Ali Hashim risau ubah teraju rugikan KFC
25 Julai 2012
Beliau berpandangan demikian merujuk cadangan KFC ketepikan Jamaludin Md Ali selaku Pengarah Urusan.
Menurutnya, KFC di bawah teraju Jamaludin sejak JCorp ambil alih menerusi Kulim Malaysia Bhd pada 2007 berprestasi cemerlang.
"Jualan, keuntungan serta prestasi dan sambutan pelanggan melonjak. Demikian juga harga saham KFCH di Bursa Malaysia. Semua ini berlaku setelah KFCH dapat meyakinkan pelanggan produk KFC halal, yang sebelum itu banyak dipersoal pelanggan Muslim.
"Selain memperkukuh Panel Penasihat Syariah, Jamaludin tubuhkan Jabatan Audit Halal, jadikan KFCH satu-satunya syarikat rangkaian restoran dengan fungsi audit halal profesional, tersusun dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pada 2007 dan 2008, KFC Malaysia memenangi “Tiger Award”, iaitu pengiktirafan berprestij antarabangsa setelah menjadi rangkaian KFC terbaik di seluruh Asia.
Muhammad Ali yang juga Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia berkata, inisiatif Jamaludin dan barisan kepimpinan di KFCH memperjuang halal adalah satu lagi sebab utama perubahan teraju KFC dipersoal.
"Lebih-lebih lagi jika campur tangan pihak pemilik saham antarabangsa mungkin akan melihat KFC cuma dari perspektif korporat dengan ukuran memaksimumkan keuntungan jangka pendek mengikut amalan kapitalis sejagat.
"Selalunya, niat memaksimumkan keuntungan jangka pendek pemegang saham bertentangan dengan kepentingan jangka panjang syarikat, juga kesejahteraan ekonomi negara. Banyak terdapat dalam amalan bisnes kapitalis syarikat PLC diperah dan dipecah untuk pulangan maksimum bagi pemegang saham," katanya.
Menurutnya, semua ini dilakukan tanpa pedulikan kepentingan pekerja dan kesan negatif terhadap ekonomi. Amalan korporat seperti ini adalah antara faktor yang menimbulkan krisis di Eropah hari ini, justeru wajar ditolak oleh Malaysia.
"Saya bimbang andainya peralihan teraju di KFC akan rugikan negara dan umat Islam. Kita harus waspada amalan korporat kapitalis yang merosakkan.
"Kepentingan korporat jangka pendek segolongan kecil pemegang saham antarabangsa tidak wajar mengatasi kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia amnya," katanya.
No comments:
Post a Comment