15.10.12

Sindiket tipu tuntutan insurans akibat kelemahan sistem.

Saya sendiri berpengalaman melihat bagaimana manipulasi yang dibuat oleh peguam mangsa excident akibat kelemahan peguam yang mewakili pihak insuran yang sekadar melaksanakan tugasan dan bukan berfikir secara kreatif, kritikal dan konstruktif 

sedangkan di pihak lawannya cukup kreatif dalam menyediakan hujah, cukup kritikal dalam mengaitkan isu itu dan ini kerana mereka yakin dgn %  wang yang mereka akan dapat jika berjaya membantu "mangsa" kemalangan. 

 Peguam yang mewakili pihak insuran pula mcm tak berapa kreatif sebab kalah atau menang kes, mereka tetap dibayar. Pada kes itu peguam "mangsa" mengaitkan semua individu yang kira mereka terlibat secara directly atau indirectly..

Semuanya hendak dipersalahkan terutama pada yang membuat laporan polis dgn cerita yang agak umum, tidak terlalu detail dan banyak menggunakan ayat yang boleh dimanipulasikan oleh pihak peguam. 

 Akhirnya ramai yang jadi mangsa akibat kelemahan peguam insuran mereka....

 ============================================

 Sindiket tipu tuntutan insurans

 
Seorang individu yang dipercayai menjalankan sindiket insurans kenderaan yang mengalami kemalangan menunggu mangsa di hadapan Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur, semalam.
 
KEGIATAN memanipulasi tuntutan insurans kemalangan bukanlah satu perkara baharu malah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menyebabkan pihak insurans terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun.
 Dalam satu laporan khas, wartawan Utusan Malaysia membongkar kegiatan licik sindiket itu yang beroperasi dengan melibatkan ejen insurans sendiri, bengkel membaiki kenderaan, trak penunda, firma guaman malah pihak berkuasa.

Misi mereka satu - mengaut keuntungan semaksimum mungkin pampasan yang diberikan pihak insurans di atas kemalangan atau kehilangan nyawa orang lain.

Hasil penyamaran wartawan sebagai mangsa kemalangan mendapati ejen sindiket mengakui boleh menguruskan semua urusan berkaitan tuntutan insurans malah, sehingga ke tahap membuat laporan polis.
Menurut sumber insurans, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM), kegiatan sindiket itu sukar dibanteras kerana saksi termasuk mangsa enggan tampil membantu kerana mendapat pampasan walaupun dalam jumlah kecil.
=============

Ejen tawar khidmat selesai semua urusan termasuk buat laporan polis

Individu yang dipercayai menjalankan sindiket penipuan insurans kenderaan kemalangan di hadapan Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur, semalam ketika wartawan Utusan Malaysia yang menyamar bertanya 
 
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Siasatan wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai mangsa kemalangan di Balai Polis Trafik di sini, berjaya menemukan ejen-ejen sindiket tuntutan insurans yang hampir setiap hari berada di lokasi itu untuk mendapatkan mangsa-mangsa kemalangan.

Seorang ejen sindiket yang ditemukan mendakwa dia boleh menguruskan segala proses tuntutan insurans mangsa-mangsa kemalangan jalan raya termasuk membantu menyediakan laporan polis.

Ejen berkenaan yang menghampiri wartawan yang menyamar kononnya adik terlibat dalam kemalangan diminta menyediakan beberapa dokumen berhubung kemalangan untuk proses tuntutan.

No comments: