Jasa Abdul Halim
SYEIKH al-Islam al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud
dilahirkan pada 12 Mei 1910 bersamaan 2 Jamadilawal 1328 Hijrah di
negeri Syarqiyyah, Mesir. Beliau membesar dalam keluarga yang agak
senang, dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat.
Bapanya seorang yang alim, warak, berakhlak mulia dan memiliki latar
belakang agama yang kukuh. Ditambah cahaya kemuliaan nasab kedua ibu
bapanya ini bersambung dengan Sayyiduna Husain bin Ali RA.
Beliau telah menghafaz al-Quran ketika usianya belum mencecah 10
tahun. Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah Maahad al-Azhar,
pada 1923, beliau terus melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.
Di sana, beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian Islam
sehingga berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin.
Pada tahun 1932, beliau mendaftarkan diri sebagai penuntut University
Of Sorbonne Paris sehinggalah memperoleh Ijazah Kedoktoran mengenai
Tasawuf Islam dari sudut pengkajian tokoh sufi dan salafussoleh yang
masyhur, al-Harith bin Asad al-Muhasibi di bawah seliaan Prof. Louis
Massignon. Tesis kajian dalam Bahasa Perancis itu dianugerahkan pangkat
cemerlang dan diberi kelulusan untuk dicetak bagi sebaran umum.
Kerjaya terawalnya di Mesir ialah sebagai pensyarah Ilmu Psikologi di
Fakulti Bahasa Arab al-Azhar. Kemudian ditukarkan ke Fakulti Usuluddin
dan dianugerahkan gelaran profesor dalam ilmu falsafah. Disebabkan
kesungguhan dan komitmen yang berterusan dalam bidang ilmu, pada 1951
beliau telah dilantik pula oleh pihak universiti bagi memikul amanah
sebagai Dekan Fakulti Usuluddin al-Azhar Kaherah.
Pada 1969 beliau dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai
Setiausaha Agung Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan
Islam Al-Azhar), kemudian sebagai Menteri Wakaf Mesir.
Dalam tempoh setahun dilantik sebagai Menteri Wakaf, beliau berjaya
melaksanakan banyak perubahan dan usaha murni dengan mengurus
Kementerian Wakaf sebagaimana fungsi Baitulmal di zaman Nabi SAW bagi
membela nasib kaum muslimin di Mesir terutama golongan fakir miskin dan
penuntut ilmu juga berkaitan dengan hal ehwal Islam yang lain.
Selepas kewafatan Syeikh al-Azhar al-Imam Muhammad al-Fahham,
Presiden Anwar Saadat telah pergi menemui Syeikh Muhammad Khalil
al-Khatib untuk melantiknya sebagai Syeikh al-Azhar. Akan tetapi Syeikh
Muhammad Khalil telah menolaknya atas sebab-sebab tertentu yang
menghalang beliau daripada menerima jawatan tersebut.
Maka Anwar Saadat pun meminta nasihat dan pandangan beliau mengenai
siapakah yang seharus dilantik sebagai Syeikh al-Azhar. Melalui renungan
mata hatinya, beliau telah mengusulkan agar melantik Syeikh Abdul Halim
sebagai Syeikh al-Azhar yang baru. Maka Syeikh Abdul Halim secara
rasminya telah dilantik dan diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai
Syeikh al-Azhar bermula pada 27 Mac 1973.
Syeikh Abdul Halim telah melakukan kunjungan rasmi dan tidak rasmi ke
seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia. Kehadirannya ke Malaysia
merupakan hadiah terbesar dari al-Azhar buat umat Islam di negara ini.
Kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia ialah ketika
diamanahkan sebagai wakil al-Azhar. Pada 1973 setelah dilantik sebagai
Syeikh al-Azhar, sekali lagi bumi Malaysia dimuliakan dengan
kehadirannya apabila dijemput untuk menghadiri majlis pengisytiharan
keislaman 400 keluarga di Sabah.
Beliau turut memainkan peranan dalam melaungkan seruan Islam dan
meniup roh jihad ke dalam jiwa tentera Mesir menentang Israel pada 6
Oktober 1973. Beliau adalah antara ulama yang paling banyak memberikan
sokongan dan dokongan terhadap perang Oktober 1973.
Beliau menziarahi kem-kem dan markas ketenteraan untuk menyampaikan
ucapan dan khutbah meniup semangat jihad yang suci ke dalam jiwa tentera
Mesir.
Pada masa yang sama beliau menziarahi tentera-tentera yang mengalami
kecederaan dalam pertempuran ini dalam usaha memberi sedikit kekuatan
untuk mereka menempuh ujian dengan tabah dan reda.
Sehinggalah pada suatu malam Syeikh Abdul Halim bermimpi melihat
Rasulullah SAW mengibarkan bendera bertulis kalimah Allahu Akbar, yang
menandakan bahawa kemenangan besar bakal menjadi milik tentera Mesir.
Mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan apabila tentera Mesir berjaya
menembusi serta menghancurkan kubu kuat Israel di Semenanjung Sinai yang
telah dijajah oleh mereka.
Syeikh Abdul Halim kembali ke pangkuan Ilahi pada pagi Selasa 17
Oktober 1978 Masihi bersamaan 15 Zulkaedah 1397 Hijrah setelah
meninggalkan jasa yang amat besar buat Islam dan kaum muslimin.
Pemergiannya ditangisi oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia sebagai
satu kehilangan yang amat besar.
Jenazahnya disemadikan di Balbis, Zaqaziq Mesir dan makamnya
diziarahi oleh yang jauh dan dekat. Semoga Allah SWT merahmati dan
menjadikan pusaranya sebagai satu taman daripada taman-taman syurga,
menghimpunkan beliau bersama nendanya yang mulia Sayyiduna Rasulullah
SAW di Firdaus tertinggi pada kedudukan yang terpuji.
==========================================
Imam al-Akhbar Dr Syeikh Abdul Halim Mahmud
Syeikh Abdul Halim Mahmud
Kehidupan Awal
Syeikh
Abdul Halim Mahmud lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328
hijrah di desa Abou Ahmed (sekarang Al Salam), di kawasan Pentadbiran
Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir.
Beliau
dibesarkan dalam sebuah keluarga pertengahan dan mempunyai pertalian
keturunan(nasab) dari cucu Saidina al-Hussein hingga rasulullah
SAW.Ayahnya adalah seorang Azhari(bekas pelajar Azhar) dan bekerja
sebagai seorang hakim desa.
Syeikh
Abd al-Halim mula menghafal Al-Qur'an di desa Kuttab.beliau
menyelesaikan hafalan tersebut pada usia yang sangat muda.Oleh kerana
itu,beliau tidak boleh mendapatkan pendidikan Azhar,selepas menghafal
al-Quran kerana ketika itu, usianya masih muda.
Pada
tahun 1923 Syaikh Abd al-Halim pergi ke Kaherah bersama ayahnya untuk
mendaftar dalam Azhar(pendidikan dasar). Dua tahun kemudian beliau
dihantar ke al-Zaqaziq untuk meneruskan pendidikan di sana yang baru di
buka oleh pihak lembaga utama Azhar.
Ada
beberapa petunjuk bahawa Syeikh Abd al-Halim boleh diambil belajar pada
usia muda.Beliau perlu memenuhi beberapa syarat yang di tetapkan untuk
belajar di sekolah yang baru di buka dengan syarat,beliau mesti lulus
dalam pembelajarannya.
Manakala
Ayah Syeikh Abd Halim berkeras dan berkata bahawa Syeikh muda ini,perlu
meneruskan pendidikan Azharinya.Akhirnya,syeikh Abd Halim di benarkan
menyambung pengajiannya dengan belajar tiga kurikulum secara bersamaan.
Syeikh
Abd Halim mula mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Azhar pada
tahun 1928. Pada waktu itu pendidikan Azhar tidak dibahagikan pada
beberapa Fakulti.Syeikh Abd Halim Mahmud menuntut ilmu dengan beberapa
orang Guru syeikh Azhar yang terkenal pada masa itu seperti Syeikh
Mahmud Shaltut, Syeikh Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh
Muhammad Abd-Allah Daraz, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh
Mustafa Abdurraziq.
ketika
Syeikh Abd Halim bergelar seorang mahasiswa,beliau mula aktif
berpersatuan dan menyertai dua persatuan iaitu persatuan pemuda Muslim (Jam'iyat al-Shubban al-Muslimin) dan persatuan bimbingan Islam (Jam'iyat al-Hidaya al-Islamiya) dimana presidennya ketika itu ialah Syeikh Muhammad al-Khidr Husain.
Pada
tahun 1932, Syeikh Abd Halim lulus al-Azhar.Setelah lulus,beliau pergi
ke Perancis melanjutkan pelajarannya didampingi isteri tercinta. Berkat
usahanya yang gigih,tanpa mengenal penat dan lelah beliau akhirnya
berjaya memperolehi gelaran Doktor dalam bidang Falsafah dari Universite
de Paris - La Sorbonne pada tahun 1940.
Syeikh
Abd al-Halim menyelesaikan tesisnya dalam bidang tasawuf dan mengkaji
kehidupan al-Harith ibn-Asad Al-Muhasibi pada tahun 1940. Doktor
tesisnya ialah Masignon seorang orientalis(barat). Kemudian beliau di
tinggalkan sendirian di tahap akhir PhD oleh doktor tesisnya,kerana
gurunya ingin keluar berperang dengan tentera Jerman. Dengan meletusnya
perang dunia kedua Syeikh Abd al-Halim kembali ke Mesir dengan melalui
Tanjung Harapan(India).
Sekembalinya
di tanah air(Mesir),Syeikh Abd Halim memulakan kerjayanya sebagai
seorang profesor di Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar
As-syarif.Beliau kemudian dipindahkan ke Fakulti Agama pada tahun 1951.
Disana beliau di lantik menjadi dekan fakulti pada tahun 1964.
Pada
tahun 1969,beliau diangkat sebagai jeneral secretary Majlis
Penyelidikan Islam (al-Buhuth al Majma '-Islamiya).Manakala pada tahun
1970,beliau dilantik sebagai wakil al-Azhar(Imam). Pada tahun 1971,
beliau menjadi Menteri Waqaf dan kemudian dilantik sebagai Imam besar
al-Azhar pada tahun 1973.
Pada tahun 1973 itu juga,setelah semenanjung Sinai dirampas oleh tentera Israel di dalam perang sinai(yom kippur) pada tahun 1967.Pada satu hari,Syeikh Dr. Abdul Halim berjumpa dengan pihak pemerintah(Anwar Sadat)untuk berbincang mengenai mimpi beliau yang berulang kali mengenai mimpi strategi untuk menentang tentera Israel.
Syeikh
Dr. Abdul Halim Mahmud merupakan seorang syeikh yang mempunyai KARAMAH
sehinggakan beliau bermimpi mengenai bagaimana strategi melawan tentera
Israel.
Diantaranya mimpi beliau meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan.Setelah
menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah
kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera
Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai
senjata yang canggih.
Antara Isu-Isu Lain Yang Berlaku
Pada
awal 1960-an gelombang anti pelajar Azhari di api-apikan oleh media
Mesir(media kerajaan). Gelombang tersebut ditutupi oleh komen dari
seorang pegawai tinggi Mesir yang difitnah Azhari(pelajar Azhar).
Sebagai respons, Syeikh Abd Halim berhenti memakai pakaian Eropah
,menggantikannya dengan pakaian sesuai dan menyeru kepada para Azhari
supaya memakai(jubah@kopiah merah).
Akibatnya
wartawan sosialis mula menyelar dan mengutuk kebanyakkan pelajar Azhar
dan artikelnya di dikeluarkan pihak akhbar. Syeikh Abd al-Halim juga
tidak terkecuali.
Selain
menjadi salah satu ulama besar Islam pada abad moden,Syeikh Dr.Abd
Halim adalah seorang aktivis yang mempunyai tujuan untuk mempertahankan
al-Azhar dari segi kedudukan dan kemerdekaan.
Pada
tahun 1974,pihak pemerintah mengeluarkan undang-undang untuk Universiti
Al-Azhar.Akibatnya,Syeikh Dr.Abd Halim Mahmud di suruh mengundurkan
diri dari kedudukan Imam besar,Kerana pihak pemerintah takut dengan
ancaman dari pihak Azhar,disebabkan sokongan populariti yang luar biasa
terhadap Sheikh Dr.Abd Halim Mahmud oleh pelajar Azhari dan masyarakat
setempat.
Akhirnya
selepas itu,beliau berjaya mendapatkan kembali keadilan hak-hak
kedudukan dan kemerdekaan bagi Al-Azhar.Dan tindakan itu disambut dengan
meriah para pelajar Azhar sesama mereka.
Pada
tahun 1975,berlaku pembunuhan terhadap Menteri Wakaf mesir iaitu Syeikh
Al-Dhahabi oleh sekumpulan radikal yang di kenali sebagai wa
al-takfir-Hijrah.Hal ini amat merisaukan pihak pasukan keselamatan
mesir.
Manakala,Syeikh
Dr Abdul Halim di perintahkan oleh hakim,supaya beliau mengeluarkan
fatwa terhadap keganasan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit(mengikut
pendapat telunjuk kerajaan).Malangnya beliau tidak bersetuju,dan ini
menyebabkan serangan bertali arus pihak media memburukan Syeikh Dr Abdul
Halim dan pihak Al-Azhar.
