalah sahabat Riyadh Basya. Salah satu jarinya tersarung sebentuk cincin emas dan di samping itu dia juga membawa sebatang tongkat yang berkepala emas. Syeikh Hasnain pun menasihatinya, ‘Saudara ku! Kaum wanita diharuskan memakai perhiasan emas dan kaum lelaki diharamkan memakai emas. Lebih baik kau serahkan barang-barang emas yang ada padamu itu kepada kaum wanita di dalam keluargamu.

Jauhkan dirimu dari bertindak bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebelum pembesar tadi membangkang, Riyadh Basya masuk campur dan memperkenalkan mereka berdua. Namun begitu, Syeikh Hasnain masih bertegas supaya cincin emas dan emas di hujung tongkat ditanggalkan agar amalan yang bertentangan dengan Islam dapat dihentikan.

Satu hari Raja Mesir, iaitu Taufiq Pasya, telah menghadiri satu perhimpunan khas para ulamak. Syeikh Hasnain juga turut hadir di majlis itu. Apabila Syeikh Hasnain bertemu Taufiq Pasya, dia pun mengucap ‘Assalaamu’alaikum’ dengan kuatnya. Taufiq Pasya hanya membalas salam itu dengan mengangkat tangan saja. Tanpa rasa gentar, Syeikh Hasnain pun dengan lantang berkata, ‘Jawablah salam dengan cara yang sama atau dengan cara yang lebih baik lagi. Menurut Islam, tidak harus menjawab salam dengan tangan. Jawapan salam perlulah diberi dengan sepenuhnya iaitu ‘Wa a’laikumus-Salaam wa rahmatullahi wa barakatuh’. Taufiq Pasya berterima kasih pada Syeikh Hasnain kerana pendiriannya dan pegangannya dalam hal agama.

Satu hari Syeikh Hasnain pergi berjumpa salah seorang muridnya di Jabatan Ukur. Beliau lihat ada patung kecil di atas meja dalam pejabat muridnya itu. Syeikh Hasnain bertanya, ‘Apakah benda ini?’ Muridnya menjawab, ‘Patung ini perlu untuk kerja-kerja kami’. Syeikh itu menjawab, ‘Benda ini dilarang (diharamkan) Allah.’ Beliau pun mematahkan leher patung tersebut dengan tangannya sendiri. Di waktu itu, seorang Inspektor bangsa Inggeris masuk ke dalam pejabat itu. Dia bertanyakan Syeikh Hasnain mengenai perkara patung tadi. Dengan sopan santun, Syeikh itu menerangkan bahawa Islam datang untuk menegakkan Tauhid (Keesaan Allah) di atas muka bumi dan juga untuk menghapuskan berbagai bentuk penyembahan berhala. Islam telah mengharamkan patung agar ia tidak menjadi sumber penyembahan. Penerangan dasar-dasar Islam yang diberi oleh Syeikh Hasnain begitu elok sehingga dapat menyakinkan Inspektor tadi. Dia sangat tertarik dengan hujah-hujah Syeikh Hasnain sebab selama ini dia sangka penyembahan berhala wujud di dalam Islam. Dia menerima kebenaran Islam dan memuji Syeikh Hasnain.

Satu hari Syeikh Hasnain dan murid muridnya menziarahi Masjid Saidina Hussain (r.a.). Dia berdiri di hadapan kubur dan mengucapkan kalimah berikut:

Maksudnya: “Sejahtera ke atas mu ahli kubur yang Mu’min.”

Sementara itu seorang dari muridnya memohon, ‘Tuan! Beritahu Saidina Hussain agar dia memberkati aku.’ Syeikh Hasnain Al-Hasafi memandangnya dengan penuh marah dan berkata, “Semoga Allah memberkati kita dan dia (yakni Saidina Hussain). Kemudian dia, meminta semua murid-muridnya berhimpun di situ kerana dia hendak memberi syarahan. Dalam perhimpunan tersebut beliau menghurai secara terperinci adab dan peraturan menziarahi kubur. Beliau juga menjelaskan perbezaan antara bidaah dan syara’ dalam persoalan menziarahi kubur.

