LAWAK PAGI!! SAMSUNG BAYAR APPLE $1 BILLION DUIT SYILING 5SEN!!
CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak 
syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti 
itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook 
yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari 
Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar 
USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini 
dengan cara ini.
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang 
ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, 
jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone
 itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."
Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan 
eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon 
untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian 
pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak
 bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu 
tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu
 bagaimana untuk melakukannya.
(Lee Kun Hee, pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media mereka 
tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan "nerds bergaya" dan jika 
mereka (Apple) ingin bermain secara kotor, pihak Samsung juga tahu 
bagaimana untuk melakukannya.)
"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin 
minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat 
komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan 
mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

No comments:
Post a Comment