15.10.12

APABILA ORANG TAK NAK FAHAM ISLAM BERKUASA

DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
...
================
Alor Setar: DAP berpendapat garis panduan papan iklan ditetapkan kerajaan negeri PAS Kedah, hanya diguna pakai untuk umat Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam. .

Perlu perbincangan
Pengerusinya, Lee Guan Aik, berkata DAP tidak menentang peraturan berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan, namun menegaskan ia perlu dibincangkan dalam sesama parti pakatan pembangkang sebelum diamalkan. 
 
***** ADAKAH INI BERMAKSUD, kena bincang dgn pakatan (Islam dan Bukan Islam) bila nak laksanakan hukum dan peraturan Islam! di Negara Yang Islam Adalah Agama Persekutuan!

No comments: