Kekejaman Bashar berterusan
 
GAMBAR yang diedarkan Jawatankuasa 
Koordinasi Syria semalam menunjukkan mayat beberapa kanak-kanak yang 
dibunuh rejim Presiden Bashar Al-Assad di Daraya, dekat Damsyik.  
 | 
DAMSYIK - Beberapa ratus mayat ditemui di bandar Daraya dekat sini 
selepas serangan besar-besaran tentera Syria, kata sebuah kumpulan 
pemerhati semalam.
Satu klip video menunjukkan sejumlah mayat diletakkan dalam beberapa 
barisan di sebuah masjid di Daraya selepas askar-askar rejim Presiden 
Bashar Al-Assad (gambar kecil) menggempur pemberontak di pinggir bandar 
raya ini.
Semua yang terbunuh, kata kumpulan tersebut, merupakan mangsa 
serangan tentera Syria selama lima hari ke atas Daraya bagi menghapuskan
 pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Beberapa pejuang FSA memuat naik klip video tersebut yang bertajuk 
'Pembunuhan beramai-ramai di Masjid Abu Sleiman Addarani di Daraya'.
Rakaman itu menunjukkan berpuluh-puluh mayat disusun di dalam beberapa buah bilik di kompleks masjid berkenaan.
"Pembunuhan beramai-ramai yang amat kejam ini dilakukan oleh 
konco-konco rejim Bashar di dalam Masjid Abu Sleiman Addarani," kata 
ulasan yang mengiringi klip video berkenaan.
"Lebih 150 nyawa melayang dalam kempen keganasan oleh 
kumpulan-kumpulan militia Bashar di bandar ini (Daraya)," tambah 
komentar tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi
 Manusia berkata, sekurang-kurangnya 320 mayat ditemui kelmarin dan 
semalam termasuk mangsa pembunuhan beramai-ramai di Daraya.
Beberapa kumpulan aktivis di negara berkenaan menyifatkan klip video 
tersebut sebagai bukti kekejaman yang dilakukan oleh rejim Bashar.
Menurut mereka, Bashar bertindak kejam kerana membenarkan rejimnya membunuh dan membakar mayat penduduk Daraya.
"Bashar membenarkan militia rejimnya, Shabiha, menjadi mesin 
pembunuh," kata satu kenyataan kumpulan aktivis berkenaan, Jawatankuasa 
Koordinasi Tempatan (LCC).
Tergempar!
Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut
Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut
 Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak 
masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan
 juga orang tua.
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
Lihat pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=mkbkheAZ7sI
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
Lihat pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=mkbkheAZ7sI

No comments:
Post a Comment