SERDANG - Produk Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF) yang dihasilkan daripada jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda mampu mencegah penyakit kardiovaskular dan neuro (saraf).
Menurut Ketua Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains Universiti Putra Malaya (UPM), Prof. Madya Dr. Maznah Ismail, sifatnya yang tidak toksik membolehkan pengguna menjadikan produk itu sebagai makanan kesihatan tambahan.
"Melalui penyelidikan yang telah dijalankan selama tujuh tahun ke atas jintan hitam, kami dapati dengan menggunakan teknologi supercritical fluid extraction (SFE), ia berupaya memerangkap dan memekatkan kandungan bahan bioaktif timokuinon (TQ).
"Berikutan itu, TQRF mampu bertindak sebagai agen antioksidan dan berpotensi mencegah risiko penyakit kardiovaskular serta kanser dan alzheimer dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment