5.1.10

DEMAM ITU MENDIDIK JIWA


An Immune System Cell destroying bacteria.  Your cancer cells can be destroyed, too, if your immune system is in good shape!

Demam adalah sesuatu yang pasti bagi setiap insan, setiap manusia akan merasai setiap bulan, setiap tahun berdasarkan kpd ketahanan sistem imun.

Demam akan terjadi apabila suhu badan meningkat akibat mengesan satu jumlah bendaasing yang memasuki sistem badan, pasukan pertahanan badan mengesannya melalui sistem kod yang dipancarkan ke setiap sel atau elemen yang melalui sel-sel badan.

Pasukan pertahanan yang diberi nama pasukan Mac, Sel B, Sel T dan Natural Killer Cell bekerja keras menghubung satu sama lain menghalang bendasing itu daripada merebak iaitu menghalangnya sampai ke zat besi.... untuk aktiviti itu, suhu badan yang panas diperlukan. Maka BERSYUKURLAH jika kita demam, sebab sistem imun masih berfungsi dengan baik.

Bagaimana sistem imun badan kita melindungi?
1. Membentuk rintangan yang mencegah bendasing (bakteria atau virus) daripada memasuki tubuh.

2. Sistem imun akan mengesan dan menyingkirkan sebelum merebak.

3. Bila mendasing telah membiak, suhu badan menjadi terlampau panas, ia untuk memudahkan sistem imun menyingkirkannya.

Immune System
Demam adalah satu simptom yg menandakan sistem imun badan sedang bekerja keras menghadapinya.... bagaimana membantu sistem badan kita.

PERTAMANYA, biarkan diri kita demam sehari dua, sebab waktu itulah sistem imun badan berlatih melawan penyakit... hanya yang dijaga ialah pastikan suhu badan kita tidak melebihi 40 Celsius... letakkan kain yang dibasahi dgn air atau ais dik epala untuk menurunkan suhu badan dan lumurkan kain basah ke serata badan untuk mengeluarkan suhu badan. Pastikan pada waktu itu, kita banyak mengambil vitamin c dan multi-vitamin yang original dan bukannya sintetik.

KEDUA, Hari ke 3, kalau masih panas, barulah pi jumpa doktor, yang pasti akan dapat ubat demam, ubat selsema(if) dan ubat sakit tekak (if) dan bayaran jumpa doktor (consultation hours). Kalau nak jimat pi terus kat farmasi..... ubat yang diberikan lebih kurang sama pada harga yang lebih murah (ooop! nanti marah pula klinik kepada saya).


Apa yang boleh kita pelajari daripada demam?

1. Demam mengajar kita erti menghargai waktu....
Apabila kita demam, kepala pula berdenyut-denyut maka kita memilih untuk istirahat dan berlikar di atas katil... bukannya tidur...sekadar merebahkan badan...
Pada waktu ini, terasa ruginya masa yang berlalu begitu sahaja, nak buat kerja tak dapat...kerja ertinya fokus...kita pula tak leh nak fokus kerana kepala berdenyut-denyut.... pada waktu itu, baru kita sedar, tatkala sihat kita perlu melakukan banyak perkara yang memberi kebaikan sebelum datangnya demam...hargailah waktu kita selama ini.

2. Demam mengajar kita erti membina matlamat hidup...
Bila kita demam, sehari dua, kita akan merasakan bahawa hidup kita hanyalah bangun dan tidur.... cuba gagahi untuk lakukan itu dan ini tapi gagal sebab badan sakit-sakit, lemah tak bermaya..... terasa hidup tiada matlamat sebab tiada tindakan yang dibuat yang boleh memberikan diri satu satisfaction (kepuasaan diri).

Pada waktu itu baru sedari bahawa, kalau seseorang yang tiada matlamat, bangun dan tidurnya tidak berjadual..... mungkin seperti orang demam, bila dah terlebih tidur di siang hari maka malamnya pula tidak boleh tidur tetapi teman di sekeling sudah berdengkur maka ramailah menjadi kutu malam, merempit di tengah malam, menjadi bohsia dan bohjan, mengunjungi kelab-kelab malam, hiburan, berkaraoka yang tak pernah ok (atau dipanggil kera oo ker!), melanggn GRO, pelacur dan teman sosial..pendek kata aktif waktu malam macam musang.... demam dari alam relaliti hidup sebagai seorang manusia normal...

Rupanya DEMAM mengajar manusia hakikat kehidupan orang sihat dgn rohani dan sehat sebagai manusia yang sejati.

3. Demam mengajar kita erti merancang kehidupan...
Bila demam, kehidupan kita tak terurus, pengurusan masa menjadi tidak menentu maka pada waktu itu kita kena sedari, Allah ingin mendidik kita supaya tahu dan mampu merancang dan melaksanakan perancangan dengan serba kekurangan.

Bila demam, kita kena setkan masa bila nak mandi, bila nak makan ubat, bila nak santai, bila nak membaca bahan-bahan ringan, bila nak makan sebab waktu makan terhad ketika selera datang...lepas itu...makanan menjadi tiada rasa....malah lebih teruk drpd itu bila berbau busuk dan hanyir...ujian...ujian Allah buat hambanya.....

4. Demam mengajar kita erti membina pattern kehidupan dan minda tatkala diri serabut dgn fikiran yang celaru....

Bila demam, minda kita bercelaru sebab tidur dan bangun kita tak menentu...pada waktu itu kena pattern kan diri..kena anchoring diri dan kena motivasi diri sama ada menggunakan REIKI, atau Neuro Lingustic Programming (NLP), Mindpower, Silva Method atau ilmu seumpama dgnnya.....

Sebab itulah DEMAM adalah ANUGERAH ALLAH. Padanya ada semangat PERJUANGAN, KeINSAFan, Kenal HIDUP, Kenal ALLAH, Kenal Hari Kematian....

Wassalam


No comments: