Ibnu Ishaq Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi’ah Di Kalangan Ummah
Penerbit : Pustaka Bisyaarah
Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini ALlah menemukan saya dengan sebuah 
buku yang sangat menarik dan hebat. Membaca tajuknya sahaja menyebabkan 
saya terus berazam untuk mengkaji tulisan ini seharian dan saya 
mendapati tuliasan Maulana Asri ini sangat-sangat berharga untuk di 
ketengahkan kepada seluruh ummat Islam.
Buku ini merupakan sebuah kajian dan penelitian tentang Ibnu Ishaq, 
membongkar kelibatnya sebagai Syiah, kerosakan yang telah di buat beliau
 untuk merosakkan seerah Nabi saw. dan memaparkan beberapa 
peristiwa-peristiwa seerah yang jelas-jelas di reka Ibnu Ishaq untuk 
menanam fahaman Syiahnya kepada Ahlus Sunnah.
Kenapa dan Siapa Ibnu Ishaq (Meninggal 152H) ?
Muhammad bin Ishaq dianggap oleh kebanyakan orang sebagai ‘Bapa 
Sirah’ dan ‘Ketua Ahli-ahli Sejarah’. Beliau terbilang di antara 
orang-orang yang pertama menulis buku maghazi dan sirah, lantaran itu 
segolongan orang menganggap kata-kata dan pendapat-pendapat Ibnu Ishaq 
sebagai kata pemutus. Terlalu banyak riwayat Ibnu Ishaq yang di muatkan 
oleh muridnya Ibnu Hisyam dalam kitab ‘ Sirah Ibnu Hisyam’ yang 
mengandungi unsur-unsur fahaman syiah seperti;
- Pengkhianatan terhadap Nabi saw. (Antaranya Kisah Isra’ & Mikraj di mana Ibnu Ishak berkata Nabi saw. di israkkan daripada rumah Ummu Hani Bt Abd Talib yang suaminya memusuhi Islam)
 - Kedengkian terhadap para Sahabat (Kisah ‘Ammar b Yasir di buli para sahabat ketika peritiwa pembinaan Masjid Nabi)
 - Fitnah terhadap Aisyah
 - Mengagungkan Saidina Ali (Kisah Hijrah di mana Saidina Ali mengganti tempat tidur Nabi saw. sedangkan riwayat Imam Bukhari mengatakan bahwa Nabi saw. berhijrah daripada rumah Abu Bakar pada waktu tengah-hari)
 - Dll
 
Sedangkan pendapat Ibnu Ishaq sendiri di tolak oleh ramai tabi’ 
at-tabiin di zaman beliau sendiri dan ramai yang telah membongkar kedok 
Ibnu Ishaq yang berlakon sebagai Ahlus Sunnah tetapi menyebarkan fahaman
 Syiah.
Yahya bin Sa’id al-Qatthan berkata, “Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar.”
Imam Zahabi pula mengatakan, “Riwayat Ibnu Ishaq gugur dari darjah 
kesahihan dan tidak harus dijadikan hujjah untuk menentukan halal 
haram.”
Imam Nawawi menulis, “Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih.”
Golongan syiah terkenal dengan sikap mereka yang suka berdusta kerana
 itulah Aqidah mereka ‘taqiyyah’. Imam As-Syafei berkata, “Tak pernah ku
 lihat golongan yang lebih kuat berdusta daripada Syiah”.
Penulisan buku ini merupakan salah satu usaha mengembalikan ummah 
kepada sirah yang tulen dan murni. Ia juga menampilkan peribadi 
seseorang tokoh Syi’ah yang telah berjaya memenangi hati jutaan ummat 
Islam sehingga mereka menabalkannya sebagai raja sirah. Sementara di 
kalangan ulama’ pula ramai yang terpesona dan terpedaya dengannya, maka 
riwayat-riwayatnya disebar dengan meluas sekali dan diterima baik oleh 
semua lapisan masyarakat sebagai fakta sirah.

No comments:
Post a Comment