Paderi gay anjur majlis resepsi kahwin
Ngeo  Boon Lin bersama pasangannya 
dari New York, Phineas Newborn III menuangkan minuman keras pada majlis 
resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur, kelmarin.  - AGENSI 
 KUALA LUMPUR 6 Ogos - Paderi gay rakyat Malaysia
 yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, 
mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.
Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan 
memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat 
kelahirannya di sini. 
Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina 
menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan 
Cina di sini.
''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.
Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) 
sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 
'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway 
pada Ogos tahun lalu. 
Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk 
berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.
''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.
''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.
Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran 
makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta 
nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.
Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. - AGENSI
No comments:
Post a Comment