Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa
terhadap pengaruh Khomeinisma
terhadap pengaruh Khomeinisma
Ibn Umar
pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. : “Sesungguhnya kami
telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri
sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang
manhaj / sistem kehidupan)”.
"Perkara mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan
Aqidah, kemudian berkenaan Ibadah dan yang ketiga tentang manhaj
(sistem) hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan disini adalah tentang kelompok
Aqidah yang sahih dan benar disisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada
umatnya, berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh
sistem hidupnya.
Dalam satu
hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda : “Akan
berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu
kelompok, Lalu para sahabat bertanya : Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi
menjawab : Apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya (islam yang tulen)”.
(Riwayat Sunan Tarmizi)
Akan tetapi
al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan
ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana
pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).
Aku memohon
bersungguh-sungguh kepada golongan intelektual agar membuka mata kalian semua
supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Aku juga memohon
bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah
mereka untuk mencegah pengaruhnya.
Ini kerana
“wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke dalam negara-negara
Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).
Umat Islam
mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan Aqidah yang tulen, bukan
sebagaimana tindakan Syiah yang mereka-reka acuan Aqidah sendiri. Kita juga
wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan mereka
keatas umat ini.
Setiap
“slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan
terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih
buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar
terhadap apa yang telah berlaku disebalik sorotan sejarah yang lepas dan peristiwa
yang berlaku sekarang?
Sesungguhnya
mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan
dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh
mereka sendiri.
Daripada
Abu Hurairah , Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda : “Allah
berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan
penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Firman
Allah taala : “Janganlah kamu
cenderung kepada orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api
neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah,
sehinggalah kamu tidak akan diberikan pertolongan”. (Surah Hud : 113)
Telah jelas
bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada
para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan
sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan
sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan
darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas.
Adakah
tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok Sunni namun
tidak di berikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Masjid
tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan
hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat Sunni di Iran dalam
dewan Parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk-tengkuk mereka.
Adakah kita
juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada Sunni di Lebanon, samada
Sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh mendapatkan perlindungan disana.
Adakah kita
tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga
telah
memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad
(yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang
membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya.
Adakah itu
semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka atas
tipu daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?
Aku
menegaskan, mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam,
musuh kepada rakyat-rakyat mereka, musuh kepada tanahair mereka.
“..Ya Allah
!!! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan pengiku-pengikutnya,
aku mohon kelepasan daripada penguasaannya, sekutu-sekutunya dan daripada
menjadi sekutunya.. Ya Allah !!! Perkenankanlah doa kami ..”
Wassalam..
Diterjemahkan oleh :
Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
No comments:
Post a Comment