Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

14 tentera Syria maut serangan Mujahidin

14 tentera Syria maut serangan pemberontak

Anggota pemberontak Syria berlindung di balik benteng diperbuat daripada batu bata semasa bertempur di bandar Aleppo, Syria, kelmarin. - Reuters 
 
BEIRUT 12 Okt. - Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera Syria terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan kumpulan pemberontak di sebuah pos kawalan di wilayah Daraa, hari ini.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, serangan yang berlaku di pos kawalan di Khirbata itu turut meragut enam nyawa pemberontak, selain pertempuran juga dilaporkan berlaku di utara wilayah Idlib dan Aleppo
.
Serangan itu berlaku sehari selepas kira-kira 240 orang terkorban dalam beberapa siri serangan di Syria melibatkan 92 anggota tentera, 67 anggota pemberontak dan 81 penduduk awam.

Di Idlib, beberapa jet pejuang tentera Syria dilaporkan membedil dua buah bangunan di bandar Maaret al-Numan, manakala di Aleppo, kumpulan pemberontak melancarkan serangan ke atas pasukan tentera udara di sebuah lebuh raya yang menghubungkan wilayah tersebut ke Raqa.

"Kumpulan pemberontak bertempur dengan pasukan tentera udara Syria bermula tengah malam semalam sehingga subuh ini," kata ketua pertubuhan tersebut, Rami Abdel Rahman.

Lapangan terbang ketenteraan sering dijadikan sasaran serangan pemberontak ketika pasukan tentera meningkatkan penggunaan jet pejuang dan helikopter bagi melancarkan serangan.

Di bandar raya Aleppo, pasukan tentera Syria melancarkan serangan di beberapa daerah termasuk Haidariyah, Sukari dan Fardoss. - AFP

No comments: