Peranti inspirasi alam semula jadi
 
ORANG ramai menunggu seawal 7 pagi untuk membeli Samsung Galaxy S III.  
 | 
WALAUPUN kaunter pembelian Samsung Galaxy S III oleh Celcom hanya 
dibuka pada pukul 10 pagi di ruang legar pusat beli-belah Midvalley, 
Kuala Lumpur, Wong Kok Keong, 48, sudah beratur seawal 6.45 pagi.
Penantiannya berbaloi apabila berjaya menjadi individu pertama yang 
memenangi peluang membeli gajet terkini itu pada harga RM888 berbanding 
harga asal RM2,199.
Selain Celcom yang menawarkan harga berpatutan dengan pakej talian, 
Maxis turut mengadakan promosi pada harga peranti RM999 yang berakhir 
pada Jun lalu. U Mobile turut memiliki pakej menarik untuk pembelian 
Galaxy S III serendah RM588 dengan bayaran sebanyak RM168 sebulan.
Ketika majlis perkenalan Galaxy S III yang diadakan di Hotel One 
World, Petaling Jaya, banyak penambahan ciri yang ada sekali gus 
dijangka mampu menarik perhatian peminat tegar telefon pintar.
Seiring tema Direka Untuk Manusia, Inspirasi oleh Alam Semula Jadi, 
rekaan fizikalnya sangat selesa dan ergonomik mengikut cengkaman tangan 
manusia.
Unsur-unsur semula jadi seperti angin, air dan cahaya ditafsirkan 
dengan reka bentuk yang licin dan tiada garisan. Terdapat dua warna 
iaitu biru kerikil dan putih marmar.
Antara muka telefon Galaxy S generasi ketiga itu juga sinonim dengan rangkai kata ‘umpama menyentuh air di dalam kolam’.
Pelbagai fungsi
Ciri menarik mengenai telefon itu ialah Pop Up Play yang membolehkan 
pengguna memainkan video pada mana-mana skrin Samsung Galaxy S III 
sambil memeriksa e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu 
menutup atau memainkan semula video.
Kamera merupakan ciri yang perlu ada untuk setiap telefon pintar. 
Galaxy S III memiliki kamera 8 megapiksel, manakala 1.9 megapiksel pada 
kamera depan.
Selain itu, ciri Burst Shot mampu merakam gambar secara berterusan 
sebanyak 20 keping. Aplikasi Best Photo pula akan memilih lapan keping 
foto yang terbaik, jadi setiap momen terindah pemilik yang berlaku dalam
 tempoh beberapa saat tidak terlepas.
Dari segi perkongsian pula, ciri S Beam memudahkan fail dihantar 
antara dua buah Galaxy S III semudah tiupan angin dengan menyentuh pada 
bahagian belakang gajet itu. Selain itu, ia turut memiliki teknologi 
Near Field Communication (NFC).
Interaksi semula jadi antara manusia dengan Galaxy S III merupakan 
ciri yang sangat menarik. Ciri Smart Stay mampu mengesan pergerakan mata
 pengguna melalui kamera hadapan, sama ada sedang melayari internet atau
 membawa buku elektronik.
Telefon pintar itu akan sentiasa pada paparan cerah tanpa mengganggu 
konsentrasi pembaca kerana tidak perlu menyentuh skrin bagi mengekalkan 
kecerahan.
Selain itu, S Voice dapat memahami lapan bahasa. Ia berfungsi dengan 
mendengar perkataan yang keluar dari mulut pengguna dan bertindak balas 
terhadap apa yang diucapkan.
Antara aplikasi yang boleh dilakukan ialah carian informasi, 
penggera, memainkan muzik kegemaran, menaik atau menurunkan suara, 
menghantar SMS, e-mel, mengambil gambar dan memulakan kamera.
Lapan bahasa yang difahami ialah Inggeris United Kingdom, Inggeris 
Amerika Syarikat, Sepanyol, Sepanyol Amerika Selatan, Jerman, Perancis 
dan Itali.
No comments:
Post a Comment