Pertanyaan: Saya adalah seorang penganut Syiah, saya ingin bertanya bagaimana pandangan Ahlus Sunnah tentang Imam Hussein?
Jawaban: Yang Ahlus Sunnah ketahui tentang Imam Husein, bahawa beliau adalah cucu Nabi yang disayangi, juga yang paling mirip wajahnya dengan Nabi. Beliau sering mencium cucunya yang satu ini. Imam Husein dan saudaranya Imam Hasan, adalah penghulu pemuda penghuni syurga. Mereka berdua adalah anak dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, orang yang mencintai dan dicintai Allah dan Rasul-Nya. Ali adalah seorang yang harus dicintai oleh setiap mereka yang mengaku beriman. Ahlus Sunnah menganggap bahawa mencintai Ali adalah sebahagian dari iman, dan sebaliknya, membenci dan memusuhi Ali adalah sebahagian dari kemunafikan, salah satu sifat tercela yang harus dijauhi. Imam Husein adalah anak dari penghulu wanita penghuni syurga, yang dicintai Rasulullah, Fatimah Az-zahra, juga termasuk Ahlul Bait yang dibersihkan oleh Allah sebersih-bersihnya. Nabi berwasiat kepada kita supaya menjaga Ahlul Bait ketika berkhutbah siang hari di tengah terik matahari Ghadir Khum: “Aku ingatkan kalian atas Ahlul Baitku”. Imam Husein adalah penghulu Ahlus Sunnah, dan cucu Nabi kami, Ahlus Sunnah mencintai Imam Husein dan yakin bahawa cinta kepadanya adalah ikatan tali iman. Mencintai Imam Husein termasuk amal terbaik yang dapat dipersembahkan oleh orang yang beriman kepada Allah, dalam rangka melaksanakan sabda Nabi: “Seseorang akan bersama dengan yang dicintainya”. Barang siapa mencintai Imam Husein bermaksud dia telah mencintai Nabi dan sebaliknya, yang membenci Imam Husein bermaksud telah membenci Nabi. Kami Ahlus Sunnah beranggapan mengenai Imam Husein sama seperti anggapan Umar bin Khattab tentang beliau: “Siapa yang menumbuhkan rambut di kepala kami kalau bukan Allah lalu kalian wahai Ahlul Bait?”
Kami Ahlus Sunnah meyakini bahawa Imam Husein telah mati dibunuh musuh-musuh yang menzaliminya, kami berlepas diri dari seluruh orang-orang celaka yang telah membunuhnya atau bantu-membantu dalam membunuh Imam Husein, atau mereka yang redha atas kezaliman yang menimpanya. Kami meyakini bahawa kezaliman yang menimpa Imam Husein adalah curahan kurnia dari Allah pada beliau, untuk meninggikan darjatnya, memuliakan pangkatnya, seperti sabda datuknya: “Para Nabi adalah orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang terbaik setelah mereka dan seterusnya”. Dengan perantaraan ujian yang berat inilah Allah mengurniakan padanya pangkat mulia sebagai seorang syahid. Dengan ujian ini Allah mengangkatnya ke darjat para pendahulu Ahlul Bait yang sabar ditimpa cubaan pada masa awal Islam, begitulah, Imam Husein juga bersabar dalam menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya, sehingga Allah menyempurnakan nikmatnya dengan kurnia syahadah. Perlu diketahui, bahawa kurnia sebagai syahid tidak pernah diberikan kecuali pada orang yang sabar dalam menghadapi cubaan, ternyata Imam Husein termasuk mereka yang layak mendapatkannya. Kami yakin, sejak itu, kaum muslimin tidak pernah ditimpa musibah lebih besar dari syahidnya Imam Husein.
Setiap kami mengingati musibah itu, kami selalu mengucapkan perkataan yang diajarkan oleh Fatimah binti Hussein, yang ikut hadir ketika ayahnya syahid, dari ayahnya dari datuknya iaitu Rasulullah, bahawa beliau bersabda: “Barang siapa ditimpa musibah dan ingat akan musibah itu, lalu ber-istirja’ (mengucapkan Inna lillahi...dst) maka Allah akan memberinya pahala sama seperti pahala musibah itu ketika menimpanya walaupun musibah itu sudah lama terjadi.” Maka kami mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi Roji’un”, kerana kami ingin mendapat berita gembira dari Allah: “Berilah khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar, iaitu mereka yang mengatakan; “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” ketika ditimpa musibah. Mereka akan mendapat pujian dan rahmat dari Allah, mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.”
Walaupun kami mencintai Imam Husein, tetapi kami tidak akan melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh datuknya, Rasulullah, yang telah bersabda: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani berlebihan dalam memuji Isa bin Maryam, tetapi cukup katakanlah: Muhammad adalah Hamba Allah dan Rasul-Nya.”
Ahlus Sunnah tidak berdoa dan meminta pertolongan pada Imam Husein dengan alasan menghormatinya[1], kerana Allah melarang kami berbuat demikian. Ahlus Sunnah tidak memperlakukan Nabi dan Ahlul Baitnya seperti memperlakukan Allah, sebagaimana kaum Nasrani menyekutukan Allah dengan Isa dan Maryam yang akhirnya menjadikan mereka berdua sebagai Tuhan selain Allah. Ahlus Sunnah beranggapan bahawa Ahlul Bait tidak memiliki kedudukan dan kekuasaan yang hanya dimiliki para Nabi, seperti kema’suman dan kekuasaan membuat syariat baru, yang hanya dimiliki oleh para Nabi sebagai penyampai Risalah Allah. Ahlus Sunnah meyakini bahawa Ahlul Bait adalah pengikut Nabi yang terbaik dan penyampai dakwah Nabi Muhammad, kita semua mengetahui bahawa Ahlul Bait adalah manusia biasa, tetapi mereka adalah manusia-manusia terbaik. Namun Ahlul Bait tidak pernah merasa bahawa menjadi kerabat Nabi adalah jaminan keselamatan di akhirat, seperti anggapan sebahagian orang yang mengaku keturunan Nabi saat ini. Ahlul Bait adalah mereka yang paling tegas membela Islam dan paling kehadapan dalam melaksanakan ajaran Islam, seperti dijelaskan Imam Ali Zainal Abidin: “Aku berharap Allah akan memberi pahala dua kali lipat bagi Ahlul Bait yang berbuat baik, namun aku takut Allah akan memberi dosa dua kali lipat bagi Ahlul Bait yang berbuat dosa.”
Ahlus Sunnah tidak melanggar perintah datuk Imam Husein, Rasulullah, yang melarang umatnya meratap, memukul badan dan merobek pakaian ketika ditimpa musibah[2]. Rasulullah menerangkan bahawa perbuatan itu termasuk perbuatan jahiliyah. Bahkan Hamzah, bapa saudara Nabi, telah dibunuh dan dirosakkan mayatnya, Nabi pun bersedih, beliau tidak pernah ditimpa musibah seberat ketika bapa saudaranya dibunuh dan dirosakkan mayatnya di perang uhud. Namun tidak pernah menjadikan hari terbunuhnya Hamzah sebagai hari duka cita yang penuh dengan tangis ratapan. Begitu juga Ali, tidak pernah berbuat demikian saat memperingati wafatnya Nabi, juga Imam Hasan dan Imam Husein tidak pernah mengadakan acara duka cita dan ratapan pada hari peringatan wafatnya Ali. Maka Ahlus Sunnah tidak menjadikan hari peringatan wafatnya Imam Husein sebagai hari duka cita, kami meniru hal itu dari petunjuk Nabi yang diikuti oleh Ali dan kedua puteranya, Hasan dan Husein.
Hari Asyura adalah hari di mana Allah menyelamatkan Nabi Musa dari ancaman dan kejaran Fir’aun, Rasulullah berpuasa pada hari itu sebagai ungkapan syukur pada Allah, Ahlus Sunnah berpuasa pada hari itu mencontoh Nabi yang telah berpuasa pada hari itu. Pada hari itu cucu Rasulullah jatuh syahid menemui Allah, menyusul datuk, ayah, ibu dan kakaknya. Kami bersabar dan mengharap pahala Allah atas kesedihan kami terhadap musibah itu. Pada hari itu Ahlus Sunnah melaksanakan dua amalan besar, iaitu bersyukur atas selamatnya Nabi Musa dan bersabar atas musibah yang menimpa, iaitu syahidnya Imam Husein. Sama dengan tanggal 17 Ramadhan, Ahlus Sunnah bersyukur memperingati kemenangan Nabi dan para sahabatnya di perang Badar, sekaligus bersedih memperingati syahidnya Ali bin Abi Thalib. Juga hari Isnin, dimana pada hari itu Nabi Muhammad lahir dan wafat. Kami berpuasa sebagai ungkapan rasa syukur atas selamatnya Nabi Musa, kami juga bersedih dan bersabar, serta tidak lupa mengucapkan istirja’; “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun” atas musibah syahidnya cucu baginda Nabi, Imam Husein, dengan hati yang penuh pengharapan, kiranya dapat masuk ke dalam golongan mereka yang diberi khabar gembira.
Saudara yang bertanya, firasat saya mengatakan, bahawa dengan mengajukan pertanyaan ini, anda sedang mencari kebenaran kerana desakan rasa ingin tahu yang ada dalam hati anda. Anda hendaknya sudi mencontohi Imam Ali, yang meskipun sedang berusia muda, tapi berani mengambil sikap tegas dan meninggalkan ajaran kaumnya, masuk dalam agama Islam yang turun pada Nabi Muhammad, walaupun ketika itu pengikut Nabi masih sedikit, lemah dan tertindas. Seluruh kehidupan Imam Ali menjadi teladan bagi kita agar selalu mengikuti dan mempertahankan kebenaran walaupun dengan harga yang amat mahal.
Ketahuilah wahai saudaraku, umur yang kita punyai sungguh amat pendek untuk habis tenggelam dalam bahtera keraguan. Waktu yang ada sungguh sempit untuk habis kerana ikut pada kesesatan. Mari kita mencari kebenaran sekuat tenaga, bersimpuh kepada Allah memanjatkan doa munajat, agar berkenan memberikan pada kita petunjuk jalan yang benar, mengilhamkan kepada kita semua hidayah ketika manusia berselisih pendapat, membimbing kita semua menuju redha-Nya, membimbing kita ke jalan yang lurus, jalan mereka yang telah diberi nikmat oleh Allah, jalan para Nabi, Shiddiqin, Syuhada dan Sholihin. Kita harus mengerti dan sedar, jika bukan kerana rahmat dan hidayah Allah yang tercurah pada kita, kita akan terus berkubang dalam kesesatan dan kebingungan. Ya Allah, dengan kecintaan kami pada Nabi-Mu dan Ahlul Bait, kami memohon pada-Mu, kiranya Engkau sudi membimbing kami ke jalan Nabi-Mu dan Ahlul Bait, menuntun kami agar dapat bersama mereka kelak di akhirat, memberi hidayah agar kami dapat mengikuti jalan mereka. Amin…
Dr. Abdul Wahhab Al-Turair

No comments:
Post a Comment