Para
pegawai syarikat terbabit menolak usul pekerja terbabit sehinggakan
Syeikh Dr Abd Halim dihantar ke pejabat mereka.Beliau
berhujah,menceritakan dan menerangkan terdapat hadis daripada
Rasullullah sallahualaiwassalam berkata:
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق،إنما الطاعة في المعروف
“Tidak
ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya
ketaatan itu dalam kebaikan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari shahabat
‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu).
Pada
pertengahan 70-an,beberapa pegawai Mesir ingin mengeluarkan
undang-undang perceraian yang bertentangan dengan syariat Islam. Syeikh
Dr Abd al-Halim dengan tegas dan menentang undang-undang tersebut.
Pemikiran Komunisme
Pada
awal tahun 70-an juga,pemikiran komunisme amat popular di kalangan
golongan elit dan mahasiswa.Syeikh Dr Abd Halim mengeluarkan risalah dan
buku-buku amaran terhadap masyarakat Islam tentang bahayanya ancaman
pemikiran komunisme.
Syeikh
Dr Abd Halim cuba menyatukan para penceramah Muslim.Hal ini belum
pernah terjadi dan beliau membangunkan sebuah jawatankuasa untuk dakwah
Islam yang meliputi Pihak Azhar,kelompok Islam dan Ahli sufi.Beliau juga
menubuhkan organisasi dakwah berkaitan al-Azhar di luar Mesir.
Syeikh
Dr Abd Halim adalah seorang Syeikh Azhar yang berkaliber dan banyak
memberikan jasa terhadap kebangkitan Islam.Beliau telah menyeru pada
masyarakat awam(setempat)supaya melaksanakan syariat Islam.
Ketika
itu,beliau berhadapan dengan para pegawai pemerintah Mesir,mereka
mengatakan bahawa mereka memerlukan masa panjang untuk menyenaraikan
hukum-hukum Islam.Beliau juga membentuk beberapa jawatankuasa pemerhati
dan pemantau yang terdiri daripada kelulusan Sarjana Azhari untuk
mengawasi proses butiran yang di lakukan pihak kerajaan.
Bahkan ketika itu,Syeikh Abd Halim Mahmud dibawa ke hospital lantaran kesihatannya yang semakin buruk.
Kembali Kerahmatullah
Pada
tahun 1978,Syeikh Abd Halim Mahmud meninggal dunia pada tarikh 15 Zul
Qaedah 1397 hijriah bersamaan dengan 17 oktober 1978 masihi dan di
kuburkan di kampungnya,Bilbeis Sharqeya.
"Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud (1910-1978) dikenang sebagai seorang bekas
rektor(Imam Besar) Al-Azhar yang banyak menulis tentang ilmu tasawuf.
Beliau bersuluk dalam tariqat as-Syazuliah. Imam Abdul Halim mempunyai
hubungan baik dengan tokoh ulama sufi dari Sudan iaitu Syeikh Mohamad
Osman Abduh al-Burhani dan ulama-ulama sufi lain.
Beliau disebut dengan gelaran'Al-Ghazali.Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud menjadi sangat berpengaruh pada tahun 1960-1970-an,
tempoh pemerintahan Anwar Sadat memerintah di mana kebangkitan Islam
mulai bangkit di Mesir. "
Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan
lebih dari 60 buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat
tenang, lembut dan keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang
terpuji.
Dalam
buku-bukunya ada yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr
Abd Halim Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith
Nabi Sallallahhu'alaihi Wasallam.
Antara karangan Syeikh Dr Abd Halim Mahmud termasuk:
- Muhammad Rasul Allah.
- Al-Islam wa al-Shuyu'iya.
- Jihaduna al-Muqaddas.
Sufisme(Ilmu Tasawuf)
Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud (1910-1978) dikenang sebagai seorang bekas
rektor(Imam Besar) Al-Azhar yang banyak menulis tentang ilmu tasawuf.
Beliau bersuluk dalam tariqat as-Syazuliah.
Imam Abdul Halim mempunyai
hubungan baik dengan tokoh ulama sufi dari Sudan iaitu Syeikh Mohamad
Osman Abduh al-Burhani dan ulama-ulama sufi lain.
Beliau disebut dengan gelaran'Al-Ghazali.Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud menjadi sangat berpengaruh pada tahun 1960-1970-an,
tempoh pemerintahan Anwar Sadat memerintah di mana kebangkitan Islam
mulai bangkit di Mesir. "
Syeikh
Dr Abd Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan
lebih dari 60 buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat
tenang, lembut dan keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang
terpuji.
Dalam
buku-bukunya ada yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr
Abd Halim Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith
Nabi Sallallahhu'alaihi Wasallam.
Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment