11.10.12

Mujahidin Syria tawan Maaret al-Numan

Mujahidin  Syria tawan Maaret al-Numan



Seorang Mujahidin Syria menyeberangi sebatang jalan di daerah Saif al-Dawla semasa pertempuran dengan tentera kerajaan di utara bandar Aleppo, kelmarin. - AFP 
BEIRUT 10 Okt. - Syria hari ini menghantar tentera tambahan ke wilayah Idlib, selepas bandar Maaret al-Numan di wilayah barat laut Syria itu ditawan oleh Mujahidin dan menyebabkan laluan ke bandar raya Aleppo terputus.

Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, helikopter tentera kelihatan berterbangan di ruang udara di bandar Maaret al-Numan yang ditawan Mujahidin itu.

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan jumlah tentera tambahan yang dihantar ke bandar strategik berkenaan.

Pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu menyatakan bahawa enam orang awam terbunuh akibat bedilan tentera dan 12 Mujahidin  syahid dalam pertempuran untuk menguasai bandar itu, semalam.

Menurut pertubuhan itu, bandar yang menempatkan lebuh raya yang menghubungkan Damsyik dengan Aleppo itu dikuasai Mujahidin, semalam selepas berlaku pertempuran sengit dengan tentera Syria.

"Tentera Syria telah berundur dari semua pos pemeriksaan di sekitar Maaret al-Numan, kecuali di pintu masuk ke bandar itu.

"Bandar itu adalah satu lokasi strategik yang menghubungkan Damsyik dan Aleppo dan semua tentera kerajaan perlu melalui Maaret al-Numan untuk memasuki bandar raya Allepo, yang merupakan sebuah hub komersial," kata Rahman.

Dalam satu video yang dikeluarkan oleh aktivis semalam, kira-kira 20 Mujahidin daripada kumpulan Briged Syahid dilihat berkumpul mengelilingi sebuah kereta kebal di satu pos pemeriksaan tentera di Maaret al-Numan, sambil melepaskan tembakan ke udara bagi meraikan kejayaan mereka.

Maaret al-Numan jatuh ke tangan Mujahidin pada 10 Jun lalu, tetapi ditawan semula oleh tentera pada Ogos lalu, menurut pertubuhan pemantau itu. - AFP

No comments: