Tentera Bashar bertempur di Damsyik
** Pemberontak = Orang-orang Sunni yang ingin mendapatkan kebebasan daripada cengkaman fahamn syiah Bashar Assad....***
AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam.
Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak.
Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan hab perdagangan dan industri.
"Bunyi letupan kedengaran dari beberapa tempat yang berbeza sehingga menggegarkan bandar raya itu.
"Satu pertempuran melibatkan insiden berbalas tembakan berlaku dekat
Ibu Pejabat Keselamatan Negara di daerah al-Mouhafaza sejak waktu pagi,"
kata seorang suri rumah kepada agensi berita Reuters menerusi telefon.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan
Washington memberikan bantuan sebanyak AS$100 juta (RM314.95 juta)
kepada Jordan untuk membantu puluhan ribu penduduk Syria yang melarikan
diri dari negara mereka.
Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, lebih 19,000 orang
telah terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang
pemerintahan Bashar bermula pada tahun lalu.
"Sekurang-kurangnya 19,106 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam,
sejak Mac tahun lalu," kata seorang kakitangan kumpulan itu, Rami Abdel
Rahman kepada agensi berita AFP.
Jumlah itu melibatkan 13,296 orang awam, 4,861 askar Bashar dan 949 pembelot.
"Jumlah itu tidak termasuk ribuan orang yang hilang di dalam tahanan," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment