4.10.12

Umar Al-Khattab : Disanjung atau dihina Oleh Kita?

Di antara dua kisah yang masyhur tentang Sayyidina Umar ialah kisah menghukum hudud anaknya sendiri sehingga anaknya itu meninggal dunia dan juga kisahnya membunuh anak kecil perempuannya semasa jahiliyyah.

Kisah pertama adalah kononnya untuk membuktikan bahawa Sayyidina Umar r.a. adalah seorang pemerintah yang adil yang menjalankan hukum Allah tanpa mengira bulu . Manakala kisah kedua ingin menunjukkan bahawa Islam telah berjaya mengubah seseorang yang paling kejam kepada manusia yang paling baik.

Atas alasan inilah kisah ini dijaja oleh kita di masjid-masjid, di akhbar-akhbar, di dalam kuliah-kuliah dsb.

Tidak ramai dari kita yang mempunyai amanah keilmuan untuk sekurang-kurangnya memeriksa semula sumber-sumbernya untuk memastikan kebenaran cerita tersebut ataupun mengenalpasti apakah motif sebenar di sebalik cerita tersebut.

Untuk menjelasakan kedudukan sebenar, penulis telah menerangkan konsep ‘tabarra’ iaitu ‘mencela dalam bentuk puji’. Untuk kisah pertama, dalam kita memuji keadilan Sayyidina Umar r.a. dalam melaksanakan hukum Allah, dengan mengikuti kisah ini secara terperinci kita akan mengatakan bahawa Sayyidina Umar adalah seorang bapa yang gagal mendidik anaknya; beliau r.a. jahil dalam melaksanakan hukum-hukum Allah dan nampak amat gopoh dalam menjalankan tanggungjawabnya. Di dalam cerita ini, anaknya Abu Syahmah menemui ajal semasa menjalani hukum had tersebut tetapi tercatat dalam sejarah bahawa beliau meninggal lama kemudiannya iaitu semasa zaman Muawiyah !! Ini menunjukkan cerita ini adalah rekaan musuh Islam.

Di dalam cerita kedua, ramai orang mengaitkan orang yang membunuh anaknya di dalam suatu hadis yang dipertikaikan di dalam Sunan Al-Darimi sebagai Sayidina Umar. Menurut cerita ini, orang tersebut telah menolak anak gadisnya ke dalam telaga dalam ke adaan anaknya memanggil-manggil namanya. Penulis mendedahkan bahawa Sayyidina Umar hanya mempunyai tiga orang anak semasa jahiliyah dan ketiga-ketiganya hidup semasa beliau memeluk Islam. Seperkara lagi, hadis ini dipertikaikan kerana Wadhin, perawi yang menjadi sumber hadis ini lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau tidak menyatakan di mana dia mengambil hadis ini dan tidak mungkin dia mendengar sendiri hadis ini 80 tahun sebelum kelahirannya. Dalam istilah hadis, ianya dinamakan hadis ‘munqati’ ( terputus ). Wadhin itu sendiri dikatakan mempunyai ingatan yang sangat teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariah (Taqribu at-Tahzib )

“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarinya” ( Hadis Riwayat Muslim)

Umar Al-Khattab : Disanjung atau dihina
Tebal:38 muka surat
Harga : RM 5.00
Hubungi: Hammad, 0148373055

Sebarkan.

No comments: