Pencerahan isu Syria oleh as-Syeikh Dr Munir
Ghatban (penulis buku Fiqh Seerah dan prof di Univ Ummul Qurra, Madinah)
dan Syeikh Muhammad Riyadh Shokfah (Muraqib am Ikhwan Muslimun Syria)
di Muktamar Syria anjuran Al-Ittihad Al-Alami Lil Ulama Al-Muslimin dan
Rabitah Ulama Syria.
1. Kezaliman Regim Bashar Assad adalah jelas, dan kebangkitan rakyat Syria juga jelas (wajib disokong dan dibantu oleh umat Islam).
2. Namun dunia kini menyokong Assad untuk menjaga keselamatan Israel. Mereka bersatu pada hakikatnya mempertahan Assad demi kelansungan dan keselamatan Israel yang semakin tergugat). Dua negara Arab yang selama ini memastikan Israel dilindungi ialah Mesir dan Syria. (Mesir pasti (insyaAllah) akan menyemak / merombak hubungannya dengan Mesir di bawah kepimpinan Presiden Dr Muhammad Mursi.) Hanya Syria yang bersempadan dengan Israel secara langsung yang menjadi (tinggal satu-satunya) harapan entiti zionis (di dunia Arab yang sedang mengalami proses kebangkitan).
3. Kebangkitan (taurah) rakyat Syria bermula dengan perhimpunan secara aman. Tetapi regim Assad telah bertindak secara zalim dengan membunuh rakyat Syria. Maka rakyat Syria tidak ada pilihan, terpaksa bangkit untuk melindungi diri dan keluarga mereka dari kezaliman Assad dan tentera-tenteranya.
4. Kebangkitan rakyat Syria tidak dicetuskan oleh mana-mana parti termasuk Ikhwan Muslimin. (Ia lahir dari dalam jiwa rakyat Syria sendiri untuk menentang kezaliman Assad). Ini adalah bukti bahawa kebangkitan rakyat Syria adalah suatu perancangan Allah SWT semata-mata. Buktinya di dalam menghadapi kezaliman tersebut, mereka berjuang kerana iman, untuk mendapat ganjaran syurga Allah SWT (maka sekali lagi kita melihat usaha puluhan tahun yang digerakkan oleh (dakwah Ikhwan kini membuahkan hasil sebagaimana yang telah disaksikan di Mesir.). (salah satu insiden yang disebut oleh syeikh ialah seorang pemuda yang tidak pernah solat telah dipaksa supaya sujud kepada gambar Bashar Assad; pemuda ini berkata sepanjang usiaku aku tidak pernah sujud kepada Allah; bagaimana mungkin aku akan sujud kepada seorang manusia...)
5. Atas dakwaan bahawa kebangkitan rakyat Syria menyokong agenda Israel jelas terpedaya dengan perancangan Assad untuk mengabui umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Regim Assad dikatakan musuh tegar Israel dan telah memberi perlindungan kepada HAMAS untuk beroperasi dari Damsyik (Sebenarnya ini adalah 'smoke screen' supaya Syria dilihat menyokong usaha jihad melawan Israel). Hakikatnya Israel telah menguasai Tanah Tinggi Golan dan telah diceroboh tidak kurang dari 5 kali sejak lebih 40 tahun yang lalu. Namun tidak sebutir peluru pun yang ditalakan ke Israel pasca 1967 - sebaliknya senjata (termasuklah jet pejuang dan kereta kebal) digunakan untuk membedil rakyatnya sendiri. Syria sebenarnya menjamin keselamatan Israel di bahagian timur (berhampiran Laut Galilee yang strategik itu).
6. Pendirian Iran adalah jelas berpihak kepada Bashar Assad (atas faktor agama Syiah/Nusayriyah). Iran membekal senjata kepada regim Assad. Sebenarnya Iran sangat penting kepada Amerika Syarikat. 'Melalui' Iran, Amerika menceroboh Iraq dan 'melalui' Iran, Amerika menyerang Afghanistan. (sedangkan Amerika hanya mengugut Iran dengan sekatan ekonomi kononnya untuk menghalang program nuklear Iran (tidak seperti Iraq yang dibedil hanya atas dasar pembohongan bahawa Iraq memiliki senjata WMD (Weapon of mass destruction) dan (tidak seperti Afghanistan yang diserang juga kerana pembohongan Afghanistan menjadi pengkalan serangan ke atas WTC 9/11).
bersambung insyaAllah.

No comments:
Post a Comment