Mengapa Syiah Tidak Makan Ikan Tidak Bersisik: Hikayat Belut
Oleh Abu Redza
        26
        Mac
       
Sekarang ramai orang membuat kenduri menghidangkan selain dari menu 
daging. Minggu sudah di Langkawi sebuah kenduri kahwin dihidangkan 
masakan sotong. Satu lagi menu ialah ikan keli. Biasanya ikan keli 
goreng. Pada sebuah kenduri seorang sahabat tidak menjamah ikan keli 
goreng. Ya, saya kenal dia, ia seorang Melayu Syiah.
Mengapakah Syiah tidak makan ikan keli? Sebenarnya Syiah Imam 
Duabelas  tidak makan atau haram memakan sotong, belut, sembilang, 
tenggiri, yu dan semua ikan tidak bersisik. Berikut ini adalahpenjelasan
 dari  petikan dari kitab Syiah,  Amali As Saduq[1].
Pada bab : Sembahyang di atas rambut dan bulu
Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu 
binatang yang dimakan# dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan 
dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan 
bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas 
baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain. Adalah lebih 
baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya. 
Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka 
sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu 
serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan 
taqiyyah dan darurat.
# Pada nota kaki no 37 di catit:
Haram dimakan ikan yang tidak bersisik seperti belut (eel), 
sotong, ikan keli dan seumpamanya. Para nabi dan para wasi tidak 
memakannya. 
Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik 
mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak 
mewalikan Imam Ali. a.s. 
Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan 
bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang 
munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa 
al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia 
adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, Mereka berkata: Tunjukkan kepada kami
 buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian
 beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, 
Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku 
dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s)
 ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). 
Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk 
mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan 
mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. 
Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda 
supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, 
kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami 
telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, 
tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu 
melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami
 dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah 
melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu 
tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, 
kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. 
Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan 
berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa
 Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam  
(tanpa sisik). 
Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah 
sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi 
sehingga mereka wujud di mana-mana” 
Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir 
al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s.
Sehubungan dengan hujah Syiah tersebut, sebagai bandingan mari kita tekuni beberapa hujah dari Al Quran berikut:
Maksudnya:
Dan Dia-lah, Allah yang 
menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging
 yang segar (ikan) , dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan 
yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya 
kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. QS 16.  An Nahl: 14
Dan tiada sama (antara) dua 
laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi 
pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang 
segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, 
dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut 
supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. QS 35 Fathir 12
Dihalalkan bagimu binatang buruan laut[2]  dan makanan (yang berasal) dari laut[3]
 sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam 
perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, 
selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah
 kamu akan dikumpulkan. QS 5. Al Maa’idah 96
[1]
 Buku Amali Al-Saduq atau sebutan ringkasnya Al-Amali, adalah karya 
Syeikh al-Jalil al-Aqdam Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain 
Babuaih al-Qummi yang dikenali dengan Syeikh al-Saduq. Di samping Syeikh
 al-Saduq, muridnya Syeikh al-Mufid telah menulis nama buku yang sama. 
Kemudian ia diikuti oleh Syeikh al-Tusi, Ibn Syeikh, al-Murtada dan 
lain-lain. Buku ini dikenali juga dengan nama Al-Majalis. Ia mengandungi
 97 majlis kesemuanya. Dicetak oleh Mua’ssasa al-A‘lami li-al-Mat‘bu‘at 
di
Beirut (cetakan ke 5), 1980 setebal 544 halaman dengan kata-kata aluan oleh Syeikh Husain al-‘lami. Justeru majlis ke 93 daripada buku ini diterjemahkan daripada halaman 509 hingga 520.
Majlis ini berlaku pada hari Jumaat 12 hb Sya‘ban tahun 368 Hijrah.

[2]
 Maksudnya: binatang buruan laut yang diperoleh dengan jalan usaha 
seperti mengail, memukat dan sebagainya. Termasuk juga dalam pengertian 
laut disini ialah: sungai, danau, kolam dan sebagainya
[3]
 Maksudnya: ikan atau binatang laut yang diperoleh dengan mudah, karena 
telah mati terapung atau terdampar dipantai dan sebagainya. Hadis 
riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. mengutus kami dan mengangkat Abu Ubaidah ra. sebagai pemimpin untuk mencegat kafilah dagang Quraisy. Beliau membekali kami dengan sekarung kurma karena tidak menemukan bekal lain lalu Abu Ubaidah ra. pun memberikan kepada masing-masing kami sebuah kurma. Kemudian aku bertanya: Apakah yang kamu sekalian perbuat dengan sebuah kurma itu? Ia menjawab: Kami mengisapnya seperti anak kecil mengisap kemudian kami meminum air yang ada di dalamnya hingga cukuplah bagi kami dari siang sampai malam. Kemudian kami memukulkan tongkat-tongkat kami ke daun-daunan lalu kami basahi dengan air untuk kami minum. Selanjutnya kami menuju tepi laut, di sana tampaklah oleh kami seperti bukit pasir yang besar sekali. Lalu kami pun segera mendatanginya dan ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut ikan paus. Abu Ubaidah ra. berkata: Ikan ini sudah jadi bangkai (kita tidak dapat memakannya). Kemudian ia berkata lagi: Tidak apa-apa, kita adalah utusan Rasulullah saw. di jalan Allah sedangkan kamu sekalian dalam keadaan terpaksa, maka makanlah! Kami yang berjumlah 300 orang lalu menetap di sana selama sebulan hingga kami pun menjadi gemuk. Ia berkata: Aku telah menyaksikan sendiri, kami menampung dengan tempat air minyak ikan yang keluar dari lubang matanya serta memotong-motong dagingnya sebesar kijang atau banteng. Lalu Abu Ubaidah ra. mengambil 13 orang di antara kami diperintahkan khusus untuk melubangi matanya dan ia juga mengambil salah satu tulang rusuk ikan itu. Kemudian ia membebani unta yang paling besar yang ada pada kami untuk mengangkutnya dan ia pun berjalan di bawahnya (sambil menuntun) serta kami dapat berbekal dengan dagingnya yang telah direbus setengah matang. Ketika tiba di Madinah, kami segera menemui Rasulullah saw. untuk menceritakan kejadian itu kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada kamu sekalian. Apakah masih ada sisa dagingnya pada kamu sekalian untuk diberikan kepada kami? Lalu kami pun mengirimkan sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. kemudian beliau memakannya . (Shahih Muslim No.3576)

No comments:
Post a Comment