18.10.12

KEHEBATAN MUJAHIDIN SYRIA

Helikopter tentera Syria ditembak jatuh di Idlib


KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah helikopter tentera ditembak jatuh oleh kumpulan penentang di wilayah Idlib semalam.


DAMSYIK - Para MUJAHIDIN yang menentang Presiden Bashar Al-Assad menembak jatuh sebuah helikopter dalam satu pertempuran sengit ketika pihak tentera berusaha untuk menawan sebuah bandar di Syria semalam.


Helikopter itu ditembak jatuh di wilayah Idlib.

Kejadian itu berlaku semasa Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi memberi amaran bahawa konflik yang berlaku di Syria boleh merebak menjadi semakin serius.

Beberapa pertempuran masih tercetus di Damsyik dan Aleppo walaupun Brahimi meminta gencatan senjata dilaksanakan antara pihak penentang dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad bagi menghormati kedatangan Hari Raya Aidiladha.

No comments: