26.10.12

Transformasi Laptop Menjadi Tablet

SAMSUNG, SONY, ASUS, ACER Telah membuktikannya

SAMSUNG memberi definisi baru untuk segmen komputer peribadi (PC) apabila menghasilkan dua model yang mengubah cara kita berinteraksi dengannya melalui pengenalan model PC pintar terbaru, ATIV Smart PC dan ATIV Smart PC Pro.
Kedua-dua model terbabit memperlihatkan rekaan yang unik dan dilengkapi sistem operasi Windows 8 baru dikeluarkan Microsoft bagi meningkatkan produktiviti dan ciri mudah alih.

Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran Notebook, Penyelesaian Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) Samsung Electronics Malaysia (SME) Sdn Bhd, Liu Kung Peng, memaklumkan PC terbaru yang menggabungkan penggunaan laptop serta skrin sentuh pada satu platform.
“Kalau dulu, cara menggunakan laptop sangat terhad, buka monitor dan tutup itu saja.

“Kini dengan dua model baru Samsung, anda boleh tanggalkan monitor dari papan kekunci dan ia berubah menjadi tablet serta merta,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Segmen PC baru ini jelas unik dengan menyerlahkan penggunaan skrin sentuh secara optimum berbanding tetikus yang didapati pada laptop biasa di pasaran.
“Ia seakan revolusi perkomputeran apabila siri Samsung ATIV Smart PC menggabungkan kuasa pemprosesan PC dan kemudahan peranti tablet yang membolehkan keupayaan luar biasa secara mudah alih,” katanya.

Berdasarkan pengenalan sistem operasi (OS) Windows 8, Samsung menggabungkan inovasi terkini dan dinanti-nantikan dalam kategori terbaru peranti perkomputeran yang secara tidak langsung meningkatkan prestasi pemprosesan. Dilengkapi papan kekunci boleh tanggal, sistem terbabit membolehkan pengguna untuk mudah bertukar dari notebook ke peranti tablet.
Malah, ia turut dilengkapi S-Pen yang sama pada tablet Galaxy Note, mampu memenuhi permintaan pereka profesional, membolehkan mereka untuk mendokumentasikan inspirasi mereka dengan serta-merta.

==========================

 
Foto
  • Okura (tengah) dengan Pengurus Produk Sony Corporation Ayumi Hashimoto (kiri) dan Mahoro pada majlis pelancaran ultrabook hibrid di Kuala Lumpur, semalam.
  • Foto Ultrabook hibrid, VAIO Duo 11 yang ditawarkan pada harga RM3,999.
Sony Malaysia Sdn Bhd melancarkan ultrabook hibrid, VAIO Duo 11 yang ditawarkan pada harga RM3,999.

Komputer yang menggabungkan ciri laptop dan tablet itu boleh didapati bermula November ini di rangkaian kedai Sony seluruh negara atau mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
Dengan hanya senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram, VAIO Duo 11 boleh dianggap produk terbaru dapat membantu syarikat itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran komputer tempatan.

Pengarah Produk, Komunikasi UX Sony Corporation, Ayumi Hashimoto, berkata produk terbaru itu disasarkan khusus kepada ahli perniagaan dan eksekutif muda.

Katanya, ultrabook hibrid itu menampilkan perbezaan ketara berbanding produk sedia ada di pasaran kerana ia boleh digunakan sebagai tablet atau boleh diubah kepada laptop tanpa perlu diceraikan.

“Reka bentuk Surf Slider dicipta pihaknya membolehkan pengguna untuk menukar daripada tablet kepada laptop dengan pantas apabila hanya perlu menggelungsurkannya ke atas dan sebaliknya.

“Laptop ini juga menggunakan perisian terbaru daripada Microsoft iaitu Windows 8 sekali gus menjanjikan kelancaran ketika menggunakannya sama ada untuk kegunaan kerja atau bersosial.
“Ia juga turut dilengkapi sebatang pen digital yang boleh digunakan untuk menulis nota, melukis atau apa saja aktiviti kreativiti lain," katanya pada majlis pelancaran ultrabook hibrid itu di Kuala Lumpur semalam

No comments: