6.2.10

ANDA BEKERJA UNTUK APA?


ANDA BEKERJA UNTUK APA?, itulah persoalan yang saya tanya kepada 2 pekerja baru kawan yang sedang menuju jualan RM 2 juta ..agensi takafulnya.

Pekerja yang pertama walaupun baru 2-3 bulan bekerja nampak ceria dan bersemangat sesuai dgn latihan di universitinya sebagai seorang tentera / palapes

Manakala seorang lagi nampak mcm sdang stress dan sedikit lembik walaupun sudah bergelar graduan 3 bulan yang lalu.

Sebagai seorang trainer, saya terus mencungkil permasalahan dan cetusan hati kedua-duanya...memandang mereka bekerja baru dan agensi kawan pula sedang berkembang dan begitu sibuk...tentulah pergerakan agensi kena laju dan dipenuhi suasana kesibukan dan stress.

Ketika bersembang dgn kedua-duanya disamping menunggu kawan menghabiskan meetingnya dgn staff.... saya bertanyakan beberapa soalan khas buat mereka yang baru grad dan baru menceburi dunia pekerjaaan..

Q1 : ANDA bekerja untuk APA?
Jawapan yang diberikan ialah bekerja untuk gaji....

Q2: Apa cita-cita anda berdua...1 tahun...2tahun...5 tahun dari sekarang?
Jawapan: nak beli kereta, kahwin, bina keluarga...

Q3: Boleh ke dgn kedua jawapan itu untuk anda bertahan di agensi ini?
Jawapan: seorang yg lemah (saya ambilnya "Cik S") berkata... hari..hari kena marah, kami masih baru... banyak kerja yang tak tahu... orang lama dah berhenti.... so kami kena buat sendiri ..byk benda kena buat.... tapi bila buat silap..boss akan marah....tak tentu pasal..... kalau ikutkan hati..rasa nak hantar surat aje.....

Lalu saya terus buat joke...nak berhentilah tu...Cik S terus senyum....

Yang lepasan palapes pula berkata, bolehlah tahan tapi boss juga perlu fahami tugas kami....saya panggilnya "cik M"

Q4: Apa kehebatan boss anda?
Masing-masing tak dapat beri jawapan yang tepat....


Q5: Apa kelebihan tempat ini yang boleh anda berdua ambil?
Memasing mcm konfuse apa pula kelebihan agensi ni nya pada pandangan mereka... mereka hanya merasai bahawa agensi ini hanyalah majikan yang memberikan gaji kepada mereka setiap hujung bulan dan boss akan marah kalau buat silap!.. itulah MINDA SEORANG PEKERJA!

Apabila kawan telah habis meeting dgn staffnya.. kami pun bertemu dan membincangkan hal-hal yang berkaitan..

Kawan saya mengadu yang staff Cik S adalah lepasan siswazah dalam bidang kewangan drpd universiti Awam yg agak terkemuka juga... tapi byk yang yg berkaitan dgn kewangan beliau tak tahu...malah kewangan basic jugak kelam kabut...la... patutlah Cik S asyik kena marah sebab kurang mampu mengintegrasikan ilmu teori di U dgn kerjanya sekarang....Untuk memperkasakan Cik S, beliau memanggil the best trainer dalam Takafulnya untuk mengajar Cik S selama seminggu (tot SECARA one o one)..dan membayar kos hampir 2k...namun begitu usahanya nampak mcm sia-sia sebab cik S masih belum mampu menghayati apa yang diajar.... sekarang dah 2-3 bulan beliau bersama agensi tapi mutu /performance kerjanya tak memuaskan....(dalam hati saya berkata..patutlah beliau begitu serius dgn Cik S dan memang patut kalau beliau betul-betul marahkan Cik S).

Kawan saya menambah...kalau ikutkan hatinya, beliau akan pecat Cik S kalau performancenya masih lemah dan lembab......

===========

Bila ditanyakan Cik M, beliau menambah...orgnya bagus, cepat dn pantas dalam menjalankan tugas... boleh berfikir secara matang, multi-thinking... boleh dididik dan diperkasakan lagi....
Bagi saya memang patut beliau puji Cik M sebab saya melihat orgnya memang ligat dan berdisiplin sejajar dgn latihan yang diterimanya dalam palapes.

==============

Buat graduan sekalian, dunia pekerjaan kini sudah komplek, majikan inginkan

1. Graduan yang boleh integrasi ilmu di U dgn situasi di tempat kerja.

2. Graduan yang tak perlu diajar sangat - maknanya boleh bekerja dgn kurang supervision.

3. Graduan yang punya multi-thinking dan multi-skilling/tasking.

4. Graduan yang boleh baca pemikiran majikan dan selari dgn apa yang difikirkan dan dibuat.

5. Graduan yg tak berkira dgn gaji. Mereka lebih utamakan pengalaman dan kepuasan.

6. Graduan yang memahami situasi kerja, kalau kerja di syarikat kecil tentulah syarikat tersebut kekurangan staff so kerja akan bertimbun, semua kerja kena buat dari hal ofis boy sampai hal executive....

Kalau tak graduan kena kerja di syarikat besar, multi company, atau di Pejabat Kerajaan...yang mana bahagian yang kurang sibuk....

Kalau sekadar nak kerja relax tapi gaji besar.....! tapi ada tak syarikat seperti itu sekarang?

No comments: