18.7.12

Perang Saudara Atau Perang AGAMA?

Presiden Assad guna senjata kimia?


Penunjuk perasaan anti-Assad membakar tayar bagi menyekat laluan di sebatang jalan di Jubar dekat Damsyik, kelmarin. - REUTERS 
LONDON 17 Julai - Duta Syria pertama yang berpaling tadah, Nawaf Fares mendakwa Presiden, Bashar al-Assad bersedia menggunakan senjata kimia ke atas kumpulan pemberontak.

Malah, Fares ketika ditemuramah saluran berita BBC tidak menolak kemungkinan senjata tersebut telah digunakan ke atas pemberontak.

Beliau memberi amaran Assad bersedia 'memusnahkan' semua rakyat Syria, semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Apabila ditanya wartawan BBC, Frank Gardner sama ada dakwaannya itu membawa maksud penggunaan senjata kimia, Fares berkata: ''Saya yakin jika kerajaan pimpinan Assad terus ditekan oleh rakyat, beliau akan menggunakan senjata tersebut.''
''Terdapat maklumat yang belum disahkan bahawa senjata kimia telah digunakan di Homs,'' kata bekas Duta Syria ke Iraq itu.

Syria mempunyai stok senjata kimia yang besar dan negara-negara jiran semakin bimbang apa akan berlaku ke atas senjata tersebut jika kerajaan ditumbangkan.
Fares bagaimanapun yakin kerajaan Assad akan digulingkan tidak lama lagi.

''Kami mendoakan tempoh kejatuhan itu akan berlaku cepat supaya jumlah korban dapat dikurangkan,'' katanya.

Fares yang mengumumkan belot pada 11 Julai lalu, sebelum ini dilihat sebagai penyokong kuat kerajaan Assad dan pengumumannya itu menimbulkan kesangsian di kalangan aktivis. - AFP

======

Syria ke kancah perang agama

TREIMSA, Syria 17 Julai - Penduduk perkampungan Treimsa, di sini berkata, serangan yang dilancarkan tentera kerajaan dengan bantuan kumpulan militia shabiha pada minggu lalu akan mengheret Syria ke kancah perang agama.

Walaupun tentera kerajaan menjadikan kumpulan pemberontak sebagai sasaran, kebencian penduduk di perkampungan ini terhadap kerajaan dilihat semakin memuncak.

"Saya tidak pasti jika saya boleh memaafkan tentera kerajaan yang membunuh beratus-ratus penduduk dalam serangan pada Khamis minggu lalu," kata seorang doktor

No comments: