Kena saman 75 kali
SUBANG JAYA – Tiga tahun telah berlalu tetapi kepada para pengusaha bas di USJ 12, Subang Jaya, isu kenderaan mereka disaman hampir setiap malam belum berakhir.
Dalam kes Sahathevan S. Alagarasamy, dia sudah lali berjalan ke depan rumahnya untuk mengutip surat saman yang diletakkan pada cermin depan dua buah bas sekolah miliknya pada pukul 10 malam.
Pengusaha bas yang lebih mesra dipanggil Saha itu mendakwa sudah disaman sebanyak 75 kali sejak 2005 termasuk 21 kes sepanjang bulan Januari ini.
Memandangkan setiap saman tanpa diskaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu bernilai RM1,000, kos yang terpaksa ditanggung oleh Saha berjumlah RM75,000.
Wang sebanyak itu cukup untuk dia membeli sebuah bas baru.
======================================
ISU kena saman 75 kali atau setiap hari merupakan isu yang menggambarkan bahawa penguatkuasa/warden trafik menjalankan tugasan tanpa memasukkan unsur sensitif pada persekitaran atau unsur kecekapan berfikir, menilai, mengagak, mengandaikan dan bertindak menyelesaikan masalah....dan BUKAN SEkadar MEnyaman kerana nak cukupkan kuota yang diberikan supaya boss tak marah
Situasi ini berlaku kpd kebanyakan PBT di Malaysia ini.
Ada Isu seperti artikel di atas.
Ada Ruang parking tidak disediakan dgn cukup tetapi kerja menyaman rancak dijalankan.
Ada isu kenderaan dipark sekeliling bangunan ofis yang mana tak mengganggu lalu lintas tapi disaman setiap hari dengan alasan kenderaan mengganggu lalu lintas.. ada pula betul-betul mengganggu tapi tak pula disaman..
Ada pula warden trafik datang ramai-ramai dan menyaman semua kenderaan yang ada tak kira motor atau kereta...lepas tu mereka enjoy dgn pi lepak kat kedai makan...sebab dah penuhi kuota...
Kekadang isu kenderaan disaman tu makan bertahun tanpa ada penyelesaiannya dimana pengguna didahulukan, pencapaian diutamakan..
Mana dia kumpulan pemikir atau slution group yang turun ke padang dan menilai dan mneyediakan solution yang berharga buat pembayar cukai tanah dan cukai pintu serta segala cukai yang perlu dibayar....
Akhirnya dgn isu "menyaman atau menyelesaikan masalah" maka setiap PBT mempunyai tunggakan pembayaran saman yang begitu tinggi.....!
No comments:
Post a Comment