Bapa saya pernah menceritakan bahawa dia, Syeikh Hasnain dan para anggota Tariqat Hasafiah yang lain telah berkumpul di rumah Hasan bin Abu Syed Hasnain. Seorang pelayan wanita yang masih muda masuk ke dalam majlis untuk menghidangkan kopi. Kepala dan tangannya terdedah. Syeikh Hasnain memandang wanita tadi dengan marahnya dan dia menyuruh wanita itu keluar. Syeikh Hasnain juga enggan minum kopi yang dihidangkan. Beliau telah berjumpa dengan tuan rumah itu dan memberinya satu pengajaran mengenai kewajipan terhadap gadis-gadis walaupun mereka merupakan pelayan, tidak seharusnya dipamerkan kepada lelaki ajnabi.

Inilah di antara nilai-nilai akhlak Syeikh Hasnain Al-Hasafi yang banyak mempengaruhi saya. Para anggota Tariqat Hasafiah selalu memuji ajaran Syeikh Hasnain, tetapi saya lebih tertarik dengan ajaran-ajaran yang diamalkannya. Saya yakin Allah telah memberinya kuasa istimewa untuk menyebarkan Islam. Beliau telah berusaha mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran dengan tabahnya. Saya mula mengenal Syeikh Hasnain Al-Hasafi ketika saya berumur 12 tahun. Pengenalan saya dengan Syeikh itu kian teguh lantaran satu peristiwa aneh. Saya telah membaca buku beliau berulang kali. Satu hari saya telah bermimpi. Dalam mimpi itu, saya sedang berada di sebuah tanah perkuburan. Saya lihat salah satu kubur bergegar dan bergerak. Gegaran berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Akhirnya kubur tadi pecah. Api memancut keluar darinya dan menjulang ke langit. Api itu bertukar membentuk satu lembaga manusia lelaki. Lembaga itu adalah satu lembaga panjang yang menggerunkan. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Gergasi itu berteriak sambil berkata kepada orang ramai yang berkumpul di sekelilingnya, ‘Wahai manusia! Perkara perkara yang diharamkan Allah kepada kamu kini telah dihalalkan. Sekarang kamu buatlah apa yang kamu suka.’ Saya pun muncul dari khalayak ramai dan berkata, ‘Kau pendusta.’ Orang ramai pun berpaling melihat saya dan saya memberitahu mereka, ‘Wahai manusia yang dikasihi! Dia adalah syaitan yang dilaknat. Dia telah datang untuk menyesat dan menghasutkan kamu. Jangan dengar kata katanya! Jika tidak, kamu akan sesat.’ Gergasi tadi naik marah dan berkata, ‘Sekarang kita akan berlumba lari di hadapan orang ramai. Jika kau menang, kau dianggap benar. Jika aku menang, akulah yang benar.’ Saya menerima cabarannya itu. Saya pun berlari sepantas yang saya mampu. Malangnya kaki saya tidak dapat bersaing dengan kaki gergasi yang besar itu. Belum sempat gergasi tersebut menangkap saya, Syeikh Hasnain Al-Hasafi muncul dan memeluk saya. Beliau memegang saya dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya diangkat dan dihalakan kepada gergasi yang sedang pantas bergerak itu. Beliau berteriak dengan kuat, ‘Nyahlah engkau wahai syaitan yang terkutuk!’ Gergasi tadi cabut lari dan menyembunyikan dirinya. Syeikh Hasnain pun turut lesap.

Saya pergi bertemu orang ramai tadi dan berkata, ‘Awak semua telah saksikan sendiri usaha syaitan hendak menyesatkan awak dari jalan kebenaran yang ditunjukkan Allah.’ Selepas itu saya pun terkejut jaga. Semenjak hari itu, saya pun begitu kempunan hendak bertemu Syed Abdul Wahab Al-Hasafi, iaitu putera Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana hendak belajar dasar dasar Akhlak Islam darinya tetapi dia tidak muncul.

Berhubung dengan peristiwa di perkuburan itu, saya teringat kepada saudara seagama saya, iaitu Syeikh Muhammad Abu Syousya, seorang saudagar di Mahmoodiyah. Saya terhutang budi kepadanya kerana dia banyak memberi bimbingan rohani kepada saya. Dia mengumpul lapan hingga sepuluh orang budak lelaki termasuk saya dan membawa kami ke tanah perkuburan. Kami menziarahi kubur sambil berzikrullah di masjid Syeikh Najeeli. Syeikh Muhammad Abu Syousya menceritakan kisah kisah para wali dan orang-orang soleh kepada kami dengan cara yang begitu menarik sehingga air mata kami mengalir. Kemudian dia menunjuk kepada kami kubur-kubur yang terbuka dan mengingatkan kami bahawa satu hari nanti kami juga akan berada di tempat yang gelap dan mengerikan itu (yakni kubur). Syeikh Muhammad Abu Syousya menangis teresak-esak dan kami juga turut menangis. Kami semua pun bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala kesalahan yang kami lakukan. Kadangkala dia mengikat benang di pergelangan tangan kami Sebagai lambang peringatan taubat yang telah kami lakukan. Beliau menerangkan bahawa jika fikiran kami diselubungi kejahatan atau syaitan cuba menghasut kami, maka hendaklah kami menyentuh benang tersebut sambil mengingati janji yang telah kami buat untuk mematuhi Allah serta menjauhi perbuatan mungkar. Kami mendapat banyak faedah dari nasihat serta tunjuk ajar beliau yang baik dan berguna itu. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas beliau.

Hati saya sentiasa teringat Syeikh Hasan sehinggalah saya memasuki Maktab Perguruan Damanhur. Makam Syeikh Hasan berada di Damanhur. Masjid beliau yang belum siap itu juga berada di Damanhur. Ketika itu hanya asas masjid saja yang siap. Masjid itu dapat disiapkan kemudiannya. Saya menziarahi makam Syeikh Hasan setiap hari. Saya bergaul rapat dengan para anggota Tariqat Hasafiyah. Setiap malam saya menghadiri syarahan-syarahan yang diberi di Masjid At-Taubah. Saya bertanya berkenaan ketua Tariqat Hasafiyah di situ dan mendapat tahu namanya ialah Syeikh Basiyooni Alatt. Beliau adalah seorang peniaga yang bertaqwa dan wara’. Saya memohon kepada beliau supaya memperkenaikan saya dengan Syeikh Syed Abdul Wahab Al-Hasafi. Syeikh Basiyooni pun berjanji hendak memperkenalkan saya dengan Syeikh tersebut apabila dia melawat Damanhur. Sebelum ini saya belum pernah menyatakan bai’ah (sumpah setia) dengan sesiapa pun. Menurut para anggota Tariqat Hasafiyah, saya masih di peringkat ‘Muhib’ (orang yang kasih kepada orang orang wara’ dan soleh) dan bukannya murid (pengikut).

Satu hari Syed Abdul Wahab melawat Damanhur. Para anggota Tariqat Hasafiyah menyampaikan berita kedatangannya itu kepada saya. Alangkah gembiranya saya. Saya pergi bertemu Syeikh Basiyooni dan meminta beliau membawa saya kepada Syeikh Abdul Wahab Al-Hasafi pada hari Ahad, 4 haribulan Ramadhan, 1341 Hijrah, lepas solat Asar. Saya pun menyatakan bai’ah saya dengan meletakkan tangan saya di atas tangan Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab. Dengan demikian, rasmilah saya sebagai salah seorang anggota Tariqat Hasafiyah. Syed Muhammad Abdul Wahab membenarkan saya menggunakan segala kemudahan kemudahan yang dikhaskan kepada para anggota Tariqat Hasafiyah.

Semoga Allah merahmati Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab. Saya beruntung banyak dapat bergaul dengannya. Setiap usaha beliau adalah kebaikan semata. Beliau adalah seorang yang wara’ dan berakhlak mulia. Beliau tidak mengejar pangkat dan kekayaan orang lain. Setiap masalah dihadapinya dengan penuh bijaksana. Hayatnya habis dalam mengajar orang dan beribadat kepada Allah. Beliau memimpin para anggota Tariqat Hasafiyah dengan penuh kebaikan dan kejayaan.

Di antara ajarannya yang menarik ialah Syeikh Syed Abdul Wahab tidak membenarkan para anggota Tariqatnya yang terpelajar berbincang masalah-masalah khilaf dan meragukan dan menyebut-nyebut percakapan orang-orang Mulhid dan Zindiq di hadapan para anggota Tariqat biasa. Katanya kepada mereka, ‘Berbincanglah perkara perkara itu di dalam perjumpaan perjumpaan khas awak. Ketika berdakwah kepada orang awam, hendaklah menyentuh perkara-perkara yang mudah dan berkesan yang dapat mengarahkan mereka kepada taat kepada Allah. Jika perkara-perkara yang rumit tadi dibincangkan, mungkin mereka tidak memahami kamu dan hal ini boleh membuat mereka ragu terhadap agama mereka sendiri. Lantaran itu awaklah yang menjadi punca salah faham mereka terhadap Islam.’ Saya masih ingat kata katanya kepada saya dan Ahmad Sakri. Saya lihat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Allah akan membuka hati orang ramai kepada kamu. Ramai
dari mereka yang akan menyertai gerakan kamu. Fahamilah bahawa Allah akan menyoal kamu mengenai orang-orang yang mendatangi kamu sama ada kamu telah menggunakan masa mereka dengan baik atau tidak. Jika masa mereka digunakan dengan baik, maka Allah akan memberi ganjaran baik kepada mereka dan kamu. Andainya masa mereka tidak digunakan dengan baik, maka kamu akan dihukum. Dengan cara inilah Syeikh tersebut mendorong kami menjalankan kewajipan kami kepada Allah. Kami dapati peribadi beliau dipenuhi kebaikan.

Pada waktu itu, kami berpakat hendak menubuhkan satu pertubuhan di Mahmoodiyah. Pertubuhan itu digelar ‘Persatuan Kebajikan Hasafiah’. Seorang peniaga/saudagar Mahmoodiyah terkenal yang bernama Ahmad Afandi as-Sakri telah dilantik Sebagai yang Di Pertua dan saya pula dilantik Sebagai Setiausaha. Kegiatan persatuan tertumpu kepada dua bidang yang penting. Bidang pertama menyebarkan dakwah untuk pembinaan akhlak orang ramai dan membanteras kemungkaran di kalangan masyarakat. Bidang kedua melibatkan usaha menentang kegiatan risalah Kristian. Para anggota ini yang paling gigih terdiri dari tiga orang wanita. Mereka berusaha menyebar agama Kristian dengan bertopengkan kursus jahitan serta tekat menekat dan juga dengan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan rawatan perubatan.

Persatuan Kebajikan Hasafiyah ‘menghadapi gerakan Kristian’ ini habis-habisan. Usaha ini mendapat penghargaan dari orang ramai. Kemudiannya, usaha ini diteruskan oleh Ikhwanul Muslimin.

Hubungan kami dengan Syed Abdul Wahab Al-Hasafi tetap baik sehinggalah tertubuh dan berkembangnya gerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara Mesir. Selepas itu, pendapat beliau dan pendapat kami mengenai Ikhwanul Muslimin berubah. Namun begitu, kami masih menyimpan rasa terhutang budi dan rasa hormat kepadanya. Beliau adalah seorang ahli ibadat yang baik dan wara’.

Pendapat Saya Mengenai Tasawwuf
Saya rasa sangat berfaedah jika saya mencatit di dalam diari (buku harian) ini beberapa aspek mengenai peranan tasawwuf dan tariqat di dalam sejarah dakwah Islam. Bagaimana tasawwuf boleh wujud? Apakah kesan dan hasilnya? Sejauh manakah ia memberi faedah kepada masyarakat Islam? Saya tidak bercadang hendak membincangkan perkara ini secara ilmiah dan mendalam. Saya hanya ingin mencatit apa yang saya ingat berkenaan persoalan itu. Jika pendapat saya terbukti benar, ianya diperolehi dengan rahmat Allah jua. Puji-pujian bagi Allah andainya saya benar. Jika pendapat saya terbukti salah, maka kebaikanlah yang saya cari. Bagi Allah segala sesuatu.

Pada awal abad pertama, sempadan negara Islam telah kian meluas dan juga mencapai banyak kemenangan. Manusia memeluk Islam dari berbagai tempat. Orang Islam menjadi pemilik kekayaan dan harta yang banyak. Orang Islam pun mula cenderung kepada dunia dan segala ciri-cirinya yang menarik itu. Apabila masyarakat Islam telah meninggalkan kesederhanaan hidup dan kerajinan yang pernah wujud di zaman Rasulullah s.a.w.; apabila mereka mula terlibat di dalam keburukan dan kemewahan duniawi, maka muncullah tokoh-tokoh Islam yang wara’ dan berperibadi mulia untuk membawa peringatan dan pembaharuan kepada mereka. Tokoh-tokoh ini berusaha membersihkan masyarakat dari cintakan kebendaan. Mereka memperingati masyarakat supaya bersedia untuk kehidupan akhirat. Di antara tokoh-tokoh yang terkemuka ini ialah Imam Hasan al-Basri. Banyak lagi para pendakwah lain yang menjejaki beliau. Orang-orang ini menyeru manusia agar mencintai dan mengingati Allah, takutkan Hari Perhitungan dan bersikap berpuas hati dengan apa yang dapat. Mereka menekankan betapa pentingnya tarbiyah diri, kepatuhan kepada Allah dan bersifat taqwa. Cara mereka bertindak dan berfikir berkembang seperti caban-cabang ilmu Islam serta corak pemikiran Islam yang lain. Ianya melalui proses yang sama. Jadilah ia ilmu yang menekankan pembinaan akhlak dan corak hidup tertentu. Tahap-tahap ilmu tassawuf ini ialah zikrullah, ibadat dan ilmu ketuhanan (makrifat).

Matlamat mereka ialah mencari keredhaan Allah dan mendapat syurga. Saya menggelar ilmu tasawwuf Sebagai ilmu pendidikan dan akhlak. Sebenarnya ilmu tasawwuf adalah intisari pengajian Islam. Para ahli sufi mencapai tahap yang tinggi rnelalui ilmu (yakni ilmu tasawwuf) ini dalam mendekati Allah. Orang lain tidak boleh mencapai sebagaimana yang dicapai oleh golongan sufi. Mereka memimpin manusia agar menta’ati dasar dasar Islam dan menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Dari masa ke semasa, berlaku keterlaluan dalam ilmu Tasawwuf.

Hal ini berlaku di dalam amalan berdiam diri, puasa, menahan diri dari tidur dan beruzlah (yakni berseorangan kerana hendak (beribadat). Islam telah meletakkan peraturan-peraturan yang jelas mengenai perkara perkara (amalan amalan) ini. Tujuan berdiam diri (tidak bercakap) ialah mengelakkan diri dari perkara sia-sia. Tujuan berlapar ialah berpuasa sunat. Tujuan mengurangkan tidur ialah untuk memudahkan beribadat di waktu malam. Tujuan beruzlah ialah menjauhkan diri dari perkara perkara yang merosakkan diri sendiri. Jika amalan-amalan ini dilaksanakan sepenuhnya menurut dasar-dasar Islam, maka hasilnya adalah berfaedah sekali.

Walau bagaimanapun, ilmu permikiran tasawwuf ini tidak terhad setakat yang tersebut tadi. Andainya ilmu sufi terhad setakat itu, ianyakan akan berguna pada manusia dan juga dirinya sendiri. Namun begitu, ilmu tasawwuf telah melewati sempadan itu dan telah bercampur aduk dengan ciri-ciri khayalan (intuition), falsafah, logik dan warisan daripada umat-umat terdahulu. Dengan cara ini ilmu tassawuf tadi tidak dapat mengekalkan ketulenannya. Ia pun menjadi satu campuran berbagai bida’ah yang asing dari Islam. Ia membuka peluang yang tidak terhad kepada kaum kafir, kaum murtad dan para ahli bidaah untuk menyelewengkan Islam atas nama atau laungan Islam tulen. Ilmu tasawwuf begini membolehkan kegiatan-kegiatan menentang Islam dijalankan dengan bertopengkan kerohanian.

Oleh itu, apa yang diperkatakan mengenai tasawwuf ini perlu dikaji oleh para pengkaji dan orang-orang yang cintakan kemurnian agama agar dapat dipisahkan kepalsuan dari kebenaran. Kemudian datang pula zaman pemeringkatan ilmu tasawwuf. Wujudlah berbagai kumpulan sufi. Setiap ahli sufi mempunyai cara tarbiyah tersendiri dan mencipta kumpulan (tarikat sufi) sufi baru. Selepas itu ciri politik mula masuk ke dalam gelanggang tasawwuf. Ahli-ahli politik menggunakan ahli-ahli tasawwuf untuk tujuan politik mereka. Kumpulan-kumpulan sufi ini disusun menurut susunan para pejuang dan kadang kala disusun Sebagai persatuan-persatuan yang tertutup (atau persatuan-persatuan sulit). Dengan cara ini amalan sufi tulin telah melalui berbagai peringkat perubahan.

Akhirnya, ia begitu berbeza sekali dari rupa asalnya. Amalan sufi sekarang telah hilang ketuhanannya. Bentuknya kini telah bercampur baur sehingga hari ini. Ini semua kesan dari sejarahnya yang panjang. Contoh yang dapat kita lihat ialah di Mesir sendiri dari segi ketua ketua tariqat sufi dan murid-muridnya. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu tasawwuf dan tariqat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di pelusok dunia yang jauh. Penyebaran Islam tidak mungkin tercapai tanpa semangat berdakwah ahli-ahli sufi ini. Islam tersebar luas lantaran usaha usaha mereka ini. Bahkan Islam masih tersebar di pelbagai bandar Afrika dan di kawasan tengah Afrika melalui ahli-ahli sufi. Begitu juga halnya dikebanyakan kawasan Asia. Memang benar amalan sufi mempunyai pengaruh yang besar terhadap hati dan batin seseorang, namun begitu, percampurannya dengan fahaman-fahaman lain telah menjadikannya mendatangkan kerosakan lebih banyak dari kebaikan bahkan kadang-kadang boleh menghancurkan terus.

Adalah menjadi tanggungjawab Muslimin untuk membuat satu rancangan bagi memulihkan kumpulan-kumpulan sufi yang telah menyeleweng. Mereka boleh dipulihkan dengan senang kerana mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian. Bahkan merekalah yang paling mudah menerima pemulihan dan pembetulan jika pendekatan yang sesuai digunakan.

Para ulamak dan pendakwah perlu meluangkan masa untuk menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan kumpulan-kumpulan sufi ini. Para ulamak ini sepatutnya meneliti segala kitab-kitab berkenaan ilmu tasawwuf yang ada. Mereka sepatutnya mengkaji segala masalah dan keadaan yang menyentuh ilmu ini kemudian menapis pencemaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya. Kemudian mereka perlu memberi kepimpinan yang penuh ketaqwaan kepada golongan sufi tersebut. Saya teringat kepada Syed Taufiq Al-Bahri (r.a.) yang begitu bersusah payah mengkaji masalah-masalah dan hal ehwal golongan sufi ini. Kemudian beliau menulis buku yang menyentuh perkara tersebut. Tetapi rancangan beliau tidak terlaksana kerana sesiapa pun tidak memberi perhatian mengenai perkara tersebut selepasnya.

Syeikh Abdullah Afifi juga sangat berminat dalam perkara ini. Tetapi minatnya hanyalah dari segi teori dan bukan amali. Andainya ketiga kekuatan ini iaitu kekuatan ilmiah Al-Azhar, kekuatan rohani para sufi dan kekuatan amali gerakan Islam dapat bertindak secara berpadu, maka satu ummat Islam yang sempurna akan wujud di seluruh dunia. Umat begini menjadi pemandu dan bukan pengikut. Umat begini akan menjadi contoh kepada kaum-kaum lain. Umat begini boleh menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah. Tetapi semua perkara ditentukan oleh Allah SWT.

Hari-hari Di Damanhur
Kehidupan saya di Damanhur adalah dalam kehidupan beribadat dan amalan sufi (tasawwuf). Kehidupan manusia terbahagi kepada beberapa peringkat (tahap). Salah satu peringkat itu ialah zaman selepas pemberontak Mesir iaitu dari tahun 1920 sehingga 1923 M. Saya berumur tidak lebih dari 14 tahun ketika itu. Ia merupakan tahap kehidupan di mana saya tenggelam dalam ibadat dan amalan sufi. Namun begitu hal ini tidak menyekat saya dari terlihat dalam kegiatan yang menyentuh kepentingan negara.

Apabila saya tiba di Damanhur, saya terpengaruh dengan Tariqat Sufi Hasafiah. Kubur pengasasnya, iaitu Syed Hasnain Al-Hasafi berada di Damanhur. Ketua kami di situ adalah Haji Hilmi Sulaiman, seorang yang bertaqwa dan wara’. Kerana itulah di antara saya dan beliau ada satu hubungan rohani yang khas. Sahabat Haji Hilmi ialah Syeikh Hasan Khiz Bik, seorang guru di Damanhur. Syeikh Hasan mengadakan majlis-majlis ilmu agama di rumahnya. Beliau memberi kuliah mengenai kitab Ihya’ Imam Ghazali di masjid Al-Jaisy sebelum solat subuh, dalam bulan Ramadhan. Haji Hilmi selalu membawa saya ke majlis-majlis tersebut. Saya mendapati diri saya seorang yang kerdil dibandingkan dengan mereka yang hadir di majlis itu kerana mereka terdiri daripada alim ulamak.

Usia saya yang sangat muda tidak menghalang saya dari selalu mendampingi para ulamak terkemuka termasuklah guru guru Maktab saya dan juga beberapa ulamak lain. Para ulamak terkemuka ini selalu mendorong para pemuda seperti saya ini supaya jalan kebenaran Islam dan supaya sentiasa bertawakkal kepada Allah. Inilah di antara sebab-sebab yang menimbulkan minat dan mendorong saya kepada amalan amalan sufi.

Saya tidak lupa perbincangan-perbincangan panjang lebar antara kami dengan guru kami, Syeikh Abdul Fattah Abu Alam. Beliau kami ilmu Fiqh, tafsir Al-Quran dan Hadith. Perbincangan berlaku apabila ada bangkangan terhadap amalan-amalan sufi. Syeikh Abdul Fattah akan senyum apabila sesuatu perbincangan sudah selesai. Beliau selalu mengesyorkan supaya mendalami ilmu Fiqh, sejarah dan ilmu Tasawwuf agar saya sendiri dapat memahami kebenaran. Kebenaran tidak boleh didapati tanpa perbincangan dan pengajian. Walaupun pendapat saya dan Syeikh Abdul Fatah kerap kali berbeza, namun begitu beliau tetap baik kepada saya dan membimbing saya dengan ikhlas. Perbincangan perbincangan kami terhad kepada sudut mencari kebenaran dan mengemukakan dalil-dalil yang logik (munasabah).

Bermalam di Masjid Al-Jaish (atau Surau Khathathibah)
Peristiwa bermalam di Masjid Al-Jaish (di Damanhur) atau Masjid Khathathibah (di kawasan Fulaqah) tetap abadi dalam kenangan. Saya menghadiri ceramah-ceramah yang disampaikan sebelum solat subuh, oleh Syeikh Hasan Khazdak di dalam bulan Ramadhan di masjid tersebut. Di masjid itu, kami menghabiskan banyak waktu malam kami dalam beribadah dan berzikir kepada Allah bersama-sama para anggota Tariqat Hasafiyah. Lepas solat Isya, kami makan bersama Syeikh Muhammad Amir atau Hussain Fauzee Afandi yang sekarang ini berada di Kaherah. Selepas itu, kami pun beribadat dan berzikir dalam separuh waktu malam dan kami tidur untuk tempoh waktu yang sedikit sahaja. Apabila waktu sudah sampai tengah malam, kami pun bangun untuk menunaikan solat Tahajjud. Hal ini berterusan sehingga waktu solat subuh tiba. Selepas amalan-amalan tertentu, dan juga berzikrullah, kami pun pergi Maktab. Para penuntut menumpukan masa mereka untuk menuntut ilmu dan sibuk dengan urusan masing-masing.

Kerap kali kami bangun sebelum waktu subuh, bahkan sebelum pintu masjid Al-Jaish dibuka. Oleh itu, kami pun pergi ke surau Khathathibah yang terletak di tebing tali Air Khathathibah. Di sini kami menghabiskan masa dalam ibadat. Kemudian kami akan kembali ke Masjid Al-Jaish untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Berziarah Berhubungan
Apabila kami berada di Damanhur pada setiap kali hari Jumaat, kami akan menziarahi kubur-kubur para wali Allah. Kadang-kadang kami melawat Dasuk. Selepas solat subuh, kami berjalan kaki ke Dasuk dan sampai di sana pada pukul 8.00 pagi. Jaraknya ialah dua puluh kilometer dan memakan masa tiga jam untuk sampai. Kami menghadiahkan Fatihah di kubur wali di situ. Selepas itu, kami menunaikan solat Jumaat. Kemudian kami makan dan berehat sebentar. Selepas solat Asar, kami pun memulakan perjalanan pulang dan sampai ke Damanhur ketika hampir waktu Maghrib. Kadangkala kami pergi ke Azbatul Nawam untuk menziarahi makam Syeikh Syed Saniar. Beliau adalah seorang anggota Tariqat Hasafiyah yang terkemuka. Dia terkenal sebagai seorang yang bertaqwa dan wara’. Kami berada di sana seharian dan pulang pada waktu malam.

Hari Untuk Berdiam Diri (Mengasingkan Dirl)
Kami menetapkan beberapa hari tertentu untuk kami bersenyap dan menjauhkan diri dari manusia. Dalam tempoh tersebut, kami tidak akan bercakap antara satu sama lain kecuali untuk berzikir atau membaca ayat-ayat suci al-Quran saja. Ketika amalan ini berjalan, para penuntut lain mengambil peluang mengusik kami. Kerap kali mereka pergi bertemu Pengetua atau beberapa orang guru lain untuk melaporkan bahawa ada penuntut telah menjadi bisu. Guru yang menerima laporan akan datang untuk menyiasat keadaan kami Sebagai jawapan, kami pun membaca beberapa ayat suci al-Quran. Beliau pun berpuas hati dan beredar dari situ. Guru kami, Syeikh Farhat Salim menghormati tindakan kami bersenyap diri dan beliau
memarahi penuntut-penuntut yang cuba mengusik kami. Dia juga mengarah guru-guru lain supaya jangan mengganggu kami dengan soalan-soalan ketika kami sedang bersenyap diri. Para guru sedar bahawa kami melakukannya bukan untuk mengelakkan diri dari pengajian atau peperiksaan kerana kami selalu berjaya mengatasi para penuntut lain ketika menuntut dan dalam menghadapi peperiksaan. Kami menjalankan amalan itu untuk beberapa waktu tanpa menyiasat pendapat Syara’ mengenainya. Kami melaksanakan amalan tersebut untuk tempoh tertentu kerana hendak mengelakkan diri perkara sia-sia dan untuk membina kecekalan diri.

Kadangkala perkara ini meruncing dan menimbulkan kebencian di kalangan manusia sehingga mendorong kami untuk bersendirian. Saya sendiri menerima banyak pucuk surat dari rakan-rakan semaktab tetapi saya tidak berani membaca surat surat itu. Saya bimbang nanti surat-surat itu mengandungi sesuatu yang boleh melukakan hati saya. Seorang ahli sufi sepatutnya bebas dari kebimbangan sedemikian rupa. Dia berkewajipan memutuskan hubungan dari semua benda kecuali Allah. Dia mesti berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan dasar ini