21.1.10

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Baru (ke 8)

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Muhammad Mahdi Akef hari ini mengumumkan perlantikan Mursyidul Am yang baru bagi gerakan Islam terbesar di dunia itu. Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Sami, 67, Mursyidul Am yang kelapan merupakan seorang pakar perubatan veterinar dan kini bertugas sebagai professor di Universiti Beni Suef. Beliau merupakan anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1996 dan menganggotai Maktab Irsyad Antarabangsa sejak 2007. Beliau pernah di penjara beberapa kali termasuk pada tahun 1965, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun bersama as-Syahid Syed Qutb. Keilmuan dan kepakaran beliau mendapat pengiktirafan sehingga termasuk dalam 100 orang teratas dalam senarai pakar Arab yang dikeluarkan oleh Lembaga Informasi Mesir tahun 1999.

Ketika mengumumkan perlantikan itu dalam satu sidang akhbar yang dihadiri oleh wartawan tempatan dan antarabangsa, Muhammad Mahdi Akef menegaskan bahawa Ikhwan mempunyai agenda islah yang jelas dan sentiasa melakukan penilaian terhadap manhaj, peraturan kerja dan pendiriannya, serta melakukan inovasi agar sentiasa bersesuaian dengan situasi dan pemikiran semasa. Keanjalan itu sama sekali tidak bertentangan dengan unsur tetap dan prinsip yang mereka imani selama ini. Ikhwan Muslimin tetap yakin bahawa mereka berada di atas landasan yang betul selama mana mereka bersikap terbuka menerima nasihat

Dr Muhammad Badi’ pula menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin tidak pernah menjadi musuh kepada mana-mana pemerintah, walaupun ada sebahagian pemerintah yang bertindak keras dengan merampas harta, mata pencarian dan menangkap anggota-anggota Ikhwan. Bagaimanapun Ikhwan tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala unsur korupsi yang berlaku dalam segenap lapangan dan tidak bertangguh untuk memberi nasihat dan cadangan demi mengeluarkan negara dari belenggu kemelut yang melanda. Ikhwan Muslimin komited dalam mendidik generasi muda dengan akhlak mulia, pekerti yang tinggi dan sikap suka membantu orang lain, dan kesemua usaha mulia itu tidak lain tidak bukan mendatangkan faedah demi kepentingan watan, rakyat dan negara.

Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.
Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, IM telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.
Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.
Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.
Logo jemaah Ikhwan Muslimin.
Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.
Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).
Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.
Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.
Pengasas dan Mursyid Am Pertama jemaah Ikhwan Muslimin, Imam Hasan Al-Banna (1906 – 1949).
Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999

No comments: