Pakar kewangan Islam diperlukan
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Institut Kewangan dan 
Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) menyasarkan peranan sistem kewangan 
Islam di negara ini sama penting dengan sistem kewangan konvensional 
dalam tempoh 10 tahun lagi.
Perunding Kanan Pembangunan Latihan dan Pembangunan Profesional 
IBFIM, Zanariah Zahari berkata, sasaran sama rata itu dijangka dapat 
dicapai melalui penghasilan tenaga pakar kewangan Islam yang lebih ramai
 pada masa akan datang.
Jelasnya, bagi mencapai sasaran itu, negara memerlukan 
sekurang-kurangnya 2,000 pemegang sijil kelayakan kewangan Islam (CQIF) 
yang dikeluarkan oleh IBFIM.
"Kami di IBFIM yang merupakan salah satu institusi latihan atau badan
 yang disokong sepenuhnya Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu 
melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kewangan Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment